Monday, November 22, 2010

Din Koyop Perasan Hebat...

Suka melihat diskusi manusia yang terlebih pandai terutama sekali diskusi melibatkan hal-hal agama. Ada sesetengahnya serban bersimpul bersih atas kepala tapi ilmu tak seberapa. Dalam hal agama, tiada yang lain lebih hustler melainkan pemimpin PAS yang mengeksploit ahli demi keuntungan politik macam dalam kes Memali.

Renungkan penjelasan ini:-
Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuquf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?!

Berdasarkan itu, tiada kekeliruan bagi perkiraan hari tasyriq. Di Sa'udi ianya dari hari Rabu, Kahmis & Juma'at. Manakala bagi Malaysia hari tasyriq ialah Khamis, Juma'at & Sabtu. Kat mana yang pelik dan kelirunya YB!? Sehingga meragukan! Teman pulak menjadi ragu dengan tahap ilmu dan pengetahuan Salahudin dalam isu perkiraan falaq ini! Dan Salahudin ialah Naib Presiden PAS yop, bukan Ketua Cawangan di Ulu Tembeling nun!

Takkanlah Salahudin tidak tahu beza antara hari wuquf dan 'Eidul Adha? Dan hari tasyriq adalah tiga hari selepas 'Eidul Adha, iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah. Di Malaysia ianya jatuh pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu; sedangkan di 'Arab Saudi dari hari Rabu, Khamis & Jumaat. Dan mengambil kira perbezaan kita dengan Sa'udi adalah 5 jam, maka perbezaan 'Eidul Adha hakikatnya kurang daripada 24 jam! Jadi kat mana peliknya sambutan 'Eidul Adha dan hari tasyriq di Malaysia berbanding Sa'udi? Apatah lagi Indonesia, Singapura dan Brunei juga menyambutnya sama dengan Malaysia. Jadi adakah mereka semua pun pelik, atau perkiraan Salahudin yang pelik?
Nak lebih detail sambung kat sini

Oh yeahh...Din Koyop.

Terbaca cercaan Din di portal rasmi bebalkan ahli, Harakah Daily mengundang pertanyaan. Terus terang kata, saya kurang ilmu bab agama tapi tiada sampai saya mencerca orang lain kononnya saya yang hebat semua.

Apabila, membaca reaksi dari Zul Kulim dan Jakim saya merumuskan satu saja konklusi dalam hal ini. Taraf ilmu Naib Presiden PAS memalukan. Jika Mr Bean PAS atau Idris Bingai yang statementkan tak hairan sangat pasal kedua-duanya jenis kuat makan hati ayam dan kepala ikan.

PAS dah ada 2 Naib Presiden yang bingai. Menunggu juga Tuan Ibrahim melengkapkan korum untuk cukupkan kepimpinan pelapis PAS yang senang diperbodohkan kafir harbi.

Itula kau Din, selalu sangat duduk sebaris dengan Mahfuz sampai berjangkit bingai dia tu..

1 comment:

PuduRaya said...

Din Pudu Raya.... hebatnya hanya di Pudu Raya je laaaa......