Monday, July 12, 2010

Tiada Siapa Yang Boleh Lupa Apa Yang PAS Dah Buat Pada Kg. Buah Pala.


Ikhlaskah PAS?
PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.

Ini kerana, katanya mereka bukan boleh menyelesaikan sebaliknya menyerahkan kepada PAS yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Konuniti (JKKK), kariah Masjid Jamek Jelutong serta Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Bila kita berjaya mendesak pemaju menghentikan sementara projek selama tiga bulan itu menandakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku walaupun oleh Umno semasa berkuasa dulu," jelasnya ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang gembira dengan perkembangan berkenaan berkata, jika hendak mengharapkan Umno, keadaan bertambah berserabut ekoran parti itu sendiri berada dalam keadaan cemas di mana 13 cawangan di bahagian ini sudah ‘angkat bungkus’.

Sumber: Harakah Daily

Bunyi Mujahid sembang macam auta saja. Kepala donga, dulu masa kes Kg. Buah Pala, haram langsung tak dipeduli PAS Negeri. PKR jangan diharap nak bantu, DAP hantaq samseng mau potong kaki lagi ada.

Pisau.net seorang blogger kaki pukul dari Penang ada sikit peringatan untuk orang Melayu Penang pasal PAS yang tak pernah ikhlas nak mengaku Bumiputera. Beli rumah diskaun Bumiputera depa berebut-rebut tapi hendak mengaku Bumiputera rasa malu dan jijik. Takut dengan DAP yang menyinga pasal hal ini. Pisau kata:-
Memperlekehkan kepentingan menjaga bangsa melayu sendiri sudah menjadi makanan Khawarij PAS,kononnya menjaga bangsa sendiri adalah tidak Islamik dan mengamalkan politik suku.

Sekarang ini Khawarij PAS terpaksa menjilat kembali ludah mereka apabila kegusaran kerana orang melayu dilihat telah menjauhkan diri dari politik lacuran ala Khawarij PAS yang sudah kehilangan arah dan prinsip.

Yang terbaru naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesa agar Khawarij PAS meningkatkan peranan untuk mengambil alih peranan Umno membela bangsa melayu.

Dahulunya Khawarij PAS lebih berselera mempertahankan DAP daripada bangsa melayu sendiri,hinggakan sanggup memperlekehkan kepentingan kaum majoriti dan bersungguh sungguh mahu memberikan hak melayu agar disama ratakan ala middle Malaysia DAP.

Hipokrit dan munafik Khawarij PAS adalah gambaran yang dipertontonkan kepada orang melayu.Hari ini cakap lain,esok cakap lain semuanya boleh diubah ubah mengikut selera demi menghalalkan cara.
La ni, Mujahid kononnya 'ceria' dapat membantu orang Melayu Jelutong yang nak kena halau dengan DAP.

Macam tak nampak kesungguhan dan keikhlasan PAS. Yela tuh...PRU nak dekat.

1 comment:

akula_jebat said...

Tuan,
Dah dekat PRU, maka datang la skrip dari pihak penyangak, satu jadi hero, satu jadi penjahat. Penjahat buat onar, Hero datang membela. bagus punya skrip...
Cuma mereka lupa mereka datang dari satu geng, Geng Penyangak.....