Wednesday, July 14, 2010

Tabung PAS Kedah Diperbuat Daripada Tin Heineken

Ini memang betul. Sebelum depa semua pakat-pakat sorok arak dalam chiller dan seal baik didedahkan sumber pendapatan harami PAS Kedah. Kedah Times ada kasi satu molotov hantaq pergi pejabat Azizan Razak:-

Sediakan GPS anda agar tidak tersalah tempat. Kami bagi bukti tepat dan jitu.

Lokasi anak syarikat kerajaan PAS yang menjual arak sebagai salah satu punca pendapatan adalah di:

5*24'17" Utara:
100*35'00" Timur

Hanya ada satu tempat saja dengan koordinat tersebut di atas muka bumi ini, tak boleh silap.

Syarikat ini kemudian menyalurkan keuntungan kepada Ustaz Azizan melalui parent company syarikat ini, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Jadi jangan hairan jika elaun raya saja, Ustaz Azizan Rangkul RM20,000.

Tukang salur ialah CEO syarikat ini, iaitu Muhammad Sobri Osman (Cucu Saudara Ustaz Azizan).

Tukang mengarah ialah Pegawai Khas Kepada MB (Hal Ehwal GLC) iaitu Yusrain Zakri Adnan (Menantu MB yang juga AJK Pemuda PAS Kedah).

Oh ya, sebelum kami terlupa, dibawah ini, kami petik kenyataan Setiausaha Agung PAS pada 20 April 2010 untuk memberi sedikit cabaran kepada pembelit hukum:

"Umno, yang menerajui kerajaan pusat, yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat atas perbuatannya" Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

Dan disini juga boleh kita rujuk pendirian PAS tentang arak dan hasil arak. Itu tentang cukai dari hasil arak, kalau sendiri jadi tauke arak, faham-faham sendiri la noo.

Sebelum itu:-

Tahukah anda bahawa terdapat anak syarikat kerajaan negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Ustaz Azizan (ya Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah dari PAS) menjual arak.

Tahukan anda bahawa ini bukan cerita lama, tetapi keputusan untuk menjual arak ini dibuat oleh pengurusan PAS sendiri, dan pada ketika anda sedang membaca segmen corat-coret ini, berliter-liter arak sedang dijual di syarikat tersebut.

Sumber: Kedah Times

Komentar otak dungu macam Mahfuz tak dilayan...

2 comments:

joecharlie said...

Senang saja pAskan duit tu hanya samak dengan ayak tanah bedang dan ayak telaga 6 kali dah HaLaL semua duit hampa noooo!

Bingai @ Bangang said...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai