Monday, July 13, 2009

Manek Urai : PAS Gelisah Menanti Debaran Malam 14 Julai


Setelah PAS mengharapkan pengundi luar yang berjumlah hampir 800 orang pulang, PAS dilihat benar-benar terdesak. Melalui abg ‘gedebe’ gelaran golok, PAS membawa pulang 200 orang orang pengundi yang berstatus ‘dwi’ iaitu mempunyai kelayakan mengundi tetapi tidak bermaustatin di Manek Urai tetapi di sempadan Thai.


Kegelisahan PAS ini makin dirasai apabila mereka telah melantik 10 petugas Unit Amal disetiap tempat pembuangan undi bagi mengawasi pengundi yang mencurigakan semasa hari pembuangan undi. Perkaranya mudah jika ikhlas untuk mentadbir PAS tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri.


Melalui sumber dalaman PAS, GM diberitahu Exco Kerajaan Negeri Kelantan mengakui peluang PAS mungkin akan terkubur kerana jentera kempen BN dilihat konsisten dan PAS ketinggalan untuk menggempur. Selain itu, PAS terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengundi luar. Daripada 1,421 pengundi yang terdapat dalam rekod PAS, sejumlah 526 orang telah menyatakan kesanggupan untuk pulang dengan bayaran RM 240 seorang. PAS perlu mendapat sokongan daripada 800 pengundi luar untuk menang dengan majoriti 450 undi.


Timbul persoalan adakah RM 240 itu dikira rasuah ataupun sedekah.? Seharusnya jentera BN perlu lebih peka terhadap perkara-perkara seperti ini.


Tambahan pula, wujud konflik sesama pakatan antara PAS dan juga PKR. Ini dibuktikan apabila PKR Kelantan telah menganjurkan majlis penyerahan borang keahlian baru PKR cawangan Kg. Manjor. Majlis itu menyaksikan Khalid Gagap dan Shamsul Mat Ketot menerima 60 borang keahlian baru PKR. Majlis itu mendapat reaksi tidak senang Unit Amal yang kebetulan berada dikawasan tersebut kerana PAS akan berdepan dengan musuh dalam selimut dikemudian hari.


PAS tidak menyenangi kehadiran PKR walaupun dalaman sesi ceramah mereka dilihat hebat berceramah dengan kehadiran ramai pendengar. Sebagai contoh, malam tadi di Markas UPU Sg.Perial kehadiran Anwar Ibrahim dan juga Nik Aziz telah menghimpunkan hampir 3,000 pendengar dari seluruh pelusuk Kelantan. Jangan kita terpedaya dengan kehadiran ramai orang. Apa yang jelas kehadiran ramai pendengar adalah terdiri daripada petugas-petugas PAS dan juga orang luar yang tidak berkelayakan untuk membuang undi.


Bagaimana pun, isunya tetap sama mengutuk dasar-dasar kerajaan selain menyajikan rangkaian cerita fitnah yang tiada kesudahan. Pakatan rakyat gagal memberi aspirasi kepada rakyat. Yang heboh adalah jika Manek Urai kekal di tangan PAS, mereka akan menuntut royalty minyak Kelantan di Dewan Rakyat secara konsisten kononnya kerajaan pusat berhutang RM 1 Billion dengan Kelantan. Itu pun jika menang tetapi jika mereka kalah adakah isu royalty minyak juga akan disimpan untuk PRU akan datang.?


Jika BN menang kali ini skrip cerita lama akan dikeluarkan iaitu BN membawa pengundi hantu atau SPR tidak telus tetapi jika PAS menang akan dicanang seluruh Malaya rakyat menolak BN dan imej Nik Aziz akan kembali bersinar. PRK ini juga menyaksikan PAS telah mengguna skrip-skrip lama BN walaupun pahit ditelan tetapi demi politik PAS menelan jua.


Jika pengundi ada menerima SMS ini, fikirkanlah…


‘BN MENE DI MU, NIK AZIZ MASIH MB, PAS KEKAL PERINTAH, PENDUDUK MU DAPAT KEMAJUAN YANG KIAN LAMA TERTUNGGAK. UNDI BN UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEMAJUAN PENDUDUK MU’



1 comment:

Lin said...

salam bro garamanis

kepada pengundi manek urai satu pesanan dari rakyat Malaysia amnya

TOLAK PAS UNDI UMNO

Insyallah pengorbanan kamu akan dihargai oleh anak bangsa akan datang...

Insyallah

salam bro