Friday, January 29, 2010

Tak Semudah Itu Anwar Hendak Ke Mahkamah


Penetapan tarikh 2 Feb 2010 sebagai tarikh Anwar mempersiapkan barisan Peguam untuk Sodomi II adalah seperti tarikh-tarikh yang sebelum ini. Walaupun mahkamah membatalkan permohonan Anwar bagi mendapatkan beberapa 'elemen penting' Anwar sebenarnya tidak gagal.

Seperti sebelum ini, bila menjelangnya tarikh perbicaraan Anwar akan mengulangi taktik dan teknik untuk 'mengelat' daripada berbicara soal kelambu dengan Saiful di hadapan para hakim,peguam,juri,keluarga dan yang utama kisah itu tidak boleh diketahui oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Bagi rakyat, taktik 'rally' yang diguna Anwar sudah sampai tahap menyampah tapi bagi pemujanya ia ibarat satu kemenangan yang harus diraikan. Momentum kebencian yang ditiup Anwar harus konsisten dan membengkak untuk persiapan ke Putrajaya.

Difahamkan, Anwar sudah memfailkan permohonan affidavit pada 28 Jan 10 untuk mengenepikan pertuduhan itu dan pada 2 Feb kelak dijangka Anwar akan memohon mengemukakan rayuan. Apa yang akan berlaku.? Satu lagi langkah 'slow motion' Anwar akan berjaya.

Seperti drama melayu yang boleh dibaca babak seterusnya, Anwar tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke mahkamah hanya mahu mengaibkan diri daripada berbicara soal keadilan yang dicari-cari Saiful. Tagline lawan tetap lawan ibarat sampah yang ditelan bulat bulat para penyokongnya.

Rakyat sudah semakin sedar, ' Mat Delay' seperti Anwar mengukuhkan lagi tanggapan bahawa perilaku sonsang Anwar benar-benar berlaku. Berilah apa saja alasan jika benar-benar diri seorang pejuang, berjuanglah seperti pahlawan terbilang. Itu lebih mulia dan dijulang.

Renungkan, tak pernah berlaku dalam dunia orang menubuhkan parti politik hanya kerana pemimpin politik ditangkap atas kes liwat dan orang juga tak tubuhkan parti politik hanya untuk menyelamatkan satu keluarga dan menyusahkan satu negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baru Sedar Sikat Rambut Tepi Seorang Diktator.!

Lim Dikritik Pemimpin PKR
Dipetik dari mstar
Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis. Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP .

'Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya. Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya. 'Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

'Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam,' katanya. Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

'Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,' 'Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahkan kepada kroni,' katanya."
Tokey - Ramai Melayu yang dah tau, cuma Zahrain yang baru perasan pasal gelap hati dengan kesegakan rambut belah tepi Guan Eng.

Thursday, January 28, 2010

Dulu Ada KEJAM, Kali Ini GEGAR Pula..!





Anwar Ibrahim makin takut dengan kes sodomi II bimbang rahsia dalam kelambu dia dengan Saiful pecah ke atmosfera Malaysia. Baru-baru ini di Perak, peliwat gentayang itu sudah melancar Gelombang Gerakan Rakyat (GEGAR) dengan perincian mahu mendedahkan kononnya ada konspirasi tahyul yang direka-reka. Apa punya bengong Anwar yang lari ke kedutaan turki dulu kata ada oang hendak 'assassination' dia tapi sampai hari ini dia selamba pergi road show seluruh Malaysia dengan tidak dijentik-jentik hidung langsung.

Dulu Abg Sam Ketot buat kerja bodoh dengan lancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM) yang sungguh memalukan bos dia kerana langsung naya tidak mendapat sambutan dan kali ini mahu tampil dengan imej yang malar segar dengan tagline baru GEGAR..!

TG menyeru kepada semua mujahiddin blogger yang ada dalam blogosfera supaya meletakkan logo GEMPUR yang membawa maksud Gerakan Menentang Peliwat Untuk Rakyat sepertimana diatas sebagai tanda sokongan menentang perilaku jijik manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Tokey - Mungkin esok lusa Anwar Ibrahim akan tampil dengan idea yang lebih inovatif, GOYANG..!

Monday, January 25, 2010

Ada Yang Lebih Meriah Selepas Ini.

Jangan kerana satu blogger bajingan PAS kita leka seketika. Masih ada pertarungan yang lebih penting menanti dimasa akan datang.[Rujuk]. TG akan berehat seketika kerana ada perkara yang lebih 'meriah' selepas ini.

Sunday, January 24, 2010

Zul Kulim Hanya Berani Dengan Khalid Samad

Kedua-dua YB diatas dari dulu sampai la memang jenis tak sebulu. Kalau ada watak budak yang buat gumpalan kertas gelar "ini kepala dia, ini kepala kamu" macam dalam cerita Do Re Mi, Anwar Ibrahim adalah orang yang layak pegang watak tersebut[Rujuk]. Ini ada satu satira terbaik untuk kedua-dua YB diatas.

Abg Mie [Rujuk] sudah ketuk kedua-dua kepala buat mereka berdua.

Zul Pendek mengesyorkan supaya Khalid Samad;

1. Tarik balik kenyataannya kerana menghina Islam, Yang Dipertua Agung dan Sultan Selangor dalam masa 24 jam.

Kalau tak tarik, ko berani ke pergi 'sepak' Khalid Samad? Ko nie pendek, berani ke atau cakap belakang aje berapi-api, kat depan terkencing dalam seluar pulak. Ko kena ingat, Khalid report kat Anwar, laki Zizah tu, sakit kau.

2. Yang Benggong (YB) Khalid Samad perlu minta maaf pada golongan YDPA dan Sultan Selangor.

Zul, Khalid tak perlu minta maaf pada seluruh umat Islam ke? Kita orang tak ada hati dan maruah ke Zul Pendek bila mendengar kenyataan bodoh dari Khalid tu!
3. JAIS kena dakwa Khalid Samad.

abe MIE kira JAIS di bawah Dr. Hassan Ali hanya tahu menangkap Dr. Asri aje. Kat Selangor, kahwin tanpa Wali, Hassan Ali tak tangkap.
4. Polis perlu tangkap atas pertuduhan jenayah.

(Ko tahu ke Khalid Samad bukannya penjenayah. Peliwat pun tak ditangkap- pemimpin ko lah Zul Pendek).

5. PAS perlu siasat.

Zul nie mabuk ke yang pemimpin dan ulama PAS pun sebulu ketiak dengan Khalid Samad.

T0key - Rasanya agak melucukan kerana Zul Kulim lebih senang sparing partner dengan Khalid James Samad kononnya kerana prinsip pertahankan Islam. Adalah lebih seronok jika dia mengajak sekali Anwar Ibrahim kerana peliwat itu juga sudah terang-terang menyatakan sokongan kepada pihak gereja. Mungkin kerana fikirkan elaun dalam tuntutan Qazaf Anwar , Zul Kulim pejam sebelah mata pada bosnya.

TG ingin dedikasi khas lagu ini buat Zul Kulim.

http://www.youtube.com/watch?v=X6jkpn9hNcQ

Friday, January 22, 2010

PRN Perak.? Bhg 2

Sebelum ini TG persoalkan adakah Nizar bersedia untuk kosongkan kerusi DUN.? Jawapan itu hanya Nizar yang tahu.!

Jika keputusan mahkamah memihak kepada Nizar sekalipun pasti Tuanku Sultan tidak akan perkenan untuk dibubarkan. Alasannya, ia akan membazirkan duit rakyat dan membuang masa.

Kenyataan Nizar berkaitan sokongan kepada PR makin merosot sebenarnya lebih untuk mengejutkan semula lamunan rakyat dan meraih semula sokongan kepada PR setelah pelbagai isu yang tidak memihak kepada PR khususnya PAS setelah lesu dalam agenda perjuangan Islam dan Melayu.

Secara umumnya, 28 ADUN PR Perak tidak bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing terutamanya ADUN PAS yg sudah 'tercabar' dengan arah sokongan rakyat kepada BN Perak. Kecelaruan PAS antara penyebab pengundi yg memberi undi kepada PAS dulu sudah sedar dengan tingkah laku PAS yg akrab bersama DAP dan PKR. Pengundi masih meyakini BN untuk mentadbir.

Apapun kita hanya merancang Allah S.W.T yang menentukan bukan Nik Aziz yang auta tentukan sorga dan neraka seseorang itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Garam: 'Khalifah Umar' Kedekut, Membunuh Pula Tu.?

Nasihat Bahaya Perahu Naga Dilaut Terbuka Tidak Endah

Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang (PDBA) mendakwa pernah menasihatkan kerajaan Pulau Pinang agar tidak menganjurkan latihan atau perlumbaan perahu naga di kawasan laut terbuka kerana ia berbahaya tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Presiden persatuan itu, Lim Chew Hock berkata, nasihat itu pernah disampaikan oleh beliau kepada Anggota Exco Kerajaan Negeri Danny Law Heng Kiang tetapi nasihat itu bagai mencurah air ke daun keladi. Malah pandangan persatuan tidak diambil peduli.

"Nasihat dan cadangan itu ditolak dengan alasan saya bukan ahli jawatankuasa Penang International Dragon Boat Festival dan tidak berhak memberi apa-apa cadangan ataupun nasihat kepada penganjur," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Lim mendakwa laut terbuka tidak sesuai dijadikan tempat latihan mahupun pertandingan perlumbaan perahu naga kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mempunyai pelbagai risiko seperti ombak besar, arus deras, pasang surut air dan keadaan cuaca semasa.

Lim berkata sejak pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, pusat latihan di Tanjong Tokong telah dipindahkan ke perairan Jeti Nelayan Bandar Seri Pinang iaitu satu kilometer dari tempat kejadian perahu naga terbalik itu.

Katanya kerajan negeri sekarang juga telah mengurangkan subsidi kepada kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000 sahaja dan disebabkan pengurangan peruntukan itu, ia menyukarkan kelab sekolah untuk berlatih di pusat kegiatan air yang dikenakan bayaran.

Persatuan itu menggesa kerajaan negeri mengenakan syarat keselamatan yang ketat sebelum memberi kelulusan kepada mana-mana kelab yang menyertai perlumbaan perahu naga. Lim berkata syarat keselamatan itu haruslah merangkumi pengambilan jurulatih yang berpengalaman, pemilihan lokasi, kelengkapan latihan dan latihan berenang.

Sumber - Berita Harian 21 Jan 2010

Tokey - Mulai esok TG akan sikat rambut tepi macam Guan Eng, segak dan bergaya.

Email: Bersediakah UMNO.?


Tulisan ini dikirimkan oleh pembaca yang mahu berkongsi pandangan berkaitan situasi politik Perak.

Desas desus mengatakan PRN Perak bakal diadakan tidak lama lagi semakin kencang. Ianya semakin kuat kedengaran di kalangan pihak Pakatan Rakyat yang sedang merangka persiapan bagi menghadapi PRN negeri itu sekiranya DUN Perak dibubarkan tidak lama lagi. PAS melalui ‘harakahdaily‘ turut menekankan isu ini dengan mendakwa pihak PDRM [rujuk] sudah mengarahkan anggotanya membuat kad pengenalan awam bertujuan untuk menghadapi PRN yang dikatakan akan diadakan tidak lama lagi.

Beberapa interpretasi kebanyakan pihak juga dilihat seolah-olah bersetuju bahawa PRN Perak akan diadakan dalam tempoh terdekat. Kenyataan berbentuk “pshywar” oleh Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis di Perak [sebanyak 7 hingga 8 peratus] menunjukkan bahawa mereka sedang merangka sesuatu bagi menghadapi PRN kelak. [rujuk]

Strategi “reverse pshycology” yang seringkali digunakan pihak pembangkang menjelang sesuatu pilihanraya dianggap senjata ampuh mereka bagi menghadapi PRN kali . Umum mengetahui bahawa sokongan kepada UMNO tidak banyak berubah walaupun parti itu memerintah kerajaan negeri ketika ini lalu kenyataan Nizar Jamaluddin itu menggambarkan tindakan beliau yang ingin mewujudkan sentimen ‘keselesaan’ di kalangan ahli dan pemimpin UMNO Perak.

UMNO seharusnya berperanan dalam menyebarkan maklumat yang benar dalam memaklumkan rakyat berhubung isu politik semasa tanah air. Akhir-akhir, pihak pembangkang sentiasa mencari ruang untuk mengkritik kepimpinan kerajaan khususnya yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Tindakan pro-aktif dalam menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terbanyak membabitkan isu-isu politik semasa benar-benar menjejaskan imej dan kewibawaan UMNO sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya.

Isu-isu seperti penyelewengan melibatkan kerajaan samada Pusat mahupun Negeri seperti kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM, kegagalan menghadiri Dewan Rakyat dan terbaru isu pengunaan kalimah Allah mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada UMNO. Peranan PR dalam menimbulkan prasangka buruk kepada kerajaan dokongan UMNO berada di tahap yang membimbangkan kerana ianya dilakukan secara konsisten menerusi segala jentera yang dimiliki pihak pembangkang terutamanya blog dan laman-laman web.

Contoh terdekat, pengaruhMalaysiaKini ’ di kalangan rakyat bukan Melayu khususnya memberi kesan buruk kepada reputasi kerajaan. Seringkali laman web ini menyelongkar kebobrokan pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya UMNO.

Perubahan pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat dilihat mampu merubah senario politik di Perak sekaligus menaikan semula semangat perjuangan ahli dan pemimpin parti tersebut bagi menghadapi PRN yang diura-urakan akan didakan dalam masa terdekat. Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Presiden UMNO berjaya membawa kesan positif ke dalam parti tersebut yang kini sedang berusaha untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.

Sebagai contoh, program UMNO yang diadakan di Stadium Ipoh hujung tahun 2008 yang mencatat kehadiran seramai kira-kira 40,000 orang menunjukkan rakyat di Perak mula memberi harapan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Indeks Petunjuk Prestasi [KPI] dan Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA] dilihat mampu memberi kesan kepada prestasi ADUN dan Ahli Parlimen BN/UMNO di seluruh negara.

Malah, kehadiran hampir 20,000 rakyat di majlis pelancaran program Juara Rakyat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini di Bukit Sentosa, Hulu Selangor menggambarkan pulihnya penerimaan rakyat terhadap Kerajaan. Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsisten melaksanakan pelbagai usaha untuk mengukuhkan perpaduan di dalam UMNO selain di kalangan parti komponen BN. Gagasan “1 Malaysia” ilham Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpaksikan kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia menjadi pemangkin kepada perpaduan kaum dan kejayaan UMNO memerintah negara ini.

Persoalan ini dilontarkan kepada UMNO, bersediakah mereka dan sejauh mana keyakinan PR untuk berkuasa semula di Perak?

oleh: Ex- VIP

Thursday, January 21, 2010

Kenyataan Ketua Penerangan Yang Dungu

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa perahu naga yang terbalik di Pulau Pinang pada hari Ahad, 17 Januari baru-baru ini.

Insiden malang ini menyebabkan negara kehilangan enam warganegara muda melibatkan seorang guru berusia 20 tahun, Chin Ai Fang dan lima pelajar dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Air Itam-Jason Ch’ng, Chin Aik Siang, Cheah Zi Jun, Koh Yizhiang dan Brandon Yeoh. Daripada 18 orang yang menaiki perahu naga tersebut, hanya 12 orang sahaja yang dapat diselamatkan.

Pastinya tragedi ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa dan pelajar-pelajar lain. Insiden ini boleh dianggap kecuaian yang terburuk melibatkan pelajar sekolah selepas tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober tahun lalu.

PAS mahu punca tragedi ini disiasat dan meminta Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memberikan pampasan kepada keluarga mangsa kerana gagal mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Penggunaan jaket keselamatan adalah perkara wajib bagi aktiviti sukan khususnya yang melibatkan kawasan laut dan sungai. Maka adalah tidak wajar, pihak sekolah memandang remeh perkara ini hingga menyebabkan enam nyawa terkorban."

Ustaz Idris Awang,

Tokey - Bila runtuh jambatan Kuala Dipang lantang salahkan Kerajaan BN Perak. Takut benar PAS dengan Ketua Menteri yang bersikat rambut tepi itu. Sungguh memalukan PAS hari ini...

Spin..spin..

Gong Xi Fa Chai Dari Anwar Sekeluarga

All molotov cocktail sponsored by Dog And Pig Dynamite formly known as DAP