La nie semua orang sibuk dengan khabar angin Dr. Asri (yang nak kena pancung dengan Dr. Badrul Amin) akan menyertai UMNO. Samada perkara itu serius ataupun cerita meja bulat, reaksi jika benar Dr. Asri masuk UMNO mesti ada macam-macam.
Paling terkesan mengutuk adalah Nik Aziz pasal dia perasan yang PAS itu adalah lubuk terbaik untuk kembangkan dakwah pada bukan Islam. Tambahan pula, bukan Islam pun dan ada dewan sendiri tapi tak sanggup nak masuk Islam dan potong anu kasi nampak lekuk.
Baiklah, start hari ini sampai 25hb Jun cuba kita lihat bagaimana reaksi YB PAS pasal Dr. Asri (yang nak kena pancung dengan Dr. Badrul Amin)samada menjadi atau tidak join UMNO yang bercita-cita nak menang besar pada PRU akan datang.
PAS sudah berkira-kira bermain dengan api. Guan Eng sudah main reverse saikologi dengan keyakinan bila Anwar komfom ke Sg Buloh, Pakatan akan menang besar PRU ke-13 bersandarkan undi simpati pada Anwar.
Kesnya sama seperti tahun 1999, bila silent majority protes undi BN. Kumpulan-kumpulan ini yang akan undi pada Pakatan. Itu senario tahun 1999 jangan disamakan dengan tahun 2008. Tapi seriuskah sokongan PAS pada Anwar atau hanya sekadar mahu menjaga silaturahim sesama Pakatan.
Ini dikutip ketika mesyuarat khas PAS pada 2 Mac 2010 tempohari:
Sokongan rakyat khasnya orang Melayu kepada PAS disalahkan kepada bantahan senyap yang dilakukan sendiri oleh pemimpin PAS yang dalam dakwah telah mencanangkan PAS parti Islam sejati dan tidak memperjuangkan Islam. Ini masih indenial dan mahu salahkan orang lain.
Disebabkan larinya PAS dari asas perjuangan, mesyuarat memperakui masalah kurangnya taat setia kepada pemimpin dan wakil rakyat dalam parti. Walaupun mereka menyatakan sokongan kepada Anwar, mereka memperakui gabungan kuasa dengan PKR dan DAP memcacatkan perjuangan Islam PAS. Dewan Ulamak dipinggirkan demi menjaga hati sahabat dalam Pakatan. Situasi ini menyebabkan keretakan dalam organisasi parti.
Game PAS dah bermula dan tak susah nak dibaca kerana politik PAS bukan jenis melangkaui 20 tahun akan datang. Nasharudin dah kata PAS akan tetap pertahankan Anwar sebagai Ketua Parlimen. Ini semua nak jaga hati dan balas budi DAP yang mengangkat Nizar sebagai MB di Perak walaupun dapat 6 daripada 59 kerusi dan sanggup berbaring atas jalan.
Tapi realitinya, PAS sendiri tercari-cari arah dan jalan untuk keluar daripada Pakatan. Ibarat mahu terkentut dalam bas beraircond, kentut tak bunyi tapi impaknya amat dasyat.
Story ini diambil dari sahabat blog Medan Infosemasa ceramah Ezam di Kuala Selangor. Apa yang menarik, Nik Aziz dan PAS seolah-olah lupa dengan cacian Anwar dan sikap bongkak ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Perkara ini berlaku sewaktu Anwar sedang menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. “ waktu itu Nik Aziz sebagai Ketua Kerajaan Negeri Kelantan telah memohon bantuan kerajaan pusat untuk meluluskan peruntukan rawatan air di Kelantan…” jelas Ezam
Tambah Ezam lagi, “…kedudukan kewangan Kelantan ketika itu tidak membolehkan mereka untuk mampu melakukan proses rawatan air dinegeri tersebut, dan ianya amatlah penting untuk menyediakan air yang bersih setelah dirawat untuk diminum dan digunakan...”
“pada waktu itu negeri Kelantan merupakan satu satunya negeri dalam Malaysia yang masih belum membuat rawatan air kerana tidak mampu memandangkan kosnya yang tinggi....” tegas Ezam.
Malang sekali nasib rakyat Kelantan apabila perkara ini dibawa kepada Anwar Ibrahim ianya telah ditolak mentah mentah. Malah kata Ezam beliau simpati dengan nasib rakyat Kelantan kerana sikap Anwar dengan bongkak bukan sahaja tidak meluluskan tetapi menyebut perkataan “ No Way..!”'
Perkara ini telah diselesaikan oleh Tun Daim apabila beliau menjadi Menteri Kewangan setelah Anwar dipecat. Akhirnya peruntukan untuk Kelantan merawat air telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan pusat yang tidak pernah mahu menzalimi rakyat walaupun kerajaan negeri itu milik pembangkang."
Kerajaan BN yang didoa pecah perut oleh Nik Aziz juga yang supply duit bagi rawat ayaq.
Blog Maharaja lagi ekstrem dan bagi sebijik kat Nik Aziz. Boleh klik kat sini.
Nik Aziz sendiri yang bertanggungjawab dalam hal ini kerana hendak membalas dendam, dibakar kebencian yang mendalam terhadap UMNO dan gila kuasa sehingga PAS terlihat sebagai balaci dan bajingan. Cintanya pada Anwar Ibrahim adalah cinta buta melebihi cintanya kepada PAS sendiri sehingga orang melihat Anwar yang menguasai PAS dan bukannya pemimpin PAS sendiri.
Raja Petra Kamaruddin memang kuat kencing. Dari kes Altantuya sampai kes anak dia habis semua dia kencing. Paling kuat kena kencing budak-budak PAS yang dari tok guru sampai la berjawatan Unit Amal. Dulu dia riuh pasal laporan Pusrawi kes buntut Saiful tapi keterangan konsisten Saiful yang kata takda laporan doktor dibuat, Anwar sudah kena cekmate kat situ sampai la nie Anwar lari.
Suhakam Kata Tiada Bukti Budak Biol Kena Dera - Malaysiakini
Raja Azman mengaku sendiri menyatakan pada pertemuan mereka tadi bahawa beliau menelan bilah pisau cukur sebagai protes selepas diasingkan daripada tahanan lain. Siva berkata, pengasingan itu perlu bagi tujuan siasatan terhadap Raja Azman kini ditahan reman kerana kes curi dan menunggu perbicaraan. Raja Azman dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur."
Boleh sambung baca kat sini
Hairan sungguh dengan depa yang masih dok puja Raja Pet padahal dia seronok kencing rakyat Malaysia sampai orang kat London berguling-guling tengok telatah depa yang percaya habis espesiali budak-budak PAS yang wajib kena tipu.
Kalau betoi Raja Pet ada bukti balik Malaysia kasi statement kat mahkamah tak payah susah-susah ikut skrip macam filem Forrest Gump, lari selagi boleh. Lu fikirlah sendiri......
Sebelum kes cekup ada lagi kes yang lebih hangat.Skandal seks terlarang pemimpin PAS pernah direveal sebelum ini tetapi pendedahan secara detail tidak diulang tayang.
Diberitahu bahawa teman wanita yang menjadi mempunyai skandal dengan si polan (Supremo PAS) ini bertugas di kaunter penjualan tiket di sana iaitu di kaunter bernombor 15 (Sutera Liner) dan 59 (Ekspress Maharani). Untuk makluman sahabat blogger, dua kaunter ini di bawah pengurusan wanita tersebut.
Dinyatakan bahawa si polan ini mempunyai hubungan yang intim (bukan secara fizikal yang kerap) melalui pelbagai cara perhubungan dengan seorang wanita berumur 40-an yang tinggal di Batu 16 Rawang. Wanita tersebut juga sudah bersuami dan mempunyai beberapa orang anak dan bekerja di Puduraya. Wanita tersebut dipanggil INTAN oleh si polan tersebut yang selalu menjadikan Puduraya sebagai transit untuk bergerak ke kampung halamannya. Maklumlah, tugas seorang YB PAS yang agak sibuk ke sana ke mari.
Tambahan pula YB ini tidak mempunyai pemandu khas kerana bajet yang tidak mengizinkan. Lagipun dengan menaiki bas, YB tersebut mempunyai banyak masa untuk berehat (tidur gamaknya) sebelum menjalankan khidmatnya di pentas-pentas ceramah dan melayan keluarga tercinta. Buat pengetahuan semua, isteri YB ini telah menjalani pembedahan di jantung dan pastinya 'mengurangkan' ummmppphhh semasa 'bersama'.
Lagi satu kes cekup di Kota Bahru. Pusing balik, Kota Bahru sapa taiko kalu bukan PAS.
Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Dulu kita riuh dengaq Mat Sabun kena khalwat tapi dah setel lepaih jumpa Nik Aziz. Dasyat PAS disebalik berkopiah celak siang malam, ayat anak-anak gadis untuk berbuat baik dunia akhirat tapi sebenarnya kepala dah masuk air. Baik anak buah atau supremo mengata orang cukup hebat tapi sebenarnya depa yang lebih syaitan.
Kedua-dua YB diatas dari dulu sampai la memang jenis tak sebulu. Kalau ada watak budak yang buat gumpalan kertas gelar "ini kepala dia, ini kepala kamu" macam dalam cerita Do Re Mi, Anwar Ibrahim adalah orang yang layak pegang watak tersebut[Rujuk]. Ini ada satu satira terbaik untuk kedua-dua YB diatas.
Abg Mie [Rujuk] sudah ketuk kedua-dua kepala buat mereka berdua.
Zul Pendek mengesyorkan supaya Khalid Samad;
1. Tarik balik kenyataannya kerana menghina Islam, Yang Dipertua Agung dan Sultan Selangor dalam masa 24 jam.
Kalau tak tarik, ko berani ke pergi 'sepak' Khalid Samad? Ko nie pendek, berani ke atau cakap belakang aje berapi-api, kat depan terkencing dalam seluar pulak. Ko kena ingat, Khalid report kat Anwar, laki Zizah tu, sakit kau.
2. Yang Benggong (YB) Khalid Samad perlu minta maaf pada golongan YDPA dan Sultan Selangor.
Zul, Khalid tak perlu minta maaf pada seluruh umat Islam ke? Kita orang tak ada hati dan maruah ke Zul Pendek bila mendengar kenyataan bodoh dari Khalid tu! 3. JAIS kena dakwa Khalid Samad.
abe MIE kira JAIS di bawah Dr. Hassan Ali hanya tahu menangkap Dr. Asri aje. Kat Selangor, kahwin tanpa Wali, Hassan Ali tak tangkap. 4. Polis perlu tangkap atas pertuduhan jenayah.
(Ko tahu ke Khalid Samad bukannya penjenayah. Peliwat pun tak ditangkap- pemimpin ko lah Zul Pendek).
5. PAS perlu siasat.
Zul nie mabuk ke yang pemimpin dan ulama PAS pun sebulu ketiak dengan Khalid Samad.
T0key - Rasanya agak melucukan kerana Zul Kulim lebih senang sparing partner dengan Khalid James Samad kononnya kerana prinsip pertahankan Islam. Adalah lebih seronok jika dia mengajak sekali Anwar Ibrahim kerana peliwat itu juga sudah terang-terang menyatakan sokongan kepada pihak gereja. Mungkin kerana fikirkan elaun dalam tuntutan Qazaf Anwar , Zul Kulim pejam sebelah mata pada bosnya.
Dalam buku Qazaf itu Abdul Hadi cuba menutup fitnah Pas. Ini kerana yang mendedah keaiban Anwar bukan UMNO, tetapi Pas. Mungkin ada orang-orang tertentu yang menjadi seteru Anwar dalam UMNO turut menggunakan keaiban Anwar untuk menjatuh beliau selepas tersebar khabar angin mengenai salah laku seks beliau, tetapi yang jelas ialah Pas lebih ketara dan lebih berkesan dalam menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan.
Sebagai contoh Pas melalui Harakah dan Tamadun membuat serang besar-besaran dalam mendedahkan keaiban Anwar dengan tujuan untuk menggunakan isu salah laku seks beliau sebagai senjata untuk menjatuh kerajaan.
Harakah dan Tamadun pada tahun 1997 dan tahun 1998 menyiarkan pelbagai cerita dan komen yang sensasi mengenai Anwar dan yang jelas menjejaskan imej bekas Timbalan Perdana Menteri ketika beliau masih berada dalam kerajaan.
Ahmad Lutfi hampir setiap keluaran Harakah dan Tamadun menulis tulisan yang mencemarkan imej Anwar. Ahmad Lutfi baru mengubah pendirian dan berhenti menyerang Anwar pada September 1998.
Beliau dalam Harakah keluaran 7 September selepas Anwar dipecat mula mengubah pendirian dan menunjukkan sikap sedikit simpati kepada Anwar dan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pula.
Selain Harakah dan Tamadun, ceramah-ceramah Pas juga digunakan untuk mendedahkan keaiban Anwar untuk menjatuhkan kerajaan. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Muhamad Sabu umpamanya dalam ceramah beliau di merata tempat menggelarkan Anwar sebagai Anwar al-Juburi.
Selain itu Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md. Taib pernah bersetuju membuat rakaman video dengan seorang mangsa Anwar ketika beliau masih menjadi Imam Masjid Negara. Beliau pada ketika itu masih bekerja dengan kerajaan, tetapi hati telah berpihak kepada Pas.
Dikatakan beliau bersetuju membuat rakaman luahan hati mangsa berkenaan kerana berniat untuk merencanakan perkara itu bagi menentang Anwar dan sekali gus membantu Pas menjatuh kerajaan.
Bagaimanapun, seperti kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Pas atau Taib Azamudden tidak sempat menggunakan rakaman video dengan mangsa Anwar sebagai senjata untuk menghentam UMNO atau kerajaan.
Ini kerana tidak berapa lama selepas itu Anwar dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Sedangkan Taib Azamudden pula kembali ke pangkuan Pas. Sebagai hasilnya senjata Pas itu menjadi senjata yang memakan diri sendiri.
Kini rakaman video Taib Azamudden itu tersebar luas di kalangan masyarakat. Jika memperhatikan tindak tanduk Taib Azamudden sejak berada dalam Pas, kita akan mendapati bahawa beliau merupakan seorang ahli politik Pas yang paling kurang bercakap tentang Anwar.
Kenapa? Jawapannya kerana beliau sendiri percaya apa yang dilakukan oleh Anwar berdasarkan kepada perbincangan beliau dengan mangsa Anwar yang dirakam dalam video itu. Rakaman yang memakan masa lebih satu jam dan salinan yang dibuat ke atas kertas pula melebihi 20 muka surat itu mengandungi pertanyaan, minta nasihat, kaunseling dan pandangan agama oleh mangsa.
1. GM mangatakan mader faker kepada ahli politik hari ini. Disatu pihak menuntut kebenaran dan disatu pihak lagi cuba hendak menidakkan kebenaran. Diberitakan Pemuda Pakatan Sialan akan menghantar memorandum kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan kes liwat terhadap syaitan tua Anwar Berahim si penyembah ajaran satanic.
2. Jika benarlah dikata, sudah jelas lagi bersuluh Syaitan nie memang berada di dalam keadaan yang sangat kritikal. Persoalaannya, bagaimana Saiful seorang diri mampu menghadapi ujian getir. Saiful tidak mempunyai bala tentera syaitan sepertimana Anwar yang dikelilingi orang pakar-pakar putar belit yang hebat.
3. Saiful hanya mempunyai semangat dan dorongan rakyat Malaysia yang sudah letih dengan peliwat politik seperti Anwar. Saiful hanya ada mujahiddin maya pembela yang berjuang tanpa senjata cuma ruang maya yang menjadi medan perang yang dahsyat. Anwar jangan kita kisahkan taktik ngeri mengelat diri. Dia hanya mahu melepaskan diri bukan pembela keadilan seperti yang dilaungkan
4. Ketika ini keputusannya mudah jika benarlah syaitan Anwar mengarahkan anak-anak syaitannya mengepung Jabatan Peguam Negara makna terbukti benarlah strategi peperangan Anwar akan memakan diri. Rakyat sudah busan dan membuat keputusan sendiri dengan hal yang berlaku dengan memusatkan pendirian Anwar pesalah yang melelongkan kebenaran dengan harga yang cukup mahal.
5. Kita ikut logik akal, kes belum berlangsung dan keputusannya belum lagi dibuat, pihak defendan sudah takut dan mahu menggugurkan kes. Dimana keadilan seperti yang selalu dilaungkan..? banyak kesilapan demi kesilapan yang telah pihak Anwar lakukan. Bermula dengan kononnya tiada liwat hinggalah mahu menggugurkan kes. Syaitan ini tidak dapat lari lagi. Kebenaran pasti akan muncul jika tidak sekarang pasti keaiban itu akan ditunjukkan oleh Allah S.W.T untuk masa akan datang.
6. Kak Wan wajar bersumpah laknat mengatakan suaminya tidak bersalah dan mempertahankan maruah suaminya jika benar dia difitnah sebegitu rupa tetapi.....Beranikah mereka..?
Gambar ini tiada kena mengena dengan aktiviti menggalakan pembakaran hutan cuma menggambarkan hati manusia yang mengelegak kerana tidak dapat menerima ketentuan Qada dan Qadar
Hua..hua..hua..Si penyamun bintang 3 Nizar Al-Namrud Wal-Komunis kalah dalam percobaannya untuk menidakkan kuasa Allah S.W.T. Beliau telah diberitahu oleh hakim Mahkamah Rayuan bahawa Mahkamah Tinggi telah silap mengistiharkan dan mentafsir peruntukkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTNP).
Dalam reaksi pemimpin Pakatan Rakyat pasti akan terpacul kata-kata keji contohnya Mahkamah tidak adil, BN beli hakim, SPRM digesa menyiasat hakim2 dan paling lantang akan terpacul dari mulut busuk Nizar Al-Namrud Wal- Komunis ialah..BUBARKAN DUN..!
Laman-laman haram jadah pro-pembangkang macam Pink Turtle, Harakah Daily, TKO dan segala macam saluran fitnah langsung tidak memperbesarkan kekalahan memalukan ini, yang paling sibuk diulas adalah kematian ADUN Manik Urai…GM dah tahu lama dah akan ada PRK kat situ..Blogger-blogger banjngan pun lari berselerak menyorokkan muka tak malu kerana enggan menerima kekalahan yang memalukan ini.
DS Zambery, contoh pemimpin yang matang berpolitik. Ketika diumumkan kalah dahulu beliau dengan senang hati keluar dari Pejabat MB tanpa perlu memburuk-burukkan Nizar Al-Namrud Wal-Komunis
Ini adalah contoh dan bukti jika kita melawan Qada dan Qadar yang telah tertulis dan enggan menerima dugaan yang telah ditunjukkan selurus-lurus pembaris untuk PAS dan umat Islam bermuhasabah diri. PAS harus memikirkan sewajarnya kedudukannya di dalam Pakatan Sialan.
Nizar Al-Namrud Wal-Komunis, ia cukup mudah untuk difahami dan simply matematik yang menjadi asas kiraan budak tadika. Bagaimana pun pengiraan semudah itu langsung gagal dijawab oleh Nizar Al- Namrud Wal-Komunis hingga membuka pekung Nizar dan apa akan jadi jika Pakatan Sialan ini memerintah satu hari nanti.
Sudah banyak yang diperkatakan orang ketika ini, perihal kegilaan ahli politik yang mabuk kuasa. Setelah satu persatu jawatan diperolehi kini masih mengejar jawatan dan kekuasaan yang telah melupakan asal usulnya.
Anwar mengajak Najib untuk bermusyawarah pula. Beliau tahu sudah malu benar dengan tragedi yang dicipta di Perak dengan kegilaan yang melampau. Firasatnya counter attack perlu dipacu sebelum Najib hadir dengan idea yang lebih dasyat.
Anwar cuba memancing Najib untuk cool down seketika. Najib sudah tahu langkah seterusnya Anwar maka Tuanku Sultan jangan dipersalahkan cuba diputihkan oleh Najib. Anwar yang malu kerana memulakan kegilaan lompat melompat dan saban kali tersungkur dan berpatah balik ibarat membaling boomerang yang terkena diri sendiri.
Semua orang tahu betapa liciknya Najib menempatkan buah caturnya. Anwar yang diagungkan oleh puak erdogan PAS seorang yang strategis habis dikencing Najib hidup-hidup. Kali ini, Anwar Ibrahim terpaksa tunduk kepada bekas timbalannya di dalam Pemuda satu ketika dulu.
Najib melakukan tindakan yang bijak mengambil Perak dengan sokongan majority 3 ADUN yang kecewa. BENAR, BN sudah menang disitu. Tetapi Nizar Tri * entah apa yang cuba dipertahankan sampai hari ini. Habis titah Tuanku Sultan dicampak ke tongsampah Mahkamah. Nizar telah menyalakan api kebencian Tuanku yang tidak mungkin akan padam.
Masih tidak malu Nizar Tri * mahu berjumpa Tuanku Sultan kononnya untuk perkenaan dibubarkan DUN. Sesudah 5 jam baginda terpaksa berkurung di Bilik Khas Diraja memerhatikan permainan sarkas warga komunis, Nizar langsung ditolak mentah oleh pengawal diraja. Tuanku tidak mahu berjumpa..! Nizar masih tidak sedar….
Atas kapasiti sebagai Ketua bermulut longkang, Anwar menghulurkan salam namun belum disahut oleh Najib. Mungkin ada talian hayat yang cuba diminta oleh Anwar Ibrahim sesudah Tun Pak Lah enggan memberi. Anwar mahukan tempias PM Rakyat Najib terkena padanya.
Bagi Anwar Ibrahim, biarlah penyokong tegar melihatnya memanggil Najib melutut dihadapannya kerana itu yang ditunggu. Penanti masih belum dicalonkan oleh BN, pasti insiden Perak memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim jika Najib menyahut salamnya.
Najib pasti sudah menyiapkan skrip drama bhg. 2 jika tentu bertemu si mulut longkang itu untuk membincangkan perihal Perak. Najib harus memikirkan liabiliti yang ditanggung Tun Pak Lah dan KJ kerana membebaskan Anwar Ibrahim yang telah memerangkap mereka. Iktibar itu perlu diperhalusi oleh Najib.
Aku fikirkan aku dahulu yang akan jadi No. 1, rupanya Najib yang ku sangka lembu rupanya singa yang sentiasa kelaparan. Anwar Ibrahim mendengus keseorangan memikirkan kebodohan yang diciptanya. Masih ada manusia yang lebih bijak daripada Anwar Ibrahim.
UMNO harus mengucapkan terima kasih kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Jika tidak kerana mereka UMNO masih lagi terbuai-buai dengan kedaifan moral. PAS begitu lantang mengeji UMNO kerana kononnya UMNO adalah parti rasuah yang maha hebat dan hampir tidak mampu untuk dipulihkan.
PAS jugalah yang lantang mengutuk UMNO supaya berubah dan melakukan transformasi dengan segera. Terima kasih PAS kerana telah menyedarkan ramai pemimpin UMNO daripada terus terbuai dengan keseronokkan duniawi.
Sejarah UMNO bermain dengan politik tidak perlu diulas lagi. Semua orang tahu bagaimana sejarah ini bermula. Siapa yang mulakan dan atas faktor apa.? Sudah tentu kerana kuasa. Kekuasaan yang menghanyutkan ramai orang.
Kini UMNO menuju transformasi bagi memperbetulkan segala kekusutan yang melanda UMNO setelah dirosakkan dan dimulakan oleh bekas timbalan presidennya dulu. UMNO mula mengikis istilah rasuah dalam perlembangaannya.
Hari ini seperti dunia sudah terbalik, boleh dikatakan “paku dulang paku serpih, kata orang, PAS juga yang lebih”. PAS yang bermulut longkang seperti tidak tahu hendak menutup longkang-longkang yang makin banyak tercela. PAS cuba menutup kelemahan dengan mengatakan “gejala beli undi” mula menular dalam PAS. PAS menjangkakan pembohongan itu boleh diterima pakai kerana kebanyakan penyokong tegar PAS masih lagi buta huruf dan buta hati.
PAS terlupa sejarah UMNO 15 tahun dahulu. Ketika kelibat manusia bernama Brader Anwar B. Ibrahim (B.A.B.I) yang gila kuasa membeli undi untuk mengejar kerusi no.2 pada masa itu. PAS terlupa jerat yang dipasangnya. Hari ini manusia itu semakin menggila merosakkan PAS dengan pelbagai termalogi dan kaedahologi yang membuaikan PAS. PAS terperangkap.
Sepatutnya PAS dari dahulu lagi perlu berhati-hati dengan lenggok B.A.B.I. Demokrasi, kesamarataan, negara berkebajikan dan pelbagai lagi terma yang mengkhayalkan PAS. Benarlah seperti yang didengar. PAS adalah parti yang tidak matang. Mereka cepat benar terlentok tanpa memikirkan kesannya.
Hendak dikatakan PAS bodoh agak keras bunyinya tetapi itulah realiti yang sedang melanda PAS. Walaupun ramai kalangan professional dan cerdik pandai, PAS masih lagi tidak mampu berdiri menjadi parti yang benar-benar ‘steady’. Politik wang dalam PAS bukan perkara baru, bencana itu sudah kedengaran lama cuma belum keluar ke permukaan surat khabar. Parti Islamik yang memperjuangkan Islam gamaknya.
PAS mungkin telah mem‘baptist’kan segala dosa B.A.B.I semasa di dalam UMNO. PAS mungkin menyambut dakapan B.A.B.I disaat ianya benar-benar ‘bersih’. PAS terlentok dengan lenggok tawaduk B.A.B.I . Habis memperbodohkan semua orang dalam PAS. Hebat manusia yang bernama Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I)
Kerana kuasa semua orang sanggup melakukan apa sahaja. Stesyen Minyak yang punyai pekerja taraf SPM pun pasti ada insiden tikam-menikam belakang kengkawan. Inikan pula parti politik yang sudah tentu kekuasaan yang digilakan.
Dari dahulu lagi PAS harus membuang pengaruh B.A.B.I. Sejarah terlampaunya ketika di dalam UMNO pasti akan diulangi kembali. Bohonglah jika B.A.B.I sudah cuci tangan dalam insiden “gejala beli undi” pasti beliau adalah mastermind yang mencorak hala tuju dalaman PAS. Jika insiden main belakang boleh ditagihnya inikan pula politik wang, itulah blind spot yang sedang digerakkan.
Slogan UMNO rasuah sudah boleh digengam bersama dengan PAS. Malulah PAS jika selepas ini bermain dengan isu rasuah kerana PAS juga adalah pemain rasuah yang sedang menempatkan dirinya dalam landskap politik Malaysia.
Ini adalah komen daripada Tok Mudim untuk artikel "Sudahlah Nizar Teruk Benar Meroyannya"
Oi Kulup
Ada baca kenyataan Dr M hari ni.??""I don't know how different the Perak Constitution is from the Federal Constitution but if a leader asks the Ruler to dissolve the assembly, the Ruler has the right to refuse. But he cannot remove the head of government either," the country's fourth prime minister told reporters today"
Kalau dah bodoh brnak tu ...baca pun tak guna.
Bodoh punya Melayu.
Komen GM:
HE..HE..HE..
TOK MUDIM NAK HERAN APA DENGAN KENYATAAN TUN M TUH..ITUKAN MANUSIA NYANYOK, MAHAZALIM,MAHAFIRAUN, MANUSIA BODOH BUAT PROJEK MEMBAZIR BINA KLCC SEPERTIMANA YANG PERNAH DIJERITKAN OLEH PEMIMPIN PAS DI JALANAN..
BILA TUN M KELUARKAN KENYATAAN ITU, SEMUA ORANG TAK HERAN KERANA BELIAU SUDAH NYANYOK, KENYATAAN YANG SELALU DIUCAPKAN OLEH PAS KETIKA TUN M BERKUASA.
TUN M ADALAH MAHAFIRAUN, MAHAZALIM, PEMIMPIN BODOH ITULAH YANG SELALU DIJERITKAN OLEH PAS..TUN M NEGARAWAN ULUNG YANG DIAKUI DUNIA TAPI BAGI PAS, TUM M MAHAZALIM DAN KAFIR...
TAPI KINI, PAS YANG BAHLOL INI MENGANGKAT KENYATAAN ITU IBARAT TELAH MEMBERI KEMENANGAN MORAL KEPADA MEREKA..INI DIKLASIFIKASI SEBAGAI APA.? MUNAFIK ATAU HALAL ATAU HARUS ATAU MAKRUH, KLIK ULAMA PAS JAKUN
SIAPA YANG LEBIH MUNAFIK KETIKA INI..?
PAS MEMANG TAK LAYAK MENTADBIR..ITULAH JAWAPAN PALING IDEAL UNTUK DIGAMBARKAN PADA PAS..
TUN M YANG PALING KORANG BENCI BOLEH PULAK DIANGKAT MACAM DEWA HARI INI..MUNAFIK SUNGGUH PAS..MALU BENAR GM AKAN PAS..
POLITIK ITU ADALAH TEMPAT BERGELUMANGNYA MANUSIA KOTOR MACAM PAS,UMNO,PKR,DAP DAN SEGALA MACAM PARTI LAGI..
MAT SABU DAH KENA TANGKAP FIKIRLAH IKHLASKAH BELIAU KETIKA MEMBANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT.? ATAU SEKADAR UNTUK MELENGKAPKAN PORT FOLIO SEBELUM MUKTAMAR PAS KONONNYA BELIAU ADALAH PEMIMPIN RAKYAT ATAUPUN SEORANG FIGHTER TULEN..
SIAPA YANG MEMBERI GELARAN AL-JUBURI DAHULU..? KINI MEGAH SEMEJA DENGAN AL-JUBURI DAN MELUPAKAN SEGALA DOSA DAHULU..
SIAPA YANG LEBIH MUNAFIK..?
INI SEMUA NAK KUKUHKAN SOKONGAN SEBELUM MUKTAMAR PAS BULAN JUN SAJA..BERADA DIBARISAN HADAPAN DAN AKAN MEMBERI POLITICAL MILEAGE UNTUKNYA SENDIRI..LANGSUNG TIDAK IKHLAS UNTUK BERJUANG..
FIKIRLAH JIKA PR MENANG SEKALIPUN PRU-13 PASTI NEGARA INI TIDAK AMAN..CONTOHNYA SUDAH ADA..
SELANGOR BERKOCAK, PENANG PUN MASALAH NAK LANTIK TKM 1 PUN SUSAH, KELANTAN TAK PAYAH CAKAP LA..CERAMAH LEBIH MENDOMINASI DARIPADA BUAT MOU KERJA, KEDAH MASIH BERTAHAN..
UMNO BERTAHAN KERANA SOKONGAN MCA,MIC DAN SEGALA PARTI KOMPONEN TAPI JIKA PR MENANG LAGI HURU-HARA NEGARA INI..PAS NAK BERDIRI SENDIRI LANGSUNG TAK BERKALIBER, MEREKA JADI PAK TURUT LAGI BAGUS,
PKR MASALAH DALAMAN DAN KONSEP PECAH DAN PERINTAH ANWAR IBRAHIM LAGI MEMBAHAYAKAN. DAP, LIHAT CONTOH SINGAPURA DAH JELAS SEBAB PENANG PUN MENUJU KEARAH ITU.
APA NAK HAIRAN DENGAN PAS MEREKA TAK PERNAH IKHLAS DAN BERKEMAMPUAN UNTUK MENTADBIR..
SUDAHLAH PAS LEBIH ELOK TUMPUKAN PERHATIAN DARIPADA KHAYAL BERPOLITIK LONGKANG HARI INI. CONTOH DAH BANYAK DIPERLIHATKAN AMBILAH IKTIBAR DAN BELAJARLAH BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI..
JIKA PAS BENAR ASAS PERJUANGANNYA DAH LAMA MEREKA MEMBUANG ANASIR YANG MEROSAKKAN PAS KETIKA INI, ANWAR IBRAHIM DAN DAP KERANA 2 PERKARA INI YANG SELALU MENGUTUK DAN MEMPERBODOHKAN PAS..
TAPI SAYANG MEREKA LEBIH MENGEJAR DUNIAWI DARIPADA AMANAH DENGAN LAUNGAN PERJUANGANNYA SENDIRI.. MENUBUHKAN NEGARA ISLAM.
Dah muncul pula, YB Kota Alam Shah nak meletakkan jawatan. Dipaksanya YB ISA dari penjara untuk meletakkan jawatan melalui isterinya. Anwar Ibrahim Munafikun dah nampak prospek ‘testing ground’ untuk mengukur sokongan rakyat. Memang jijik taktikal Anwar Ibrahim Munafikun untuk mempermainkan sistem demokrasi Negara ini.
Baginya, pedulikan wang rakyat kerana beliau lebih banyak mendapat dana dari salur luar. BN wajar diludahkan dengan taktikal serampang depan mata PKR. Belum habis Mengkuang dibebaskan daripada PKR disuruh pula YB ISA meletakkan jawatan. Nasib rakyat Kota Alam Shah, mereka yang memilih jalan begini. Memang jijik politik Anwar Ibrahim Munafikun, de facto yang sangat disayangi dan dikagumi oleh PAS dan penyokong tegarnya.
Kita lihat betapa tamaknya PKR dalam meletakkan wakilnya dalam pilihanraya. Sudahlah mereka punyai wakil dalam exco kerajaan negeri kini PRK Penanti PKR turut juga mahu ambil dari tangan PAS. Berilah PAS peluang mereka sudah malu benar dengan insiden di Bukit Gantang.
Lim Guan Eng harinya penuh dengan hiburan seloka sarkas daripada PAS
PAS juga yang menangis, merintih meminta kawasan walhal PAS adalah penyumbang kepada Anwar Ibrahim Munafikun untuk berada di dalam Parlimen. Hari ini PAS ingin meminta untuk bertanding terpaksa berbisik takut benar keinginan itu sampai ke telinga Anwar Ibranim Munafikun apatah lagi jika de facto itu berdehem maka kecut perutlah PAS Pulau Pinang akan pukulan Anwar Ibrahim Munafikun yang semakin kuat di dalam PAS.
Jika dulu YB Mengkuang memegang port folio hal ehwal agama kini PAS yang berkopiah dan berwirid sepanjang masa langsung tidak dipandang untuk memegang jawatan yang sinonim dengan mereka.
PAS ada wakil dari Permatang Pasir mengapa beliau tidak diangkat sebagai exco hal ehwal agama. Adakah beliau tidak punyai kelayakan agama untuk memenuhi criteria sebagai exco. Apakah YB Mengkuang lebih kuat wiridnya untuk melayakkannya memegang exco tersebut. Nasib PAS di Pulau Pinang, melukut di tepi gantang.
Contohi Perak, MCA tidak banyak kerusi yang dimenangi tetapi atas semangat setiakawan wakil MCA masih lagi diangkat sebagai exco kerana kepercayaan dan kebolehan yang diyakini. Pepatah mengatakan orang tamak selalu rugi. Mungkin selepas ini PKR akan belajar untuk memahami pepatah itu.
Kasihan sungguh PAS. Mereka lebih hebat bercakap, berceramah memuja rakan pakatan namun untuk tugasan semudah ini kredibiliti mereka langsung tidak dipandang. Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim Munafikun ketawa melihat lawak sarkas yang disajikan PAS di Pulau Pinang.
Bertandinglah PAS di Penanti ukurlah kemampuan sendiri jika mahu membuktikan kepada rakan pakatan yang lain PAS boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan sokongan PKR dan DAP yang hanya mahu menggunakan PAS. Cukuplah PAS, sudah teruk benar diperbodohkan dan diperlekehkan oleh Anwar Ibranim Munafikun.
PAS wajar meletakkan calonnya di Penanti, pejamlah mata sekejap ketika menghantar borang penamaan calon pedulikan PKR kerana PAS boleh berjaya. Ambil peluang di Penanti untuk membuktikan sokongan PAS tidak berubah walaupun telah dimalukan di Bukit Gantang.
23hb May - Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Penanti 31hb May - Pembuangan Undi 01hb Jun - Mengkuang bebas daripada PKR.
Konsep pertandingan 5 penjuru kalah mati. Antara yang akan bertanding adalah BN, PKR, PAS dan 2 calon Bebas.
Yang pasti rakyat marhaen Mengkuang terpaksa juga turun mengundi kerana permainan gila manusia-manusia gila politik. Semoga kali ini, Mengkuang akan dibebaskan daripada PKR..!
Jom kita pakat-pakat lihat perdebatan berkenaan isu perlembagaan Perak dengan kehadiran 2 wakil yang berkaliber dari pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. PAS, DAP dan PKR pasti akan menghantar wakil untuk menjelaskan bahawa segala tindakan mereka mengutuk akan 'rampasan kuasa' yang dilaungkan sebelum ini adalah sah. GM teringin lihat Nizar Camry, Ngeh, Nga, Sivakumar dan Anwar Ibahim Munafikun duduk semeja menjelaskan pendirian mereka berhubung isu tersebut. Apa kata Mereka..? Beranikah..!
Nada suaranya begini, “Tindakan YB Mengkuang meletakkan jawatan sebagai ADUN perlu kita hormati dan menerima sebagai pergorbanan untuk menjaga MORAL dan INTERGRITI parti (PKR). Kami sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat sentiasa menghormati keputusan rakan pakatan lain kerana sikap tolenrasi kami menjaga hubungan antara satu sama lain.”
Tetapi suaranya berubah untuk hal ini. YB yang putih mulus, rajin, kuat kerja hingga tidak sedar diri ‘DIKERJAKAN’ oleh orang lain. “Bagi kami, perbuatan individu yang menceroboh hak privasi rakan kami adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Keputusan YB putih mulus untuk TERUS BERKHIDMAT di dalam kerajaan negeri adalah tindakan yang wajar”. “Pemuda Islam itu perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah”.
2 senario yang memperlihatkan sikap DOUBLE STANDARD gabungan kelam kabut yang wujud ketika ini. Masing-masing saling curiga mencurigai kerana mengharapkan sokongan dan dokongan politik rakyat marhean mereka menjual perjuangan diri.
PAS juga yang selalu diperbodohkan. Mereka terlalu menjaga silaturrahim antara kedua-dua parti tetapi mereka juga yang selalu tersepit dan tercekik. Merekalah yang selalu bercakap banyak tetapi jarang sekali mereka dikenang dan berjasa. Mereka lebih banyak bersifat munafik dan meletakkan wajah tawaduk itu di dalam poket sendiri. Malu agaknya PAS atau mungkin mereka belajar untuk menerima ilmu globalisasi dari Pak Sheik.
Dalam 2 senario di atas nyata sekali berbeza sikap dan wajah PAS, Muslimah bergenang air mata kerana mempertahankan YB putih mulus daripada meninggalkan rakan-rakan di dalam kerajaan. Betapa beliau disayangi dan dipuja kerana hak mutlak miliknya tetapi YB Mengkuang terpaksalah bertempur bertepis si Mengkuang untuk mempertahankan diri.
Wahai rakyat marhaen parti inikah yang boleh kita beri tanggungjawab untuk memimpin kita. Pemimpin inikah yang layak memimpin kita..? Orang Mengkuang renungkan kembali ceramah-ceramah yang kita hadiri. Renungkan kembali kepimpinan negeri yang selalu memperbodohkan kita sehari-hari.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob bersetuju dengan keputusan Kerajaan Selangor mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.
Beliau berkata, pihaknya percaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah membuat kajian mendalam sebelum keputusan itu diambil.
"Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau Kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah.
"Menteri Besar Selangor lebih mengetahui keadaan sebenar dan saya percaya dia buat keputusan setelah mengkaji sedalam-dalamnya," katanya di sini hari ini.
Ahmad turut menyifatkan masalah itu isu dalaman sebuah kerajaan negeri yang boleh diselesaikan oleh mereka sendiri.
"Orang lain yang 'membuka' peribadi (Elizabeth). Ia berlaku dalam rumah. Kalau dikatakan masalah moral, orang yang ambil gambar itu yang tidak bermoral, bukan dia yang tidak bermoral," katanya.
Sumber: Utusan
Ulasan GM :
Maka memang benarlah PAS hari ini menuju kepada perkongsian kuasa yang lebih bersifat liberal dan akan membuang nilai-nilai Islam yang diperjuangkan selama ini. Kembalinya Anwar Ibrahim Munafikun kepada arena politik Malaysia benar-benar telah merapatkan jurang fahaman ortodoks PAS untuk menerima kepelbagaian warna politik bawaan Anwar Ibrahim Munafikun.
PAS menuju kesatu lorong kebebasan ekstrims yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim Munafikun. Beliau mahu membiasakan PAS dengan elemen moderate dan liberal supaya gengaman Anwar Ibrahim di dalam PAS akan semakin kukuh.
Lihatlah betapa bangganya Nik Aziz turun membantu merasmikan buku Islam Liberal selain kelantangan beliau melindungi Elizabeth Wong daripada fitnah berbogel di halaman sendiri. Sehinggakan Nik Aziz mengeluarkan pendapat yang disifatkan fatwa oleh penyokong tegar PAS bahawa ‘Tak Salah Untuk Kita Berbogel Di Dalam Rumah Sendiri’.
Sebenarnya ungkapan itu tidak menjadi masalah nasional tetapi apabila seseorang yang mengaku ulama dari Parti yang memperjuangkan Islam bersungguh-sungguh menunjukkan kebijaksanaannya dilihat tidak lebih daripada mengambil keuntungan politik yang akan merosakkan.
PAS harus melihat konflik yang berlaku di dalam kepimpinannya untuk kembali menilai dimana kedudukan PAS dalam politik Malaysia hari ini. Janganlah menilai kulit orang lain nilailah diri sendiri. Perebutan kuasa, politik wang dan cantas mencantas telah menular di dalam PAS Cuma kelibatnya masih belum kelihatan di permukaan bersih PAS.
Percaturan Anwar Ibrahim Munafikun benar-benar telah merosakkan PAS.