Friday, September 03, 2010

Nik Ajis Tak Tau Apa Itu Bersuci?


Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh membela perbuatan pengikutnya membenarkan seorang Cina, Teo Nie Ching memberi ‘tazkirah’ di kawasan umat Islam bersembahyang di dalam surau.

Macam-macam hadith dan pandangan dikeluarkan oleh PAS untuk membolehkan perbuatan ini. Sedangkan, PAS jugalah yang kononnya begitu tegas dalam mempertahankan kesucian Islam.

Surau dan masjid adalah tempat beribadah bagi orang Islam dan ia wajib dijauhkan dari segala macam kotoran.

Hadith Rasulullah yang bermaksud: “Jauhkan masjid kamu dari orang gila, kanak-kanak yang belum mumayyiz dan jangan kamu bertengkar dalam masjid,”

Jelas, kanak-kanak yang belum mengenal bersih atau kotor mengikut Islam juga disaran agar dijauhkan dari masjid.

Lalu, kita ingin bertanya sejauh manakah Teo Nie Ching itu tahu mengenai bersih dan kotor mengikut Islam?

Kebersihan di dalam Islam adalah sesuatu yang amat penting lagi tinggi dan tidak boleh dipandang remeh.

Kebersihan dan akhlak adalah perkara paling asas dan lebih awal diterapkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat Islam sebelum solat, aurat dan undang-undang.

Tanpa berpegang kepada dua perkara asas ini, segala ibadah yang lain tidak akan lengkap malah mungkin tidak bermakna langsung.

Bersih mengikut mata manusia biasa bermakna tidak berwarna dan berbau, itu sahaja.

Sumber : Malaysia Instinct

Hehehe...boleh klik sini juga

Doh nyanyok dok tua kutuk Nik Ajis. Cubo tanyo Nik Ajis kenapa mesti membela Teo Nie Ching kalu pasal bantuan RM 1,000, lebih afdal Hassan Ali mulut tahi ayam yang bagi. Dia adalah Exco Hal ehwal Islam Selangor, takkan jawatan yang mulia itu diberi pada kafir harbi.


Ini mesti ada nawaitu politik yang Nik Ajis tak boleh nak baca atau dia saja-saja buat-buat tak nampak. Itu pasal Tuanku Sultan sangat murka.

No comments: