Wednesday, September 08, 2010

News: Anwar Ibrahim Perlu Jawab Kaitannya Dengan BENDERA.


Laporan polis terhadap The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis terhadap Malaysian Insider dan mengemukakan bukti yang mengaitkan portal berita itu dengan Kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA), Indonesia.

JMM yang diketuai Yang Dipertuanya, Azwanddin Hamzah; Setiausaha Agung Tengku Amalluddin Sani dan ahli jawatankuasa lain membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini pada jam 2.30 petang semalam. "Katanya, bukti diserahkan kepada polis itu membabitkan dua dokumen dan satu gambar, tetapi ia tidak boleh didedahkan kepada media dan umum kerana dikategorikan sebagai sulit.

“Ketiga-tiga bukti itu dialamatkan oleh seseorang kepada saya melalui pos, tetapi tidak mengetahui dari mana dan siapakah individu berkenaan.

“Saya sepatutnya mendedahkan dokumen itu kepada media selepas membuat laporan, tetapi pihak polis menasihati saya supaya tidak berbuat demikian kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Beliau berkata, hubungan Malaysian Insider dan BENDERA boleh memberikan kesan buruk kepada kepentingan negara.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq menjelaskan hubungan beliau dengan Datuk Seri Kalimullah Hassan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV Indonesia, Surya Paloh dan penulis New Straits Times Singapore, Riongkali.

Sumber: Berita Harian

------------------------------------------------------------------

Sebelum itu, The Unspinners pernah mengeluarkan story tentang kaitan Jahabar Sadique dengan pemimpin BENDERA dan rangkaian pengkhianat dalam negara termasuklah si peliwat pejungga Putrajaya.

Ajen utama yang sering mengapi-apikan sentimen anti Malaysia ini adalah stesyen-stesyen TV. Tetapi dalam demo anti Malaysia terbaru ini, nampaknya media2 Indonesia agak neutral kerana kegiatan mereka memburuk Malaysia selama ini nampaknya "backfire" ataupun mendapat respon negatif dari rakyat Indonesia sendiri.

Hanya MetroTV yang dimiliki oleh Surya Paloh dan tycoon Cina Singapura masih terus dengan serangan2 negatif yang berunsur fitnah terhadap Malaysia serta menghasut rakyat Indonesia membenci Malaysia.

Surya Paloh ada kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim melalui rakan satu Golkar, Yusof Kalla. MetroTV sering memberi liputan kepada Anwar.

Menurut sumber-sumber tertentu, stesyen TV itu tidak akan berterusan mengutuk dan menghina Malaysia tanpa permintaan dari Anwar.

Disamping itu, Surya Paloh mempunyai cita-cita politik untuk menjadi calun Presiden Indonesia. Isu penahanan 3 warga Indonesia oleh Marin Malaysia kerana mencerobohi perairan Malaysia digunakan untuk menekan presiden SBY yang dianggap lembut.

Sementara itu, memetik kenyataan JMM dalam laman blognya
JMM memohon jasabaik Jahabar Sadiq untuk memberikan penjelasan terlebih dahulu mengenai hubungan beliau dengan Dato Kalimullah Hassan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Surya Paloh Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV Indonesia dan penulis Riongkali dari NST Singapore.

Ini penting supaya penyiasatan dan tindakan pihak Polis boleh dibuat tanpa tekanan dari pihak pembangkang yang mungkin mempunyai kepentingan di dalam perkara ini.

Rakyat Malaysia perlu mengetahui latarbelakang politik Jahabar Sadiq sebelum pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Sebelum terlupa, kalau dah minta siasat The Malaysian Insider dan Kalimullah tak sedap kalau Khairy Jamaluddin tidak disiasat dan diragui kesetiaannya pada kerajaan pasal ini orang pun bestfriend sama Kalimullah dan dia tak boleh buat-buat forget mau cuci tangan.

1 comment:

udanggalah said...

Salam...orang kalau dah baling batu sembunyikan tangan...pasal apa tangan perlu disorok kalau orang nampak siapa yang baling>>!