Friday, October 09, 2009

Nizar Aedes: Nasruddin Mengelabah Puyuh.!

GEMPAR..!!! Gestapo PAS tidak menjadi.
Pertemuan Tokey dengan sumber malam tadi benar-benar mengiyakan kerja jahat PAS. Sumber Tokey seorang ahli PAS yang mengiringi pemimpinnya ke IPD Port Dickson telah membuka cerita berhubung insiden samurai di sebuah taman perumahan.

Petang kelmarin, Ketua Militan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, Abd Wahid Endut, Hj Ramli Ismail dan Asmuni Awi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Dalam petemuan itu, depa gagal untuk mengesahkan punca sebenar insiden itu dan paling melucukan adalah kedengkelan pemimpin PAS yang menunding jari sesama mereka ketika diajukan persoalan siapa lelaki yang ditetak itu.

Nasruddin yang diketahui lantang melancarkan jihad mengelabah puyuh ketakutan kerana perbuatan gestapo depa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Lubang sudah pecah.! Ini kerana pemimpin PAS secara umumnya gagal mengesahkan laporan Malaysiainsider dan Malaysiakini yang memperbesarkan insiden ini sehingga markas induk yang diceritakan juga gagal disahkan oleh Nasruddin.

Polis juga meminta supaya kesemua petugas yang terlibat termasuk individu yang ditetak untuk hadir membuat laporan bagi memudahkan penyiasatan dan tindakan segera akan diambil jika depa gagal berbuat demikian. Fitnah PAS kali ini sudah masuk perangkap.

Sumber juga memberitahu mimik muka Nasruddin berubah takut kerana pihak Polis akan membuat laporan keatas penyebaran maklumat dalam internet dan SMS yang disebarkan olehnya yang menyeru ahli meramaikan Bagan Pinang dan tindakan akan dikenakan jika dia gagal.

Sebelum beredar, sumber memberitahu pasti Nasruddin tidak akan mengarahkan anak buahnya membuat laporan dan Tokey berpendapat gestapo PAS tidak menjadi.

Nizar Gestapo: Rasuah PAS Lebih Keji

Bila Tokey melayari pelbagai laman web dan blog prokomplot pembangkang, depa galak memainkan isu rasuah Isa Samad.

Kenyataan Dr. Asri diulang-ulang memberi peringatan kepada penyokong totok PAS dan harapan pembaca atas pagar juga akan meresapi maksud penulisan depa.

Itulah strategi PAS. Jika sesuatu perkara itu memberi kelebihan kepada depa pasti depa pantas mengulanginya.

Kita semua sedar sikap munafik PAS. Walaupun depa melabelkan (syok sendiri) sebagai parti Islam tapi rakyat sudah muak dengan keislaman yang diperjuangkan PAS. Bagi rakyat PAS tidak lebih sebagai parti yang memporak-porandakan imej Islam.

Kalau kita masih ingat, keceluparan segelintir pemimpin PAS yang mengeji Dr. Asri hanya kerana reaksinya yang tidak menyebelahi PAS dalam konflik Perak dan web pemimpin DAP yang menghina Islam. PAS galak mengejinya. Paling terkesan adalah klip video ceramah Badrul Amin, AMT PKR yang mahu memancung kepala Dr. Asri yang disifatnya sebagai gila.

Kita berbalik kepada persoalan rasuah yang ditimbulkan oleh PAS. Ya..satu Malaysia sudah mengetahui Isa Samad rasuah dan dengan terang dan rendah hati dia dihukum oleh partinya. Isa menerima ketentuan illahi dia tidak berjaya mendaki hirarki tertinggi parti. Allah telah memberinya hukuman dan sebagai peringatan untuk menjadi terbaik dari yang terbaik.

PAS mempersoalkan rasuah Isa Samad sekaligus depa menyerang peribadi lawan walaupun Nik Aziz, Pendita usang menegah taktik itu dilakukan. Pedulikan dengan larangan tok guru, yang penting lawan tetap lawan..tangguh tetap tangguh.!

PAS terpaksa mensensasikan cerita ini. Rakyat sudah tahu dan depa boleh berfikir kerana hukuman telah pun dijalankan. Mungkin PAS terlupa dalam komplot pembangkang juga bersepah manusia yang pernah disabitkan kesalahan rasuah, salahguna kuasa, liwat, khalwat dan berbagai lagi.

Contoh sudah ada, Anwar Ibrahim yang dibebaskan atas kesalahan salahguna kuasa dan kini menghadapi pertuduhan liwat buat kali kedua..! Yang lebih keji.? pembuat luar tabie juga boleh menjadi Ketua Pembangkang.

Kita harus perhalusi berkaitan isu rasuah, UMNO berada dalam landasan yang betul untuk memerangi rasuah. Depa serius dan transformasi kearah itu sedang berjalan. Boleh kita lihat banyak contoh terbuka yang dibuat UMNO. Gayanya, UMNO lebih serius dalam hal ini.

Muktamar Agung PAS bulan Jun digegarkan dengan politik wang sehingga memaksa Nik Aziz menyatakan itu adalah sedekah. Tapi paling sedihnya, Nik Aziz mengatakan jika ada orang memberi hadiah ambilah tapi jangan diberi undi. Nik Aziz secara tidak langsung mengiyakan perbuatan rasuah itu dijalankan.

Di Selangor, pemerintahan yang baru setahun setengah sudah 8 orang exco kerajaan negeri yang dipanggil SPRM berkaitan rasuah. Pemerintahan komplot pembangkang yang tidak berpengalaman telah menwujudkan gejala rasuah yang tiada kesudahan.

Jika diikutkan, komplot pembangkang lebih teruk permainan rasuahnya kerana depa lebih banyak menyimpan perihal rasuah takut didedahkan kepada umum atau depa sebenarnya terikat dengan bai'ah yang akan melenyapkan kekuasaan depa.

Tokey - Keterbukaan itu kadang-kadang menyakitkan tapi itulah penawar kepada kesungguhan

Nizar Mesin Basuh: Kerja Jahat Nie PAS Adalah Gurunya

Jawapan Tokey mudah untuk memikirkan kekalutan yang ditimbulkan oleh PAS.

Depa semua dalam keadaan terdesak dan hanya orang yang terdesak sanggup lakukan bermacam-macam cara.

Seperti Anwar Ibrahim yang mencari 1001 alasan bagi mengelakkan beliau lari daripada perbicaraan liwat, dia seboleh-boleh mencipta pelbagai tipu helah untuk lari dari jejakkan kaki di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta.

Apa yang berlaku hari ini di Bagan Pinang, PAS mengikut telunjuk Anwar untuk mencipta provokasi bodoh mengatakan UMNO bertindak jahat.

Harus kasi peringat, sudah 8 pilihanraya kecil UMNO tentang dan belum pernah berlaku tindakan provokasi yang ditimbulkann depa. Budaya samseng ini bukan budaya UMNO. Ini semua kerja jahat PAS yang berada dalam keadaan tertekan.

Jika hendak diikutkan sebelum ini, UMNO berada dalam keadaan defensef dalams setiap PRK. Paling teruk adalah di Kuala Terengganu kerana UMNO mahu mempertahankan kedudukan. Tetapi adakah kita mendengar tindakan provokasi daripada UMNO.?

Jawapan tiada..! Di Bagan Pinang yang berlaku ketika ini adalah PAS sudah mengetahui depa tidak akan dapat undi Pos kerana menguriskan hati Tentera tapi apa yang boleh depa lakukan menimbulkan provokasi untuk memulangkan taik busuk ke tapak tangan UMNO.

Cuba kita lihat sejarah PAS, depa hebat berdemo dan mengasak pasukan keselamatan. Itu contoh perkara besar yang boleh depa lakukan. Pasukan keselamatan pun depa berani melawan. Di Bagan Pinang, perkara sekecil apala sangat bagi mereka. Ibarat kacang tanah yang dikopek kulit.

Tokey - Sejarah sudah membuktikan tindakan ganas PAS dalam berpilihanraya. Contohnya sudah ada di Ijok dan Lunas.

Thursday, October 08, 2009

Nizar Burut: Kamu Juga Ada Rasuah Politik

PAS mendakwa BN melakukan rasuah politik kepada Tentera dengan mengatakan BN menyogok Tentera dengan menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar.

Ini pun PAS kata rasuah politik. Bila PAS dengar ada pihak berjanji itu ini terus depa angin menyirap kata itu adalah rasuah politik.

PAS terlupa dengan apa yang pernah komplot pembangkang lakukan untuk meraih undi. Kita ulangkaji kelakuan sumbang PAS sebelum ini.

Di Permatang Pasir, komplot pembangkang dalam kempennya mengatakan jika Salleh Man menjadi YB Permatang Pasir, Anwar Ibrahim akan melantiknya sebagai YDP MAIPP. Strategi Anwar adalah untuk meraih sokongan pengundi Melayu untuk memberi sokongan kepada PAS takkala isu Kg Buah Pala menjadi hangat ketika itu. Anwar belagak mahu
menjadi YDP Agong.

Sebelum itu, Anwar dan komplot pembangkang berjanji mahu menghapuskan DEB jika komplot pembangkang ditabal sebagai pemerintah dan Anwar menjadi PM. Strategi Anwar dia mahu undi kaum bukan Melayu iaitu Cina dan India mengundinya dan memuja sebagai pembawa sinar gemilang kepada bumi Malaysia.

Itu baru isu nasional yang Anwar dan komplot pembangkang berstrategi. Dalam berpilihanraya, komplot pembangkang lantang mahu menurunkan harga minyak, harga barang dan memberi hak samarata kepada rakyat yang menyokong jika mereka ditabal sebagai pemerintah. Sampaikan menghapuskan hak Melayu PAS bersorak mengikut jubo Anwar. Depa mahu undi bukan Melayu kepada PAS. Ye..PAS for all.

Jika ini depa berkata itu sebagai janji pilihanraya adalah wajar jika Zahid Hamid juga berjanji untuk membantu kebajikan Tentera kerana dia adalah manusia yang bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan Tentera. Bukan seperti Khalid Ibrahim yang menjadi CEO Gutrie tetapi gagal menjaga kebajikan pekerja ladang kali sibuk depa perjuangkan polisi gaji siling pekerja ladang.

Inilah politik komplot pembangkang yang tidak matang dan hanya tau menuding jari mengatakan depa saja yang betoi dan bijak. Depa sudah terlepas cakap menyokong komunis kali ini depa beriya-iya mahu undi Tentera yang telah terguris hati.

Nizar Oii..! Strategi Jahat PAS

Heboh didalam Facebook komplot pembangkang mengatakan petugas depa dipukul bertalu-talu oleh 200 orang UMNO. Ulang sekali lagi...200 orang dan dikhabarkan seorang petugas PAS di TETAK.! Dalam Harakah dan Malaysiakini boleh tengok depa highlight isu ini.

Tokey mendapat khabar bahawa puncanya berlaku adalah kerana kesilapan petugas PAS kayu yang kononnya merasa besar dan hebat bila timbulnya pilihanraya.

Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Bagan Pinang kerana PAS merasakan mereka jaguh dengan mendirikan khemah 'one stop center' tanpa meminta permit daripada pihak yang berwajib.

Itu adalah cerita yang tersurat yang digembar-gemburkan. Jika benar petugas PAS kayu ini dibelasah dengan begitu ramai orang sudah pasti dia sudah hampir nyawa-nyawa ikan. Ini tidak dia masih lagi boleh melemparkan senyum dan berkata-kata fitnah menabur cerita tahyul.

Bagi Tokey, kes pondan PAS kena pukul nie sebenarnya saja diperbesarkan sebabnya pilihanraya saja nak kasi busuk lawan depa. PAS saja bikin provokasi di kawasan BN. PAS sudah main jahat dengan menyebarkan SMS berbau hasutan dikalangan penyokongnya.

Antara SMSnya, PAS mengatakan 9 orang ahlinya diserang dan seorang ditetak oleh penyokong UMNO. Kalau dilihat didalam Facebook Hassan Tantawi boleh dilihat kerja jahat PAS. Depa sedang menjalankan provokasi.

PAS tahu depa dah tak boleh nak raih undi pos sebab pengundi pos sedar PAS tidak layak untuk menjadi pentadbir yang berkualiti. Hasilnya PAS cuba menimbulkan suasana tidak tenteram dengan menyebarkan SMS yang berbaur hasutan perihal petugasnya diserang bagi menggambarkan UMNO sudah mula menggunakan samseng untuk meraih undi.

Budak-budak PAS nie bila berdemo tunjuk gagah berani. Sanggup ambil baling teargas yang dilemparkan FRU. Lepaih tuh bile FRU nak mengasak mahu perangi depa lagi depa melenting dan buat human sheild nak tunjuk hero. Kali ini depa jadi pondan.

Nizar Mata 4: Cakap Tak Serupa Bikin

Hampir nak pitam sebab banyak sangat gelak bila membaca keinginan komplot pembangkang yang mahukan kerajaan melaksanakan gaji siling pekerja estet sebanyak RM 900.

Tokey tidaklah menghina atau ragu-ragu dengan ketegasan depa yang serius mahu memperjuangkan polisi tersebut. Tetapi ada persoalan yang perlu depa jawab dahulu sebelum depa tahu apa yang depa buat.

Depa kena tau dulu masalah bukan depa hanya tau menembak dari celah semak. Maksudnya bukan ketika tiba pilihanraya memandai-mandai buat tuntutan asas yang tidak masuk akal.

Tokey katakan tuntutan asas adalah kerana perkara-perkara sebegini yang harus diperjuangkan Ahli Parlimen(AP) bile depa mula-mula dapat duduk dikerusi empuk AP. Malang sekali perkara sebegini langsung tidak ambil pusing oleh AP tersebut.

Sekarang kita lemparkan persoalan kepada depa untuk dijawab. Kalau benar polisi ini yang mahu diperjuangkan mengapa negeri yang ditadbir oleh komplot pembangkang seperti Selangor dan Kedah gagal menyuarakan tuntutan ini walhal negeri tersebut yang bersepah ladang dan kaum India mencari sumber rezeki dari situ.

Apa yang Khalid Ibrahim dan Azizan Razak buat? Kita tanya Khalid Ibrahim, jika dulu dia ada pengalaman dalam Gutrie yang menguruskan ladang mengapa buat tak tahu pasal kebajikan pekerja ladang di Selangor. Tanyalah orang ladang Selangor di bawah Gutrie apa sumbangan Khalid terhadap mereka.

Kita tau Khalid memang tak buat apa-apa pasal kebajikan ladang. Hendak pejuang gaji pokok lagilah Khalid tak terfikir nak buat sebab dia dah bergaji besar, kereta company dah bagi dan dia dah bersenang lenang dalam bilik ofis yang beraircond sejuk. Janganlah kerana mahu mengambil hati kaum India di sekitar Bagan Pinang depa mahu jadi pejuang rakyat. Haakktuuih..!

Bila tiba pilihanraya di Bagan Pinang depa cepat-cepat susun strategi mau ambil perhatian kaum India. Jangan terpengaruh dengan janji kosong yang tiada value kompolot pembangkang. Depa hanya hebat berjanji seperti mana depa berjanji mau menyelamatkan Kg. Buah Pala.

Harus kasi peringat jika benar nanti depa berjaya mengambil Bagan Pinang daripada penguasa yang berkualiti mungkin habis tanah ladang ini dijual dengan alasan mahu memberi laluan kepada pembangunan atau mungkin paling sadis adalah polisi yang dipejuangkan (kononnya) akan terus masuk ke dalam tong sampah.

Siapa tahu.!

Wednesday, October 07, 2009

Nizar Berkaraoke: Manifesto Utama PAS

3 Teras Utama Manifesto Zulkefly Mohamad Omar

1. Mengusahakan penaiktarafan jalan dari Telok Kemang ke Pasir Panjang.
2. Bertekad menyelesaikan masalah peparitan, banjir kilat dan pembiakan lalat dan nyamuk.
3. Mengusahakan pemuliharaan alam sekitar serta penjanaan industri pelancongan setempat.

Tokey - Manifesto keempat PAS tidak luluskan kerana akan menyinggung sensitiviti rakyat iaitu Kesusahan kejiranan calon tidak akan dilayan. Itulah menifesto utama Zulkifly Omar

Nizar Migrain: Calon PAS Tidak Disukai Kawan



Cerita nie Tokey dah dengaq lama dah. Masa nak ambik jadi calon belah PAS N9 tak setuju. Paling kuat bantah PAS kawasan. Alasan depa, Zulkifly bukan oghang situ. Kawasan dia pun reject Zulkifly. Depa tau, makcik yang duduk 500 ela dari rumahnya pun Zulkifly tak boleh nak tolong nie pasti jadi isu.

Oghang cakap, Zul walaupun Pesuruhjaya PAS N9 dia tak cekap mentadbir. Dengan anak buah dia sombong. Dari kecil sampai ke tua dia tak bercampur oghang. PAS letak dia pun sebab dia oghang kuat N9 tapi tak kuat mana pun. Nie strategi kata PAS Pusat kerana menggunakan formula Permatang Pasir yang letak oghang no.1 Penang.

Gambar atas adalah salah satu contoh tanda protes akar umbi pada calon PAS. Nama dia depa saja tulis salah. Nak kasi malu kat Zulkifly. Kalu nak ikutkan banyak lagi kebocoran calon PAS dan jentera. Paling hangat kerjasama jentera kawasan dan negeri langsung tak koordinet. Depa memang bangkang habis kat calon nie.

Itu pun ehsan PAS pusat yang letak dia. Cubalah tanya oghang PAS Teluk Kemang dan Bagan Pinang. Depa pasti protes kat calon nie.

Tokey - Adakah calon yang tak disukai kawan wajar jadi suara Bagan Pinang. Macam mana nak buat kerja? Tepuk dada tanya selera.

Nizar Sakit Jantung: Undilah PAS Untuk Kesejahteraan Kita Semua



Jangan sesekali engkau (wahai Muhammad) terpedaya akan usaha gerakan orang-orang kafir dalam negeri (yang membawa keuntungan kepada mereka)

Surah Al-Imran~Ayat 196

Tokey ingin mengatakan bahawa perjuangan PAS telah jauh menyimpang dari landasan yang sebenar. Benarkah PAS memperjuangkan Negara Islam? atau Hududologi? PAS telah bercelaru hari dan disebabkan kecelaruan itu umat Islam dewasa ini turut bercelaru kerana dakyah PAS yang makin mencelarukan umat Islam.

Lihatlah betapa NAIFnya Nik Aziz. Kehodohan beliau berdakwah semakin membuka pekung PAS yang telah rosak akibat bersahabat dengan 'SYAITAN'.

PAS, jika ghairah teringin untuk berpolitik adalah lebih elok parti ini membuang imej agama kerana gagal dalam memperjuangkan agama Islam malahan lebih teruk telah memecahbelahkan umat Islam hari ini. Adalah sangat menyedihkan kerana terlalu inginkan sokongan dan dokongan politik, PAS sanggup menjual kesucian agama Islam dan memutarbelitkan ayat-ayat Allah demi menjaga hubungan rakan sepermainan.

PAS sangat terkenal dengan fatwa-fatwa karut marut jika tidak memihak kepada kebaikan PAS tetapi jika terkena pada diri sendiri maka keluarlah sifat MUNAFIK PAS yang pelbagai warna. Inilah yang membezakan ulama agama yang lebih menjaga agamanya daripada ulama parti yang terikat dengan fahaman sempit kepartian songsang PAS.

Kepada yang mengundi fikirkan sejenak dan tafsirkan sendiri video ini untuk tatapan rakyat Bagan Pinang

Tuesday, October 06, 2009

Nizar Kentut Berdarah: Sudahlah Gagal Dapat Sambutan, Kain Rentang Pun Jadi Isu

Kain rentang diturunkan kerana PAS cemburu dengan janji pembangunan BN di Bagan Pinang

PAS enggan menerima hakikat akan penerimaan Bagan Pinang terhadap mereka. Sudahlah depa gagal mendapat sambutan dalam ceramah-ceramah 2 hari ini. Hadi Awang Belit pun dimalukan oleh Bagan Pinang.

Sudah ada gerak kotor PAS untuk mencover sambutan sumbang ceramah depa. Setiap petugas kempen terutamanya Muslimah akan dibekalkan dengan vcd yang menyerang peribadi lawan depa. Selain daripada gula, beras dan sari vcd ini akan diselitkan dalam setiap bungkusan sumbangan dengan harapan untuk meneutralkan pemikiran totok Bagan Pinang terhadap Isa Samad.

Sudah kedengaran 3 laporan polis berhubung risalah yang kononnya dibuat oleh UMNO/BN walhal risalah itu belum pasti lawan depa yang buat. Bagaimana dengan kebencian ahli-ahli PKR terhadap Kamarul Jambu yang menyonglap duit tabung hayat.

Risalah-risalah yang didakwa tidak tertulis UMNO/BN tetapi kerja kotor dan jahat ini cuma yang pasti PKR dan PAS ada specialitynya. Contoh sudah banyak dan paling teruk sabo depa adalah di Permatang Pasir yang mendakwa UMNO menyogok duit yang terang duit palsu dan PKR mengaku melakukan pembohongan itu.

Gambar diatas adalah usaha terdesak PAS melalui Kamarul Jambu penguasa Teluk Kemang mengarahkan MPPD menurunkan kain rentang dengan alasan menyalahi undang-undang pilihanraya. PAS terlupa janji SPR yang mengatakan bendera parti bukan bertanding diharamkan dikibarkan tetapi rasanya bersepah bendera itu dikibarkan.

Semakin dekat hari pembuangan undi makin meroyan jentera kempen komplot pembangkang bermain poker black jack yang ketandusan idea penipu. Jika benar risalah yang dibuat laporan polis diadakan oleh UMNO/BN, PAS perlu buktikan.!

Tokey - Kumpulan kiri PKR Teluk Kemang apa khabar saudara disana.?