Saturday, January 31, 2009

Kesilapan Tun Dr. Mahathir

Pada mulanya Tun Dr Mahathir telah membimbing seorang individu yang dilihat sangat berpotensi untuk mengambil tempatnya sebagai Perdana Menteri kerana beliau hendak bersara lebih awal ia itu pada tahun 1998. Tetapi individu yang sedang dibimbing itu telah terlibat dengan salah laku yang tidak boleh diterima oleh UMNO dan telah dipecat oleh Majlis Tertinggi Parti dengan keputusan sebulat suara.

Peristiwa itu menyebabkan Tun Dr Mahathir jadi buntu seketika untuk memikirkan siapa pula yang hendak dilantik untuk menggantinya. Diatas desakan Parti supaya segera melantik timbilannya . Tun Dr Mahathir pun buat keputusan melantik Pak Lah yang ketika itu terkenal dengan ‘ Mr Clean’ Dengan rasa penuh yakin pada Pak Lah ,Tun Dr Mahathir pun umumkan
menjadi timbalannya.hasratnya untuk bersara. Tetapi seluruh ahli MT mendesak supaya beliau
batalkan hasrat itu. Walaubagaimana pun beliau teruskan juga hasratnya itu tetapi menangguh tarikhnya hingga selepas persidangan NAM dan OIC di Kuala Lumpur pada bulan September. tahun 2003. Sebaik sahaja selesai Persidangan itu, beliau pun serah jawatannya pada Pak Lah mulai 31 Oktober 2003.

Selepas kira kira 5 tahun Pak Lah menjadi Perdana Menteri telah terbukti yang Pak Lah tidak berkemampuan untuk terus memimpin negara. Pak Lah rupa rupanya saorang pemimpin yang sangat lemah. Kelemahan Pak Lah yang paling ketara sekali ialah apabila beliau didapati sangat mudah dipengaruhi oleh orang orang yang berkepentingan disekelilingnya. Diantara
nya ialah Kalimullah Hasan dan Khairy Jamaludin menantunya sendiri. Kalimullah ini pernah bertugas dengan The Straits Times Singapura.

Mereka dengan mudah dapat menguasai Pak Lah dan menjadi orang kepercayaan Pak Lah serta menjadi penasihat pada Pak Lah. Dengan pengaruh ini, mereka dapat beli BBMB security milik Khazanah dengan harga yang sangat murah. Kemudian ditukar namanya kapada ECM Libra. Khairy pula dapat masukan sahabatnya warga Singapura menjadi Director of Invesment dalam Khazanah Nasional.

Kemudian dasar dan halatuju Khazanah telah ditukar oleh Pak Lah hingga lari dari dasar dan tujuan asalnya. Melalui Director Of Investment warga Singapura ini , beberapa peratus saham syarikat milik Kerajaan talah dijual kapada Temasik Holding Singapura. Semua urusan dibuat oleh ECM Libra untuk mendapat untung komesyen. Sabuah syarikat milik Kerajaan, Avenue Capital Resources Bhd. kemudian digabungkan dengan ECM Libra dan diberi pula Lesen Invertment Bank oleh Menteri Kewangan . Kemudian Avenue Capital ini ditelan pula oleh ECM Libra hingga dapat menguasai Avenue Capital . Kegiatan ECM Libra ini pula sedikit demi sedikit menguruskan penjualan berbagai saham syarikat syarikat diMalaysia kapada Temasik Holding Singapura. Rangkaian Hospital Pantai yang menguruskan FOMEMA kini telah dikuasai oleh Temasik Holding dan penjualannya telah diuruskan oleh ECM Libra.

Entah apa agenda yang sedang dirancang oleh Singapura yang kini mendapat nasihat pakar pakar Yahudi dalam usaha untuk menguasai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dengan kerjasama ECM Libra ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, syarikat SCOMI milik Kamarudin Abdullah anak Pak Lah pula muncul macam hantu lapar bolot berbagai kontrak Kerajaan dengan cara yang sangat mudah.


Sebagai saorang Pemimpin yang telah memimpin Negara selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir cukup pengalaman untuk menilai kemampuan Pak Lah. Beliau sudah cukup pengalaman untuk melihat kelemahan Pak Lah, Sebagai orang yang berpandangan jauh, beliau sudah cukup pengalaman untuk menghidu kegiatan orang orang yang ada kaitan dengan Singapura itu , dengan mudah pula dapat mempengaruhi Pak Lah hingga menjadi orang kepercayaan Pak Lah.

Kegiatan serta tingkah laku mereka itu terjalin rapat dengan agenda dari Singapura dan boleh membawa ancaman bahaya serta boleh merugikan negara kita . Tun Dr Mahathir kini sedar bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar kapada Negara kerana melantik Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Oleh demikian adalah menjadi tanggung jawabnya pula untuk membetulkan kesilapannya itu. Dalam situasi begini, majoriti ahli ahli UMNO kini telah sedar mengapa Tun Dr Mahathir perlu bertindak demikian. Sebabnya, Pak Lah sebagai saorang pemimpin yang telah diberi penuh kepercayaan telah dengan mudah dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya yang berkepentingan.

Ini menunjukan bahawa Pak Lah adalah saorang pemimpin yang lemah dan tidak boleh dibiarkan terus memimpin negara demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara . Jika Pak Lah terus dibiarkan memimpin negara ,maruah dan kedaulatan negara akan terhakis . Malaysia akan berada diambang bahaya.

Pak Lah sudah terlalu jauh dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya. Pak Lah hanya dengar nasihat mereka. Pak Lah menjadi Perdana Menteri tetapi orang orang disekeliling beliau yang memberi nasihat untuk beliau menentukan segala dasar.

Pak Lah sendiri telah tenggelam dalam arus kuasa mereka, dan Pak Lah sudah tidak nampak apa yang terjadi dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. Jauh sekali untuk nampak apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi.

Pak Lah sendiri tidak sedar sejauh mana orang orang Singapura telah dapat menguasai Media arus perdana terutama sekali NSTP. Dengan tajamnya pena mereka , dalam akhbar NST, Kalimullah dan Brendan Priera juga sahabat Khairy yang bangsat dari Singapura dengan bebas mengkritik dan menghentam Tun Dr Mahathir bekas pemimpin Negara Malaysia, mengkritik dan menghentam dasar Tun Dr Mahathir termasuk menghentam dan mengkeritik DEB yang
diperjuangkan oleh UMNO selama ini .Siapakah mereka ini? Mereka bukan orang politik , Mereka tidak tahu apakah agenda perjuangan UMNO.

Tetapi mereka diberi tempat oleh Pucuk Pimpinan UMNO sekarang untuk menguasai Media diMalaysia dan diberi kebebasan untuk mengkritik dan menghentam bekas pemimpin UMNO serta mengkritik dasar yang telah diperjuangkan oleh UMNO. Dimanakah maruah kita? Kemapakah maruah Pemimpin kita dapat dibeli oleh mereka dengan harga yang begitu murah? Boleh dibeli hanya dengan cara mengipas dan mengampu. Dimanakah maruah Pemuda UMNO
Malaysia.?

Kenapa perkara ini dibiarkan sahaja berlaku? Sebenarnya Pemuda UMNO Malaysia terpaksa mencawat ekor, kuku dan taring sudah tidak berguna lagi. Ada suara tetapi tidak boleh menyalak. Sebab Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri sudah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan mereka dan perutnya sudah pun cukup kenyang.

Tindakan mereka melalui kuasa media ini, sebenarnya saperti serampang dua mata. Pertama, tujuannya untuk mengampu dan mengipas Pak Lah agar Pak Lah akan tersenyum lebar kerana seronok dengan pujian dan sanjungan mereka. Pak Lah akan dapat tidur nyenyak dengan mimpi yang enak hasil pujian dan sanjungan mereka itu. Matalamat mereka adalah untuk meningkatkan lagi kepercayaan Pak Lak terhadap mereka.

Jika Pak Lah terus percaya pada mereka maka bertambahlah pengaruh mereka untuk terus meguasai Pak Lah. Jika Pak Lah dapat dikuasai , apa sahaja boleh didapati dengan mudah.

Lebih mudah lagilah sebab menantu kesayangan Pak Lah turut sama bersekongkol menjadi sahabat. Tujuan yang kedua mereka adalah untuk melemahkan semangat dayatahan dan semangat jatidiri Ahli Ahli UMNO . Ahli-ahli UMNO yang dapat dikuasai oleh Khairy akan memehak pada Pak Lah . Ahli-ahli UMNO yang kuat dayatahan dan yang ada cukup semangat jatidiri, akan bersetuju dan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir . Ahli Ahli UMNO
yang mudah dikuasai oleh Khiary akan menyebabkan UMNO menjadi lemah kerana hilang maruah dan semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan Negara, Bangsa dan Agama.

Orang macam ini sudah jadi anggota boneka yang mudah diarah dan disuruh mengikut telunjuk orang yang ‘berkuasa’ disekililing Pak Lah. Dengan secara halus mereka ini juga sedang berusaha untuk memadamkan rekod kegemilangan hasil dari usaha gigih Tun Dr Mahathir selama 22 tahun membangunkan negara serta membangunkan semangat jatidiri rakyat Malaysia.

Slogan Malaysia Boleh dan Tradisi Membela Rakyat yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir telah
tidak kedengaran lagi. Slogan ini telah diganti dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk menonjol kepimpinan Pak Lah supaya nampak lebih hebat dari kepimpinan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun..

Dikalangan para Menteri, tiada siapa yang berani tampil kehadapan untuk berkata fakta yang benar dan mengakui kesilapan Pak Lah. Jauh sekali untuk menegur kesilapan Pak Lah oleh kerana takut akan hilang kerusi dan hilang jawatan. Mereka juga turut tunduk dan akur pada kuasa orang orang yang ‘berkuasa’ dikeliling Pak Lah. itu .Malah, mereka sanggup menjadi bentenguntuk mempertahan segala kesilapan serta kelemahan Kepimpinan Pak Lah.

Justeru itu, oleh kerana sedar kesilapannya dan juga sedar keburukan dari implikasi kelemahan kepimpinan Pak Lah itu, Tun Dr Mahathir perlu berusaha sendiri untuk menebus kembali kesalahannya kerana melantik Pak Lah . Maka sudah menjadi tugas dan tanggung jawab beliau pula untuk berusaha agar Pak Lah dapat diganti dengan pemimpin yang lain demi untuk menyelamatkan maruah Negara.

Tun Dr Mahathir akan berusaha untuk menyedarkan ahli ahli UMNO tentang bahaya ancaman ini. Inilah Perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai walaupun beliau sudah bersara. Perjuangan beliau ini bukan untuk kembali berkuasa tetapi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Bangsa

Ahli ahli UMNO yang ada semangat jati diri ,sidah pasti akan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai ini . Hanya ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi yang boleh tampil membuat keputusan melalui proses demokrasi bagi memilih calun pemimpin yang terbaik bagi menggantikan Pak Lah apabila tiba masanya nanti.

Tun Dr. Mahathir telah silap memilih Pak Lah sebagai penjaga bumi Malaysia seperti mana Tun salah memilih dan mendidik Anwar Ibrahim yang telah hilang jati diri dan melacurkan bangsanya sendiri akibat ketamakan dan kepentingan diri yang melampau.

Pak Nik Aziz mungkin terlupa



Disebabkan Si Gobala LEMBU nie khayalkan dengan bacaan surah Al-Quran...Si jahanam tetak Melayu diagung-agungkan..Sangat menyedihkan pemikiran rakyat Malaysia ari nie..

Pak Nik Aziz akan menghantar wakilnya untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga A.Kugan. Rujuk.

Sangat mulia Pak Nik Aziz tetapi lupakah PAS kepada tragedi keluarga haji kamaruddin.? Hartina anak perempuan kesayangan Haji Kamaruddin menukar agamanya kepada HINDU akibat terlalu sayangkan kekasih hatinya RAJESWARAN..jika Pak Nik Aziz lupa mari aku dendangkan kisah tragis keluarga ini.

Segalanya bermula apabila Hartina membawa Rajeswaran berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Haji Kamaruddin bertanya kepada Rajeswaran bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, walau bagaimanapun Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran (cantikkan nama tuh macam setannn..) dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Haji Kamaruddin mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan Hartina tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh Hartina tinggal bersama beliau telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman
persekolahannya beliau tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak
mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri.

Keadaan menjadi tegang kerana Rajeswaran tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan Haji Kamaruddin hanya bersama isteri. Yang menghairankan beliau, Hartina ketika itu membisu sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Rajeswaran hanya memaki hamun dengan kata-kata lucah menghina Islam. Hati mana yang tidak geram setelah agama sendiri dihina sebegitu rupa. Haji Kamaruddin terus mencapai pisau dikelar leher si kafir sehingga nyawa-nyawa ikan.

Ketika itu dimana Pak Nik Aziz.? Terkocoh-kocoh datang membantu Haji Kamaruddin kerana mempertahankan akidah umat Muhammad..? Harrrammmm duduk rumah tengok TV lagi bagus.....

Sekarang Pak Nik Aziz sibuk membantu bangsa yang pernah menghina agamanya...Untuk apa.? Politik atau Kemanusiaan.?

Tepuk dada tanya selera..

Wednesday, January 28, 2009

Khalid Gagap seorang..I_D_A..?

Khalid Gagap terkocoh-kocoh datang menjenguk rakan-rakan yang di timpa kesusahan..Khalid Gagap sangat membantu. Untuk rakan-rakan sebangsa.?

Apa kaitan gambar yang pertama dan gambar yang kedua..?Apa status abang gagap nie.?


Khalid Gagap dah lupa bahawa beliau tidak sepatutnya turun menjenguk rakyat yang dalam kesusahan seperti mana abang gagap cakap 3 bulan dulu. Dulu Abang gagap cakap tak perlu melawat mangsa ribut kerana ianya membazir wang dan membuang masa. Rujuk tetapi hari ini abang gagap dah benar-benar lupa apa yang abang gagap cakap...kecik-kecik banyak sangat makan semut..nielah padahnya...!

Kecik-kecik dulu tak pernah main pelita. Itu pasal dah tua gian lain macam abang Khalid Gagap. Inilah MB paling sporting di Malaysia. Amat meragukan Abang Khalid Gagap nie...sangat membantu dengan bangsa sendiri..?Selangor wajar menggubal undang-undang negeri pada masa akan datang. Menteri Besar wajib seorang yang beragama Islam.!

Monday, January 26, 2009

UMNO Tidak Memerlukan 'MANGKUK' Ini Lagi.



Hari ini pelbagai akhbar melaporkan kemasukan Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Bota ke PKR sekali gus mengistiharkan dirinya keluar dari BN. Tindakan beliau itu adalah susulan beberapa perkembangan selepas PRU ke-12 yang menyaksikan BN mengalami krisis keyakinan paling teruk dalam sejarah negara.

Bermula dengan tindakan tidak sebulu Tun Dr. Mahathir yang bertindak keluar UMNO (sementara), kemudian Peguam yang kecewa, Datuk Zaid Ibrahim selepas itu Kapten Tentera yang gagal mendapat tender helikopter, Datuk Zahar Hashim kini Ketua Kampung Felcra Datuk Nasaruddin Hashim pula mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Ini belum dikira lagi beberapa kerat ahli yang mengambil tindakan yang sama mengikut ketua mereka untuk mengkhianati UMNO.

‘‘Saya amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini dan akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” itulah alasan ADUN Bota katanya. Beliau mungkin terlupa janji dan sumpahnya bila mengangkat sumpah sebagai ahli UMNO dahulu.

Perkembangan ini menarik kerana ia memberi pelbagai impak keatas keuntuhan BN itu sendiri. Adakah BN sudah tidak relevan lagi.? atau UMNO tidak mampu mengKAYAkan golongan2 ini.?.....Dalam hal ini tindakan keluar dari parti boleh dianggap sebagai mengkhianati pengundi2 yang telah mengundi atas tiket parti yang mereka sokong.

Tetapi bagi Anwar Ibrahim tindakan melompat ini adalah satu tindakan yang murni, bijak dan beretika kerana ia dianggap halal dalam perjuangan sonsang beliau. Bagi mereka yang 'melompat' ini mungkin satu kepuasan sementara atau untuk membalas dendam setelah pelbagai janji ditaburkan pemerintah gagal ditunaikan.

UMNO seharusnya sedar PRU ke-12 telah membuka pekung ahli-ahlinya yang tidak setia dan hanya sanggup bersenang-lenang bersama-sama tetapi dalam masa yang mengaut segala keKAYAan yang boleh selagi terdaya.

BN perlu bersyukur dan menilai segala hikmah disebalik PRU-12 yang telah menunjukkan sebilangan ahli-ahlinya yang tidak sanggup bersusah payah bersama yang boleh diibaratkan seperti "duri dalam daging" UMNO atau si Kitul yang merosakkan Kesultanan Melayu Melaka.

UMNO seharusnya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi pengajaran yang amat berguna untuk UMNO menilai diri sendiri. Dalam pada itu, UMNO tidak memerlukan lagi 'mangkuk' ini yang bersifat talam dua muka atau Si Kitul seperti mana UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti Anwar Ibrahim.

Friday, January 23, 2009

Penjenamaan Semula UMNO.?

Semalam kita disajikan dengan berita penahanan beberapa ahli politik berhubung rasuah politik yang boleh disifatkan sebagai duri dalam daging politik Malaysia. Walaupun berita tersebut kurang memberi kesan kepada kita kerana telah diketahui umum rasuah dan UMNO ibarat aur dengan tebing.

Kalangan pemerhati terutama pembangkang memerhati dengan penuh minat akan produk pertama yang akan dihasilkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha untuk mengembalikan semula intergriti yang kian lama pupus.

Tetapi timbul tanda tanya mengapa ikan bilis yang masuk jerat, dimana ikan kembong yang kekenyangan.? Jika ahli-ahli UMNO yang bertaraf AJK didakwa bagaimana mereka yang masih lagi sibuk mengatur strategi mendapatkan jawatan tertentu dalam parti.

Pasti timbul ketidakadilan dalam isu penahanan ini. Ini kerana lembaga displin parti masih lagi kuasai Presiden parti dan isu ini dianggap sebagai cubaan untuk mengalihkan rakyat memperkatakan tentang kekalahan UMNO di Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun proses penjenamaan semula UMNO dianggap sebagai pembuka tirai kepada Datuk Seri Najib yang akan memimpin parti bermula Mac 2009.

Jika Datuk Seri Abdullah diberi kredit kerana pendekatannya menjadikan BPR badan yang
bersifat telus, usaha membanteras rasuah politik dianggap tindakan yang betul dan tepat pada masanya walaupun terdapat pihak mencemuh usaha tersebut.

Harus diingat Datuk Seri Abdullah masih menguasai lembaga displin dan pasti ada kambing-kambing hitam yang akan dijadikan korban menjelang pemilihan Mac 2009.

Bagaimanapun, pendekatan yang cuba dilakukan Paklah pasti diikuti dengan penuh minat seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO setelah kekecewaan berganda PRU ke-12.

Jika hendak diikutkan rasuah politik dalam UMNO bermula sekecil-kecil AJK cawangan hinggalah yang hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Unsur rasuah pasti ada.

Selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu, Datuk Seri Najib menggesa seluruh pemimpin UMNO perlu mengikis imej negatif dan selalu berdamping dengan masyarakat. Barah ini sukar dibuang kerana Datuk Seri Najib harus melihat diri sendiri sebelum membicarakan perihal orang lain yang boleh diibaratkan menepuk air dulang, terkena muka sendiri.

Agak menyedihkan parti yang menunjangi BN berada dalam keadaan yang sangat kotor dan naif. Menjelang bulan Mac 2009, satu bebanan yang maha berat akan dipikul Datuk Seri Najib kerana perlu mengembalikan semula kegemilangan parti orang Melayu daripada dipengaruhi unsur-unsur rasuah yang boleh menjahanamkan negara selain mengikis tanggapan negatif imej Islam yang diperjuangkan selama ini.

Hikayat Mat Lebong


TAYANGAN PERDANA
HIKAYAT MAT LEBONG
(Sebuah produksi Crazy Allied Ltd anak syarikat Crazy Informatic Allien (CIA) USA)
Tarikh: Tahun 2009 Agaknya
Panggung : Serentak seluruh Malaysia
Tiket: Percuma

Pelakon Utama:
Nuar Berahim (Dari Kota Penyu Ke Putrajaya)
Hadee Awe (The Hududology)
Kerpal Sih (The Disable Heroes)

Pelakon Tambahan:
Tiang Chuak (Ketua Kongsi Batu)
Lim Keng Cheng (Komunis Yang Kecewa)

Pelakon Kanak-kanak:
Nurul Jijah Berahim

Tukang Amik Gambar:
Abu Wahid Gendut (Wa Kap Pelir)

Pengangkutan:
Mat Amin Ali (The Toll Picker)

Sinopsi:
Ini adalah sequel dari filem Dari Kota Penyu Ke Kuala Terengganu yang telah siap post produksinya. Kisah ini adalah lebih thriller kerana cetusan CGI berprofile tinggi setelah mendapat budjet dari US Federation di bawah Mr. Barack Obongma. Dalam siri ini berlaku kekecohan antara 3 watak penting kerana kesan dari HUDUDOLOGY yang membuatkan mereka terencat seketika. Bagaimana dalam menghadapi pelbagai tipu msulihat, cover-mencover dan goyang mengoyang antara satu sama lain mereka masih lagi tetap meneruskan perjuangan songsang mereka dan tetap berkawan baik walaupun salah seorang dari mereka mengugut untuk membunuh diri kerana kecewa yang amat sangat. Saksikanlah kesudahan cerita yang penuh adegan thriller dan sentuhan melampau CGI paling hebat dalam sejarah perfileman negara.

Wednesday, January 21, 2009

Hobi Baru Khalid Gagap Moo..Moooo..!!!


Berair mata aku gelak bila aku tengok TV3 tadi..seorang Menteri Besar didakwa atas kes salahguna kuasa...memang hebat MB nie sangat hebat dan terlampau hebat..belum ada dalam sejarah moden Malaysia seorang ketua negeri kantoi kes bangang macam nie. Aku rasa Pak sheikh tengok berita terus angkat hanpon call sama itu Khalid Gagap..

"Apa..ter..ter...tergagap si Khalid kena sound dengan Pak Sheikh..Kes bangang macam nie hang boleh kantoi..tak boleh harap langsung hang nie..Teresuck Cock tu lagi terar dari hang.."menyumpah-nyumpah Pak Sheikh dalam telefon maki hamunkan si Khalid Gagap nie..


Pak sheikh tak boleh salahkan Khalid Gagap.. Khalid seorang yang penyayang..dia memang sayangkan binatang. Pak sheikh perlu sedar Khalid sangat mencintai dunia kebinatangan..lihatlah babi telah dinaiktarafkan oleh Khalid dan Syarikat Pakatan haprak Sdn.Bhd.Dulu babi dihina,jijik, kotor dan hodoh tapi hasil kerja keras Khalid dan syarikatnya, babi kini salah satu binatang yang paling glamor. Sungguh hebat hasil kerja Khalid nie.


Hanya satu pinta untuk Pak Sheikh..kalu lepas nie jemput Khalid Gagap datang majlis janganlah di siapkan babekiu daging lembu..Khalid sangat sensetif dengan lembu..kalu nak teringin sangat nak makan burger atau macdonald janganlah diajak Khalid..silap-silap Khalid sanggup putus sahabat disebabkan cintanya terhadap dunia kebinatangannya..

Kami rakyat yang sentiasa senyum tanpa ada masalah menyokong penuh Khalid Gagap dan hobi baru beliau yang sentiasa kebinatangan. Kami tak kisah jika permintaan kami tidak diendahkan asalkan dapat memenuhi hobi baru Tuan Khalid Gagap Moo..Moooo.

Monday, January 19, 2009

Relek Jap..!


Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat Kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :

"HAI AJISS...MATI JUGAK KAU AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA, KAU JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAU DARI KANAN...KAU ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAU ELAK KE KANAN...KALAU DIA HENTAM DARI DEPAN...KAU ELAK KEBELAKANG...KALAU DIA HENTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAULAH AJISSSSS......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap..."sedih...."

Pengajarannya..........Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.............

Saja post cerita nie. Aku dapat dari e-mail member aku..Relek jap laa...

Kekalahan Orang Anwar Ibrahim Dan Bukan Orang Najib - Maharaja

Saya amat tertarik dengan hujah dan pendapat yang dipaparkan oleh blogger Maharaja. Huraian beliau mengenai faktor kekalahan BN di Kuala Terengganu dan kebangkitan rakyat untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri amat tetap dan kena dengan suasana politik hari ini. Harap rujuk http://maharajablogger.blogspot.com/2009/01/kekalahan-orang-anwar-ibrahim-dan-bukan.html. Pendapat saya hujah yang dipaparkan harus dilihat dari perspektif yang lebih luas. Ini kerana kekalahan BN di Kuala Terengganu tidak boleh dijadikan ukuran atas kredibiliti Datuk Seri Najib sebagai bakal Perdana Menteri ke-6 walaupun beliau mengetuai jentera kempen BN di sana.

PAS tidak boleh terlalu bermegah dengan kemenangan ini kerana jika dikaji daripada keputusan dalam PRU ke-12 berbanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS hanya mampu menambah undi tidak sampai dari 1,000 undi. Ini bermakna bilangan undi cuma meningkat tidak lebih 1% berbanding PRU ke-12.

Apa pun Perdana Menteri harus mengakui penolakan rakyat dalam pilihan raya ini adalah mesej yang jelas untuk beliau terima sesudah sampai masanya beliau mengundur diri dan Khairy Jamaluddin perlu menilai cabaran yang akan mendatang dalam menghadapi pemilihan UMNO bulan Mac dan karier politiknya pasca pentadbiran bapa mertuanya.