Monday, May 14, 2012

Anwar Ibrahim Dan Siddiq Fadzil


Ini antara wacana yang sedang digerakkan 'think-tank' Anwar untuk mencerahkan minda anak muda di kerusi mahasiswa. Wacana ini dikhaskan untuk pelajar Unisel untuk memberikan gambaran polisi yang bakal diberikan Anwar jika ditakdirkan dia menjadi Perdana Menteri selepas Najib Razak.

Bagi yang biasa dengan ballroom Prescott Inn, Kajang dewan yang besar itu boleh memuatkan 500 orang namun wacana ini hanya mampu dipenuhkan dengan 100 orang.

Wacana yang sepatutnya menjadi medan komunikasi dua hala hanya menjadi medan lepas geram Anwar meracun pemikiran pelajar. Walaupun telah diketahui Unisel menjadi tempat untuk pengkaderan jemaah penentang kerajaan masa akan datang.

Ucapan Anwar berbentuk dendam dan emosi. Langsung tiada satu pengkhususan polisi pendidikan yang boleh dibanggakan sebagai bekas Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri. Itu adalah gaya Anwar kini dan selamanya.

Anwar hanya menyentuh sistem pilihan raya yang dianggap tidak adil dan memomokkan hasil pendapatan negara yang berjumlah RM80 billion dan mampu melaksanakan pendidikan percuma. Bunyi yang agak janggal jika dibandingkan dengan rancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan yuran semester akan datang. Undi Unisel untuk pendidikan percuma bukan kesungguhan ianya hanya gula-gula pilihan raya.

Bagaimanapun, kehadiran Dr. Siddiq Fadzil yang hadir sebagai Pengerusi Wadah memberi ucap tama amat menarik perhatian. Ini berkenaan prinsip dan semangat setiakawan tetapi setiakawankah Anwar jika dibelakang Pengerusi Wadah itu dia mengutuk dan menghina. Ditambah dengan jarum hasad dengki dari Dato' Idris Jauzi cukup meriah sembang meja bulat kawan-kawan lama dari ABIM itu.

Idris Jauzi namanya tidak kelihatan dalam promo wacana ini tetapi dia tetap hadir kerana sokongan kuat terhadap perjuangan Anwar. Inilah warna politik talam dua muka Anwar. Di hadapan sahabat prinsipnya satu tetapi dibelakang sahabat adalah musuh jika terdengar perbezaan sekelumit ideologi.

Dr. Siddiq Fadzil pernah mengutuskan membantah penggunaan kalimah Allah yang disokong Anwar Ibrahim untuk digunapakai penganut Kristian. Bermusuhan seketika kerana perbezaan pendapat ini walaupun sudah kenal lama sejak ABIM lagi. Belum lagi dibincangkan fahaman Plurisme yang sedang dibawa Anwar, Siddiq Fadzil amat tidak menyenangi ideologi ini.

Inilah kehebatan Anwar Ibrahim. Sikap munafik sudah sebati dalam dirinya dan sahabat boleh dibuang begitu sahaja dan dikutip bila diperlukan. 

No comments: