Tuesday, March 22, 2011

Video, DNA Dan Suruhanjaya

Kadang kala timbul rasa kesian pada Anwar si anugerah tuhan. Lepas satu musibah datang pula satu musibah. Bukan jalang-jalang manusia yang boleh lalui musibah sehebat Anwar.
Ulang semula, bermula dengan pemecatan sebagai No. 2 kerana salahguna kuasa dan meliwat, dituduh agen asing, pengkhianat bangsa, muncul pula Sodomi II sehingga melarikan diri ke kedutaan Turki kali ini Anwar dituduh pula melanggan pelacur siap dengan aksi rakaman terlarang.
Fuhh...bukan kecil dugaan untuk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.
Video seks telah ditonton oleh kebanyakan penonton istimewa. Ada macam-macam spekulasi. Ada yang setuju pelakonnya adalah Anwar tak kurang juga yang meragui penglibatan Anwar. Yang jelas, kesemua penonton mengakui pelakon itu adalah Anwar walaupun nak sedapkan hati tetapkan pendapat muka pelakon iras-iras Anwar.
Dalam sidang media semalam, boleh dilihat lenggok badan Kak Wan bila ditanya wartawan tentang penglibatan Anwar. Kak Wan nampak tak selesa, kelihatan tidak fokus dan berpura-pura senyum mesra. Anwar bangun tunjuk perut pun Kak Wan tak mahu bangun turut serta sebelum dijergil mata Anwar untuk bersama-sama.
Apa yang berlaku semalam sangat menyedihkan Kak Wan. Marahnya pada Anwar sama sperti ketika Sodomi II meletup. Kak Wan maki hamun dan Anwar cuma boleh terdiam dan leka membalas sms di telefon bimbit. Pening kepala anugerah tuhan.
Untuk leraikan persoalan siapa pelakonnya hanya Anwar dan Kak Wan sahaja yang tahu. Anwar tahu apa yang dia buat dan Kak Wan tahu luar dalam perangai satanic Anwar. Persoalan sikap munafik Anwar boleh dijawap jika Anwar bersedia untuk menyerahkan DNA bagi menjawap persoalan lelaki Y sekali gus menafikan terus fitnah video seks itu.
Anwar sudah laporkan pada polis. Yang dilapor cuma mahu polis siasat Dato' T. Rasanya itu tidak akan meleraikan persoalan moral Anwar. Ada cara lebih baik untuk tamatkan drama kotor ini.
Dalam Sodomi II, lebih bijak analisis DNA dijadikan panduan untuk memuktamadkan indentit 'Lelaki Y'. Jika negatif keputusannya maka Sarawak dalam genggaman Anwar dan gelombang tsunami 2008 boleh diulang semula.
Dalam hal video seks, wujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat siapa pelakon lelaki itu. Ini bukan jalang-jalang punya kes kerana melibatkan moral bakal Perdana Menteri Malaysia. Jika tidak disiasat untuk mendapatkan jawapan habis jahanam imej Islamik Malaysia. Wujudkan suruhanjaya sepertimana kes Teoh Beng Hock dan video V.K Lingam.
Mungkin kali ini Anwar boleh ucapkan "it's seem visualise like me but it's not"

No comments: