Thursday, May 13, 2010

Sibu: Najib Memang Hebat..!


Najib Tanda Tangan Kad Ucapan Hari Guru - Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menandatangani kad ucapan Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Ahad ini, di pejabatnya di sini.

Turut menandatangani kad itu ialah timbalannya yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet yang lain pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat mingguan Kabinet bermula.

Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24x16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet kepada khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.

Sebaik sahaja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas dengan mengucapkan "Selamat Hari Guru, cikgu...".

Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang.
Garam juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh insan yang bergelar guru dan warga pendidik terutama sekali kedua-dua ibu bapa yang menjadi guru kehidupan sejak dari kandungan hingga menjadi sebegini matang. Juga tidak lupa kepada semua yang menjadi guru kepada diri sendiri ataupun anak isteri.

2 comments:

Anonymous said...

Najib tak nak ambik tahu ke nasib pensyarah pensyarah di Univ dan maktab perguruan?...
sedih kami...

Anonymous said...

semalam sumber dalam PKR kata Anwar menyirap tgk tv masa berita najib sain kad ucapan dan buat ucapan selamat hari guru.