Monday, March 08, 2010

Awani: Serius Atau Terpaksa, PAS Angkat Anwar.?

PAS sudah berkira-kira bermain dengan api. Guan Eng sudah main reverse saikologi dengan keyakinan bila Anwar komfom ke Sg Buloh, Pakatan akan menang besar PRU ke-13 bersandarkan undi simpati pada Anwar.
Kesnya sama seperti tahun 1999, bila silent majority protes undi BN. Kumpulan-kumpulan ini yang akan undi pada Pakatan. Itu senario tahun 1999 jangan disamakan dengan tahun 2008. Tapi seriuskah sokongan PAS pada Anwar atau hanya sekadar mahu menjaga silaturahim sesama Pakatan.
Ini dikutip ketika mesyuarat khas PAS pada 2 Mac 2010 tempohari:
Sokongan rakyat khasnya orang Melayu kepada PAS disalahkan kepada bantahan senyap yang dilakukan sendiri oleh pemimpin PAS yang dalam dakwah telah mencanangkan PAS parti Islam sejati dan tidak memperjuangkan Islam. Ini masih indenial dan mahu salahkan orang lain.

Disebabkan larinya PAS dari asas perjuangan, mesyuarat memperakui masalah kurangnya taat setia kepada pemimpin dan wakil rakyat dalam parti. Walaupun mereka menyatakan sokongan kepada Anwar, mereka memperakui gabungan kuasa dengan PKR dan DAP memcacatkan perjuangan Islam PAS. Dewan Ulamak dipinggirkan demi menjaga hati sahabat dalam Pakatan. Situasi ini menyebabkan
keretakan dalam organisasi parti.
Boleh ringankan jari untuk klik di sini
Game PAS dah bermula dan tak susah nak dibaca kerana politik PAS bukan jenis melangkaui 20 tahun akan datang. Nasharudin dah kata PAS akan tetap pertahankan Anwar sebagai Ketua Parlimen. Ini semua nak jaga hati dan balas budi DAP yang mengangkat Nizar sebagai MB di Perak walaupun dapat 6 daripada 59 kerusi dan sanggup berbaring atas jalan.
Tapi realitinya, PAS sendiri tercari-cari arah dan jalan untuk keluar daripada Pakatan. Ibarat mahu terkentut dalam bas beraircond, kentut tak bunyi tapi impaknya amat dasyat.

No comments: