Friday, January 22, 2010

Email: Bersediakah UMNO.?


Tulisan ini dikirimkan oleh pembaca yang mahu berkongsi pandangan berkaitan situasi politik Perak.

Desas desus mengatakan PRN Perak bakal diadakan tidak lama lagi semakin kencang. Ianya semakin kuat kedengaran di kalangan pihak Pakatan Rakyat yang sedang merangka persiapan bagi menghadapi PRN negeri itu sekiranya DUN Perak dibubarkan tidak lama lagi. PAS melalui ‘harakahdaily‘ turut menekankan isu ini dengan mendakwa pihak PDRM [rujuk] sudah mengarahkan anggotanya membuat kad pengenalan awam bertujuan untuk menghadapi PRN yang dikatakan akan diadakan tidak lama lagi.

Beberapa interpretasi kebanyakan pihak juga dilihat seolah-olah bersetuju bahawa PRN Perak akan diadakan dalam tempoh terdekat. Kenyataan berbentuk “pshywar” oleh Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis di Perak [sebanyak 7 hingga 8 peratus] menunjukkan bahawa mereka sedang merangka sesuatu bagi menghadapi PRN kelak. [rujuk]

Strategi “reverse pshycology” yang seringkali digunakan pihak pembangkang menjelang sesuatu pilihanraya dianggap senjata ampuh mereka bagi menghadapi PRN kali . Umum mengetahui bahawa sokongan kepada UMNO tidak banyak berubah walaupun parti itu memerintah kerajaan negeri ketika ini lalu kenyataan Nizar Jamaluddin itu menggambarkan tindakan beliau yang ingin mewujudkan sentimen ‘keselesaan’ di kalangan ahli dan pemimpin UMNO Perak.

UMNO seharusnya berperanan dalam menyebarkan maklumat yang benar dalam memaklumkan rakyat berhubung isu politik semasa tanah air. Akhir-akhir, pihak pembangkang sentiasa mencari ruang untuk mengkritik kepimpinan kerajaan khususnya yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Tindakan pro-aktif dalam menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terbanyak membabitkan isu-isu politik semasa benar-benar menjejaskan imej dan kewibawaan UMNO sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya.

Isu-isu seperti penyelewengan melibatkan kerajaan samada Pusat mahupun Negeri seperti kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM, kegagalan menghadiri Dewan Rakyat dan terbaru isu pengunaan kalimah Allah mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada UMNO. Peranan PR dalam menimbulkan prasangka buruk kepada kerajaan dokongan UMNO berada di tahap yang membimbangkan kerana ianya dilakukan secara konsisten menerusi segala jentera yang dimiliki pihak pembangkang terutamanya blog dan laman-laman web.

Contoh terdekat, pengaruhMalaysiaKini ’ di kalangan rakyat bukan Melayu khususnya memberi kesan buruk kepada reputasi kerajaan. Seringkali laman web ini menyelongkar kebobrokan pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya UMNO.

Perubahan pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat dilihat mampu merubah senario politik di Perak sekaligus menaikan semula semangat perjuangan ahli dan pemimpin parti tersebut bagi menghadapi PRN yang diura-urakan akan didakan dalam masa terdekat. Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Presiden UMNO berjaya membawa kesan positif ke dalam parti tersebut yang kini sedang berusaha untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.

Sebagai contoh, program UMNO yang diadakan di Stadium Ipoh hujung tahun 2008 yang mencatat kehadiran seramai kira-kira 40,000 orang menunjukkan rakyat di Perak mula memberi harapan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Indeks Petunjuk Prestasi [KPI] dan Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA] dilihat mampu memberi kesan kepada prestasi ADUN dan Ahli Parlimen BN/UMNO di seluruh negara.

Malah, kehadiran hampir 20,000 rakyat di majlis pelancaran program Juara Rakyat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini di Bukit Sentosa, Hulu Selangor menggambarkan pulihnya penerimaan rakyat terhadap Kerajaan. Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsisten melaksanakan pelbagai usaha untuk mengukuhkan perpaduan di dalam UMNO selain di kalangan parti komponen BN. Gagasan “1 Malaysia” ilham Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpaksikan kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia menjadi pemangkin kepada perpaduan kaum dan kejayaan UMNO memerintah negara ini.

Persoalan ini dilontarkan kepada UMNO, bersediakah mereka dan sejauh mana keyakinan PR untuk berkuasa semula di Perak?

oleh: Ex- VIP

5 comments:

Anonymous said...

hehehe...weo tokey belacan...sedar pun kau bhwa UMNgOk akan berkubur sekiranya PRN berlaku..ko dah insaf ke??aku rasa ko dah insaf sebab publish artikel ni sebagai bukti UMNgOk mmg lahabau!!!Hahaaha...puas hati aku...tokey belacan..udah2 le jadi pencacai UMNgOK...mari berjuang utk kejatuhan UMNgOK...wakakaak....ptuihhhh!!

Lord Garam said...

Anon 8:49,

Aku dah register sebagai DAP member caw. ampang semalam. no. keahlian.1-24-DAPBANSAT-2600.

DAP adalah sumber inspirasiku.

Anonymous said...

pengkianat agama, bangsa & negara. sepatutnya no keahlian kamu 1-24 DAPBANGSAT-2600... diulangi.. BANGSAT. mesti mak kamu menyesal lahirkan kamu...

Anonymous said...

Tokey Belacan..pergi mampuih la UMNgOk...ptuihhhh!!

Anonymous said...

pru ke 13 umno akan mati, masa tu tokey belacan pun akan bersara jadi blogger sebab tada orangnak bayar dia umah dia.

hahaha