Tuesday, October 07, 2008

Apabila kita lemah.

1. Sudah menjadi adat dan tradisi sempena bulan Syawal yang mulia untuk mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan dengan niat yang baik untuk menjemput kenalan dan bagi ahli politik, rakyat jelata, untuk datang menjamah hidangan dan beramah mesra.Tetapi haruskah satu adat dan tradisi kaum Melayu dicemari oleh protes ala mereka di Barat? Sudahkah hilang rasa hormat setitik pun dari golongan anti-ISA dan HINDRAF? Begitu lemahnya keadaan UMNO sekarang sehingga bukan kumpulan itu meminta maaf, tetapi MEREKA PULA INGIN MENYAMAN Utusan Malaysia kerana membuat laporan berbaur negatif dan bersifat perkauman.

2. Siapa sebenarnya yang bersifat perkauman? Apabila seorang blogger cina menggunakan kata-kata kasar (Malaysiakini) untuk menggambarkan betapa sedihnya beliau kehilangan telefon bimbit kerana dicuri dua orang lelaki berbangsa India, dan kemudian meminta maaf, dengan senangnya HINDRAF menerima. Tetapi isu itu menunjukkan bahawa stereotaip perkauman bukan sahaja terhad kepada kaum Melayu yang selama ini dituduh sebagai “racist”. Ianya ujud di kalangan setiap bangsa, walaupun ada yang berpura-pura melaungkan “equality”.
Blogger Cina itu meluahkan perasaan yang terpendam di dada. Yang marah adalah kaum India, bukan kaum Cina. Entah-entah, di balik tabir, kaum Cina juga mengangguk bersetuju dengan pandangan blogger remaja itu. Mereka juga sudah tentu ada stereotaip tentang kaum Melayu.
Semuanya dipendamkan kerana ingin membuat kaum Melayu rasa selesa. Selesa dibuai rakan-rakan baru Cina dan India yang mempromosikan kesamarataan. Ya, sudah tentulah mereka akan menyokong seorang “Melayu” yang membiarkan anaknya membela anjing dan mengaku secara terbuka meminum arak sehingga mereka sanggup berkempen membebaskannya dari tahanan ISA.


3. Bagaimana pula dengan tahanan Jemaah Islamiah di bawah ISA? Senyap pulaaakk....Melayu dan Islam yang diinginkan mereka adalah Melayu moden, yang sama-sama lepak di disko dengan anak-anak bangsa lain, minum air setan untuk berbuka puasa. Islam yang diingini adalah Islam yang progresif, di mana yang membezakan mereka hanyalah pada nama Tuhan sahaja, tiada sembahyang, tiada puasa. SAtu ketika lalu, DAP dengan bangganya melantik Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi. Ya, indah sungguh gambaran yang diberikan parti DAP. Kononnya mereka tidak mengira bangsa. Tetapi tanpa mahu mengaibkan sesiapa, renungkanlah persoalan ini : adakah “Melayu” yang diinginkan mereka benar-benar menjalani kehidupan Melayu Islam? Jika sokongan kepada tindakan Hindraf di rumah terbuka itu datang daripada “Melayu” progresif seperti Farish Noor tidaklah mengejutkan, tetapi apabila jelas seorang pemimpin Islam bersetuju, sudah ada yang tidak kena.Sokongan Haji Hadi Awang terhadap tindakan HINDRAF menunjukkan bahawa PAS sudah hilang arah tuju, sudah ternganga menunggu kuasa yang akan disuap oleh pemimpin dua muka paling terkemuka, DS Anwar Ibrahim.

4. PAS yang sanggup melepaskan ideologi asas mereka dengan interpretasi yang hanya memperbodohkan orang ramai, kini sanggup melihat seorang saudara Islam dihina di satu upacara yang penuh dengan adat dan tradisi. Dalam PAS, ada Kelab Penyokong Kaum India yang diketuai oleh Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai). Apakah kenyataan Haji Hadi ini kerana hendak menjadi hati Gobalakrishan atau Hindraf? Sesiapa pun yang buat kekecohan dan tindakan melampau tidak perlu dibela dan diberi muka. Akibatnya nanti akan hilang perasaan hormat menghormati dalam masyarakat kita. Hindraf bukan mewakili kaum India. Hindraf adalah suara minoriti puak yang melampau kerana menuntut yang bukan bukan. Bagaimana tuntutan RM1 juta untuk setiap orang India dulu? Bukankah ianya sekadar janji untuk mendapat sokongan semata mata? Oleh itu, mengapa harus membela mereka dengan alasan demokrasi.

No comments: