Thursday, August 13, 2009

PAS Sekarang Lebih Rasional

PAS Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri Selangor supaya semua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalan sendiri bagi membenteras penjualan arak kepada orang Islam di bawah umur yang membawa arti parti itu tidak bersetuju arak diharamkan penjualannya di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Jika Pas yang sudah pun mempunyai kekuatan dalam kerajaan Selangor tetapi tidak dapat mendorongkan kerajaan negeri untuk mengawal arak dalam suatu kawasan yang kecil maka berati bahawa Pas tidak mungkin akan dapat melaksanakannya dalam kawasan yang lebih besar.

Sebenarnya Pas semakin jauh dari dasar asalnya setelah berkonspirasi dengan parti parti bukan Melayu dan bukan Islam . Pas telah mencapai kewarasan setelah terdedah kepada sosialisasi yang melampaui batas kaum dan agama.

Ini memberikan gambaran awal jika Pas menguasai kerajaan pusat menerusi perkongsian kuasa maka ia tidak mungkin akan dapat menegakan negara Islam seperti yang dijanjikan. Dari sekarangpun jika melihat kebelakang semua ucapan pemimpinnya mengenai sebuah negara Islam, maka pendekatan Pas hari ini adalah lebih rasional dan realistik yang menunjukan bahawa semua dasar dan ucapannya selama ini hanyalah rhetoric semata.

Pengikut pengikutnya yang bodoh sombong, dogmatik, fanatik dan tolol akan terus percaya kepada rhetoric yang ketinggalan zaman.Yang cerdik pula melihat penerusan rhetoric atau pembohongan ini ini sebagai kewajaran kearah mencapai matlamat terakhir iaitu kuasa.

Dari perspektif yang luas, kita dapat melihat sekarang Pas tidak lagi berbeza dengan Barisan Nasional, ia telah polluted. Kenyataan, sikap dan tindakan pemimpin pemimpinnya menjadi bukti penyelewengan Pas dari dasar asalnya.

Mursyidul Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Nik Aziz berkata dia tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam. Maka apabila berkuasa kelak menerusi perkongsian kuasa di peringkat pusat, pemimpin Pas itu akan berkata kita mesti menerima hakikat kita tidak boleh menjalankan hukum Islam kerana rakan rakan kita bukan Islam dan tidak faham ajaran Islam.

Sebenarnya pengalaman BN berintraksi dengan bukan Islamlah yang menyebabkan BN tidak dapat melaksanakan negara Islam seperti yang di kehendaki oleh Pas. Jakun Pas Nik Aziz baru tersedar sekarang ini dan memberikan pula alasan untuk menghalalkan perbuatan poerbuatannya yang haram disisi parti dan yang unIslamic pada pandangan orang Islam yang waras.

Tidak pelek jka UMNO yang bertolak ansur dengan parti pari bukan Islam menjalankan dasar liberal sejak merdeka tetapi apabila Ps yang mendapat kuasa menerusi janji untuk menegakkan negara Islam telah bertolak ansur dari awal lagi maka menunjukan bahawa apa yang dijanjikannya kepada rakyat hanya palsu,janji untuk matlamat merasa kuasa semata mata.

Sebenarnya perubahan sikap Nik Aziz, kesedaran barunya setelah berkawan dengan Anwar dan pari parti bukan Islam mendedahkan bahawa Pas telah dikafirkan oleh bukan Islam dan bukannya Pas yang mengislamkan parti bukan Islam. DAP yang berjaya mendajalkan Nik Aziz dan bukan Nik Aziz yang berjaya meMalaysiankan DAP.

Sumber : Maharaja Blogger

Wednesday, August 12, 2009

Kepala Hotak Kau...ANWAR..!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja. “Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin).
Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam. Sinar Harian


GM: Anwar kata serangan peribadi. GM kata kepala hotak kau Anwar....Dia lupa apa yang pernah dibuat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Najib.

Jari Tengah Untuk Nik Aziz

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.



"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.



Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam. Klik Sini

Tuesday, August 11, 2009

Lagi Usaha Anwar Melengahkan Kes

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah agar kumpulan timbalan pendakwaraya kini diketepikan daripada mengendalikan kes liwat yang dihadapinya.

Penasihat PKR itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur jam 11.30 pagi ini.

Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idris Harun, Peguam Cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan barisan timbalan pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin sebagai pihak responden.

Pendakwaraya dan kerajaan Malaysia turut dinamakan sebagai responden dalam permohonan ketua pembangkang itu.

Peguam belanya Sankaran Nair berkata, permohonan itu difailkan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didakwa bertindak berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kesnya. Malaysiakini


GM: Inilah kerja Anwar daripada mula-mula kes nie meletop sampailah Cheif Lawyer Sulaiman tarik diri, Anwar konsisten melengah-lengahkan kes main bontot. Ini juga keadilan, kebebasan, kesamarataan, ketuanan rakyat dan segala macam benda bodoh ciptaan Anwar dan budak jahat pakatan kononnya mereka yang paling hebat langsung tak boleh disentuh.

Anwar kata AG berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kes. Berat sebelahkah AG sampai segala macam kehendak Anwar sudah dituruti. GM rasa belum ada lagi pendakwaan dalam dunia hari ini pihak peguam bela mendapat macam-macam privellage seperti yang Anwar dapat. Jelas benar peliwat nie sangat takut dengan kes mahkamahnya.

Biasalah kalu dah salah. Bak kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah..! Kak Wan tolonglah nasihat kat suami akak nie.

Monday, August 10, 2009

Selepas Kisah Hulu Langat, Kini Sekuel Di Kuala Lumpur.

Kuasa Allah menjadikan pokok itu dengan pelbagai keindahan.

Dulu kecoh bila Anwar dan Pak Lah bertembung dan bersantap bersama di Hulu Langat. Macam-macam spekulatif yang timbul. Harus kita ingat ingat Anwar peliwat yang paling licik dan manusia yang paling munafik. Manakan tidak licik sudah berapa ramai yang melayan nafsu gila Anwar sampai tidak terkantoi cuma dengan Saiful Anwar akan tersungkur.

Kisah di Hulu Langat memang panas dan penuh dengan andaian. Semua orang tertanya apa yang dibincangkan di dalam bilik yang hanya dihadiri Anwar, Pak Sheik sesat dan Pak Lah. Macam biasa, Anwar akan bikin drama mengatakan Pak Lah minta nasihat dan mahu berbaik-baik dengan Anwar.

Satu Malaysia Anwr tipu pemujanya. Habis dikencing dan dikelentong bergelen-gelen. Bertambah seronok rakan-rakan dalam pakatan jahat menampakkan Anwar seorang pemimpin yang hebat menundukkan Pak Lah. Itu adalah cerita sebelum pembentangan Bajet tambahan 2009.

Realitinya, Anwar minta nyawa dengan Pak Lah mahu kes digugurkan. Kes liwat kali kedua, Anwar kena checkmate dengan pembantu khasnya sendiri. Ini yang paling ditakuti oleh Anwar.Itu perkara yang pertama terpacul dalam mulut Anwar di dalam bilik di Hulu Langat.

Rupanya ketakutan Anwar tidak habis disitu. Peliwat tegar itu takut akan Najib bila ditabal menjadi PM. Mungkin Anwar risau akan pendekatan berseni Najib dalam bermain politik. Anwar tidak boleh terima Naib Ketua Pemudanya dulu menjadi PM. Perkara kedua yang ditegaskan Anwar dalam pertemuan itu.

Bagaimana pun, dalam sibuk Anwar menghina Pak Lah dan membuat onar dalam atmosfera politik Malaysia peliwat itu tetap mahu memperkudakan Pak Lah dengan mencadangkan Pak Lah supaya meneruskan khidmat sebagai PM. Jika ini berhasil maka makin senanglah Anwar membuat kerosakan dan menjahanamkan bumi Malaysia.

Anwar mahu Pak Lah terus berkuasa dan tidak melepaskan jawatannya kepada Najib. Dengan harapan kelemahan Pak Lah itu memberi kelebihan kepada Anwar. Cerita 16 Septnya terus hanyut dan pemuja totok Anwar sudah disyabukan Anwar.

Kini, timbul pula cerita Anwar minta nyawa dengan Najib. Perkara yang tidak mustahil berlaku kerana Anwar benar-benar desperado yang ketandusan akal. Anwar seharusnya malu kepada diri sendiri kerana sesungguhnya tingkah laku Anwar melayakkan dia menerima gelaran pengkhianat melayu.

Untuk melayakkan menerima gelaran itu tanyalah Anwar, dia boleh menjadi mentor dan meninggalkan legasi si kitul kepada sesiapa sahaja yang berminat. Pertemuan Najib dan Anwar bukanlah pertemuan untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin yang disegani tetapi menunjukkan Anwar seorang tua bodoh yang diserang penyakit Alzheimer yang teruk.

GM teringat dosa-dosa yang dibuat Anwar terhadap Najib. Nik Ajis pun mengaku kelembutan dan karisma yang ada pada Najib. Mengapa ungkapan itu tidak dilemparkan kepada Anwar, rakan baik Nik Ajis ketika ini.?

Selangor Bangkit : Elok PAS Keluar Daripada Pakatan Jahat


1. Sudah banyak dalil yang menunjukkan PAS tidak berupaya untuk menegakkan syiar Islam apatah lagi mahu menubuhkan negara Islam seperti yang termaktub di dalam fasal 3 perlembagaan PAS.

2. Dalam insiden arak di Selangor, PAS seperti sudah dimandram oleh pakatan jahat langsung terkedu bila isu itu meletup. Adala seorang dua pemimpin yang bertegas tetapi daripada pucuk pimpinan PAS haram menyorok kepala takut dengan ‘abang besar’ Selangor yang menyinga.

3. Jangankan kata nak bersuara PAS di Selangor lebih eloklah ishtiharkan diri itu keluar daripada bermukah dengan pakatan jahat supaya kekusutan yang ada dapat dileraikan.

4. Bila chi-bai dari Negeri Sembilan menghina tokoh agama Dr. Ridhuan Tee, PAS langsung tidak memapah beliau. Janganlah berkira sangat walaupun saudara kita itu bernada seperti kerajaan tetapi demi agama sentimen kebencian terhadap kerajaan pusat PAS harus kikis.

5. Itu baru satu cabaran yang dihadapi PAS. Dulu Karpal Singh sudah warning ‘langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuhkan negara Islam’. Apa yang PAS belajar daripada kalimah itu.? Tiada pelajaran berguna untuk PAS tetapi hanyut dibuai keseronokan kuasa yang ada.

6. Bukankah lebih manis dugaan yang saudara kita terima itu PAS cepat-cepat bantu melindungi supaya selari dengan perjuangan PAS, PAS for all atau membangun bersama Islam. Bagaimana PAS mahu mentarbiahkan bukan Islam jika begini sikap PAS tentang Islam.

7. Tekadkan pendirian, ini tidak jika seseorang itu bernada tegas dalam hal agama PAS tidak setuju kononnya berlidah UMNO. PAS mahu menjaga Islam tetapi sikap dan etika PAS lebih memijak kesucian Islam hanya dengan satu tujuan untuk meraih undi bukan Islam.

8. Kekalutan yang wujud hari ini bila Islam dipijak-pijak tanpa ada sokongan daripada parti dengan tagline ‘membangun bersama Islam’ sudah cukup untuk rakyat menilai PAS bersama pakatan jahat yang hanya gilakan kuasa tidak lebih daripada itu.

9. Jika beginilah sikap dan cara kepimpinan PAS maka akan tinggal sejarah sebuah impian untuk menubuhkan negara Islam seperti yang diidam-idamkan kepimpinan terdahulu PAS.

10. Hayatilah dugaan yang diberi oleh Allah untuk PAS menilai semula sikap setelah habis melacurkan kesucian Islam itu demi ‘politic survival’ dan dendam kesumat yang direka-reka menjadi santapan halwa telinga di setiap ceramah.

11. Ini yang PAS harus fikirkan, tingkah laku DAP yang membenci Islam / Islamiphobia wajarkah PAS terus bekerjasama.? Yang mana lebih penting dan selari dengan fasal 3 perlembagaan PAS. Mengukuhkan ukhwah Islam atau undi dan sokongan yang dibuat-buat menampakkan PAS seperti keldai yang boleh ditambat dimana-mana.

12. GM tidak perlu bercakap tentang Anwar Ibrahim kerana kelmarin seluruh Johor sudah berteriak mewakili suara GM, “ANWAR PENGKHIANAT MELAYU”


Sunday, August 09, 2009

Mahukah PAS Berbuat Demikian.?

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat sekali gus mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan itu.



Beliau yang juga Naib Yang Dipertua II Persatuan Ulama Pulau Pinang berkata, gesaan itu dibuat kerana sejak kebelakangan ini rakan-rakan Pas dalam pakatan itu terutama sekali DAP bersikap terlalu biadap.



Malah, katanya, kehadiran PAS dalam gabungan pakatan itu selama ini pun seolah-olah tidak pernah dihargai dan dihormati oleh rakannya lebih-lebih lagi DAP.



''DAP sebagai gabungan dalam pakatan sepatutnya menghormati prinsip atau pegangan rakan lain dengan tidak menyentuh soal agama sehingga mengguris hati dan perasaan ahli Pas atau umat Islam di negara ini. Utusan Melayu



1.Janganlah kita hairan jika tetangga sendiri sudah jelik dengan kelibat PAS. Sepatutnya daripada dulu lagi kenyataan seperti ini perlu kuat dan lantang bagi mewakili grass root.


2.GM yakin selepas ini akan muncul pula kenyataan daripada pemimpin bermulut longkang PAS yang akan menyindir grass root ini yang digambarkan berlidah UMNO sama seperti Nasharuddin dan Hassan Ali.


3.Inilah masalah utama PAS kerana mereka angkuh dan bongkah tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan diri sendiri. Tidak boleh menerima teguran orang lain itulah ciri-ciri bodoh sombong PAS. Contohilah UMNO kerana teguran PAS sepanjang masa menjadikan UMNO lebih baik memperbaiki diri



4.Dalam blog sebelah sinun sudah tentu akan ada artikel mengutuk kenyataan ini. Inilah masalah terbesar PAS. Mereka gagal mendisplinkan diri apatah lagi menilai diri sendiri kerana taksub dan alpa dengan apa yang mereka ada.



5. PAS hebat mengadakan demonstrasi tetapi “ZERO” langsung tiada apa-apa hanya mahu menonjolkan diri yang semakin tersepit. Di Selangor hendak menegakkan hukum Islam pun tak berdaya. Bukit Gantang dan Manek Urai sudah mengajar PAS supaya jangan takbur dengan apa yang Allah sudah bagi.



6. GM tidak mahu melihat PAS bergabung dengan BN tetapi mahu melihat parti kedua terbesar orang Melayu ini memperjuangkan sebenar-benarnya Islam. Barulah keseimbangan itu wujud. UMNO memperjuangkan bangsanya dan PAS memperjuangkan Islam.



7. Mahukah PAS berbuat demikian.?



Saturday, August 08, 2009

Apa Reaksi Nik Aziz Selepas Ini.?

Oleh : Tetikus Karat


Jika selepas ini masih belum ada kesedaran daripada PAS maka jelaslah PAS tidak matang dan menunjukkan kebodohan sendiri. Rakan blogger mendedahkan akan terbitnya video mengenai kutukan dan hinaan peliwat terhadap PAS didalam satu majlis tahun lalu.


Video tersebut sudah lama kedengaran cuma menunggu masa yang sesuai untuk dikeluarkan. Maaf hendak dikatakan kebaculan PAS yang kononnya mendakwa diri mereka hebat berpolitik tetapi tidak lebih seperti anjing yang menyalak bukit.


Sebenarnya daripada dulu lagi peliwat tersebut tidak pernah mengiktiraf PAS. Apa yang dia mahukan adalah mempergunakan PAS untuk kepentingan diri sendiri. Tidak untuk bangsa dan agama jauh sekali untuk kepentingan rakyat. Itu tidak pernah ada dalam agendanya selepas dilepaskan daripada Sg. Buloh.


Tulisan ini bukan bermaksud untuk menggesa PAS menarik diri daripada pakatan jahat yang direka-reka itu tetapi bermaksud untuk PAS menilai kembali kemuncakan kejayaan meraka. PAS mengawal Kedah dan Kelantan. Di Selangor, PAS adalah bacul dan pak turut yang diketuk-ketuk kepala mengikut telunjuk orang lain.


Jika dinilai daripada usia parti di dalam pakatan jahat, PAS adalah senior yang sepatutnya lebih hebat dan berkaliber jika hendak dibandingkan daripada 2 parti yang lain. Apa yang PAS ada hari ini.? Sampah yang ditempatkan dibilik yang beraircond, bau busuknya makin hari makin menyeksakan.



Apa reaksi Nik Aziz selepas ini.?

Friday, August 07, 2009

Kuasa + Agama = Go To Hell

Sangat menghairankan apabila melihat kelibat Hassan Ali yang dihentam dari dalam dan luar PAS tanpa dipapah oleh rakan2 seperjuangan. Dalam hal Hassan Ali maka makin jelaslah kutukan Allah terhadap tindak-tanduk PAS khususnya mereka yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi hanya manis di bibir.

Jika dalam hal arak yang menuntut penjelasan dan ketegasan PAS langsung tidak berdaya. Hendak diharapkan Khalid Samad, lidahnya lebih senang berbicara kepentingan diri. Memang sedap bercakap bila tiada kuasa tetapi cubalah diberi peluang pasti mata dan hati menjadi gelap gelita. Mengaku pula memperjuangkan Islam, dalam ceramah-ceramah kampung hebat bermukadimah surah Al-Quran tetapi dalam hal hukum agama ilmu politik lebih penting dan seronok dijaga.

Inilah masalah PAS, bila rakyat mengutuk, menegur dan lantang sedikit dituduh dengki berlidah UMNO dan sekular. Tidak bolehkah dianggap teguran untuk kebaikan sendiri.? Isu arak yang hangat diperkatakan ketika ini baik dalam laman sesawang propakatan atau prokerajaan sangat jelas memperlihatkan perbalahan yang wujud dalam gabungan haram ini.

Hassan Ali memang diketahui berkepala keras dalam PAS Selangor walaupun beliau sendiri yang terajui. Banyak cakap-cakap yang kurang enak didengari dalam PAS Selangor dari peranan PAS yang dipandang sebelah mata oleh regim Khalid hinggalah cerita tikam belakang dalam kepimpinan PAS Selangor.

Senang cerita, kita tolak hukum politik dan bayangan kerjasama PAS dalam pakatan jahat Selangor. Jika benarlah PAS mahu menunjukkan kehebatan berpolitik perbetulkan dahulu saf kepimpinan dalam Selangor. Hassan Ali menyalak dalam isu arak mengapa rakan PAS lain membisu. Khalid Samad dalam kenyataannya, tindakan Hassan Ali tidak mencerminkan pendirian sebenar PAS.

Sudah terang, PAS hanya mempermainkan kesucian Islam bila diri diselubungi kuasa. Itulah yang terjadi hari ini dan itulah realiti yang tidak boleh dinafikan. Bila sudah ada kuasa, hukum agama diketepikan. Tindakan DAP lagi bangsat. Mahu ditubuhkan jawatankuasa displin bagi mengajar manusia yang memperjuangkan agamanya seperti Hassan Ali.

Apa salahnya jika PAS bersungguh mempertahankan kebenaran itu. Akidah dan hukum agama tidak boleh dijual. Apatah lagi disepak-sepak seperti bola. Bagaimana pula dengan Nik Aziz.? Hendak mempertahankan Hassan Ali jauh sekali apa yang lebih penting adalah undi dan sokongan rakyat marhaen yang mahu melihat Islam dijahanamkan.

Inilah yang terjadi dalam kepimpinan regim Khalid. Manusia dungu yang melelong maruah bangsanya sendiri sama seperti Anwar Ibrahim. Pentadbiran regim Khalid hari ini benar-benar membuatkan rakyat tersentak dengan polisinya.

Monday, August 03, 2009

Strategi Halus Regim Khalid Singkir Melayu

Ini gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan kisah Khalid diketuk-ketuk kepala oleh gangster melayu dalam isu azan beberapa bulan yang lalu.


Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan usul agar diadakan semula pilihanraya kerajaan tempatan. Di antara matlamatnya adalah menjadikan ahli-ahli majlis lebih bertanggung jawab. Pilihanraya ini juga akan mengiktiraf perbezaan yang ada bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan memerlukan pendekatan yang berlainan. Iskandar Abdul Samad, ADUN Chempaka



Apa tujuan dan matlamat untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan.? Inilah yang sedang berlaku dibawah pentadbiran regim Khalid akibat kurangnya kesedaran dan hanya menuruti kehendak kumpulan bukan melayu.


Regim Khalid sedang bermaharajalela dan tidak menghargai kuasa pengundi majoriti yang memenangkan mereka. Khalid hanya boneka kepada DAP dan PKR dan tidak memandang PAS walau sebelah mata. PAS yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi kononnya merekalah juara..!


Itu senario di Selangor yang tidak disedari penyokong totok yang merusuh marahkan kerajaan merosakkan harta awam Sabtu tempohari dan hanya layak diperbodohkan kumpulan minoriti. They’re so stupid..!


Regim Khalid sedang merangka satu strategi bagi memastikan hasrat untuk mengadakan pilihanraya tersebut tercapai. Siapa pula yang terlibat dalam hal merangka strategi ini.?


Kebanyakan mereka yang terlibat adalah kumpulan bukan melayu yang ekstrim mahu menyingkirkan orang melayu secara halus. Walaupun terdapat kumpulan melayu, jangan kita risau kerana mereka semua sudah dibeli. Tahniah kerana sikap begini yang menjayakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah.


Let think if this election comes true.? Apa signifikannya dan kesan kepada rakyat Selangor. Apa pun perancangan ini akan menyebabkan PBT akan dikuasai oleh kumpulan bukan melayu dan orang melayu akan secara halusnya disinggirkan kerana kebanyakan bandar-bandar hari ini dikuasai oleh bukan melayu dan pertambahan orang bukan melayu di PBT akan memenuhi jigsaw puzzle yang tertangguh sejak dulu lagi.


Bagaimana rasanya jika Shah Alam dipenuhi orang bukan melayu dan Kopitiam2 bebas menjual arak. Hairan pula bila tengok Ronnie Liu bebas menyalahgunakan kuasanya tanpa ada pihak yang tampil untuk mendakwa Ronnie. PAS yang sangat maksum pun simpan kepala macam kura-kura.


Apa nasib orang melayu.? Fikirlah sendiri

Tukar regim Khalid demi keharmonian Selangor yang kian hilang.