Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Tuesday, October 05, 2010

Belia FELDA Balun Azmin


Belia FELDA Pun Balun Azmin

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."

Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan.

"Janganlah terlalu mudah melabelkan pemimpin kita dan menghina hanya kerana ingin menang dalam perebutan jawatan dalam parti yang kita tahu sedang bergolak dan kacau bilau," katanya kepada Bernama hari ini.

Anuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azmin yang menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur".

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam.

Ini harapan rakyat: Kalu setakat statement mengutuk Azmin tapi dalam hati masih ada sentimen tak puas hati pada kerajaan, baik tak payah nak buat-buat pandai.

Buatlah kempen kesedaran pada belia Felda satu Malaysia. Jelaskan pada depa betapa PKR dan pembangkang ini sangat bahaya dan meruntuhkan keharmonian negara.