Showing posts with label Bongkar. Show all posts
Showing posts with label Bongkar. Show all posts

Friday, April 03, 2009

Nizar a.k.a Tan Ah Chong

Badut Nizar Yang Sangat Kuat Semangat DAPnya

Nizar Camry mengaku beliau berketurunan cina semasa berkempen di Sg Tinggi. Beliau juga menggelarkan dirinya sebagai TAN AH CHONG untuk masyarakat Cina lebih menyenangi beliau. Nampak sangat Nizar a.k.a TAN AH CHONG nie terdesak berkempen untuk menagih simpati orang Cina. Patutlah selepas beliau memegang jawatan MB, beliau dengan selamba menimbulkan kebencian orang Melayu PERAK dengan memberi tanah yang tidak munasabah kepada keturunannya. Melayu PAS bersorak gembira ini adalah contoh pemimpin berjiwa rakyat. HHAATTUUIIHHH….!


Rupa-rupanya sikap komunis Nizar a.k.a TAN AH CHONG ini turut juga tidak disenangi oleh abangnya, Radzi Jamaluddin. Abangnya sudah letih menasihati si Ah Chong ini supaya jangan terlalu suka senNGEH dan ngaNGA. Di Batu 7 semalam terbukalah kekecewaan si abang mengenangkan adiknya ini telah jauh menyimpang dari perjuangan asalnya. Tapi Nizar a.k.a Tan Ah Chong ak peduli sebab beliau telah berjumpa dengan pujaan hatinya. Habis Nizar liwat hak orang Melayu Perak. Melayu PAS, depa semua dah khayal dengan perjuangan songsang PAS.


Cuba-cuba kita merayau di Changkat Jering. Dengar-dengar kumpulan kempen PAS Jelutong dan banyak lagi menyirap dengan calon DAP, Nizar. Kumpulan ini tidak puas hati dengan pencalonan Nizar a.k.a Tan Ah Chong sebagai calon di Bukit Gantang. Bukan kata kumpulan ini, kebanyakan kumpulan dari luar Bukit Gantang yang dipaksa bertugas di Bukit Gantang pun tidak puas hati dengan calon DAP ini. Tak lama lagi meletup la tuh petugas PAS yang protes terhadap PAS PERAK,. Nizar bagi mereka hanya layak duduk di Pasir Panjang. Beliau bukan calon PAS tapi pilihan DAP. Melayu PAS bersorak syukur. Kempen yang dijalankan pun tidaklah seberapa.


Ini kisah si pelawak Anwar Ibrahim Munafikun. Beliau kesedihan kerana sepatutnya ketika ini beliau berada di mahligai Putrajaya sebagai PM yang ke-6. Akibat dah kemaruk sangat nak jadi PM dan dapatkan sokongan undi, si pelawak ini melaungkan harapan kepada seluruh rakyat Sarawak kononnya jika PKR menang di kerusi Batang Ai, orang Kristian akan dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Astagfirullah, mengucap wahai si pelawak durjana. Jika beliau habis idea nak buat lawak janganlah sesekali menjualkan agama demi kuasa yang tidak seberapa.


Telah jelas mengapa kedua-dua badut ini perlu ditolak oleh rakyat Malaysia kerana seorang badut adalah penggadai bangsanya sendiri dan seorang badut lagi adalah penjual agama dan bangsa.

Thursday, March 05, 2009

Dalang-Dalang Gerakan Menghancurkan Islam

Akhirnya gerakan anti Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November jelas didalangi oleh INTERFAITH COMMISSION (IFC) sebuah gerakan anti Islam di negara ini.

1. IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

2. Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

3. Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

4. Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebsan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

5. 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemmpin Islam menarik diri.

6. Januari 2005 deraf undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

MATLAMAT

1. Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

TUNTUTAN IFC

i. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam;

ii. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang;

iii. kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil;

iv. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim;

v. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang;

vi. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak;

vii. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam;viii. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam;

ix. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suciIslam;

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka;Ini adalah beberapa tuntutan yang dibuat oleh IFC.

IMPLIKASINYA

1. Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia;

2. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad;

3. IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam;

DALANG-DALANG PERHIMPUNAN

1. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti PAS
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR
3. Sivarasa a/l Rasiah, Naib Presiden PKR
4. Tian Chua (Chua Tian Chang), Ketua Penerangan PKR
5. Ronnie Liu ( Liu Tian Khiew), Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat
6. Elizabeth Wong Keat Peng, Ketua Penerangan Wanita KeadilanSetiausaha Agung HAKAM, Sekretariat SUARAM
7. Raja Petra Raja Kamaruddin, Pengendali blog Malaysia-today.net
8. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Sumber: Mymassa.com