Monday, January 09, 2012

Anwar 901: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Kita harus mengambil ketetapan ini. Hakim membebaskan Anwar adalah kerana keraguannya terhadap bukti DNA. Hakim berhujah menjelaskan bahawa DNA yang diperolehi menimbulkan keraguan terhadap prosedur yang digunakan. Bukan kerana DNA itu tidak dipalit dengan hak milik Anwar.
DNA masih lagi kepunyaan Anwar bagaimanapun terdapat keraguan dalam hal itu atau mungkin terdapat spesimen milik orang lain. Apakah sebenarnya berlaku threesome dalam kejadian 26 Jun 2008?
Saiful pasrah, dia kalah perhitungan di dunia. Kepercayaan kita sebagai umat Muhammad S.A.W amat yakin dengan hari pembalasan di akhirat.
Yah..! kita boleh cakap apa saja untuk sedapkan hati yang terluka. Kerja keras blogsfera dalam menelanjangkan musibat Anwar Ibrahim dianggap tidak berbaloi.
Kita harus ingat, Anwar bukan ditakrif TIDAK BERSALAH dia cuma dibebaskan dan dilepaskan kerana keraguan mahkamah dalam penentuan bahan bukti. Bukti-bukti sebelum ini seperti CCTV, keterangan Dr. Hoogland dan kebijaksaan pendakwaraya menepis segala bukti yag dikeluarkan peguam bela adalah keperluan yang menjurus kepada percentage perlakuan songsang Anwar.
Yang sebenarnya perlu perhalusi adalah pucuk kepimpinan negara.
Kita perlu persoalkan terhadap kepimpinan negara. Yang mana lebih utama, kepentingan diri ataupun kepentingan politik.
901 menjelaskan siapsiaga mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara kerana manusia yang paling gembira hari ini adalah DAP.
Kita harus perhalusi

-------------------------------------------------------------------------------

Perhalusi artikel ini diambil dari SINI

Anwar himpun di P'tang Pauh selepas keputusan liwat

1:21PM Jan 5, 2012

Apa sekalipun keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini, pemimpin-pemimpin tertinggi dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhimpun di Permatang Pauh pada malam berkenaan.

 Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dijangka membuat persinggahan pertamanya di Pulau Pinang pada lewat petang 9 Januari bagi menjelaskan sendiri kepada rakyat berhubung keputusan mahkamah terhadap kesnya itu.

ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin berkata, Anwar mahu mengulangi apa yang dilakukannya pada tahun 1998, selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, iatu kembali ke Pulau Pinang untuk mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh.

Anwar dilantik menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 2008, selepas isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR mengosongkan kerusi itu untuk diisi beliau.

"Selepas keputusan penghakiman itu, semua pemimpin atasan Pakatan Rakyat akan berkumpul di Permatang Pauh untuk menghadiri perhimpunan besar," kata Sim kepada pemberita di Pulau Pinang.

"Jika Anwar dibebaskan, beliau akan menjelaskan keputusan itu sendiri. Jika tidak (dibebaskan), pemimpin-pemimpin tertinggi masih akan hadir di Permatang Pauh untuk perhimpunan tersebut," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

bagaimana cara nya kita memberi kefahaman kepada rakyat mengenai keputusan mahkamah yang cuma tidak dapat mensabitkan kesalahan juga kenapa beliau tidak dibebaskan dari pertuduhan.

Puak totok!! fikir-fikirkan lah bahawa Anuar masih seorang peliwat yang bersalah dalam soal moral walaupun keputusan tidak mensabitkan dibuat oleh hakim.

Jalan cerita sama seperti kes liwat 1 .

Wak Long Man said...

Saiful tak perlu minta maaf jika benar anwar melakukannya .... Anwar lepas tuduhan kerana anwar takut nak bagi DNA.Dan jika anwar ebenar2nsetuju beri DNA ... Kita tentu dpt pastikan yang mana benar dan yang mana salah. Bak kata pepatah melayu >>> Berani kerana benar , takut kerana bersalah... Siapa diantara kita yg boleh pastikan yg sebenar2nya Anwar tidak bersalah. Alasan hakim pendakwa gagal dptkan DNA anwar ibrahim. Ttidak bermakna kejadian liwat tidak berlaku. Yg pasti sama ada saiful atau anwar bersalah .. kini hanya ALLAH Yg Bijaksana yg akan menghakimi mereka berdua .. Bukannya kita.