Monday, January 16, 2012

Salahuddin Ayub Ialah Parasit Itu

Siapa Parasit dalam PAS?

Ini soalan yang berlegar-legar dalam blogsfera ketika ini. Isu ini meletup apabila PAS mengamalkan ideologi kuku besi dengan memecat Hassan Ali tanpa usul periksa dan hanya bersandarkan kepada bisikan syaitan.

Tetapi semacam boleh dijangka bahawa parasit yang dikatakan oleh Hassan Ali ialah Khalid Samad. Ya..! dalam PAS Selangor semua pucuk pimpinan Kawasan dan Cawangan sedar akan pertembungan 2 figura ini. Kedua-duanya sama hebat dan sama berpengaruh.

Khalid Samad dilihat lebih berpengaruh dalam PAS Pusat tetapi standi Hassan Ali lebih konfiden dalam memupuk perpaduan semasa ahli. Hassan Ali lebih berpengaruh dalam PAS Selangor. Pendak kata, Hassan Ali lebih disenangi dalam gugusan akar umbi.

Banyak cakap-cakap menilai Hassan Ali berideologi pemerintah kerana asalnya Hassan Ali adalah Pegawai Kerajaan yang setia dalam mengurus agensi kerajaan BTN [sila betulkan jika saya tersilap]

Bagaimanapun, polemik pertembungan ini memuncak apabila isu penyaluran maklumat parti dalam isu Kerajaan Perpaduan telah mengakibatkan Khalid Samad telah digantung keahlian selama 6 bulan oleh PAS Pusat dan dendam ini cukup membara bila Hassan Ali hanya dikenakan amaran bertulis.

Dalam PAS Selangor terdapat 2 figura yang memusuhi Hassan Ali selain daripada Khalid Samad. Saari Sungip, walaupun langkah politiknya amat berhati-hati namun cita-cita besarnya dalam PAS Selangor telah membuatkan dia hilang pertimbangan. Sikap tamak haloba dalam menaiki hierarki parti menjadi punca dia antara seteru  bergandingan dengan Khalid Samad untuk menumbangkan Hassan Ali.

Tetapi siapakah parasit yang dimaksudkan Hassan Ali mempunyai kedudukan dalam kepimpinan tertinggi PAS sehingga menyebabkan bisikan syaitan menjadi pengubat terhadap segala dendam kesumat?

Jangan kita tunding jari kepada Mahfuz Omar kerana tahap intelektualnya masih rendah dan cuma menjadi batu api dalam pertimbangan Datuk Mustafa Ali untuk membuat keputusan akhir memecat Hassan Ali.

Mengikut maklumat, figura yang paling lantang menghasut PAS untuk memecat Hassan Ali ialah Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Inilah individu yang beriya-iya mahu Hassan Ali dipecat memandangkan pernah kedengaran suara sumbang mahu penjelasan Salahuddin Ayub dalam kisah 'Puduraya' yang pernah mengegarkan mesyuarat PAS.

Salahuddin Ayub @ Din Puduraya yang membawa agenda mesyuarat penting untuk memecat Hassan Ali. Inilah parasit itu

Kini Salahuddin Ayub diam seribu bahasa

Panas! PAS Alami Krisis Keyakinan Yang Teruk

Kita boleh menjangka PAS kini berada di dalam delima. Depa berada di dalam krisis kepimpinan dan arah tuju yang dasyat. PAS hari ini diserang dari dalam dan luar. Maksud penyataan ini ialah PAS berada dalam keadaan yang kritikal untuk menghadapi PRU Ke-13.

Sesudah pertembungan akhir pada PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau awal tahun 2011, statistik keyakinan terhadap PAS memperlihatkan arah sokongan orang Melayu atau umat Islam sudah menjauhi PAS. Setuju sangat jika dikatakan orang Islam sudah tidak menyakini PAS sebagai penyambung takrif Khalifah sesudah kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.
 
Ketakutan yang maha dasyat umat Islam hari ini telah melihat kedangkalan PAS dalam mengurus krisis dalam menjaga kesuciaan Islam. Sementalah dengan desakan kuat kafir harbi DAP yang mahu PAS meninggalkan stigma perjuangan Islam jika mahu terus bersama-sama pakatan pembangkang.

Desakan ini bukan dinamakan desakan tetapi kemahuan ini adalah ugutan terhadap PAS. Nik Aziz boleh mengatakan apa saja untuk sedap dan ceriakan penyokong PAS. Bagi penyokong suara Nik Aziz adalah fatwa yang diibaratkan wahyu oleh Allah S. W.T 

Boleh disaksikan semasa Konvensyen lepas apabila dengan lantang DAP mahu PAS meninggalkan retorik perjuangan Islam jika mahu bersenggama dengan DAP. Ini adalah delima PAS dan bagaimanakah depa mahu mengurus krisis ini dengan berkesan? Kepentingan politik atau dakwah Islamiyah.

Ingatan terhadap orang Melayu, perjuangan menjaga martabat syiar Islam bukanlah terletak kepada slogan penamaan sesebuah parti tetapi bagaimana kita mahu mengurus supaya kesuciaan Islam itu terpelihara. Ini tidak memerlukan retorik dan pakaian rasmi agenda Islam seperti mana yang kerap diuar-uarkan PAS sepanjang 60 tahun penubuhannya.


Panas! Dr. Hassan Ali Ingin Tubuh Parti Baru?

Dijadualkan Dr. Hassan Ali akan mengadakan sidang media bertempat di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail [TTDI] pada jam 11.00 pagi. Difahamkan sidang media ini berhubung pemecatannya daripada PAS.

Untuk rekod, Dr. Hassan Ali telah dipecat dari PAS susulan daripada kritikan ekstremnya terhadap arah tuju perjuangan PAS yang semakin terpesong dan komitmen PAS untuk membela Anwar Ibrahim, Dewa Caligula alaf baru.
 
Jika kita masih ingat, 30 tahun dulu...PAS pernah mengalami krisis 'branding' apabila kemunculan sekumpulan ekstremis yang mengelarkan diri mereka 'PAS Titik' kerana beranggapan perjuangan PAS ketika itu tidak selari dengan Fasal 3 Perlembagaan PAS.

Pemecatan tanpa pembelaan Dr. Hassan Ali menyerlahkan lagi krisis perjuangan PAS selepas enak bersenggama dengan kafir harbi DAP dan grup liberal PKR yang dahagakan kebebasan seksualiti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 15, 2012

Panas: Namanya Ehsan Bukhari Dan Dia Seorang Gay?


Kalau kita masih ingat gambar diatas adalah footage video Brader Lan mahu tempeleng budak kurang ajar bernama Adam Adli semasa dia mahu buat laporan polis pasal kena ugut. Bagaimanapun, tangan kasar brader Lan tak sempat usap pipi gebu Adam adli. 

Anak panah merah menunjukkan pada seorang budak ranggi yang back up Adam Adli. Gaya dia serupa taiko besaq dan buat semua orang takut sama dia. Ini budak nama dia Ehsan Bukhari. Mamat ini selalu bersama Adam Adli tak kira kemana dia pergi. Memang tengok gaya spek uptown dan rambut spike dia boleh jadi idola mahasiswa.

Tengok pula gambar di bawah. Macam ada elemen kecemburuan bila Fadiah Nadwa [Lawyer PKR] menyendeng dengan Adam Adli.


Ini pula ialah footage Facebook Ehsan Bukhari yang bermatian pertahankan Adam Adli. Lihat pula statusnya. Moden konon, kepala bapak dia kalau dah tayang satu dunia emotional seksual yang songsang ini.



Tang yang ini best kalau nak spin tahap maksima. Apahal bikin gambar dengan icon love yang fancy dan daring kalau bukan nak kasi tahu ekspress feeling songsang. Mula-mula tengok gaya macam samseng taik minyak rupanya pewaris kaum Luth.


Bersama Dewa Caligula kesayangan PAS


Itulah bila sudah terlebih pandai dan masuk universiti kau orang terlebih stim dengan ideologi kebebasan yang tak bermakna. Orang tua suruh belajar cari ilmu bukan jadi rebel dan songsang macam tak ada agama. Ikut lagi idola Caligula yang terlepas dari hukum dunia. Ini dunia hanya sementara bukan boleh bergembira sangat.

Friday, January 13, 2012

Siapa Yang Kecewa Dengan Berita Fasha Sandha Akan Kahwin?

Kuala Lumpur - Desas desus perkahwinan Fasha Sandha sudah terjawab apabila pelakon Cinta Elysha itu mengesahkan beliau akan berkahwin dengan seorang anak Tan Sri tidak lama. Fasha Sandha dalam kenyataannya mengesahkan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah seorang duda anak 1 dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sebelum ini, Fasha dihimpit pelbagai kontroversi apabila enggan menjawab beberapa soalan media berhubung zaman solonya kerana baginya soalan itu terlalu personal itu diceritakan. Memilih luar negara sebagai lokasi majlis, Fasha optimis tindakannya itu akan mendapat restu daripada peminat dan juga keluarga.

Sementara itu, beliau ditanya mengenai hubungannya dengan seorang ahli politik muda. Ini kerana, terdapat khabar angin yang mengatakan ahli politik itu amat meminati beliau selepas menonton filem 9 September lakonannya bersama Pierre Andre. 
 
Dalam jawapannya, beliau menjelaskan bahawa urusan jodohnya telah ditentukan oleh Allah dan beliau reda dengan ketentuan-NYA.

"Kami kerap berbalas BBM tentang komen filem itu dan katanya 9 September amat dekat dihatinya lantaran kegilaanya terhadap tarikh 16 September dan 9 Januari. Entahlah, I sendiri pun hairan apa yang best sangat dengan tarikh itu, mungkin kenangan zaman kecilnya ketika bersunat dulu?" terang Fasha.

Ditanya media apakah beliau pernah bersemuka dengan ahli politik muda itu? Fasha mendedahkan

"Ya, kami pernah makan malam di sebuah restoran pinggir bandar tetapi bagi I, dia seorang yang boring kerana kerap dalam perbincangannya dia lebih gemar berbicara soal LEMBU.  Baginya, lembu is the best spininng ever. You all jangan tulis yang rupanya iras-iras lembu" dedah Fasha yang tidak mahu menimbulkan kontroversi raut muka iras lembu ahli politik tersebut.

Dalam pada itu, media cuba mendapatkan komen daripada ahli politik muda itu di Ibu Pejabat sebuah parti politik di Petaling Jaya. Namun, setiausahanya menjelaskan kepada media yang ahli politik itu tidak mahu diganggu selepas berita perkahwinan Fasha Sandha diketahui umum.

Kerja Bodoh Orang PAS....Macam Ini Nak Urus Negara

MyMassa kongsikan surat dari PAS Melaka yang kononnya NAK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH.
'Mr Muscle' di pesta pantai Melaka dibantah
Muhamad Aizat Bahrudin
12:28PM Dis 17, 2011

Dewan Pemuda PAS negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.

Merujuk acara “Mr Muscle Beach” yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara.

Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung.

Dikatakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr Muscle Beach.

Apa yang membimbangkan, acara Mr Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.

Kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu-Islam.

Tidakkah suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?

Ia juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ia tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini.

Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang diadakan.

Bila agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah dibuang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

Sudahlah pengaruh Barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.
- Penulis merupakan ketua penerangan Pemuda PAS Melaka.
Tapi bagaimana pula dengan ini?



Muka Nik Aziz ibarat cop HALAL JAKIM bagi orang PAS. Kalau ada muka NABI PALSU tu, yang haram pun boleh jadi halal!!!


Inilah dikatakan "siakap senohong gelama ikan duri, PAS suka bercakap bohong sebab itu kuat kencing berdiri"

Ismail Kamus Akui PAS Diselubungi Api Fitnah?

Membaca reaksi Ustaz Ismail Kamus yang mengagumi Dr. Hassan Ali sebagai pemimpin yang bagus dan banyak memberi sumbangan kepada Islam telah memberi keyakinan bahawa apa yang telah dilalui Hassan Ali dalam perjuangannya menegakkan syiar Islam adalah sesuatu yang murni.

Katanya “saya tidak ada apa-apa komen tentang Hassan cuma saya melihat beliau seorang pemimpin yang bagus dan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dan parti tetapi sedikit tersilap langkah” 

Ya, ramai berpihak beranggapan begitu. Hassan Ali tersilap langkah kerana mengkritik arah tuju perjuangan PAS yang semakin lesu dan meyimpang. Ditambah pula api fitnah kepimpinan dalaman yang mempertikaikan gesaannya agar PAS menjauhi perjuangan Anwar Ibrahim. Inilah nilai sebenar fisabillilah seorang yang sayangkan agama seperti Hassan Ali.

Apa yang tidak boleh diterima Ismail Kamus dengan polemik pemecatan Hassan Ali ialah kehadirannya dalam sidang media Hassan Ali telah mencetus kegusaran dalam kalangan kepimpinan PAS. Banyak cakap-cakap yang merumuskan Ismail Kamus bersetuju dengan Hassan Ali dalam mengkritik parti tetapi benarkah beliau berpendirian sedemikian? 

Sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam, tingkahlaku curiga sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Kenapa ajaran Islam gagal dipraktikkan dalam kalangan pemimpin bagi mengelakkan terjadinya fitnah yang boleh merosakkan PAS.

Kehadiran Ismail Kamus hanyalah dasar seorang kawan yang bersimpati terhadap Hassan Ali. Rumusannya terhadap senario dalaman PAS secara tidak langsung telah mengiyakan bahawa PAS bukanlah parti yang bertunjangkan ajaran Islam. Ianya tidak lebih sebuah parti yang mengidamkan kuasa duniawi. Satu perkara yang tidak sihat dan boleh merosakkan perpaduan ummah.

Apa yang menarik, sikap tidak berterus terang dan gemar bermain dengan spekulasi adalah trend berlarutan dalam PAS. Ini sungguh memalukan kerana PAS mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam yang sebenar.

Kita boleh melihat dalam ceramah yang diadakan, pemecatan Hassan Ali merupakan bahan ceramah yang kerap diputar untuk menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Hassan Ali. Sikap buruk ini bukanlah dituntut Islam yang melarang umatnya mengaibkan saudara yang lain. Tambahan, api fitnah terhadap pemimpin lain yang tidak ‘sekepala’ dengan PAS juga turut dijaja dan ditokok tambah. 

Bukankah ini ditegah dalam Islam?

Pengakuan Ismail Kamus terhadap segelintir pemimpin yang melemparkan batu sembunyi tangan mengesahkan bahawa ini adalah kesan daripada aktiviti ‘tidak sihat’ PAS selepas bersenggama dengan PKR dan DAP dan kegilaan dalam merampas kuasa politik pasca PRU Ke-12. Ini juga menunjukkan PAS lebih enak untuk mendapatkan kuasa daripada konsisten untuk meyuburkan pepaduan ummah.

Monday, January 09, 2012

Anwar 901: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Kita harus mengambil ketetapan ini. Hakim membebaskan Anwar adalah kerana keraguannya terhadap bukti DNA. Hakim berhujah menjelaskan bahawa DNA yang diperolehi menimbulkan keraguan terhadap prosedur yang digunakan. Bukan kerana DNA itu tidak dipalit dengan hak milik Anwar.
DNA masih lagi kepunyaan Anwar bagaimanapun terdapat keraguan dalam hal itu atau mungkin terdapat spesimen milik orang lain. Apakah sebenarnya berlaku threesome dalam kejadian 26 Jun 2008?
Saiful pasrah, dia kalah perhitungan di dunia. Kepercayaan kita sebagai umat Muhammad S.A.W amat yakin dengan hari pembalasan di akhirat.
Yah..! kita boleh cakap apa saja untuk sedapkan hati yang terluka. Kerja keras blogsfera dalam menelanjangkan musibat Anwar Ibrahim dianggap tidak berbaloi.
Kita harus ingat, Anwar bukan ditakrif TIDAK BERSALAH dia cuma dibebaskan dan dilepaskan kerana keraguan mahkamah dalam penentuan bahan bukti. Bukti-bukti sebelum ini seperti CCTV, keterangan Dr. Hoogland dan kebijaksaan pendakwaraya menepis segala bukti yag dikeluarkan peguam bela adalah keperluan yang menjurus kepada percentage perlakuan songsang Anwar.
Yang sebenarnya perlu perhalusi adalah pucuk kepimpinan negara.
Kita perlu persoalkan terhadap kepimpinan negara. Yang mana lebih utama, kepentingan diri ataupun kepentingan politik.
901 menjelaskan siapsiaga mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara kerana manusia yang paling gembira hari ini adalah DAP.
Kita harus perhalusi

-------------------------------------------------------------------------------

Perhalusi artikel ini diambil dari SINI

Anwar himpun di P'tang Pauh selepas keputusan liwat

1:21PM Jan 5, 2012

Apa sekalipun keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini, pemimpin-pemimpin tertinggi dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhimpun di Permatang Pauh pada malam berkenaan.

 Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dijangka membuat persinggahan pertamanya di Pulau Pinang pada lewat petang 9 Januari bagi menjelaskan sendiri kepada rakyat berhubung keputusan mahkamah terhadap kesnya itu.

ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin berkata, Anwar mahu mengulangi apa yang dilakukannya pada tahun 1998, selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, iatu kembali ke Pulau Pinang untuk mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh.

Anwar dilantik menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 2008, selepas isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR mengosongkan kerusi itu untuk diisi beliau.

"Selepas keputusan penghakiman itu, semua pemimpin atasan Pakatan Rakyat akan berkumpul di Permatang Pauh untuk menghadiri perhimpunan besar," kata Sim kepada pemberita di Pulau Pinang.

"Jika Anwar dibebaskan, beliau akan menjelaskan keputusan itu sendiri. Jika tidak (dibebaskan), pemimpin-pemimpin tertinggi masih akan hadir di Permatang Pauh untuk perhimpunan tersebut," katanya.

Di Dunia, Kemenangan Anwar Dalam Keadaan Sangat Bergaya


Farah Afifa

Hari ini Anwar dibebaskan...

Tanpa memberi keterangan dalam kandang tertuduh cuma dari kandang saksi

Tanpa mengangkat sumpah dan disoal balas hakim

Tanpa perlu disoal pendakwaraya

Tanpa perlu menyerahkan DNA

Di dunia ini Anwar terlepas dari hukuman

Friday, January 06, 2012

DAP Konsisten Cibaikan Orang Melayu

PULAU PINANG 5 Jan. - Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.