Saturday, January 10, 2009

Badut Yahudi


Al-Juburi dengan kostum rasminya "Badut" bila berurusan dan bosnya. Ramai rakan-rakannya di Malaysia tidak menyedari kepentingan kostum ini kepada Al-Juburi kerana Al-Juburi akan memakai kostum ini bila berkunjung ke luar negara dan ianya adalah salah satu protokol yang perlu dipatuhi beliau.

Sehari dua ini, Al-Juburi kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Al-Juburi memperlekehkan Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang tahu maksud anda itu, kecaman anda itu semata-mata menurut skrip kerana anda tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Al-Juburi tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anda juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab. Selalunya jika anda anggap kenyataan media yang sangat penting, anda akan susun dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anda di Barat supaya mereka mengerti visi anda terhadap sesuatu isu. Tetapi dalam kes Ghazza, anda hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anda tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel. Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anda, apatah lagi rakan-rakan anda di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu anda itu.


SUMBER - AIDC

Guan Eng akui BN tarik pelaburan ke Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu berjaya menarik pelabur asing ke negeri ini sehingga membawa kemajuan besar terhadap perkembangan ekonominya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri sekarang juga berperanan penting dalam memuktamadkan setiap perjanjian yang dibuat khususnya setelah menerajui Pulau Pinang selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat Rumah Suffolk serta mengumumkan tender bagi pengurusan rumah tersebut yang dibina pada awal kurun ke-19 di kawasan berhampiran Sungai Air Itam, di sini hari ini.

SUMBER - UTUSAN

GM:Kui..kui....Lim Go Leng nie dah pening pasal orang Penang dah mengamuk tak boleh cari makan kat sana.Mengikut sumber aku ( Tokeh wat kasut pompuan), Tokeh-tokeh Cina khususnya area Seberang Prai Tengah yang banyak area industri mengeluh pasal ekonomi susah nak cari makan..salah satu sebab ekonomi global tapi yang paling depa protes kerajaan negeri gagal nak bantu kembangkan ekonomi Penang..Menurutnya kerajaan negeri memang pandai berlakon dengan rakyat tapi hakikatnya mereka sendiri tak bijak nak kembangkan ekonomi sendiri.

Kerajaan Negeri pimpinan Lim Go Leng hanya tau menyalahkan kerajaan terdahulu...jika sesuatu masalah berbangkit. Dulu Lim Go Leng heboh kononnya kerajaan beliau mengamalkan perbelanjaan berhemas siap heboh naik flight pun kelas ekonomi pegi Timur Tengah...Itu semua nak kaburkan dari isu sebenarnya iaitu gagal nak tarik pelaburan masuk kat Penang..Yang masuk cuma projek kelab golf kat Batu kawan..Ape kejadahnya...sape yang naik main.? orang Cherok To'Kun?...Sendiri mau ingat..!..Mungkin ini salah satu masalah yang timbul menjelang setahun PR memerintah. .kurangkan menyalahkan orang lain..terima dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap rakyat Penang.



Thursday, January 08, 2009

Sekali lalu 3 : Syurga bukan tugas kita


Aku nak nasihat kat penyokong PAS dan pengundi di Kuala Terengganu perlu memikirkan calon yang paling sesuai untuk menjaga kebajikan dan ekonomi Kuala Terengganu. Pilihan calon yang kononnya membawa syiar Islam dengan tema “BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP” , calon dengan tema “BN MESRA RAKYAT” atau calon yang nak membantu golongan miskin ( BEBAS)…

AL-Juburi semasa ceramah pertama kempen menegaskan hokum hudud hanya akan dikenakan kepada orang Islam jika kerajaan pembangkang memerintah, bukan Islam tak payah nak pening-pening kepala risau…hokum nie untuk orang Islam ajo..Mengapa AL-Juburi beri pendirian semasa kempen ini..?

Apakah AL-Juburi sedar mood rakyat Terengganu tidak seperti P.Pauh.? Yang boleh diperbodoh-bodohkan olehnya..Nasib hangpala rakyat P.Pauh. AL-Juburi tahu inilah masa yang paling sesuai untuk tonjolkan sifat talam 2 mukanya..Dah memang terang AL-Juburi tak pernah nak serius dalam menyatakan pendiriannya. Negara Islam langsung tiada dalam “Job Description” beliau dengan US.Government (Pelabur filem Dari Kota Penyu Ke Kuala Terengganu)..Ini semua AUTA..!Konon-kononnya dengan menyatakan pendirian itu sokongan rakyat Terengganu akan kembali menyengat untuk beliau..AL-Juburi aku nak habaq skit kat hang..Nehh Ceq sudddaahhlaahh..!!! cait pooddaahhh!!!toksah dok buat toya kat sini..ramai lagi Ahli Parlimen hang dok tunggu masa nak melotup..!!..aku tak kencinglaa, hang balik kat Tropicana sana hang panggil depa mengadap hang tanya one by one..sapa yang tak setuju ngan hang..

PAS..PAS..memang silap panggil AL-Juburi datang bagi cakap sepatah dua kata…orang Terengganu tak perlu AL-Juburi datang depa meluat ngan Badut 16 Sept tuh..Apa yang orang Terengganu perlu perhatian..bukan cerita, fitnah, dongeng dan tahyul yang nak di cakap berhari-hari..Paling penting usaha, setakat pakai air liur abuk pun tarak..Yang pi bawak Badut tuh pasai apa..!!

Sekali lagi aku nak pesan dengan orang Terengganu, Syurga bukan tugas kita nak tentukan..ini semua kerja Allah..Dia yang berhak tentukan..Bukan Tuan Guru, Majlis Ulama, Majlis Syura yang ada link dengan kerja tuhan nak cek list nama-nama hangpa layak masuk syurga..Pilih calon yang memberi anda kuasa untuk memaksa YB anda bekerja..

Wednesday, January 07, 2009

Sekeping Gambar Bercerita 2: YAHUDI LAKNATULLAH..!




Yahudi laknatullah,
semakin dunia berdiam diri semakin kuat tembakan kau muntahkan dari picu senjatamu. semakin kuat dunia mengutuk kau semakin galak kau meratah bumi Palestin.
semakin kuat rakyat Palestin menjerit ,
Semakin tinggi senyum kambing Presiden gigi kuning kau.
Yahudi Laknatullah,
Aku minta kau lihat anak-anak Palestin ini,
Aku minta kau lihat anak-anak ini menangis,
Aku minta kau lihat ibu-ibu Palestin menggigil geram,
Geram dengan bencana yang memisahkan mereka dunia dan akhirat,
Yahudi Laknatullah,
Dalam kitabku Al-Quran memperlihatkan kehodohan kau,
Memperlihatkan sumpah laknat kau,
Untuk menghancurkan agamaku,
Menghancurkan bumi Palestin,
Menegakkan agama kau yang laknat itu.
Yahudi Laknatullah,
Telah terbukti dalam kitabku kau akan gembira sepanjang 1500 tahun,
Dan semenjak itu kau lacurkan segala hukum alam,
kau menganggap kaulah pilihan tuhan,
Pilihan alam, pilihan malaikat dan pilihan syaitan nirrajim.
Aku percaya pasti ada cahaya dari hujung langit,
menjanjikan harapan, menjanjikan kemenangan,
Dan kau Yahudi Laknatullah,
Kau juga sedar hari pembalasan itu,
Kau juga akan sedar kekalahan kau hari itu.

Sekeping gambar bercerita 1..! Laknat Yahudi






Wahai Saudara Islamku, anak ini mencuba untuk menyelamatkan ibu nya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Pejamkan mata anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadamu Ya Allah....... . turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang orang Islam di bumi Palestin, hancurkanlah rejim ZIONIS.. amin . ..."

Tuesday, January 06, 2009

Tayangan Perdana: Dari Kota Penyu Ke Putrajaya

TAYANGAN PERDANA

Dari Kota Penyu ke Putrajaya

(Sebuah produksi dengan kerjasama melampau US Goverment)



Tarikh: 17 Januari 2009

Panggung : Kuala Terengganu

Tiket: Percuma



Pelakon Utama:

Nuar Berahim (Pelakon Terbaik US Balaci Federation)

Lim King Chiang ( Lacur Layar Terbaik)

Hadee Awe (Calon Pelakon Harapan)



Pelakon Tambahan:

Jijah (Jijah Tertipu Bang)

Kapt. Jahar Ashim (Sundal Kecewa)



Pelakon Kanak-kanak:

Nor Ijah Berahim



Tukang Amik Gambar:

Lim Go Leng



Pengangkutan:

Mat Amin Ali (International Hill Pirates)



Sinopsis:

Tontonilah kisah perjuangan 3 orang pemuda tolol yang bercita-cita besar hendak menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan. Mereka saling tolong menolong, bersaing, menipu orang ramai dan mengenakan antara satu sama lain. Walaupun pada zahirnya mereka bersahabat tetapi dalam diam ketiga-tiga mereka saling bermusuh.

Saksikanlah kesudahan cerita yang penuh tragis dan kelakar serta mendapat kerjasama dan 'advise' melampau dari US Government.


Sekali lalu 2 : Wajarkah Pas kita sokong?

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS termasuklah Abd Wahid Endut, calon PAS Kuala Terengganu sendiri telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN
DENGAN PAS.

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM .

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA .

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR .

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR .

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU .

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA .

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN .

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH .

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM .


Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.

Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain:

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO. Malah Dewan Ulama Pas sendiri yang memberi " Lampu Hijau" mengatakan tidak salah puak Kristian menggunakan Khalimah Allah didalam gereja dan didalam penerbitan mereka?

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Mungkin Wahid Endut terfikir nak duduk di bawah telapak kaki ulama mana ? Sebab itu beliau menangis kerana banyak pilihan ?Wallahuallam.

SUMBER-MYMASSA.COM

GM- Teringat aku cerita "TAK SERUPA TAPI SAMA" yang disiarkan di slot cerekarama TV3 jam 10.00 malam. Pelakon yang bawa watak konon-konon 'alim dan zuhud' memang menjadi pengajaran dan teladan. Agak-agaknya ilmu dan ego 'orang-orang agama' ini tak boleh langsung dekat dengan orang yang 'biasa-biasa'dan 'kotor'. Bagi mereka 'orang biasa' tak layak bercakap pasal agama jika mereka bukan ahli PAS.

PAS hari ini terlalu jauh menyimpang melupakan perjuangan 'orang-orang terdahulu' yang lebih bersih dan tulen. Aku bukan anti- PAS apatah lagi anti-agama..tapi perjuangan PAS hari ini membuatkan aku meluat dengan perjuangan PAS. Memusuhi sesama saudara, menghina, melabelkan mengikut acuan mereka dan macam-macam lagi penyelewengan PAS. Paling menyedihkan aku apabila rakan 'seperjuangan' PAS, Gobala LEMBU sanggup mempermainkan ayat-ayat Allah demi kepentingan politik. Panas hati tengok Gobala LEMBU dengan selamba memperbodohkan orang-orang PAS dengan ucapan ayat-ayat Allah dan melacurkan ayat suci kita.!! Tak rasa bersalahkah mereka yang mendengarnya.?

Inilah dikatakan politik. Diluah mati mak nak ditelan mati bapak. PAS perlu bermuhasabah untuk melindungi Islam dari ditelan dan diperbodohkan kafir-kafir pakatan demi kesucian Islam dan maruah orang Melayu.

Monday, January 05, 2009

Resolusi 1/2009 : BOIKOT BARANGAN ISRAEL USA..!!!SEKARANG JUGA...WAJIB

Cheguman Timbalan Ydp BPN a.k.a Blogger Waadat mencadangkan kepada saya agar dibuat resolusi boikot Israel. Makna : boikot semua barang barang Israel.

Ini bagi memberi isyarat kepada mereka bahawa kita akan menggunakan kuasa beli kita dan mengelakkan dari bersubahat membeli barangan yang boleh mengKAYAkan lagi jutawan mereka untuk membunuh saudara kita.

Ramai juga ahli BPN yang lain turut menyuarakan hasrat yang sama memandangkan setakat ini korban di Palestin sudah mencecah bilangan kematian yang tinggi di mana Sekurang-kurangnya 460 orang, termasuk 66 kanak-kanak maut setakat ini berdasarkan berita di bawah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090104085958/Article/indexworld_html

Justeru persidangan blogger BPN telah membuat resolusi mengutuk serangan tersebut hari ini selepas tertangguh ekoran kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan membuat kempen boikot barangan Israel dan USA bagi misi membantu setakat kita mampu saudara saudara kita di sana.

Kesan boikot barangan Denmark tempoh hari isu hina Nabi telah berjaya membuahkan hasil dan kita harap ia juga berkesan terhadap Israel kali ini dengan gerakan dan kempen yang lebih tersusun dan teratur..

Kehadiran sidang BPN ini juga mengejutkan kerana ia disertai ramai blogger kita dan ia tanda kesatuan hati untuk kita teruskan usaha menolong saudara saudara kita di dunia....Walaupun esok hari persekolah pertama anak anak kita dan esok juga hari kerja bagi kita semua...

Link untuk barang barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk disiarkan juga di blog blog sahabat BPN semua atau bukan...

http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html


Semoga usaha kita ini dinilai dengan sebaik baik ganjaran oleh Allah Maha Esa.

Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.

2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.



Disediakan oleh :


Panglima Perang Cyber

Ydp Blogger Pembela Negara ( BPN )
http://penembak-tepat.blogspot.com

Wednesday, December 31, 2008

Ayat Quran di rumah ibadat bukan Islam


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bercadang mengenakan tindakan terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang menggunakan simbol-simbol kesucian Islam termasuk ayat-ayat al-Quran di bangunan mereka.

Ayat-ayat itu didakwa digantung di beberapa tempat di rumah ibadat mereka.

Malaysiakini difahamkan Jais akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan rumah ibadat terbabit sebelum tindakan tersebut diambil.

"Kita kini dalam proses untuk mengadakan perjumpaan dengan mereka kerana mahu mendengar penjelasan mengapa mereka menggunakan ayat Quran di rumah ibadat mereka.

"Orang ramai yang mengadu kepada Jais mengenai perkara tersebut, mereka memberitahu ada sejumlah rumah ibadat yang berbuat demikian," kata sumber-sumber hari ini.

Bagaimanapun, sumber-sumber enggan memberitahu lokasi dan jumlah umah ibadat yang berbuat demikian di Selangor.

Sumber-MalaysiaKini

GM-tahniah PAS atas keterbukaan anda mentadbir negeri bersama rakan-rakan baik anda. Jika dulu anda 'fatwakan' kerajaan (UMNO+MCA+MIC) berkawan dengan bukan Islam adalah kafir..Kini apa pula 'fatwa' anda adakah gagasan anda yang mendapat 'rahmat tuhan'..Ibarat lakonan P.Ramlee "Ye Dinda tak sangka, kanda berdua mempunyai hati yang sungguh bussuukk"...JAIS tak boleh sewenang-wenangnya nak ambil tindakan...KHALID SAMAD pasti bantah silap-silap sanggup berperang nak jaga 'tentera-tentera salib' yang dah bagi Shah Alam untuk beliau tadbir

Thursday, December 25, 2008

Sekali lalu


Penyokong PAS kembali ‘disyabukan’ dengan dasar PAS yang tetap akan melaksanakan hokum hudud jika kerajaan Pak Lah @ Najib Tun Razak jatuh ketangan gabungan ‘three musketeer’ DAP (Sekular Cina), PKR (Penggadai Bangsa) dan PAS (Lebai Malang). Kenyataan Husam Musa yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hokum hudud disambut sorakan dan syabas dari penyokong2 PAS tetapi ‘dihand breakkan’ setelah DAP ‘menganjing’ PAS untuk memikirkan semula pendirian itu. Apa sudah jadi…disebabkan kafir harbi dan sokongan politik, orang kuat Anwar Al-Juburi itu mengelabah..? Cuba lihat Harakah Daily langsung tak menyiarkan isu ini…memang dikontrol oleh puak-puak prohusam..PAS semakin hari semakin menggadaikan prinsip dan perjuangan mereka.Agak menyedihkan PAS hari ini. Jika allahyarham Ustaz Fadhil Nor masih ada tentu kecewa melihat tingkahlaku segelintir pemimpin PAS yang ‘curang’. Adalah sesuatu yang janggal bila Husam Musa terpaksa tunduk kepada ‘perkahwinan’ yang tak rancang dan ibarat melihat bulan yang dekat, hendak dicapai tangan tak sampai.

Terengganu bukan seperti Kelantan yang kuat jati diri dan semangat musyawarahnya. Terengganu juga bukan serti Kedah yang masih lagi ‘tidur’ dan ‘terkejut’ kerana mendapat kuasa memerintah. PAS Kedah tadak mampu mentadbir, mereka Cuma layak menjadi pembangkang komplen ikut suka hati jika tidak mengikut acuan yang mereka hendak. PAS patut melihat kelemahan PAS Kedah dan belajar dari Kelantan. Tak payah cerita pasal PAS Perak, umum dah tahu diikat kanan dan kiri. Kesian rakyat Perak.

Tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana mendapat markah bonus atas keberaniannya untuk berdebat bukan dibumi sendiri tapi dikelilingi ‘bulan-bulan’ Ahli UMNO perlu memikirkan calon terbaik untuk menguasai jawatan Ketua Pemuda UMNO.Bagi UMNO ini adalah satu peluang untuk merancang strategi menggunakan segala medium untuk memancing undi apatah lagi Kuala Terengganu bukanlah kubu kuat mereka. Jika diukur dari keputusan PRU lalu, jelas UMNO tidak boleh terlalu selesa apatah lagi jika pertandingan dahulu melibatkan campur tangan pihak lain. Hairan bila Najib Tun Razak mengumumkan calonnya yang diketahui umum tidak mempunyai karisma apatah lagi calon itu ditolak oleh sebahagian ahli UMNO bahagian. Mungkin Najib punyai perancangan dan strategi yang belum diketahui umum atau UMNO Terengganu boleh melupakan sekejap pergeseran antara puak. UMNO perlu melihat kelemahan PAS era ini dan isu hokum hudud dari sudut yang lebih luas.Selamat berpilihanraya.!