Wednesday, June 24, 2009

PAS Juga Flip Flop Dulu Dan Sekarang

AMANAT


TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG


"SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN!"


"PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL (BN) BUKAN KERANA NAMA DIA BN. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENEGAKKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR."



"OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KERANA ITULAH KITA BERJUANG DENGAN MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM."PUAK-PUAK INI. KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM”



"KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA TETAPI KITA AKAN MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU (ASING) AGAMA SUKU."



PARTI ISLAM SE MALAYSIA

[7 Apr 1981]


Kesan daripada amanat ini, muncul Memali, sembahyang 2 imam dan pelbagai lagi kerosakan. Dimana letaknya kehendak menegakkan syiar Islam? Jawapannya tiada. Jika dahulu Hadi Awang dikenali pemimpin yang sangat ekstrim dan setelah hampir 30 tahun berlalu, GM berpendapat Hadi Awang sudah kendur ketegasannya tetapi silap kerana Presiden pondan ini lebih teruk sikap munafik dan taktik kotor permainan politiknya.



Kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh Presiden pondan PAS benar-benar memperlihatkan sikap sebenar pemimpin PAS. Presiden pondan PAS adalah pemimpin flip-flop yang sama tarafnya dengan pemimpin UMNO yang pernah mereka gelarkan. Kini, baik PAS atau UMNO sama-sama flip-flop cuma yang membezakan kedua-duanya adalah UMNO lebih matang dan serius dalam perjuangan mereka.



PAS lebih rela mempertahankan esakan kaum munafik daripada bermuhasabah bersama saudara seagama. Itu jauh lebih baik kerana katanya saudara seagama banyak memperbodohkan mereka. Persoalannya siapa yang memperbodohkan siapa.? Lihat Nik Aziz betapa angkuh menarik kenyataannya kononnya murka dengan tingkahlaku Ustaz Nasha menyokong muqabalah sebelum ini.



Agaknya beginilah sikap pemimpin PAS. Mudah mengutuk orang tetapi payah untuk meminta maaf. Selaku ’tok guru’ apakah wajar Nik Aziz menarik balik kenyataannya setelah mengaibkan pemimpin tertinggi sebegitu rupa. Dimana sifat kemanusiaan Nik Aziz kononnya pejuang Islam. Islam tidak mengajar umatnya mengaibkan orang apatah lagi bagi parti yang jijik berlakon pejuang Islam? Nik Aziz tidak layak dipanggil Ulama kerana gagal mempraktikkan ilmu Islam. Sedih mengenang nasib Ustaz Nasha. Habis malu kerana diberitakan banyak kain rentang dinaikkan di Bachok menghina pendiriannya.



Jika hari ini dapat dilihat sikap PAS yang takbur dan sombong, bagaimana agaknya jika mereka menubuhkan kerajaan persekutuan. Mungkin lebih hebat menkontrol saluran demokrasi. Suara-suara media baru pasti di’ISA’kan jika tidak mengikut kehendak mereka. Dimana kebebasan yang dilaungkan PAS.? Dimana. GM meludah bangsat pejuang Islam ini kerana mereka hanya mahu kuasa politik bukan mahu menegakkan syiar Islam. Itu realiti.



Sudah banyak dalil yang memperlihatkan PAS hanya mahu menggunakan agama demi kepentingan politik mereka. Bukan sekali dua PAS bersikap munafik malahan lebih teruk PAS layak dikatakan paria geduk mengambil kira kebiadapan dan kejijikan makna perkataan itu. Kita fikirkan sendiri.



Bermula dengan amanat Presiden pondan tahun 1981 hingga ke hari ini sumpah seranah ceramah PAS sudah melekat dan memakan diri sedikit demi sedikit. Kesucian agama habis dilacurkan PAS hanya untuk untung politik semata-mata. PAS tidak mahu bangsa Melayu ini bersatu kerana bagi mereka Melayu dan Islam adalah termalogi yang tersangatlah berbeza. Jika jelak mendengar nama Melayu apa salahnya jika ditukar kepada agama. Itukan lebih baik dan enak.


4 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

kata Tok Guru (Bukan Nik) tunjuk kat org, 4 jari tunjuk balik kat kita.

YANG GAMBI said...

Kawan setuju sangat kome Junnah tu...... Sebenarnya Tok-Tok Guru dalam PAS yang guna 1 jari untuk menuding pemimpin UMNO, 4 jari lagi untuk deme semua......

Kawan setuju sangat tu, pemimpin PAS berselindung disebali sarba dan jubah.......

Lord Garam said...

SAHABAT,

ADAKAH LAYAK DIGELAR PEMIMPIN PAS INI ADALAH SEORANG PEMIMPIN.?

KITA FIKIRKAN SENDIRI

Anonymous said...

eloklah tolak UMNO.
UMNO Lagi teruk dari yahudi..

Yahudi Bunuh bangsa lain dari dia..
Umno bunuh bangsa dan agama sendiri di MEMALI..

Umno roboh Masjid Islam di terengganu.. surau di selangor..

roboh setinggan melayu Islam selangor n terenngani..

Anak tirikan negeri melayu dekat 20tahun di Kelantan..

Gadai bahasa sendiri.. PPSMI

Hapus MECD.. pi la demontrasi depan najib..

Hapus kan kuota 30%.. pi la maki najib ramai ramai org Umno... mana pi org yg demontrasi masa deb nak hapus tu.

larang anak tukar agama selepas bapak convert.. pi la maki najib..

hapuskan sekolah agama rakyat...


banyakkk le lagi senang cerita.. kesimpulannya UMNO TERUK DARI YAHUDIII!!!