Thursday, January 07, 2010

Garam Awani: Delay Dari Ipoh

Ipoh: "Saya nampak kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba terbabas sebelum terbalik dan hampir-hampir mengenai sebuah motosikal peniaga cendol. Sebaik terbabas dan hampir mengenai peniaga cendol itu mangsa dilihat terlolong-lolong menjerit kesakitan" kata seorang saksi buta yang enggan dikenali.

Kejadian yang berlaku awal pagi itu telah mengejut orang ramai yang mahu ke tempat kerja di Bangunan UMNO Perak. Menurut seorang saksi, kereta tersebut dilihat memandu dalam keadaan yang merbahaya disyaki mabuk kerana kedengaran suara orang menyanyi lagu Perak No.1 lagu wajib pelajar-pelajar sekolah di seluruh Perak. Ada juga saksi yang mendengar dengan jelas pemandu itu menyanyi lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali. Bagaimanapun, saksi tidak dibenarkan untuk menjelaskan dengan terperinci lagu tersebut kerana khuatir ia akan menjadi kontroversi.

Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cuma mengalami kecederaan ringan dan hasil pemeriksaan kandungan gula dan alkohol mendapati paras gula mangsa rendah selain dari kandungan alkohol yang tidak diumumkan.

Bagaimanapun, seorang attendan ambulan yakin mangsa memang memandu dalam keadaan mabuk kerana ketika pasukan paramedik tiba lagu Perak No. 1 masih lagi dimainkan melalui CD player Toyata Camry itu dan dengusan mangsa yang berkata "saya MB yang sah jelas kedengaran".

Pihak media yang ditemui sangat aneh dengan kejadian ini kerana berlaku betul-betul dihadapan Bangunan UMNO Perak.


10 comments:

  1. hahahahah....

    gempak betoi,
    nie reporter dari mana nie..

    hahahaha

    ReplyDelete
  2. Salam Bro.
    ah aha ha ha funny. Thank for making me lol. Good one..

    ReplyDelete
  3. oit..

    nak gelak besar2 ni

    lawak..
    lawak..

    ReplyDelete
  4. ko hina lagu kebangsaan aku..

    huahuahuahu

    ReplyDelete
  5. Tokey. .

    Ishh. . ishh. . mabuk kuasa ni nijar ni. .

    ReplyDelete
  6. katanya buta...knp lak nampak keta tu terbalik...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Salam tuan,
    Mohon blog ini di-link-kan dari blog tuan - http://perkasapahang.blogspot.com
    Terima kasih,
    Admin. Perkasa Pahang

    ReplyDelete
  8. Ini semua berlaku kerana doa yang mustajab dari TGNA!
    Takebeer!

    ReplyDelete
  9. Salam Tokey, satu peringatan buat Nizar.............jangan terlalu takbur dengan bangsa sendiri dan kedaulatan Sultan Perak....

    ReplyDelete
  10. itulah...makan ,tidor,berjalan,pandu kereta,semua dok inggat Umno.dan belanggarpun depan Bangunan Umno..DIA buat salah pun ,umno juga

    shah Alam

    ReplyDelete

Komenlah..anta tiada masalah. Kebebasan bersuara sudah lama diamalkan di bumi bertuah ini.