TG terkejut apabila nama P.I Bala tiba-tiba muncul setelah hampir setahun dia bersembunyi daripada perhatian umum. TG tidaklah kangen tetapi rasanya agak kaget kerana sebelum itu Anwar sudah mengisytiharkan perang terhadap Najib. Usaha pertamanya adalah dengan menerbitkan video pengakuan Bala yang disiarkan melalui blog Raja Petra, Raja munafik yang tiada jajahan cuma hebat dalam menjajah minda menabur fitnah.
Jika diteliti plot drama Bala muncul seiring dengan usaha terdesak Anwar yang cuba untuk mengalih perhatian rakyat daripada meneliti perbicaraan sodominya. Masih teringat betapa pengakuan P.I Bala dalam akuan bersumpah yang dipertikaikan menampakkan karektor Bala daripada dulu sampai penglibatannya dalam kes Altantuya, P.I Bala diragui..!
Mengikut maklumat yang TG dapat secara kasarnya, rekod Bala dalam PDRM boleh dianggap sampah dengan pelbagai masalah disiplin dan intergritinya diragui sebagai kaki ponteng dan malas bekerja. Apakah tempoh kerja hampir 16 tahun dengan pangkat Lans Koperal, Bala boleh menjadi penyiasat yang disegani..? Itu belum didedahkan pelbagai lagi kesalahan tatatertib seperti jenayah ugut yang pernah dilakukannya. Dalam PDRM jika seseorang itu tidak dinaikkan pangkat walaupun sudah hampir 20 tahun bertugas bermakna dia sangat tidak berdisplin.
Kewibawaan Bala sangat diragui, daripada betugas di hutan (PPH) hingga menjadi Polis bandar (G.D) pekerjaannya amat membosankan. Untuk itu, Bala memohon untuk memasuki Cawangan Khas (SB) itupun setelah pelbagai rekod buruk dikumpul Bala sebelum itu.
Dalam SB, Bala cuma sempat bertugas selama 2 tahun. Dia tidak diberi tugas yang lebih mencabar kerana rekod lampau yang dikumpulnya. Bala ditugaskan di airport Subang, itupun Bala cuma mengira kapal terbang yang turun naik di airport subang atau Traffic Control Officer (TCO). Apa kelayakan yang Bala ada untuk dia mengiklankan diri mengoffer sebagai penyiasat persendirian.? Apa pengalaman yang ada jika cuma 2 tahun dalam SB itupun sebagai TCO dan jaminan kehebatan yang boleh dibanggakan.!
Selepas keluar daripada PDRM, Bala diupah menyiasat dan terjerumus di dalam kes Altantuya . Agak mengejutkan apabila bagaimana seorang yang tidak berdisplin dan mempunyai beberapa kes tatatertib Bala boleh menjadi penyiasat persendirian. Kredibilitinya bertambah diragui kerana sepanjang berkhidmat dalam PDRM Bala pernah menyalurkan maklumat yang salah berkaitan satu kes culik. Apa jenis penyiasat jika kesilapan sebegini boleh berlaku.
Semasa Bala membuat akuan bersumpah dulu rasanya ramai rakyat Malaysia yang kena tipu tetapi bagi bekas-bekas rakannya dalam PDRM depa sudah tahu temberang yang Bala sedang panggungkan. Apa yang susah tulis dalam satu kertas pegi jumpa Pesuruhjaya sumpah bayar RM 6.00 cop sain maka jadilah Akuan bersumpah.
Bagi Anwar, Bala adalah salah satu aset penting untuk dia mengeksploitasi penglibatannya dalam kes altantuya untuk menjahanamkan imej Najib dan memesongkan perhatian rakyat. Samada betul atau tidak desperado Anwar akan sampai kemuncaknya dengan membawa kemarahan rakyat untuk menyokong dan memuja Anwar sebagai Harapan Baru Malaysia
Tapi jika benarlah Bala ini hebat sangat mintalah dia siasat kes sodomi Anwar daripada sibuk menjaja Akuan bersumpah Rm 6.00 dari koridor Jalan Chow Kit.
SLM BRO...WA RASA SI BALAK NI LAYAK JADI TUKANG TAIP SURAT SUMPAH JEK. MASYUKK GAK 5, 6 RINGGIT! LEPAS LA DUIT ROKOK DGN NASIK SEPINGGAN. OK LA TUU! KEHKEHKEH
ReplyDeletekebodohan & kejahilan tokey garam dlm menaip & membina ayat.. jgn cemarkan tokey2 garam yg wujud.
ReplyDelete