
Bila Rahimi membuat laporan polis untuk nafi keikhlasan buat SD round pertama dulu, Din Binjai pantas tulih dalam blog menafikan Rahimi dipaksa turun tandatangan. Kiranya maksud Din Binjai, Rahimi rela hati sign SD.
Din Bulat Kepala Batas tulih macam nie:-
Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.
Kem PKR masa itu huru hara dengan repot polis Saiful.
Macam tidak logik pula dalam tempoh kelam kabut selama 5 hari boleh Rahimi berseronok tengok Euro 2008 di Damansara. Macam Hotel Quality dah tiada siaran TV.
Tengok statement bercanggah Azizah dan Sivarasah dalam sidang media pun dah tau kantoi. Sorang kata ada bersama meeting seorang kata kat rumah. Nak alih isu tunjuk gambar MMS Saiful kat pejabat Najib. Jangan lupa Din, Azizah tuh saksi alibi pertama Anwar tau.!
Sambung balik perasaan tak puas hati pada Din Bulat Kepala Batas:-
Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.
Wee Choo Keong pun dah sahkan yang si Rahimi gugup dan tidak selesa ketika sign SD dulu. Dia tahu Rahimi di paksa menipu untuk ubah sejarah moden negara.
Budak AMK yang syok sendiri ini mana dia tahu. Itu pun disuruh tengok video pengakuan Rahimi dan bukan dia yang jadi director pembohongan Anwar.
Padahal, Saifuddin dah plan nak selamatkan jubur Anwar.










