Monday, August 09, 2010

Strategi...Ambil Duit Lepas Itu Senyap.

Bersambung lagi plan Tiram dari sini

Pendahuluan

KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS. Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.

Mengikut survey HarakahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah gunakuasa. Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit Kohilal yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Namun melihat bahawa begitu banyak maklumat telah sampai ke tangan Unspinners, ahli Pas sendiri yang sudah mula pecah tembelang Pas.

Kes KOHILAL adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dunggu Pas tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi Pas masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dunggu yang dahagakan pahala dan syurga.

Beberapa cadangan dungu Pas untuk menipu Kohilal sekali lagi

Untuk membaik pulih image Pas (kononnya) berkenaan skandal Kohilal ini, Pas membuat beberapa cadangan :
a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, Pas nak tipu mereka Round Kedua;

b) Jika (a) tidak menjadi Pas akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS;

c) Cuba memujuk ahli Kohilal dengan cara memohon maaf saja; dan akhir sekali

d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli.
AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS

Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.

Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’? Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu “Dana Tahun 2000”.

Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli Kohilal. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempoh matang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga hari ini, tahun 2010, ahli Kohilal hanya menggaru buntot masing-masing.

Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.

Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.

Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10?

Apabila Pas mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kohilal semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.

Memandangkan bahawa Kohilal sekarang kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kohilal telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45 juta sudah hilang.

Kira-kira bagaimana Pas songlap duit Kohilal

Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.

Apa sudah jadi kepada semua duit ini? Ustaz sudah telan. Buaya yang terbesar di sini termasuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin, bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia. Ada banyak lagi cerita Ustaz Abdul Ghani ini.

Strategi Tiram Macam Samun Ala Kohilal

Malam minggu tempoh hari sudah selesai program menyamun Husam Musa di Stadium Melawati. Secara umumnya, program itu gagal tarik orang ramai pasal mungkin rakyat dah sedaq dan faham isu Skandal Kohilal dan pecah amanah Tabung Memali masih belum dijelaskan.

Difahamkan, projek pertama ini cuma dapat mengumpulkan RM9,000 dengan 80% daripadanya adalah kerana lelongan gambaq Tok Guru Nik Aziz yang mencecah RM6,000 dan beberapa lagi gambaq yang mendatangkan kekufuran jika sentimen mendewa-dewakan Tok Guru dijadikan nawaitu.

Plot menyamun acuan Husam kali ini lebih kurang seperti skim pelaburan KOHILAL yang sudah gagal dan senyap disimpan bawah karpet. Alasan tubuh TIRAM mengumpul duit rakyat untuk memupuk kesedaran dan mendidik rakyat disebuah negara demokratik (bab yang ini demokratik, bab BN Perak majoriti dianggap tidak demokratik)

Projek TIRAM diasas oleh Husam Musa dan dibantu oleh 5 pemegang amanah iaitu Kamaruddin Jaafar, Izham Hashim, Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, Alex Ong Kiang Yen dan Asmawi Muhamad. Bila dah kata pemegang amanah, 5 orang penyamun ini yang berkuasa keatas duit yang dikumpui dalam majlis-majlis yang akan datang.

Ulang semula Skandal KOHILAL yang sampai kehari ini masih belum lagi ada apa-apa statement daripada founder K kemana pergi duit berjuta-juta yang dilaburkan.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:
a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. Mohd Kushrin Rahmad menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

d. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal Kushrin Ahmad berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

e. Md Syukur Abdul Aziz berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings Sdn. Bhd. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

f. Md Syukur Abdul Aziz menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

g. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

h. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

i. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut Kushrin Ahmad, Md Syukur Abdul Aziz dan Razali melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

j. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

k. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.

Bersambung...

Friday, August 06, 2010

Esok PAS Akan Mula Menyamun Duit Rakyat.

Jangan salah sangka, blog ini bukan nak promot aktiviti menyamun daripada PAS. Blog ini bukan menyokong idea bankrap Husam Musa untuk menyamun duit rakyat Malaysia yang dah boleh beza antara penyamun dan mamak cendol.

Kena kasi peringat selalu pada PAS dan lebai totok yang nak berjihad fisabililah, tanya Husam dan Nik Aziz apa SUDAH JADI PADA KOHILAL, TABUNG MEMALI dan lain-lain tabung yang diwujudkan PAS. Jangan tanya tabung ayam rumah Husam Musa itu kes naya.

Kes samun menyamun duit KOHILAL dan Tabung MEMALI pun PAS belum berjawab dengan ahli apatah lagi dengan Allah S.W.T lagila jauh panggang dari api.

Hati-hati bila ejen TIRAM datang rumah...perambat depa dengan penyapu macam Khir Toyo buat dulu.

Ingat Tiram ingat PAS dan kisah menyamunnya.

Komentar yang nak tambah lauk dipersilakan...

Thursday, August 05, 2010

Prof. Mahfuz...Saman Ekor Bloger Kerajaan Yang Start Dulu

Mr. Bean Gagal Slowtalk Tapi Serah Memo
Datuk Mahfuz Omar kecewa dengan pembatalan temu janji dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membincangkan isu saman ekor pagi ini, tetapi beliau menyerahkan memorandum meminta agar dasar menyenarai hitam kenderaan digugurkan.

“Saya kecewa kerana gagal untuk mengadakan pertemuan dengan menteri bagi membincangkan perkara ini.
Sudahla Bean, perkara yang menjijikkan adalah cuba menjadi hero dengan idea orang lain. Sebijik perangai Yahudi yang tiru teori matematik saintis Arab dan jadikan hak milik sendiri.

Untuk pengetahun Mr Bean dan rangkaian pengawai khas yangd ibayaq khas untuk mencari isu-isu yang dibangkitkan bloger mesra kerajaan, isu minta kerajaan hightlight pasal saman ekor ini dimulakan oleh bloger mesra kerajaan ranking #8 Ruang Bicara Faisal dan difahamkan isu ini sudah diperhalusi oleh kerajaan.

Mr. Bean patut malu nak claim credit pada lebai-lebai PAS kononnya dia sebenarnya prihatin dengan masalah rakyat tambahan depa memang tak nak perpaduan Melayu tapi merayau-rayau dalam Felda untuk dapatkan undi Melayu.

Yang mana satu pendirian Mr. Bean dan kepimpinan lebai PAS. Nampak carca marba bila dah bersahabat dengan syaitan DAP.

Komentar otak dungu macam Mahfuz Omaq tidak akan dilayan

Mungkinkah DAP Akan Ulang Babak Potong Kaki Kg Buah Pala.?


Bila dah banyak sangat pendedahan pasal DAP yang kasi marah orang Melayu dan rakyat jelata, ada juga kebimbangan tindakan agresif ala geng kapak yang mungkin sedang direncanakan oleh supporter DAP.

Kebanyakan supporter ini daripada kumpulan gelap bawah tanah yang banyak membantu DAP menang besaq PRU lalu. Balaci Melayu macam Mansor dan Malik juga perlu juga diperhatikan gerik geri depa.

Stail DAP yang tak boleh terima komplen orang lain apatah lagi yang hentam itu orang Melayu sangat tidak kena pada prinsip perjuangan depa. Orang Melayu perlu tunduk pada kehendak DAP. Itu strateginya.

Lihat bagaimana isu SDO, penampor, kepala surat, pasir di Selangor semuanya membangkitkan amarah DAP. Penat-penat depa berlakun depa rakyat kononnya, depa parti yang paling bagus, tidak rasis, telus, tidak menyamun, tidak rasuah, amal kepimpinan Islam, tolenrasi dan senang cerita hangpa tambah sendiri untuk jenamakan parti komunis itu.

Kita bimbangkan apa yang pernah berlaku pada mangsa Kg. Buah Pala yang dihijack DAP kononnya atas alasan pembangunan mungkin boleh berulang. Contohnya macam ini:-
Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang

BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.

S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual.

"Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.

Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.

Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang.

Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan.

Bloger Pisau dalam temubualnya dengan Krishnan Nair menceritakan detail pasal kejadian itu. Boleh juga sambung disini
Motif serangan disebabkan beliau terlibat semasa demo di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mencetuskan tindakan membakar dan memijak gambar Khalifah sosialis cina melaka Lim Guan Eng.

Di Pulau Pinang,jika sesiapa yang menyuarakan bantahan,nyawa akan menjadi taruhan, DAP mengupah dan mengarahkan agar menghapuskan sesiapa yang menentang mereka.Samseng upahan diarah memotong kaki mangsa kerana dikatakan memijak gambar dan membakar gambar Khalifah cina melaka Lim Guan Eng.

Kerja jahat ini memang bermotifkan politik,jika dilihat dari latar belakang mangsa,beliau seorang yang baik,berpengaruh dan dikenali oleh penduduk tempatan.Memegang naib pengerusi rukun tetangga selama 14 tahun dan banyak berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Ini yang kita bimbangkan, DAP baru mempunyai 28 wakil dalam Parlimen. Depa kontrol Penang, taiko besaq di Perak dan Selangor tapi sikap dan kepimpinan sudah membimbangkan kita. Jangan kita menafikan samseng pasir mengingatkan kita watak DAP yang agresif.

Jika sudah begini monopoli depa, bayangkan jika depa membentuk kerajaan persekutuan dengan lebai PAS jadi boneka di kerusi Ketua Kerajaan.

Fikirkan

Kalau nak tambah lauk dipersilakan...

Wednesday, August 04, 2010

DAP Samun Duit Rakyat Yang Belum Dijawab.!

The Star, Wednesday July 29, 2009

PETALING JAYA: More allegations have surfaced on the Truth For Teoh Beng Hock blog (http://www.t4tbh.blogspot.com/) on how money was siphoned from the Selangor Government and into the accounts of DAP politicians.

The blogger has accused Selangor executive council member Ronnie Liu of coming up with “fake” projects to pocket the money.

“They pretend to spend money on silly small projects. One example is the figure RM9,990. This is Ronnie Liu’s feng shui lucky number,” wrote the blogger.

The blogger alleged that the money was paid to a “crony” company.

The blog displayed what it claimed was a document, showing six gotong-royong projects that were carried out in Cheras, including the costs of the projects and the contractors involved.

All the projects had a similar cost of RM9,990, it claimed.

When contacted, Liu said the allegations were “very funny” and described the blogger as “not very smart” in spinning a story.

“It is all fictitious. The projects are not even under my constituency. And the number 9,990 is not my lucky number,” he said yesterday.

The blogger also made several allegations in another post about Selangor executive council member Ean Yong Hian Wah.

Memang Ronnie Liu Terlibat Dalam Kongsi Gelap.

Ini adalah kenyataan Khir Toyo yang tidak menafikan penglibatan gangster untuk cover segala kerja haram DAP di Selangor. Setelah menyesal memberi penyapu kepada PBT, Khir Toyo kini tampil rebranding untuk menyelamatkan Selangor daripada samseng-samseng DAP yang bermaharajalela.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempertahaan kenyatannya yang mengaitkan DAP dengan "samseng lombong pasir".

"Setahu saya, mereka perlu tunjukkan ketegasan dalam mengurus (isu) perlombongan pasir haram. "Jika tidak, ia hanya menunjukkan mereka terlibat,"

Beliau juga tidak mengendahkan ancaman saman oleh parti itu, yang mencabarnya menamakan pemimpin DAP terbabit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan samseng.

Katanya, oleh kerana kenyataan itu perkara kali dikeluarkan oleh ahli parlimen bebas Wee Choo Keong, bukan beliau seorang sahaja patut disaman.

"Jika mereka hendak ambil tindakan pada saya, mereka patut juga ambil tindakan padanya. "Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ronnie, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan sebelum ini mengetepikan dakwaan Khir yang memetik kenyataan Wee.

Antara dakwaan itu, beliau mengadakan mesyuarat dengan samseng di pejabat exconya.
Bila Teoh Beng Hock dijumpai mati ditolak oleh Tan Boon Wah, Ronnie Liu adalah paling emosional lakunannya yang tidak boleh menerima berita kematian itu.

Bagaimanapun, DAP Selangor tahu Teoh pernah menyuarakan rasa bengangnya dengan Ronnie Liu kerana melibatkan samseng dalam pentadbirannya. Budak baik macam Teoh tak boleh terima kerja haram bos dia sendiri.

Wee Chee Keong pernah membangkitkan penglibatan kongsi gelap dalam pentadbiran Ronnie Liu tapi sampai disitu saja dan DAP Selangor yang dipimpin oleh Ean Wah adalah 2 x 5 sama-sama kepala samseng dalam Selangor.

Kemuncak hati bengkak Teoh ialah dia menyalurkan maklumat kepada SPRM tentang kaitan Ronnie, Ean dan kongsi gelap dalam pentadbiran PBT Selangor.

Untuk rekod semua fail kes ADUN-ADUN Selangor yang lain telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa untuk di bongkar.

ADUN-ADUN Cina yang terlibat semua ada berkongsi Majlis Perbandaran yang sama. Sebagai contoh, Teressa Kok (Kinrara) dan Hannah Yeoh (Subang) adalah dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya; Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Bukit Tunku) pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Alasan DAP untuk Khir Toyo dedah nama pemimpin DAP yang terlibat dalah trick untuk coverline bila betul-betul Khir Toyo smash individu tersebut.

DAP mahu nama itu keluar sendiri daripada mulut Khir untuk senang depa spin dan hentam balik Khir Toyo jika salah strategi.

Tapi semua orang tahu Ronnie dan DAP berlakun alim untuk tunjuk depa adalah telus, bersih dan samun kuat depan rakyat. Bezanya PAS yang seronok ditipu DAP siang malam.

Tuesday, August 03, 2010

Slogan Baru...Berikan Peluang Untuk PAS Jahanamkan Negara


Dipetik dari blog Azli Shukri

Husam Musa dalam satu ucapan ceramanya memohon agar rakyat memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir negara ini (baca di sini). Jawapan saya mudah - Tidak Boleh! Alasannya :

1. Selama lebih 20 tahun PAS perintah Kelantan, Islam di sana tidak lebih daripada ceramah politik dan tazkirah semata-mata. Tak lebih daripada itu. Kes jenayah, penzinaan dan gejala sosial di Kelantan tidak pernah menampakkan penurunan bahkah semakin meningkat.

2. PAS sudah ada kuasa di Selangor, tetapi judi, sarang maksiat dan kedai arak masih tetap wujud di Selangor. Mana perginya slogan membangun bersama Islam?

3. Terlalu ramai ulama muda dan tua di dalam PAS, tetapi kesedaran Islam dalam kalangan orang bukan Islam tidak banyak berubah. Malah, tak kedengaran pun orang bukan Islam beduyun-duyun masuk Islam kerana terpesona dengan akhlak para pemimpin PAS.

4. Sekiranya, Dewan Ulama PAS pun tidak upaya mengawal lidah para pemimpinnya daripada mengumpat, menghina, mengaib, mengadu-domba, memfitnah dan berburuk sangka terhadap pemimpin UMNO, mana mungkin PAS boleh mengawal dan mentadbir negara ini dengan lebih baik? Tanggungjawab asas pun sukar untuk dikawal oleh PAS, apatah lagi tanggungjawab untuk mentadbir sebuah negara.

5. Sejak PAS ditubuhkan lebih daripada 40 tahun yang lalu, tidak ada satu program PAS pun yang berjaya melahirkan manusia sehebat Umar Abdul Aziz, Abdul Rahman A'uf, Hassan al-Banna, Ibn Sinar, Abu Dzar, Salehuddin al-Ayubi atau sekurang-kurang sehebat Abu a'la al-Maududi.

6. Sebenarnya, ayat yang lebih tepat untuk Husam Musa ialah, "Berikan peluang kepada PAS untuk menjahanamkan negara ini pula..." Terbukti suara PAS langsung tidak berguna dan berpengaruh di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. PAS tidak upaya memastikan agar DAP dan PKR menuruti kehendak Islam mereka, sebaliknya yang terjadi PAS terpaksa mengikut dasar DAP dan PKR.

7. PAS bercakap soal dasar UMNO yang tidak Islamik dan berbeza dengan PAS yang kononnya menjunjung al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi malang, al-Quran dan as-Sunnah hanya sekadar menjadi hiasan di dalam buku perlembagaan PAS - sebaliknya tiada satu ayat pun yang tertera di dalam perlembagaan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan hukum Hudud. Hal ini telah dijelaskan oleh pemimpin PAS sendiri melalui lidah Ir Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan Datuk Mustafar Ali sewaktu wawancara dengan BBC pada tahun 2003. Malah Nik Aziz juga pernah mendakwa bahawa perlembagaan PAS tiada bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam.

8. PAS membohongi rakyat yang cintakan Islam, kononnya perjuangan PAS adalah untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - tetapi malang, sejak bergabung dan tidur sebantal dengan DAP - cita-cita tersebut sudah menjadi mimpi dan hanya retorik politik semata-mata. Bertahun-tahun PAS berkempen untuk laksanakan Hudud dan negara Islam, tetapi, sekarang PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP yang tidak mahukan Islam, negara Islam dan hukum Hudud - soalnya, inikah yang dinamakan sebagai parti Allah?

9. PAS mendakwa dasar UMNO sekular - maka PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Soalnya apakah dasar DAP dan PKR pula? Dasar Islamkah parti tersebut?

10. PAS mendakwa bahawa selama 50 tahun pemerintahan UMNO/BN, segala maksiat berleluasa, penyelewengan bermarajalalela, dan rasuah menjadi-jadi - soalnya penyelewengan Tabung Memali dan penyelewengan balak di Kelantan dan Terengganu, kemuflisan KOHILAL, kezaliman PAS sewaktu berkuasa di Terengganu, dan banyak lagi baca di sini di sini, di sini, di sini dan di sini...

11. PAS tidak berupaya mendisiplinkan para bloggers mereka sendiri dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mufti Perak Harussani. Pelbagai gelaran jijik dilemparkan ke atas ulama tersebut. Soalnya - bagaimana PAS mampu mentadbir negara, jika hal sekecil ini pun tida mengikut ajaran Islam?

12. Sejahat-jahat UMNO, UMNO tidak menghalalkan yang haram atas nama Islam, sebaliknya PAS melalui lidah Nik Aziz sering kali menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Contohnya isu perpaduan UMNO-PAS - ia menjadi seolah-olah perbuatan yang berdosa besar,

Sebaliknya mencarut, memaki dan memfitnah sesama Islam dibolehkan, dengan syarat seseorang itu ahli PAS dan yang dikutuk itu ialah ahli UMNO. Ahli DAP persenda Islam tidak mengapa, tetapi ahli UMNO inginkan perpaduan dikira berdosa.

Justeru itu - PAS tidak boleh dibenarkan memerintah negara ini dengan apa-apa cara sekali pun. Jika kekerasan diperlukan, maka kerjaan harus bertindak. Mengizinkan PAS memerintah Malaysi, bermakna mengizinkan kehancuran yang lebih parah! Wallahaualam.

Komentar yang nak tambah lauk dipersilakan...

Bolehkah Komponen Cina BN Dipercayai?

Dalam carta ini, macam MCA sengaja tak bersungguh menjadi juara orang Cina. Depa membiarkan DAP membalun semua orang Cina untuk menjadi pemilih pada PRU akan datang. MCA tak layak nak jadi champion orang Cina dan menunjukkan kelemahan kepimpinan MCA untuk menjadi leader orang-orang Cina di Malaysia.

Sebelum itu, MCA senada dengan DAP dalam hal kalimah Allah. Muhyiddin Yassin pun dah marah,blogger cap ayam dah lama tau orang Cina takkan tunduk pada orang Melayu. Jangan buat-buat lupa, DAP pernah menjadi spokeman MCA dan Gerakan bila Zahid Hamidi kena smash paper cina yang putaq belit kenyataannya.


Kapsyen gambaq kenyataan Anwar Ibrahim untuk memberi jawatan Timb. PM kepada orang Cina jika dia berjaya membentuk kerajaan. Sebelum itu, MCA juga pernah membangkitkan cadangan jawatan tersebut diberi kepada MCA berdasarkan kekuatan sokongan dalam kabinet. Yang kita tak perasan, paper cina terutama Nanyang dan China Press hari-hari hentam, kutuk, hina orang Melayu sebagai rasis.

Masihkah ada kepercayaan pada depa semua..?

Blogger Cap Ayam Dah Lama Tau Cina Takkan Tunduk Pada Melayu


Muhyiddin dah mula bersuara...

Jangan jadi macam Hishammuddin yang kononnya berbangga bagitau strategi 3S yang sedang dibuat pembangkang tapi sebenarnya khilaf mendedahkan diri kepada serangan musuh.