Wednesday, September 29, 2010

Warga Emas Penaga Dah Tak Boleh Sabaq.

Mendapat khabar dari blog pisau@Maharaja Penang yang pukui Guan Eng kaw-kaw. Sebelum ini, Guan Eng nafikan sumber duit wang ehsan bukan dari duit judi. Dia syok spin statement tak mau layan pendedahan pisau. Dengan PAS totok Guan Eng boleh haria auta tapi dengan blogger silap besaq dia declare WAR.

Pisau selamber sardin dedah majlis serah duit wang ehsan yang dibuat di DUN Penaga. Ramai juga yang datang dan pulangkan balik duit haram tu. Macam biasa bila ada bola tanggung macam nie, Dato' Azhar musti jadi frontline. Ini yang bagus bukan macam KJ yang lembik macam biskut meri rendam dalam kopi O.

Yang bestnya, TV3 kasi frontpage news ini. Nasruddin Tantaik, hang tunggula penjelasan Guan Eng sampai kiamat tapi orang tua Penang dah tak boleh sabaq. Na tunggu Malik Kassim dan Nasruddin Tantaik depa berdua dah kena grip teloq.

Apa yang nampak, orang Melayu dah tak boleh terima cara DAP perintah dan main isu yang ala-ala komunis dan membangsatkan orang Melayu. PAS totok harap-harap sedaq diri. 2 DUN di Penang pun dah rasa besaq macam kontrol bangunan SUK.

Kalu lepaih nie dalam Harakah keluar statement desakan UMNO suruh pulangkan duit itu, pundek...kita boleh kasi pada editor Harakah. Ini majlis kesucian dibuat atas inisiatif penerima wang ehsan dan bukan tajaan UMNO.

Yelah, Dato' Azhar itu memang hardcore UMNO pasal orang tua Penaga nak tunggu Malik Kassim dan Lebai Nasruddin buat majlis pulang duit sampai kiamat pun takkan buat. Menikus macam kura-kura.

Kita ucapkan terima kasih pada pembangkang yang bagi kita celik IT dan guna blog untuk gaduh dengan bloger depa. Tapi ada pula yang gunapakai bloger untuk menyamun duit kerajaan. Tang nie, PAS selalu kena main dengan bloger depa.

Friday, September 24, 2010

Sekali Lagi PKR Mempermainkan Demokrasi.


Itu hari dah kantol demokrasi ala komunis PKR di Cabang Permatang Pauh. Cabang tempat Wan Azizah bersemayam macam tok pekong siam. Kendian usul ahli untuk Anwar jadi Presiden PKR (yang betoi-betoi bukan macam Azizah yang boneka) pun kantoi Anwar korek lubang untuk tanam demokrasi ciptaanya.

Itu kantoi yang kita tahu. Yang kita tak tahu, Anwar tekan ahli PKR IQ rendah jangan dedah pada media ada di merata-rata tunggu masa nak pecah lobang. Geram pula dengan Yusmadi Yusuf yang tidoq sepanjang hari tak pantau taktik kotor macam nie. Mungkin dok sibuk kira komisen kuari kat Balik Pulau sinun. Macam tahi tubuh grup pantau.

Sekurang-kurangnya kita tahu macam mana PKR main tahi demokrasi dengan lempar pada muka sendiri. Trademark KeAdilan yang dipahat pada nama langsung tak berfungsi. Terbaru baca berita pergeseran PKR Sabah tentang macam mana tahi lembu demokrasi PKR yang sengaja dibuat-buat kononnya memang real depa champion keadilan. Rasa nak mencarut pun ada nie.
Politik Kotor PKR
Kudat - Setidaknya tiga pemimpin PKR tempatan dari Kudat menyatakan rasa tidak puas hati dengan pengedalian pilihanraya umum PKR.

Ondon Mangajil, dari Kampung Layung, Pitas yang memenangi jawatan cawangan menyuarakan tidak puas hati kerana terdapat penyelewengan dalam pilihanraya parti. Terdapat insiden di mana penyokong Tanjul Mursalim telah diberikan kuasa untuk memantau pilihanraya dan ini telah disahkan oleh ibupejabat PKR dari Kuala Lumpur. Sah Yusmadi cakap macam paria.!!


“Bagaimana mungkin bahawa calon itu sendiri yang menjalankan proses pengundian? Hal sedemikian mungkin tidak akan berlaku dalam parti politik lain tetapi dibenarkan dalam PKR dan yang memburukkan lagi keadaan adalah ianya keistimewaan untuk kelompok tertentu dalam parti."

"Insiden lain yang dapat diperhatikan adalah penerbitan misteri resit untuk bayaran keahlian dan fakta bahawa ahli yang lain terdiri daripada kelompok tertentu dibenarkan untuk menandakan kertas undian. Hal ini sungguh mengerikan bagi PKR, "kata Ondon menambah.

Dalam undi pada hari Ahad, Mursalim mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian ketika dia memperoleh 152 undi manakala calon penentangnya, Harry Manisit hanya berjaya mengumpul 98 undi.

Daholok Sunpunadou @ Peter, salah seorang daripada ketua cawangan, juga menerima nasib yang sama. Dia menambah bahawa dia tidak kesal pada kehilangan jawatan ketua cawangan, tapi tidak boleh memahami bagaimana PKR, yang 'mengajarkan sistem pemerintahan yang baik tetapi pada masa yang sama mempraktikkan taktik politik kotor uke atas ahli-ahlinya sendiri.
Terus sambung kat sini

Itu baru kat Sabah, di sebelah semenanjung jangan cakap la tahap kekotorannya. Ya rabbi, lagi kotor bagai pasal PKR tempat orang UMNO yang kecewa, lubuk kaki pompuan, kaki botol, samseng, pak lebai yang kantoi romen anak dara dan yang baru nak rasa pegang jawatan.

Lagi sekali, yang bertambah pelik ahli dah tahu PKR tuh memang sial punya main demokrasi dan masih lagi membiarkan diri diperbodohkan diri tuh sapa yang suruh...

Komentar otak dungu macam Mr Bean Mahfuz tidak akan dilayan

Wednesday, September 22, 2010

Tahniah...UMNO Kedah Boleh Bagi PAS "Run The Business"


UMNO Kedah akan hanya mulai sedar dan benar- benar berubah setelah tewas buat kali keduanya dalam PRU ke-13 nanti (jangkaan diadakan di tahun 2012).
Tujuh sebab empirik aku berikan disini: Andaian yang dikemukakan disini berasaskan sympton and cause theory dan momentum ke arah itu sedang dalam proses untuk menjadi realiti.
a. calon-calon yang bakal dipilih mewakili UMNO hampir semuanya disukai oleh pucuk pimpinan atasan atas dasar kawan, sahabat lama dan ihsan, bukannya calon yang popular dan disukai pengundi
b. sabotaj dan pertelingkahan sesama sendiri antara perkara dasar yang memburukkan lagi keadaan.
c. Dato Najib punyai prioriti untuk dahulukan kedudukan kukuhnya sebagai PM dengan menumpukan kawasan Parlimen berbanding DUN
d. PAS punyai FD RM500 juta dibawah kawal selia MBI (Menteri Besar Incorporated) wang yang tidak sempat dibelanjakan oleh Mahdzir Khalid semasa menjadi MB. Kewangan kukuh menyebabkan PAS begitu santai dalam mentadbir Kedah kerana 'political fund' bagi kerja-kerja pengurusan kempen pilihanraya akan datang untuk parti mereka sudahpun tersedia.
e. Pengundi dibeberapa kawasan DUN akan lebih terdorong untuk memilih calon bebas, berbanding calon dari UMNO atau PAS. Ini disebabkan kemeluatan yang amat sangat kepada dua parti berkenaan yang dilihat sama sahaja dari sudut khidmat dan prestasi kepada pengundi.
f. Ramainya calon yang akan bertanding sebagai calon bebas disebabkan kecewa terhadap PAS, PKR mahupun UMNO.
g. Sikap tamak PAS yang berkemungkinan bertanding 30 kerusi DUN bakal menyebabkan PKR dan DAP mengambil ketetapan iaitu; jikapun calon mereka menang, tindakan bakal diambil untuk tidak lagi bergabung dalam membentuk kerajaan Pakatan di Kedah.
Ironinya kerajaan negeri Kedah akan menjadi tergantung, tidak ada satu parti pun yang bakal memperolehi kerusi simple majority (sekurang-kurangya 19 kerusi DUN untuk menubuhkan kerajaan negeri).
Lantas dalam konteks itulah, calon bebas yang menang dan calon yang tidak menganggotai PAKATAN akan berada dalam kedudukan tawar menawar yang cukup berharga kerana golongan ini bakal menjadi buruan sama ada dari UMNO/BN mahupun PAS.
Maka jadilah PRU ke-13 nanti satu pasaran niaga yang cukup bernilai, dimana betullah sepertimana kata Husin Lempoyang dalam filem Tiga Abdul 'jual orang lebih untung dari jual unta".

Sumber: Kedah Times

Sudahlah, dah letih pun..jangan bangkitkan lagi alasan pembangkang menang besaq dulu pasal marahkan BN, Pak Lah dan KJ. 3 alasan tuh memang dah konkrit tak boleh nak ubah. Jangan sebab alasan itu UMNO masih lagi selesa dan yakin PRU Ke-13 konfiden boleh menang besaq dan rampas semula Kedah.

Keluaq la dari comfort zone dan stigma tahyul itu.

PRN S'wak: Azmin...Sambil Menyelam Minum Air.

Azmin on action. Ramai pengunjung terdiri daripada kaum ibu. Seorang Pak Cik yang dijemput untuk membacakan doa majlis bersegera meninggalkan majlis tersebut kerana hendak bersiap ke masjid untuk solat Jumaat. Menurutnya, dia langsung tidak tahu tujuan apa majlis tersebut dibuat dan siapa yang hadir sehinggalah dia tiba di rumah itu.

Minggu lepas beberapa pemimpin tinggi PKR telah mengadakan lawatan ke Sarawak. Ada yang sedar, ada yang tidak tahu kedatangan mereka. Cuma daripada gambaran ia hanyalah majlis ramah-tamah Aidilfitri sahaja.

Pergerakan Rombongan

Ketika di Kuching, mereka telah mengadakan perhimpunan tertutup di Hotel Grand Continental pada 16hb, bersama penyokong dan beberapa wakil PKR negeri. Antara yang hadir ketika itu ialah Azmin Ali, Dr Xavier, Dr Mansor Othman (Timbalan Guan Eng), Zuraida Kamaruddin, Baru Bian (ketua PKR Sarawak), Abdullah Sani, Zakaria Abdul Hamid, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Dominic Ng, Ahmad Nazib dan lain-lain.

Menurut sumber sebelum perhimpunan itu, kedatangan mereka dilihat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Lawatan mereka mengikut jadual, bermula di Kuching, kemudian ke Kampung Ensengei , Sadong Jaya dan solat Fardu Jumaat di Kampung Semera.

Aturcara program seolah tidak dirancangkan. Ramai penduduk kampung yang dijemput langsung tidak tahu menahu jemputan ke majlis oleh ahli PKR di tempat mereka.Yang hadir pun terdiri daripada pengunjung ‘tangkap muat’ sahaja. Program lawatan Azmin kelihatan sangat singkat, sebelah petang pula terus berangkat ke Sibu kemudian ke Bintulu sebelum balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya.


Agenda

2 tujuan – melihat keadaan dan kehidupan rakyat di kawasan luar bandar dan yang paling utama ialah berkempen untuk meraih sokongan daripada wakil di Sarawak bagi menghadapi pemilihan PKR nanti.

PKR pada kali ini menggunakan sistem pemilihan calon yang baru, iaitu setiap ahli akan diberikan mandat untuk memilih wakil mereka di semua peringkat berbanding sistem delegate (perwakilan). Jadi usaha untuk mempromosikan diri adalah sebab mengapa Azmin dan rakan PKR pusat lain sanggup datang ke beberapa daerah di Sabah dan Sarawak pada kali ini.

Kesimpulan

PKR akan menghadapi masalah persaingan menjelang pemilihan perwakilan pusat dan negeri, sekaligus menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu Pilihanraya Negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ketika ini pun, sudah banyak kes bercakaran sesama sendiri, adegan baling kerusi, laporan polis atas dakwaan fitnah rakan separti dan banyak lagi yang lain kita dengar dalam persaingan merebut jawatan dalam parti. Begini keadaannya, PKR akan tumbang bukan oleh BN tetapi oleh ahli sendiri.

Kita tunggu sahaja keputusan pemilihan itu nanti, pasti aka nada yang keluar parti. Dan kita harap BN/UMNO tidak akan menerima mereka jika mereka melompat untuk menjadi ahli parti. Mereka inilah perosak parti dan mementingkan keutamaan diri, langsung tidak mempunyai pendirian terhadap politik.

Sumber: Rajahmas

Tuesday, September 21, 2010

Mana Bukti? - Jenapala Smash Saifuddin

Salah satu cara PKR nak cuci tangan bila ada problem adalah dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan orang lain. Sama juga macam kes kain rentang letak gambar Sultan Johor, PKR Batu Pahat yang tabur disalahkan UMNO yang spark isu. Strategi ini yang selalu depa pratik.

Jenapala Cabar Saifuddin Kemukakan Bukti - Proksi KJ

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jenapala Perumal Subaan hari ini mencabar Saifuddin Nasution Ismail untuk mengemukakan bukti berhubung isu pemecatan beliau awal tahun lalu.

“Bila saya cuba untuk dedahkan salah laku yang wujud dalam PKR, pemimpin parti jadi marah dan menentang saya.

“Bukan hanya mengatakan saya bukan ahli tapi pemimpin parti juga cuba untuk mencemarkan imej saya,” kata Jenapala dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru Jenapala mencabar Saifuddin, Setiuasaha Agung PKR, untuk buktikan bahawa beliau dipecat daripada parti.

“Saya beri tempoh 24 jam kepada beliau (Saifuddin) untk membuktikan bahawa saya dipecat pada Februari tahun lalu.

“Parti sepatutnya tahu sesiapa yang dipecat terlebih dahulu akan dibincangkan sebelum diluluskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya.

Beliau berkata, Saifuddin perlu jelaskan kepada parti tentang masa mereka bermesyuarat bagi membincang isu pemecatan beliau.

“Saya juga mahu mengingatkan setiausaha agung bahawa saya mahu mempunyai pengaruh dalam parti dan ada antara mereka adalah ahli MPP.

“Jika Saifuddin tidak memberikan respon dalam tempoh yang ditetapkan saya akan laporkan perkara ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

“Saya juga akan saman pemimpin parti yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin menegaskan Jenapala yang menawarkan dirinya untuk jawatan timbalan presiden, tidak layak mempersoalkan kepimpinan parti dan pemilihan kerana bukan lagi merupakan ahlinya.

Benarkah Azizah Akan Failkan Cerai?


Hai...badan takla rasa letih sangat tapi otak yang letih pikiokan pasal politik kat Malaysia ini. PKR dengan lagak poyo menjelang pemilihan, Anwar dengan konsistensi liwatkan kes, UMNO dengan sikap paria Pemudanya dan macam-macam lagi.

Malam tadi sempat berjumpa dengan geng-geng PKR Perak yang pro Mustafa. Betoi juga apa yang ditulis dalam sebuah blog. Jika Mustafa tak cekap dengan taktik Anwar alamatnya Mustafa akan kena liwat dengan gebang Anwar.

Dalam dok sembang macam-macam perkara ada satu benda yang sangat menarik dan mungkin juga boleh jadi real. Ini berita bukan main-main pasal kisah rumah tangga Anwar sudah leaking walau ditampal dengan lakonan ke mahkamah bersama-sama.
Kisahnya macam ini....

Anwar bertegas mahu Azmin jadi second man PKR dengan alasan menipu ahli, Azmin ideal berganding dengan Azizah. Tapi lakon Anwar bukan boleh pakai pasal Azmin sudah grip teloq Anwar berkeras jawatan itu dia yang punya.

Azizah yang kecewanya sampai mati sudah umum Zaid pilihannya. Itu pun melalui Nurul Izzah. Walaupun komen Nurul Izzah manis dan playsafe tapi orang lama PKR tahu itu adalah kehendak Azizah. Mahukah Azizah berganding dengan perampas kasih sayang suaminya sendiri.?

Azizah akan bagi option dengan Anwar, samada ikut kehendaknya atau Anwar ikut rentak Azmin. Ini yang payah, bagi kita kesetiaan isteri jangan dibuat main-main. Macam itu Azizah setia membela Anwar sejak dulu sampai sekarang tapi kuku tajam Azizah belum lagi menggerunkan Anwar.

Seorang teman mengkhabarkan, jika Anwar gila berkeras sayang Azmin sehingga ,meletakkan kesetiaan Azizah di tangga kedua, Azizah akan buat sesuatu yang tak tergambar gerunnya. Zuraida gedebe pun akan menangis dan terkedu jika Azizah berkeras keluarkan secret weaponnya itu.

Kata sahabat....

Azizah akan menuntut cerai dari Anwar. Sejarah perkahwinan 30 tahun akan runtuh. Berkuburlah hikayat penubuhan parti politik kerana ditubuhkan hanya untuk membebaskan seorang peliwat. Bini yang mana tak tension dengan nafsu songsang suami.

Dendam yang terbuku lama akan meletup. Makanya, baik Azmin atau Anwar semua tak dapat menyelamatkan diri sendiri dan bertanggunglah lagi kes liwat sampai bila-bila.

Macam mana Azizah bertempik marahkan Anwar jangan dipandang enteng sawan gila Azizah yang belum kelihatan lagi.

KJ Akan Terus Merosakkan UMNO.


....malam tadi Khairy Jamaludin telah mengarahkan beberapa Exco Pemuda UMNO Selangor sabotaj majlis raya dan rumah terbuka anjuran UMNO Bahagian Shah Alam. VIP yang hadir Najib.

yang sabotaj majlis ini adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor Suhaimi Ghazali,Naib Ketua Pemuda Zainuri,Bendahari Samad Dawood dan Azmir KP Puchong.

ayuh..rakyat kita desak seluruh Ketua Pemuda UMNO letak jawatan beramai-ramai secara terhormat. adakan pemilihan semula !
Pemuda UMNO sudah tidak layak menjadi wakil suara orang melayu !
Ini masalah dengan UMNO terutama sekali IQ budak-budak Pemuda. Sudah dibilang KJ itu akan terus merosakkan UMNO tapi semua menikus. Alasan feveret "berilah dia peluang". ...Baguih juga ada blog macam anak omak yang hentam no mercy pada KJ.
Mungkin mereka berempat ini tidak berpuas hati dengan Dato' Seri Najib dan sengaja mahu menunjukkan protes mereka kepada Perdana Menteri kerana tidak melantik Khairy Jamaluddin menjawat jawatan di dalam kabinet?

Mungkin juga kerana mereka-mereka berempat ini tidak punya masa untuk berhari raya bersama Perdana Menteri dan pemimpin UMNO Selangor yang lain?

Mungkin kerana mereka tidak "memberi muka" atau hormat kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor?

Mungkin juga mereka tidak mahu beramah mesra dengan Perdana Menteri dan para pemimpin UMNO lain kerana tidak setaraf dengan Khairy Jamaluddin?

Atau Khairy Jamaluddin mengarahkan orang-orang kuatnya ini supaya tidak hadir ke Majlis tersebut kerana sakit hati pada Perdana Menteri?
Sumber: Mykmu.net

Monday, September 20, 2010

Bukan Saja Ronnie...DAP Memang Chi-Bai.

Protes Menyesal Pilih Taiko Ronnie

Kira-kira 30 penduduk Pandamaran berhimpun di pejabat ADUN Pandamaran yang juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Mereka turut membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan ketidakpuasan mereka, dan berhimpun di situ selama kira-kira sejam. Mereka tidak tidak puas hati kerana mendakwa Ronnie kurang menyediakan perkhidmatan kepada pengundi di situ.

Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut, Tew Leong Yew memberitahu Malaysiakini bahawa Ronnie tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya menuduhnya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.

"Bahkan prestasi (bekas ADUN MCA) Teh Kim Poo lebih baik. Kami menyesal mengundi Ronnie," tegas Tew. Penduduk juga merasakan bahawa DAP secara tidak adil telah memecat Tee Boon Hock, yang didakwa mereka orang yang benar-benar bekerja di kawasan tersebut.

------------------------------------------------------------------
Jangan salah sangka, bukan nak bekap Tee Boon Hock pasal ini chi-bai juga tak boleh pakai.Kena tahu, DAP itu komunis moden yang bermulut manis macam nak mengorat anak dara. Nasihat pada rakyat Pandamaran, next election jangan buang tebiat lagi nak bagi muka pada DAP. Halau jer terus...

Terbukti PKR Mempermainkan Demokrasi Dan Kehendak Ahli.


....Di ambil dari satu blog PKR
Pemilihan PKR Permatang Pauh yang buat julung kalinya diadakan dan telah berjalan serentak dengan Mesyuarat Agong Tahunanan PKR Permatang Pauh buat kali yang ke 7 . Dalam pemilihan yang diadakan bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang juga telah menyaksikan Datuk Mansor Othman menang percuma kerana Che Mat atau Pak Tam yang sebelum itu mempertahankan jawatannya telah menarik diri pada saat – saat akhir. Dikatakan penarikan diri oleh Pak Tam itu adalah kerana faktor kesihatan.

Itu adalah tulisan manusia yang hipokrit dan kaverline daripada realiti.
Ayo..yo..yo..Mansor Othman, orang Anwar pun akan bungkuih di Permatang Pauh.
Ini kisahnya..

Apa yang sebenarnya berlaku ialah telah muncul satu tangan ghaib yang telah menalipon Pak Tam pada sekitar jam 3.00 petang hari Sabtu, menasihatkannya agar menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Mansor.

Setelah habis masa untuk memikirkan nasihat itu pada sekitar jam 4.00 petang dengan disaksikan beberapa orang ahli-ahli PKR Permatang Pauh (Sorang tu aku tak tahu samada dia ahli ataupun bukan), Pak Tam menalifon kembali tangan ghaib tersebut menyatakan beliau akur dengan nasihat tersebut.

Dengan segera berita tersebut tersebar ke hamper seluruh Permatang Pauh melalui sms, bukan Permatang Pauh sahaja malah sampai ke Batu Maung yang berada di sebelau Pulau.
Ini Presiden kongkang PKR pun tak boleh buat apa...
Penarikan diri oleh Pak Tam itu telah memaksa 5 orang yang bertanding dalam pemilihan tersebut membuat keputusan untuk menemui DS Wan Azizah bagi membincangkan hal campurtangan oleh tangan ghaib yang telah menasihatkan Pak Tam agar menarik diri.

Bagaimanapun tiada keputusan yang dicapai pada pertemuan jam 11.00 malam tersebut di sebuah rumah. Dalam pertemuan tersebut mereka yang berlima tersebut setelah berbincang panjang telah juga mengingatkan DS Wan Azizah akan implikasi dari penarikan diri oleh Pak Tam secara mengejut itu oleh akar umbi.
Bloger dah kata, PKR itu cuma untuk Anwar, anak beranak dan pencacai saja.
Yang dipertikaikannya ialah mengapa Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang telah ditulis pada malam 18 September tetapi diletakkan tarikh 17 September sedangkan menurut notis yang dikirimkan kepada 6117 ahli PKR Permatang Pauh jelas tercatat jelas Tarikh Akhir Bantahan /penarikan diri calon adalah pada 8 September 2010? KENAPA?

Apa gunanya digubal peraturan jika pimpinan sendiri tidak mahu mematuhi peraturan yang mereka sendiri gubal? Apa bezanya PKR dan UMNO disini?

Beliau juga mempersoalkan adakah benar wujud tangan ghaib yang telah memaksa Pak Tam menarik diri? Kerana beliau telah terdengar akan wujudnya tangan ghaib tersebut, jika benar apa yang didengarinya itu, kenapa perlu ada pemilihan? Kenapa perlu membazirkan duit, membazirkan masa untuk mengadakan pemilihan tersebut? Biarkan saja tangan ghaib tersebut mengatur seluruh anggota PKR Permatang Pauh dengan sesiapa sahaja yang disukainya.
Bab yang ini aku tak berapa paham dengan IQ budak-budak PKR...
Apa yang kita saksikan juga dalam pemilihan ini ialah demi menjaga status seorang TKM ataupun demi menjaga EGO seorang pemimpin Parti.. seorang pejuang yang telah bertungkus lumus berkerja untuk parti telah menjadi korban.. biarpun yang dikorbankan itu adalah orang yang telah menggerakkan seluruh jentera PKR Permatang Pauh untuk memberikan kemenangan kepada pemimpin tersebut..

Demi menjaga Imej dan juga EGO seorang pemimpin parti, peraturan atau etika pemilihan dilanggar lagi…
He..he..he..

Tak kisahla Mansor tuh nak bertanding kat mana-mana walaupun dia adalah Ketua Cabang Balik Pulau. Letak dia dibawah Wan Azizah di Permatang Pauh pun dah sakitkan hati ahli kat situ. Ini semua pasal de facto yang songsang suka hati buat peraturan.
Yang bertambah pelik masih lagi dok sokong peliwat agung tuh padahal dah tau PKR tuh memang parti kencing rakyat.

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri...Jangan Ingat Malam Jumaat Saja.!


Salam Aidilfitri.

Renungkan....Pada 10/9/10 hari raya pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sebelum ini 27/11/09 Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. 18/12/09 tahun baru hijrah pada hari Jumaat. 25/12/09 hari natal juga pada hari Jumaat.

Pada 01/01/10 sambutan tahun baru pun pada hari Jumaat. Jangan lupa 26/2/10 Maulidur Rasul pada hari Jumaat. Kendian, 28/5/10 hari wesak pada hari Jumaat. 27/8/10 Nuzul Al-Quran disambut pada hari Jumaat. Akan datang 5/11/10 Depavali juga pada hari Jumaat.

Dalam Al-Quran, Allah sebut kiamat terjadi pada hari Jumaat!!!

Sememangnya kiamat semakin hampir, sambutlah Aidilfitri ini dengan banyak ishtifar, amalan, kesyukuran dan kemaafan.

Jangan ingat malam Jumaat sahaja.

Kepada seluruh sahabat bloger dan pembaca blog yang dikasihi aku ucapkan Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Lord Garam,
Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Blog ini akan beroperasi semula genap seminggu dari sekarang. Aku pun nak beraya juga...