Monday, September 14, 2009

Now Samy Vellu Is Semi Value Or No Value..?



MIC tidak perlukan nasihat atau tunjuk ajar daripada pihak lain. Kita ada seorang ketua (Samy Vellu) yang bijak untuk memimpin parti dengan cara yang baik.

Jangan mencampuri urusan MIC lagi. Kami tahu apa yang kami buat. MIC tidak boleh dipisahkan selagi Presiden kami memimpinnya.

Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang. Malah Samy Vellu juga disifatkan sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.

Katanya lagi, hanya MIC boleh membela nasib masyarakat India di negara ini, parti lain yang ditubuhkan untuk masyarakat India akan 'mati' tidak lama lagi.

Masyarakat India di negara ini akan menjadi 'yatim piatu' jika MIC dihapuskan.


Tokey - Itu antara gesaan dan kata-kata ahli politik. Benar, Samy Velly adalah pokok ara yang punyai akar yang teguh. Itu cerita 5 tahun dulu dan cakap seorang ahli politik kadang kala langsung tak boleh pakai. Liabiliti Samy Vellu bukan terletak kepada MIC dan masyarakat India tetapi lebih dari itu. Jelas, BN yang terpaksa menanggung semua beban. Inilah realiti yang hendak dinafikan oleh Samy Vellu.

Kenyataan Samy Vellu yang mengatakan rakyat tidak menyukai BN bukan dirinya dibuat selepas Najib sinis mengatakan kita perlu popular dikalangan rakyat bukan parti. Samy perlu mendengar keluhan ahli bawahan kerana sudah banyak dalil menunjukkan MIC perlukan perubahan kepimpinan.

Samy Vellu mahu kalungkan selipar kepada Tun M walhal orang tua itulah yang disuapkan marukku ketika Tun M berkuasa dulu. Semua parti dalam BN sudah maklum bertukar presiden yang tinggal cuma MIC. Mungkin Samy Vellu mahu membawa gelaran presiden hingga ke lubang kubor itupun jika dia ditanam tetapi jika dia dibakar akan hanguslah title itu bersamanya.

Keengganan Samy memberi kelebihan kepada pembangkang yang mahukan undi konsisten masyarakat India sama seperti keinginan Al-Juburi yang mahu Tun Lah terus berkuasa hingga ke PRU ke-13. Samy Vellu tak nampak realiti dunia politik hari ini.

Tokey - Agak menghairankan apabila Ketua Pemuda UMNO diam membisu tidak seperti reaksi kilat mengherdik orang Islam berarak membawa kepala lembu di hadapan bangunan SUK dulu. Khairy marah atau dia menyokong kerana semua orang tahu hati nalurinya. Masyarakat India tidak akan menjadi 'yatim piatu' jika Samy Vellu diturunkan sebaliknya dia akan terus "no value" sehingga detik PRU ke-13 itupun jika terdapat talian hayat daripada orang besar UMNO yang sudi membantu. Rujuk Klik

4 comments:

lebai said...

Nak tahu siapa sebenarnya sami vellu. baca kat http://paklebai.blogspot.com

Ashley Ahmed said...

Salam,

Tun Lah undur secara terhormat krn Penang jatuh kpd pembangkang wpun kepala batas ttp milik BN.

Samy should do the same because not just Perak he lost Sg Siput also.

Lord Garam said...

SALAM,

LEBAI SAYA AKAN KE SANA.

BRO JUNAH,

SETUJU SESANGAT..

YANG GAMBI said...

Salam, kawan setuju amat dengan pendapat tokey......... kenapa semua orang diam bila Tun Mahathir menjadi bahan hinaan Samy yang merasakan dia sudah macam raja untuk disembah kaki.....