Sunday, January 30, 2011

Tenang: Sah PAS Dah Tak Harap Pada Melayu

Hujan lebat di Labis...

Banyak kawasan ditenggelami air. Ini adalah cabaran.

Nak sangat berpolitik, hajat dah dimakbulkan. Masih lagi kita tak sedar peringatan yang diberi Allah S.W.T. 

PAS mengharapkan undi Cina pasal nak tapau undi Melayu PAS dah tak mampu. 

"Peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi, akan menguntungkan BN tetapi jika ia berlaku pada pengundi Melayu, maka menguntungkan PAS." Dr. Dzulkefly, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sama macam tradisi PAS dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum, undi Cina menjadi keutamaan PAS yang dulunya memfatwa kafir pada gabungan BN yang bersama-sama dengan MCA dan MIC.

PAS dah tahu, orang Melayu memang dah tolak perjuangan songsang PAS yang seronok melacurkan kesuciaan Islam.

Melayu dah tolak PAS oooiii...!

Wednesday, January 26, 2011

Tenang: Penyokong PAS Tolak Calon Sendiri


Ada yang tak puas hati bila dikatakan PAS sudah ditolak oleh orang Melayu. Pengomen artikel pun berbakul-bakul marah tak puas hati.

Realitinya, dalam setiap siri pilihan raya kecil pasca PRU 2008, PAS mengharapkan undi bukan Melayu selepas depa berbangga dengan grup haram Pakatan Rakyat. Tang mananya, PAS berpuas hati dengan scoresheet pengundi Melayu berbondong-bondong menyokong depa.

Di Tenang, undi Melayu dijangka akan terus kukuh kepada BN. Transformasi politik dan imej bibir merah PM sudah menambat orang Melayu kembali kepada BN.

Yang dikhuatiri adalah silence voter yang sering tidak di sentuh oleh BN.

Ada satu cerita berhubung kecelaruan PAS di Tenang. Sudahlah jentera dihambat dan dasar tutup pintu orang Melayu Tenang memeningkan kepala PAS.

Rata-rata penyokong PAS di peti undi Kg Redong, Felda Tenang, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu tidak mengenali calon depa sendiri. Benda nie tak pelik pasal calon PAS Tenang bukan kalangan anak tempatan. Semua orang tahu.

Ketika Cikgu Mala datang berkempen di Kg Redong baru-baru ini ada satu insiden yang sangat memalukan. Cikgu Mala bersama jenteranya sedang cuba memujuk pengundi situ. Ini prosedur biasa.

Beberapa petugas PAS yang diketuai PAS Rompin mencemuh jentera kempen Cikgu Mala. Dijerit-jerit mengata Cikgu Mala bukan orang sini. Depa semua tidak terima.

Tidak menghairankan apabila sejurus penamaan calon, Cikgu Mala terus menyerbu kawasan-kawasan bukan Melayu untuk meraih undi. Hasilnya, salam langsung tidak dihulur kononnya tidak mahu bersentuhan dengan bukan muhrim.

Hari ini, Cikgu Mala buat hal lagi dengan orang Melayu. Nak undi Melayu tetapi tidak mahu membantu. Berlaku musibah pada orang Melayu apabila banjir menyerbu kawasan-kawasan tanah rendah di Kg Lembah Bakti.

Seorang pengundi wanita menanti kedatangan calon. Dia bukan nak tunggu calon yang mana sampai dulu tetapi hati orang kampung, bila disusah mestilah kena dibantu.

Rumah yang digenangi air langsung tidak sanggup diredah Cikgu Mala. Bukan tinggi sangat pun malah tak mungkin datangnya buaya disitu. Kalau Salahuddin, mungkin buaya yang ditakuti. Oleh kerana, ada jentera Wanita UMNO yang kebetulan lalu, terus peluang ini diambil.

Berbakul-bakul makcik Leha mengutuk Cikgu Mala yang tak sanggup membasahi jubah labuhnya. Mahu undi Melayu tetapi tak sanggup bersusah demi orang Melayu.

Pasal itu, Tenang tidak mahu PAS merosakkan keharmonian orang Melayu yang sudah biasa dari dulu sampai sekarang.

Friday, January 21, 2011

Tenang: Melayu Makin Meluat Dengan PAS

Bilik gerakan PAS di Kg Paya Merah. Perhatikan banner bendera PAS yang penuh dengan tulisan Cina dan Tamil. Ada pula bendera DAP. Nazak betul..!

Kita tahu PAS agak sukar untuk memasuki kawasan Melayu untuk meraih undi. Strategi menerjah ke rumah-rumah sebelum tengahari untuk melancap pemikiran orang Melayu tidak berjaya. Orang Melayu Tenang tidak menerima kehadiran PAS untuk menganggu keharmonian yang sedia ada.

Muslimat memilih sebelum tengahari adalah kerana khuatir sang suami ada bersama-sama di rumah setelah penat menoreh getah. Muslimat mahu berjumpa terus dengan kaum wanita yang majoritinya adalah pengundi DUN Tenang.

Disebabkan itu, PAS mengharapkan undi bukan Melayu untuk menghidupkan peluang agar tidak malu pulang dengan tidak bergaya.

Tradisi PAS dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini adalah mengharapkan undi bukan Melayu.

Orang Melayu semakin ramai menolak PAS, lagi Nik Aziz mahu ajak orang Melayu tinggalkan UMNO.

Tak logik langsung.

Thursday, January 20, 2011

Tenang: PAS Sukar Tembus Kawasan Melayu.


Mula-mula sekali baca semula apa yang tersiar di laman rasmi untuk psywar DUN Tenang
Semasa majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin, Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Tenang.

Pelbagai helah diberikan pihak PAS, tetapi kini jelaslah dari surat seorang penyokong PAS di Malaysia Digest sini bahawa kepimpinan PAS Johor telah membuat keputusan meminta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak menghadiri.

Keputusan ini adalah satu tamparan buat Anwar yang telah menyumbang keapda kempen PAS dengan lawatan dua kali; pertama kali dalam satu ceramah dan kali kedua secara senyap-senyap.
Sambung seterusnya disini

Rupa-rupanya, sentimen PAS Johor terhadap Anwar Ibrahim berbeza dengan apa yang ditunjukkan PAS Pusat.

PAS Johor tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar ke Labis. Dari apa yang diketahui PAS Johor langsung tidak mahu menjahanamkan potensi undi Melayu pada PAS dengan kehadiran Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli PAS menjadikan kedai-kedai kopi di seluruh Labis untuk memberitahu bahawa, PAS sangat dominan dalam aktiviti kempen untuk memenangkan Cikgu Mala. Dijaja bagaimana agresifnya, jentera Muslimat bergerak menembusi kawasan Melayu seperti Kg Tenang, Kg Ayer Panas, Felda Tenang, Chemplak dan lain-lain kawasan Melayu.

Dalam ceritanya, PAS berjaya mempengaruhi dan menerangkan perjuangan suci untuk menubuhkan negara Islam.

Itu pak lebai serban hijau yang bercerita. Anak dara PASTI bawah umur pun depa sanggup rembat untuk sedapkan nafsu serakah.

Realitinya, tiada pergerakan jentera kempen menerjah kampung-kampung untuk meraih sokongan. Jangan salah anggap tempoh berkempen belum bermula maka PAS belum mahu buka langkah. Dalam tradisi PAS mana pernah depa ikut undang-undang. Semua nak dilanggar.

Kerana PAS tahu kekuatan BN di Labis sangat mengujakan.

Wednesday, January 19, 2011

Tenang: Anak Tempatan Galas Cabaran PAS

Selepas banyak sangat rungutan dan petisyen mahukan calon tempatan untuk kerusi DUN Tenang, akhirnya BN decide meletakkan calon yang benar-benar diterima rakyat bawahan.

Mula-mula mahukan calon ini selepas PAS buat kejutan tanding Normala Sudirman, bekas guru yang ambil keputusan untuk resign dengan rela hati.



hasrat Haslinda tak kesampaian....


calon bersama shortlist bukan anak tempatan, Cikgu Rushdin


Akhir sekali, kubu kuat UMNO jangan diterjah anasir pembangkang. Terjemahkan macam banner diatas untuk menangkan calon. Adzhar Ibrahim.

Tuesday, January 11, 2011

Tak Boleh Settel, Salahkan UMNO.

Benarkah bukan PKR yang buat banner nie?

Copy balik statement Khalid Samad yang diambil dari jentera rasmi psywar PKR....
"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri,"
Hehehe...

Bukan ker Khalid Ibrahim terpaksa datang dengan tidak rela hati....

Boleh percaya ker cakap kepala munafik macam Khalid Samad dan lain-lain makhluk perosak terutama sekali Anwar Ibrahim.

Ulang semula apa yang berlaku. Jika benar depa semua tak mahu timbulkan sengketa dengan pihak Istana, apa lancau yang membangkang titah tuanku Sultan dalam beberapa perkara.

Sebelum ini, titah Sultan jangan gunakan masjid sebagai medium berpolitik. Mula-mula sekali masa PRK Hulu Selangor. Alih-alih, Hassan Ali mulut murai menutuh masjid langgar titah Sultan. Ini bukan ker nak bakar jambatan dengan Sultan?

Dah sedap temberang Sultan, depa buat lagi bila isu SUK timbul. Tak ker bangsat nak cipta sengketa dengan tuanku Sultan apabila ADUN Seri Muda mehenyak Sultan dengan sindiran membangkit amarah rakyat. Dia lupa, Sultan adalah payung rakyat.

Bagaimana, kita rakyat marhaen boleh melupakan kejadian berbaring di jalan oleh tentera tolol PAS demi menjaga tatasusila DAP yang membonekakan Nizar 2 tahun dulu.

Ini semua nak cari gaduh dengan Raja Melayu pasal ada kepala munafik macam Anwar Ibrahim.

Ini strategi depa...

Mahu divert isu dan salahkan budak-budak UMNO. Mencipta sendiri isu dengan harapan membangkitkan amarah rakyat untuk menentang institusi raja-raja.
Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Macam dia tahu kat mana gantung dan pagi-pagi buta pergi ambil dan buat laporan Polis. Lepas tuh salahkan UMNO yang mahu laga-laga depa. Ini semua strategi pembangkang yang selalu tunding jari salahkan orang lain.

Track record
ini dah terbukti berzaman dah.

Saturday, January 01, 2011

PRK Tenang: Menanti Din Puduraya


Hehehe....

Terbaca pendedahan Unspinners pasal kisah Din Puduraya dan kawtim dari Idris Bingai pasal kisah itu sudah tutup buku.

Papa Gomo sudah minta maaf. Betoi ker....

Mana boleh lupa statement Idris Bingai.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

Seluruh blogosfera ucap terima kasih pada Papa Gomo pasal sensasikan cerita ini.

Pe'el orang PAS memimpin macam Idris tahu cakap tapi bukti tiada. Minta dedah bukti sama video mohon maaf kalu ada tapi for sure tahu cakap tanpa bukti.

Kalu macam tuh, bila yang Abg Din mahu buat sidang akhbar.? Menarik bukan.

Apa pun, di Tenang Din mesti tak tenang bila melepasi Balai Polis Tenang Station. Satu persatu kisah romantik dibuka mengenang bumi Johor asalnya Din berpolitik.