Wednesday, June 30, 2010

Tee Keat Sedang Dipinang PKR?

Ini boleh jadi betul, Tee Keat sudah tiada apa-apa lagi dalam MCA. Dia bertanding Presiden tapi tumpas straight set dengan Chua Soi Lek.

Sebelum ini pun dia pernah suara mahukan jawatan tambahan Timbalan Perdana Menteri II sama lidah dengan geng Cina dalam Pakatan Rakyat. Ingat.!

Blog Putra Merdeka ada hint pasal hal ini:-
Berita terbaru berlegar kuat mengatakan yang bekas Presiden MCA ni nak masuk PKR. Semalam sewaktu YB Dato Rahim Bakri Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan menggulung beliau telah ditanya oleh beberapa Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang berkenaan harga pembelian EMU yang dikatakan 'jauh' darpada harga pasaran yang sebenar.

Ada cerita disebalik pembelian EMU ini, dikatakan pembelian ini dibuat hanya beberapa hari sebelum Menteri yang kalah kepada pelakon lucah dalam mengekalkan jawatan Presiden parti itu berhenti.

Ada yang mengatakan bahawa harga pembelian ini jauh melebihi harga pasaran sebanyak 500 juta ringgit. Wow! kalau betul lah khabar ini maknanya ada pihak yang 'kenyang' dengan 'hasil' dari 'rompakan' dalam pembelian EMU tersebut.
Kena ingat, Tee Keat dan Chua Jui Meng adalah geng sama masa konflik MCA selepas PRU 2008. Daripada beberapa sumber, Tee Keat sedang 'dipinang' geng Cina PKR untuk tarik dia join parti yang nak terlingkup tuh.

Antara imbuhan, kerusi Ampang akan diserahkan kepada dia untuk bertanding bila MCA Pandan mahu reject Tee Keat yang dah jadi papa kedana.

So, Zuraida gedebe dah boleh cari alternatif nak bertanding PRU akan datang.

Untuk itu, sapa-sapa yang ada info boleh email pada blog ini.

Tuesday, June 29, 2010

Lepaih Haniza Sapa Pula Yang Nak Letak Jawatan.


Timbul pula rumor pasal Haniza Talha nak keluar parti. Apa punya berbelit PKR yang diterajui oleh seorang pembelit bernama Anwar Ibrahim. Jentera psywar rasmi PKR pun ada laporkan benda ni.

Ada satu SMS berlegar-legar di sekitar Taman Medan yang mengatakan YB depa nak lepaskan jawatan. Samada betul atau tidak itu yang tak tahu pasal Suara Keadilan pun jenis tak pernah laporkan benda yang betul dan sahih.

Haniza Talha adalah antara geng 15 yang bikin gempaq nak letak jawatan jika Khalid Ibrahim masih terus berkuasa sebagai MB.

Haniza Talha bukan calang-calang orang, dia Timbalan Speaker DUN dalam sejarah Selangor. Berkelulusan tinggi, cantik, tegas tapi kurang mesra sikit berbanding Zuraida 'gedebe' Kamaruddin.

Haniza tergolong dalam kelompok menyokong Azmin. Senang cerita sokong Azmin pasal dah tak setia dengan Khalid Ibrahim. Nak kata Azmin berkaliber itu tidak mungkin pasal Haniza tersepit antara mahu menyokong Khalid yang arrogant atau memilih berada dalam kem Azmin yang nampak lebih selamat.

Selain Haniza, geng 15 ini disertai oleh Kamarul Baharin, Abddulah Sani, Manikavasagam, Gwo Burne Loh dan diketuai oleh Azmin. Sebagai tanda protes kepada pengekalan jawatan MB Khalid, geng ini nak lepaskan jawatan bagi memberi tekanan pada Khalid Ibrahim.

Rumors pasal Haniza nak letak jawatan barangkali betul kerana channel nak naikkan marah rakyat dan penyokong dengan membuat rumors macam ini. Biaqla penyokong yang sampaikan dimeja-meja bulat kedai kopi, yang jadi bahan juga adalah kelemahan Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, lebih baik Khalid dikekalkan sebagai MB. Biaqla dia lebih dengaq cakap amoi-amoi DAP daripada geng sendiri. Masa dia nak kena tendang keluar pun pasti akan tiba.

Ini nak bagi ujian kat UMNO Selangor buat kerja lebih masa. Rugi kalau UMNO Selangor tak ambil port dalam hal ni.

Monday, June 28, 2010

Bila Anwar Buka Mulut Satu Haram Pun Tak Boleh Pakai.!


He..he..he..

Boleh ker cakap Anwar Ibrahim ini diterima pakai?. Dia cukup pakar dalam hal kelentong dan obses delay mendelay selain bikin gempar tapi satu habuk pun takda. Dah banyak contoh dah Anwar Ibrahim nie jadi munafik dan fasik pada negara.

Tiada Ahli Parlimen Cuba Guling Khalid
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat beberapa ahli parlimen parti itu cuba menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Beliau berkata, perkara tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat tertinggi parti.

"Kedudukan menteri besar memang tak berbangkt. Saya ikuti juga dalam media dan blog tapi saya tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau betul-betul ada, takkanlah tidak dibawa kepada saya.

"Tan Sri Khalid terlalu banyak dibebani dengan tanggungjawab seperti menjaga soal pelaburan, diminta untuk menjaga Wilayah termasuk Kampung Baru. Jadi beliau minta untuk melepaskan tugas parti.

"Setelah berbincang, kita minta YB Azmin jaga Selangor dan Datuk Zaid jaga Wilayah.

"Sebab banyak tanggungjawab di negeri ini khususnya, banyak kerja yang dibuat jadi kita pertimbangkan keadaan tersebut dan bagi saya itu tidak ada masalah," katanya lagi.

He..he..he..

Bila masa pula yang Khalid ni diarah ambil tahu pasal Kg. Baru. Menteri pun dah kasi warning jangan kacau area melayu tu. Pelaburan.? mana pelaburan yang PKR bawa ke Selangor. Ladang babi mungkin ye.

Macam cuba nak cover tepuk tampar meja masa gathering PKR hari tuh. Telinga Anwar pun merah bila Azmin berkeras nak jadi Chief PKR Selangor. Dalam dok sibuk Azmin bertekak dengan Khalid, Zaid Ibrahim pantas masuk cash deposit di Wilayah. Kalau jadi PRK Batu dulu dah boleh agak sapa jadi calon ganti Tian Chua.

Kena tahu, bila Anwar buka mulut satu haram pun tak boleh pakai.

Thursday, June 24, 2010

KJ Sedar Atau Balas Dendam Pada Najib?

Aku terima SMS dri seorang sahabat. Oleh kerana tiada laptop dan luar kawasan aku tulih dari BB buruk nie saja.
Salam: KJ K.P UMNO buat tidak faham maksud yang tersirat dlm kenyataan Ka Siong ketika mempersoalkan 'adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA'. Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin MARA hendak disamakan dgn JPA. MARA KHAS UTK MELAYU. JPA utk semua KAUM. Kalau nak disamakan keduanya, kemana akan pergi KEISTIMEWAAN ORG MELAYU.

Apalah MP mcm KJ tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Oxford tak ajar budaya bahasa melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'Yang tersurat dan Tersirat'. Kalau cam tu baik berenti jadi MP, sama mcm Ka Siong. Tak kan kerana hati parti komponen sanggup gadai bangsa sendiri.pemuda umno pertama kali dlm sejarah jual bangsa bawah KJ.
Sebarkan
Errkk..tercekik ketika menikmati nasi lemak bila baca SMS ini. Training Wataniah sebulan belum mematangkan Khaiy pada tatakenegaraan. Itu pasal Najib reject masuk kabinet.

Pembangkang suka bola tanggung macam ni

Minta makcik Rogayah tambah sikit cili dan belacan buat lauk santapan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 23, 2010

Hoi Deris...11 PRK Tapi Dah boleh Jimat 3.!



Selain arahan penuhkan blog dan web Harakah dengan iklan ubat kuat, ngomel macam nenek yang hilang gigi palsu lebih seronok nak kenakan kerajaan. Macam bijaksana pemikiran depa semua.

Ketua Penerangan yang selalu tertinggal bas, Idris Ahmad komplen lagi pasal wang yang konon didakwanya membazirkan wang rakyat. Nanti sat kejap lagi sampai la..

PAS mahu PDRM berjimat
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM31 juta untuk lima PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau.

“Itu baru lima pilihan raya kecil. Bagi baki enam pilihan raya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat,” ujarnya.

Ini, katanya jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Sumber: Harakah Daily

Errmm...

11 PRK tapi macam boleh jimat 3 kawasan kalu tiada YB yang gatal merenyam letak jawatan. Dari 11 sepatutnya dah boleh jimat 3 PRK. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti. Ini 3 kawasan bikin PRK pasal dah gatal bijik letak jawatan. Yang sorang nak obses delay kes, sorang lagi dah kantoi kahwin 2 yang sorang lagi kena cilok dengan geng sendiri.

Tak hairanlah kalu PRK itu pasal YB dicabut nyawa awal. Itu namanya gentleman kalu beradu pun. Bukannya letak jawatan lepaih itu buat tak tau bila dah menang.

Orang-orang PAS ini akai selalu setengah masak. Itu pun bercita-cita nak tawan Putrajaya. Tak boleh bagi muka sangat kat depa kena selalu rembat balik apa depa cakap.

Pakai kopiah tapi memalukan orang Islam. So, fikir sendiri sapa yang membazirkan wang rakyat?

Faekah Masih Solo...Itu Yang Khalid Tergagap-gagap.


Agak sinis bila pejabat MB Selangor merombak struktur organisasi kononnya untuk lebih tersusun dan berdaya maju. Nik Nazmi yang cemerlang sudah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Komunikasi PKR Pusat. Tahniah

1. . Memang politik PKR sangat berbelit pasal Anwar pun jenis kaki belit. dan obses men-delay. Aku kata belit pasal Faekah dan Nazmi kedua-duanya patuh pada Azmin cuma bezanya dalam beberapa hal saja Faekah boleh terima kata Azmin. Yang lain pergi jahanam. So, kat mana yang berbelit? Faekah tuh tak sukakan Anwar tapi boleh berkompromi dengan Azmin. PKR memang berbelit.

2. Nik Nazmi memang budak suruhan Azmin itu tak dinafikan. Masalah pentadbiran negeri di bawah Khalid semua didalam kocek Azmin. Sapa yang boleh bocorkan dokumen penting kalu bukan Setpol sendiri yang ada akses untuk capai dokumen hijau atau merah. Cara Azmin pantau Khalid sama macam mandor toreh getah perati anak buah buat kerja. Penuh dengan sikap bongkak.

3. Faekah Husin pun sama merenyam juga. Dari dulu sampai sekarang dia memang penyokong kuat Azizah. Lagi kuat dia peluk Azizah bila Anwar dihumban ke penjara tahun 1998. Kiranya semenjak itu dibelakang Azizah adalah Faekah. Boleh tahan jambu juga dia ni.

4. Yang anehnya, Khalid Ibrahim yang sudah berbinikan Rahimah masih lagi mahukan seorang anak dara sunti menjaga hidupnya. Bini betul tak cukup, Eli Wong setakat penyedap dalam meeting exco. Alasan Khalid mahu Faekah adalah kerana dia masih lagi solo dan bujang trang tang-tang. Itu kelebihan Khalid, dia gagap tapi bermutu dalam hal ehwal wanita.

5. Itu saja. Pasal Nazmi nie budak Azmin atau Faekah nie kesiankan Azizah itu semua wayang PKR yang dah diketahui umum. Depa dari dulu lagi parti yang berbelit-belit kerana dipimpin oleh ketua umum yang kaki belit dan obses men-delay sapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim.

Anak dara lagi Faekah tu.

He..he..he..

Tuesday, June 22, 2010

Zuraida Gedebe Pun Tackle Dr. Asri

Alah cakap banyak pula Zuraida pasal Dr. Asri. Kita tau la masa Dr. Asri kena ambush dia pun ada sekali tapi itu bukan kredit untuk tarik join Pakatan yang amalkan 'Politik cakap tak serupa bikin'. Jubah saja labuh tapi duit sewa pejabat pun tak mau bayaq. Berdosa pecah amanah.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula berkata, beliau juga tidak percaya Dr Mohd Asri akan menyertai Umno kerana "beliau sendiri amat menentang prinsip yang dipegang Umno"

Bagaimanapun Zuraida menambah, pihaknya akan bersikap terbuka dan tidak akan mendesak Dr Mohd Asri untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sebaliknya, jelasnya, terserahlah kepada kebijaksaaan Dr Mohd Asri untuk menentukan masa depannya melalui sesuatu parti politik.

"Kami percaya, jika beliau (Dr Mohd Asri) nak masuk dalam dunia politik, beliau akan masuk Pakatan," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.
Dun touch me..dun touch me..dun touch Dr. Asri..

Monday, June 21, 2010

Dr. Asri Masuk UMNO, Apa Kata Nik Aziz?

La nie semua orang sibuk dengan khabar angin Dr. Asri (yang nak kena pancung dengan Dr. Badrul Amin) akan menyertai UMNO. Samada perkara itu serius ataupun cerita meja bulat, reaksi jika benar Dr. Asri masuk UMNO mesti ada macam-macam.

Paling terkesan mengutuk adalah Nik Aziz pasal dia perasan yang PAS itu adalah lubuk terbaik untuk kembangkan dakwah pada bukan Islam. Tambahan pula, bukan Islam pun dan ada dewan sendiri tapi tak sanggup nak masuk Islam dan potong anu kasi nampak lekuk.

Baiklah, start hari ini sampai 25hb Jun cuba kita lihat bagaimana reaksi YB PAS pasal Dr. Asri (yang nak kena pancung dengan Dr. Badrul Amin) samada menjadi atau tidak join UMNO yang bercita-cita nak menang besar pada PRU akan datang.


Nik Aziz Padam..Jenice Lee Abadikan Nama Pada Kucing Juga.


For Najib's Cat Name, here is my suggestion for him to choose:

1) Althantuya
2) Teoh Beng Hock
3) Kugan
4) Aminulrasyid Amzah

Nama mereka yang telah Meninggal Dunia dan Mati ni pula di jadikan bahan jenaka oleh Adun DAP Teratai ni. Memang betul betul menghina arwah si Mati.

Ni lah di namakan kegilaan dalam Politik bila apa sahaja pasti akan di gunakkan tampa mengira sensitiviti dalam sesetengah hal. Selagi boleh di gunakan maka mereka akan gunakan tampa perikemanusiaan.

Si Janice Lee ni sebenarnya agak Gila barangkali mempunyai sawan BABI. Rakyat Malaysia seharusnya mengutuk kenyataan Janice ini yang telah melakukan penghinaan kepada si mati. Pihak Keluarga nama nama di sebutkan Janice ini sewajarnya bertanyakan pada Janice apa motif meletakkan nama si Mati sebagai nama BINATANG.
Boleh tanye Gomo pasal Gomo dengan Janice Lee selalu berlaga angin. Mungkin tak dapat habuan masa pertandingan cari tikus yang dibuat di DUN Teratai. He..he..he..

Hoi, Nik Aziz...Janice samakan yang mati dengan kucing. Lepas Nik Aziz padam namanya diletakkan pada binatang. Baru sikit depa tunjuk kuku belum lagi depa perintah Malaysia.

Sudahlah Khalid...Selangor Pun Tak Terjaga


Alahai, kes rembat duit pasir pun tak setel lagi nak rembat pasir di Kg. Baru pula.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.

Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.

“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini. Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.

Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.

“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik. “Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru. “Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.

Sebelum itu, YB pembangkang bukan boleh percaya. Depa semua dah tau Nuar jubo terlibat dengan main bontot tapi pasal nak dapat undi semua pakat-pakat senyap. Orang PAS lagi tau kulit sebenar Nuar jubo. Nak undi punya pasal bukan nak bela orang Melayu pun.

Kalau Betol Ada Terrorist Pakai Jubah PAS..Mahfuz Nak Kata Apa?

PAS akhirnya mengaku depa adalah sebahagian daripada rangkaian pengganas di Malaysia. Erti maksud kata, pengganas memecahbelahkan kefahaman orang Islam.
PAS sangat kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam. Ini, katanya sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada PAS yang merupa parti politik Islam yang mendapat tempat di kalangan masyarakat bukan Islam. - Bodoh.!

“Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan. - Bangang.!

Baginya, Umno mengharapkan bantuan Musa Hassan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih maju. - Butuh.!

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir parti itu. - Bahlol.!
Kalu ditakdirkan betoi-betoi ada terrorist berselindung dalam jubah PAS dan menetap di pondok kat Pokok Sena, apa Tuan Bean PAS ini mau cakap. Nak cakap itu juga orang UMNO? Kita tau kebanyakan terrorist berfahaman Islam ortodok dan ada yang menyokong perjuangan PAS untuk sebuah negara Islam.

Tapi itu dulu, PAS hari ini dah campak negara Islam dalam tongsampah DAP.

Itulah Mr Bean PAS...bodoh tak boleh diajar..

Wednesday, June 16, 2010

Palestin: PAS Cuma Tahu Ambil Bau Saja

Heheheh..lebai PAS cuma boleh melalak dan berbaring ataih jalan bawa bendera Palestin macam kes di Kuala Kangsar dulu. Ingat lagi tak..!

PGPO rancang Guna Semua Laluan

Perdana Global Peace Organisation (PGPO) merancang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menerusi penggunaan semua laluan secara serentak selepas dua percubaan sebelum ini disekat rejim Zionis.

Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lalu, Israel menyekat bantuan yang disalurkan menerusi jalan darat di Mesir, dan baru-baru ini pula, merampas serta menyerang kapal yang cuba menghantar bantuan melalui laut.

"Dah dua kali gagal. Kali ini kita gunakan semua laluan serentak...laut dan darat.Kita mahu tunjukkan perpaduan kita dalam menyampaikan bantuan kepadapenduduk Gaza,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Jom Pakat Pi Tengok Bola” di Menara Alor Setar di sini, malam tadi.

Beliau berkata, walaupun pihaknya berasa seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu penduduk Gaza berikutan sekatan serta halangan oleh rejim zionis, namun demi kemanusiaan, usaha menyalurkan bantuan perlu diteruskan.

"PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu) gagal desak Zionis. Desakan demi desakan oleh masyarakat dunia pun tidak berkesan. PBB dan keluarkan lebih 80 resolusi mengecam Israel, tetapi sampai sekarang tiada tindakan. Israel terus langgar undang-undang antarabangsa.

"Sepatutnya, sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sekarang dikenakan pula ke atas Israel. Masyarakat dunia boleh kenakan sekatan ekonomi dan politik sehingga Israel akur. Tetapi malangnya, Israel dapat sokongan Amerika Syarikat dan negara Barat,” katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagaimanapun, usaha membantu penduduk Gaza mesti diteruskan dan tindakan Malaysia dalam perkara itu sentiasa diperhatikan masyarakat dunia.

Beliau berkata pihaknya akan meminta bantuan Wisma Putra bagi menjayakan rancangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM)menganjurkan Misi Konvoi Ramadan ke Gaza dengan mengumpulkan seramai 500 aktivis menjelang bulan puasa Ogos ini.

"Kita akan minta Wisma Putra runding dengan Mesir untuk membuka sempadan Rafah. Kita nak pergi beramai-ramai ke Gaza bukan hanya hantar makanan, tetapi sama-sama meraikan bulan Ramadan,” katanya.

Huhuhu...Tahu ada perwakilan PAS lantang kata pejuang Palestin sebenar ialah orang PAS. Tak nampak YB PAS dalam round pertama discovery dulu. Nampak macam bendera dacing jer..

DHPP Yang Akan Singkir Hadi Awang


Tambahan: DHPP harapan kami

Bunyi macam tak konfiden...Nik Aziz lebih pilih Anwar sama macam Cina dalam PAS punya kalkulator

DHPP yang akan singkir Hadi Awang - Malaysian Insider
Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang dilancarkan bulan lalu sebagai sayap baru parti Islam itu, dijangka akan menerima hak mengundi untuk memilih barisan kepimpinan pusat selepas pilihan raya umum ke-13.

Meskipun wujud sedikit kesangsian berhubung arah aliran orang Melayu kepada PAS ekoran sikap pragmatik parti itu menerima bukan Islam sebagai ahlinya, rata-rata pemimpin kanan termasuk dari Dewan Ulama optimistik hak mengundi akan diberikan dalam waktu terdekat.

Betulkah boleh pilih tapi kenapa mesti lepaih PRU Ke-13. Mr Bean PAS cuba playsafe nak sedapkan hati

“Saya merasakaan dalam dua tiga tahun ini, ya, saya yakin selepas pilihan raya umum ke-13,” kata beliau dengan merujuk kepada tahap komitmen mereka kepada PAS.

“Bergantung kepada penilaian komitmen... bukannya penilaian ke atas prestasi (calon bukan Islam) dalam pilihan raya nanti, sebab menang atau kalau merupakan sesuatu yang turun naik (dalam politik), tetapi saya percaya Dewan Himpunan Penyokong patut diberi hak untuk mengundi,” kata beliau dengan berkata sayap ini sepatutnya telah dibentuk lebih awal lagi.

Baiklah tambahan sedikit, lebai-lebai atas pentas PAS lepaih ini akan lebih menjaga DHPP daripada perwakilan yang lain kerana undi penentu akan datang daripada puak-puak harbi ini. Dalam pemilihan lepaih pun kita tahu ramai yang hantar sejadah dan kain pelikat berserta duit untuk beli undi.

Apa ..! Islam untuk semua, podaah..! itu semua retorik nakkan kuasa.

Kalau PRU Ke-13 akan datang, PAS bungkuih terlungkup satu haram kerusi pun tarak masih ada tempatkah lagi DHPP? Dalam Muktamar di KB pun sudah ada suara akar umbi yang ditutup mulut dari melahirkan kekecewaan dengan tindak tanduk DHPP macam mana akar umbi tak marah.

PAS tak nampak realiti akar umbi yang kecewa.

Baguih..kah kah kah

Wednesday, June 09, 2010

Muktamar PAS Ke-56: Desak Tubuh Suruhanjaya Siasatan!

Utusan Malaysia

KOTA BHARU 7 Jun – Kerajaan Pas Kelantan mengakui kerugian yang ditanggung oleh Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) adalah kerana 'silap pengiraan' dari segi urusan pelaburan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun menegaskan, ia tiada kaitan dengan salah laku pengurusan dan keadaan masih terkawal.

Sehubungan itu, katanya, kegiatan koperasi yang didokong oleh puluhan ribu ahli parti itu telah dibekukan buat sementara waktu bagi penyusunan semula pasukan pengurusan.

"Masalah Kohilal sama seperti masalah perniagaan lain yang melabur dengan risiko yang perlu ditanggung sama ada untung atau rugi tetapi ia tidak ada kena mengena dengan salah laku pengurusannya," jelasnya.

Ini yang aku nak cakap - Skandal Kohilal yang telan duit puluhan ribu lebai-lebai PAS tanpa penjelasan rasmi supremo PAS menunjukkan ketidakcekapan kepimpinan PAS mengembangkan taraf ekonomi warga PAS. Ini sangat memalukan jika dibandingkan dengan pertubuhan Al-Arqam yang sangat berjaya sehingga menakutkan taikun Cina dalam dominasi sektor ekonomi domestik.

Persoalan yang mudah, jika Kohilal pun PAS gagal membantu ahli-ahlinya bagaimana PAS mahu memerintah Malaysia dengan track record gagal menguruskan ekonomi sendiri. Simpan je hajat itu wahai Mahfuz Omaq.

Mahfuz Omaq tolong buat desakan siasatan dalam ucapan di Muktamar PAS hari ini. Mahfuz Omaq terbukti dalam bikin desak mendesak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 04, 2010

Betoi Ker Nie Dr. Lo'Lok, PAS Tak Marah Ker.?


Lama betoi tak asah jari, hari ini nak start balik.

Entah macam mana, YB Titiwangsa tiba-tiba nak jadi srikandi Melayu. Rasanya PAS lebih kisah dengan Islam dari Melayu. PAS kata tuhan tak pandang bangsa tapi pandang agama.

Kenyataan Dr. Lo'Lok bunyinya agak aneh. Dia nak kata yang PAS tuh kisahkan dengan Melayu walaupun dah gadai prinsip bagi Dewan Himpunan bukan Islam pilih Presiden PAS. Kononnya Dr.Lo'Lok melenting merenyam bila kerajaan buka 40% pemilikan pada bukan Melayu.

Dr. Lo'Lok kata lagi Kg Baru perlu jadi pusat sehenti Melayu di mana segala-segalanya berkaitan bangsa itu, termasuk kebudayaan, konsep kejuruteraan, ekonomi, sosial, kesenian dan sejarah Melayu terdapat di situ. Boleh cek kat jentera rasmi psywar PKR.

Betul ker nak jaga hak Melayu ni.? Bunyi macam janji pilihan raya. Masa DAP hapus DEB awat PAS tak berdemo depan Komtar.? Sultan Azlan, payung orang Melayu kena saman dengan benggali OKU, PAS membatu macam kura-kura. Banyak lagi kalu nak tulih dosa besar PAS pada orang Melayu.

Bila masa pula PAS beriya-iya nak jadi jaguh bangsa Melayu. Dia ni tak takut dengan bukan Melayu dalam PAS yang dah berkira-kira nak tukar Presiden PAS. Nasib la PAS lepaih ni bukan Isle pun boleh tentukan Presiden PAS dan barisan charlie chaplinnya.

Nizar yang di Bukit Gantang pun mengharapkan Cina Kuala Sepetang bagi undi lepaih sponsor satu kontena Heineken. Kalau tak jangan harap Nizar buleh jadi beruk dalam Dewan Rakyat angkat sumpah dulu.

Nampak macam Dr. Lo' Lok dah hint supaya wujudkan Ketua Srikandi Perkasa Cawangan PAS Titiwangsa.

Dr. Lo'Lok ni nak kena komplen dengan Nik Ajis. Khalid Samad tolong adu pada Lembaga Displin parti biaq Tuan Ibrahim ambil tindakan sikit. Jangan terkejutkan dia nanti kena serangan jantung, lagi satu PRK kat Wilayah pula.

Hehehe...