Friday, January 29, 2010

Tak Semudah Itu Anwar Hendak Ke Mahkamah


Penetapan tarikh 2 Feb 2010 sebagai tarikh Anwar mempersiapkan barisan Peguam untuk Sodomi II adalah seperti tarikh-tarikh yang sebelum ini. Walaupun mahkamah membatalkan permohonan Anwar bagi mendapatkan beberapa 'elemen penting' Anwar sebenarnya tidak gagal.

Seperti sebelum ini, bila menjelangnya tarikh perbicaraan Anwar akan mengulangi taktik dan teknik untuk 'mengelat' daripada berbicara soal kelambu dengan Saiful di hadapan para hakim,peguam,juri,keluarga dan yang utama kisah itu tidak boleh diketahui oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Bagi rakyat, taktik 'rally' yang diguna Anwar sudah sampai tahap menyampah tapi bagi pemujanya ia ibarat satu kemenangan yang harus diraikan. Momentum kebencian yang ditiup Anwar harus konsisten dan membengkak untuk persiapan ke Putrajaya.

Difahamkan, Anwar sudah memfailkan permohonan affidavit pada 28 Jan 10 untuk mengenepikan pertuduhan itu dan pada 2 Feb kelak dijangka Anwar akan memohon mengemukakan rayuan. Apa yang akan berlaku.? Satu lagi langkah 'slow motion' Anwar akan berjaya.

Seperti drama melayu yang boleh dibaca babak seterusnya, Anwar tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke mahkamah hanya mahu mengaibkan diri daripada berbicara soal keadilan yang dicari-cari Saiful. Tagline lawan tetap lawan ibarat sampah yang ditelan bulat bulat para penyokongnya.

Rakyat sudah semakin sedar, ' Mat Delay' seperti Anwar mengukuhkan lagi tanggapan bahawa perilaku sonsang Anwar benar-benar berlaku. Berilah apa saja alasan jika benar-benar diri seorang pejuang, berjuanglah seperti pahlawan terbilang. Itu lebih mulia dan dijulang.

Renungkan, tak pernah berlaku dalam dunia orang menubuhkan parti politik hanya kerana pemimpin politik ditangkap atas kes liwat dan orang juga tak tubuhkan parti politik hanya untuk menyelamatkan satu keluarga dan menyusahkan satu negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baru Sedar Sikat Rambut Tepi Seorang Diktator.!

Lim Dikritik Pemimpin PKR
Dipetik dari mstar
Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis. Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP .

'Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya. Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya. 'Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

'Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam,' katanya. Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

'Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,' 'Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahkan kepada kroni,' katanya."
Tokey - Ramai Melayu yang dah tau, cuma Zahrain yang baru perasan pasal gelap hati dengan kesegakan rambut belah tepi Guan Eng.

Thursday, January 28, 2010

Dulu Ada KEJAM, Kali Ini GEGAR Pula..!





Anwar Ibrahim makin takut dengan kes sodomi II bimbang rahsia dalam kelambu dia dengan Saiful pecah ke atmosfera Malaysia. Baru-baru ini di Perak, peliwat gentayang itu sudah melancar Gelombang Gerakan Rakyat (GEGAR) dengan perincian mahu mendedahkan kononnya ada konspirasi tahyul yang direka-reka. Apa punya bengong Anwar yang lari ke kedutaan turki dulu kata ada oang hendak 'assassination' dia tapi sampai hari ini dia selamba pergi road show seluruh Malaysia dengan tidak dijentik-jentik hidung langsung.

Dulu Abg Sam Ketot buat kerja bodoh dengan lancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM) yang sungguh memalukan bos dia kerana langsung naya tidak mendapat sambutan dan kali ini mahu tampil dengan imej yang malar segar dengan tagline baru GEGAR..!

TG menyeru kepada semua mujahiddin blogger yang ada dalam blogosfera supaya meletakkan logo GEMPUR yang membawa maksud Gerakan Menentang Peliwat Untuk Rakyat sepertimana diatas sebagai tanda sokongan menentang perilaku jijik manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Tokey - Mungkin esok lusa Anwar Ibrahim akan tampil dengan idea yang lebih inovatif, GOYANG..!

Monday, January 25, 2010

Ada Yang Lebih Meriah Selepas Ini.

Jangan kerana satu blogger bajingan PAS kita leka seketika. Masih ada pertarungan yang lebih penting menanti dimasa akan datang.[Rujuk]. TG akan berehat seketika kerana ada perkara yang lebih 'meriah' selepas ini.

video

Sunday, January 24, 2010

Zul Kulim Hanya Berani Dengan Khalid Samad

Kedua-dua YB diatas dari dulu sampai la memang jenis tak sebulu. Kalau ada watak budak yang buat gumpalan kertas gelar "ini kepala dia, ini kepala kamu" macam dalam cerita Do Re Mi, Anwar Ibrahim adalah orang yang layak pegang watak tersebut[Rujuk]. Ini ada satu satira terbaik untuk kedua-dua YB diatas.

Abg Mie [Rujuk] sudah ketuk kedua-dua kepala buat mereka berdua.

Zul Pendek mengesyorkan supaya Khalid Samad;

1. Tarik balik kenyataannya kerana menghina Islam, Yang Dipertua Agung dan Sultan Selangor dalam masa 24 jam.

Kalau tak tarik, ko berani ke pergi 'sepak' Khalid Samad? Ko nie pendek, berani ke atau cakap belakang aje berapi-api, kat depan terkencing dalam seluar pulak. Ko kena ingat, Khalid report kat Anwar, laki Zizah tu, sakit kau.

2. Yang Benggong (YB) Khalid Samad perlu minta maaf pada golongan YDPA dan Sultan Selangor.

Zul, Khalid tak perlu minta maaf pada seluruh umat Islam ke? Kita orang tak ada hati dan maruah ke Zul Pendek bila mendengar kenyataan bodoh dari Khalid tu!
3. JAIS kena dakwa Khalid Samad.

abe MIE kira JAIS di bawah Dr. Hassan Ali hanya tahu menangkap Dr. Asri aje. Kat Selangor, kahwin tanpa Wali, Hassan Ali tak tangkap.
4. Polis perlu tangkap atas pertuduhan jenayah.

(Ko tahu ke Khalid Samad bukannya penjenayah. Peliwat pun tak ditangkap- pemimpin ko lah Zul Pendek).

5. PAS perlu siasat.

Zul nie mabuk ke yang pemimpin dan ulama PAS pun sebulu ketiak dengan Khalid Samad.

T0key - Rasanya agak melucukan kerana Zul Kulim lebih senang sparing partner dengan Khalid James Samad kononnya kerana prinsip pertahankan Islam. Adalah lebih seronok jika dia mengajak sekali Anwar Ibrahim kerana peliwat itu juga sudah terang-terang menyatakan sokongan kepada pihak gereja. Mungkin kerana fikirkan elaun dalam tuntutan Qazaf Anwar , Zul Kulim pejam sebelah mata pada bosnya.

TG ingin dedikasi khas lagu ini buat Zul Kulim.

http://www.youtube.com/watch?v=X6jkpn9hNcQ

Friday, January 22, 2010

PRN Perak.? Bhg 2

Sebelum ini TG persoalkan adakah Nizar bersedia untuk kosongkan kerusi DUN.? Jawapan itu hanya Nizar yang tahu.!

Jika keputusan mahkamah memihak kepada Nizar sekalipun pasti Tuanku Sultan tidak akan perkenan untuk dibubarkan. Alasannya, ia akan membazirkan duit rakyat dan membuang masa.

Kenyataan Nizar berkaitan sokongan kepada PR makin merosot sebenarnya lebih untuk mengejutkan semula lamunan rakyat dan meraih semula sokongan kepada PR setelah pelbagai isu yang tidak memihak kepada PR khususnya PAS setelah lesu dalam agenda perjuangan Islam dan Melayu.

Secara umumnya, 28 ADUN PR Perak tidak bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing terutamanya ADUN PAS yg sudah 'tercabar' dengan arah sokongan rakyat kepada BN Perak. Kecelaruan PAS antara penyebab pengundi yg memberi undi kepada PAS dulu sudah sedar dengan tingkah laku PAS yg akrab bersama DAP dan PKR. Pengundi masih meyakini BN untuk mentadbir.

Apapun kita hanya merancang Allah S.W.T yang menentukan bukan Nik Aziz yang auta tentukan sorga dan neraka seseorang itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Garam: 'Khalifah Umar' Kedekut, Membunuh Pula Tu.?

Nasihat Bahaya Perahu Naga Dilaut Terbuka Tidak Endah

Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang (PDBA) mendakwa pernah menasihatkan kerajaan Pulau Pinang agar tidak menganjurkan latihan atau perlumbaan perahu naga di kawasan laut terbuka kerana ia berbahaya tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Presiden persatuan itu, Lim Chew Hock berkata, nasihat itu pernah disampaikan oleh beliau kepada Anggota Exco Kerajaan Negeri Danny Law Heng Kiang tetapi nasihat itu bagai mencurah air ke daun keladi. Malah pandangan persatuan tidak diambil peduli.

"Nasihat dan cadangan itu ditolak dengan alasan saya bukan ahli jawatankuasa Penang International Dragon Boat Festival dan tidak berhak memberi apa-apa cadangan ataupun nasihat kepada penganjur," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Lim mendakwa laut terbuka tidak sesuai dijadikan tempat latihan mahupun pertandingan perlumbaan perahu naga kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mempunyai pelbagai risiko seperti ombak besar, arus deras, pasang surut air dan keadaan cuaca semasa.

Lim berkata sejak pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, pusat latihan di Tanjong Tokong telah dipindahkan ke perairan Jeti Nelayan Bandar Seri Pinang iaitu satu kilometer dari tempat kejadian perahu naga terbalik itu.

Katanya kerajan negeri sekarang juga telah mengurangkan subsidi kepada kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000 sahaja dan disebabkan pengurangan peruntukan itu, ia menyukarkan kelab sekolah untuk berlatih di pusat kegiatan air yang dikenakan bayaran.

Persatuan itu menggesa kerajaan negeri mengenakan syarat keselamatan yang ketat sebelum memberi kelulusan kepada mana-mana kelab yang menyertai perlumbaan perahu naga. Lim berkata syarat keselamatan itu haruslah merangkumi pengambilan jurulatih yang berpengalaman, pemilihan lokasi, kelengkapan latihan dan latihan berenang.

Sumber - Berita Harian 21 Jan 2010

Tokey - Mulai esok TG akan sikat rambut tepi macam Guan Eng, segak dan bergaya.

Email: Bersediakah UMNO.?


Tulisan ini dikirimkan oleh pembaca yang mahu berkongsi pandangan berkaitan situasi politik Perak.

Desas desus mengatakan PRN Perak bakal diadakan tidak lama lagi semakin kencang. Ianya semakin kuat kedengaran di kalangan pihak Pakatan Rakyat yang sedang merangka persiapan bagi menghadapi PRN negeri itu sekiranya DUN Perak dibubarkan tidak lama lagi. PAS melalui ‘harakahdaily‘ turut menekankan isu ini dengan mendakwa pihak PDRM [rujuk] sudah mengarahkan anggotanya membuat kad pengenalan awam bertujuan untuk menghadapi PRN yang dikatakan akan diadakan tidak lama lagi.

Beberapa interpretasi kebanyakan pihak juga dilihat seolah-olah bersetuju bahawa PRN Perak akan diadakan dalam tempoh terdekat. Kenyataan berbentuk “pshywar” oleh Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis di Perak [sebanyak 7 hingga 8 peratus] menunjukkan bahawa mereka sedang merangka sesuatu bagi menghadapi PRN kelak. [rujuk]

Strategi “reverse pshycology” yang seringkali digunakan pihak pembangkang menjelang sesuatu pilihanraya dianggap senjata ampuh mereka bagi menghadapi PRN kali . Umum mengetahui bahawa sokongan kepada UMNO tidak banyak berubah walaupun parti itu memerintah kerajaan negeri ketika ini lalu kenyataan Nizar Jamaluddin itu menggambarkan tindakan beliau yang ingin mewujudkan sentimen ‘keselesaan’ di kalangan ahli dan pemimpin UMNO Perak.

UMNO seharusnya berperanan dalam menyebarkan maklumat yang benar dalam memaklumkan rakyat berhubung isu politik semasa tanah air. Akhir-akhir, pihak pembangkang sentiasa mencari ruang untuk mengkritik kepimpinan kerajaan khususnya yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Tindakan pro-aktif dalam menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terbanyak membabitkan isu-isu politik semasa benar-benar menjejaskan imej dan kewibawaan UMNO sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya.

Isu-isu seperti penyelewengan melibatkan kerajaan samada Pusat mahupun Negeri seperti kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM, kegagalan menghadiri Dewan Rakyat dan terbaru isu pengunaan kalimah Allah mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada UMNO. Peranan PR dalam menimbulkan prasangka buruk kepada kerajaan dokongan UMNO berada di tahap yang membimbangkan kerana ianya dilakukan secara konsisten menerusi segala jentera yang dimiliki pihak pembangkang terutamanya blog dan laman-laman web.

Contoh terdekat, pengaruhMalaysiaKini ’ di kalangan rakyat bukan Melayu khususnya memberi kesan buruk kepada reputasi kerajaan. Seringkali laman web ini menyelongkar kebobrokan pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya UMNO.

Perubahan pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat dilihat mampu merubah senario politik di Perak sekaligus menaikan semula semangat perjuangan ahli dan pemimpin parti tersebut bagi menghadapi PRN yang diura-urakan akan didakan dalam masa terdekat. Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Presiden UMNO berjaya membawa kesan positif ke dalam parti tersebut yang kini sedang berusaha untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.

Sebagai contoh, program UMNO yang diadakan di Stadium Ipoh hujung tahun 2008 yang mencatat kehadiran seramai kira-kira 40,000 orang menunjukkan rakyat di Perak mula memberi harapan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Indeks Petunjuk Prestasi [KPI] dan Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA] dilihat mampu memberi kesan kepada prestasi ADUN dan Ahli Parlimen BN/UMNO di seluruh negara.

Malah, kehadiran hampir 20,000 rakyat di majlis pelancaran program Juara Rakyat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini di Bukit Sentosa, Hulu Selangor menggambarkan pulihnya penerimaan rakyat terhadap Kerajaan. Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsisten melaksanakan pelbagai usaha untuk mengukuhkan perpaduan di dalam UMNO selain di kalangan parti komponen BN. Gagasan “1 Malaysia” ilham Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpaksikan kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia menjadi pemangkin kepada perpaduan kaum dan kejayaan UMNO memerintah negara ini.

Persoalan ini dilontarkan kepada UMNO, bersediakah mereka dan sejauh mana keyakinan PR untuk berkuasa semula di Perak?

oleh: Ex- VIP

Thursday, January 21, 2010

Kenyataan Ketua Penerangan Yang Dungu

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa perahu naga yang terbalik di Pulau Pinang pada hari Ahad, 17 Januari baru-baru ini.

Insiden malang ini menyebabkan negara kehilangan enam warganegara muda melibatkan seorang guru berusia 20 tahun, Chin Ai Fang dan lima pelajar dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Air Itam-Jason Ch’ng, Chin Aik Siang, Cheah Zi Jun, Koh Yizhiang dan Brandon Yeoh. Daripada 18 orang yang menaiki perahu naga tersebut, hanya 12 orang sahaja yang dapat diselamatkan.

Pastinya tragedi ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa dan pelajar-pelajar lain. Insiden ini boleh dianggap kecuaian yang terburuk melibatkan pelajar sekolah selepas tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober tahun lalu.

PAS mahu punca tragedi ini disiasat dan meminta Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memberikan pampasan kepada keluarga mangsa kerana gagal mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Penggunaan jaket keselamatan adalah perkara wajib bagi aktiviti sukan khususnya yang melibatkan kawasan laut dan sungai. Maka adalah tidak wajar, pihak sekolah memandang remeh perkara ini hingga menyebabkan enam nyawa terkorban."

Ustaz Idris Awang,

Tokey - Bila runtuh jambatan Kuala Dipang lantang salahkan Kerajaan BN Perak. Takut benar PAS dengan Ketua Menteri yang bersikat rambut tepi itu. Sungguh memalukan PAS hari ini...

Spin..spin..

Gong Xi Fa Chai Dari Anwar Sekeluarga

All molotov cocktail sponsored by Dog And Pig Dynamite formly known as DAP

Wednesday, January 20, 2010

UMNO Masih Konsisten, PKR Yang Makin Direject Rakyat.

Sungguh menghairankan dunia politik hari ini. Yang mengata kata kuat dan berpengaruh sebenarnya indah kabar dari rupa. Yang kata lemah dan tak bermaya masih lagi konsisten maintain tanpa masalah. Sepatutnya, yang kuat dan hebat mampu berdiri teguh dan tak goyang dengan gegaran.
PKR Cabang Kuala Selangor dikatakan bubar. Yang lagi hairan PKR dalam negeri selangor yang diperintah oleh PKR tapi paling hairan sebab bubar tak percaya pada Khalid Ibrahim. Tak tahu pula tak percaya Khalid seorang yang gagap atau sebab gagap depa tak percaya kepada Khalid. Yang mana satu betol PKR Kuala Selangor ada jawapan.

Imbas balik, Cabang Ijok dibubarkan beberapa bulan yang lepas. Alasannya tetap sama, hilang kepercayaan pada Khalid. Bagaimana Khalid nak jadi pemimpin kalu rakyat tak percaya pada dia. Nak pimpin macam mana bila semua benda buat penuh dengan kecurigaan rakyat yang memerhati..!

Anwar Ibrahim dah tahu. Dia dah tahu lama dah PKR akan hancoq bila dia kembali ke asrama Sg. Buloh. Sebab itu dia tak pernah apply untuk jadi ahli seumur hidup. Anwar hanya mahu menjahanamkan bumi Malaysia sebab dendam yang tak pernah padam pada UMNO pecat dari jawatan TPM. Itu matlamat Anwar.

Sepatutnya, PKR yang kononnya berpengaruh di Selangor dan Malaysia mesti punyai Cabang dan Ranting yang mantap dan UMNO yang parah lebih banyak bubar Bahagian atau Cawangan sebab sudah hilang kepercayaan rakyat. Hari ini sudah terbalik.Anwar yang kata PKR makin kehadapan dalam penerimaan rakyat rupanya makin terlingkup.

Rakyat perlu menilai, yang mana satu kepimpinan yang berkualiti dan kepimpinan yang tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri. Sedih sungguh masih ramai lagi yang bermimpi disiang hari mahukan Anwar Ibrahim dan PKR MENJADI penyelamat bumi Malaysia yang akan aman tanpa mereka disini.

Mahfuz Omaq kata UMNO semakin ditolak rakyat tapi tak pernah dengar Bahagian atau Cawangan UMNO yang dibubar kecuali cawangan kapten pencen Zahar Hashim itu pun dia taja buka cawangan PAS. Siapa sebenarnya yang perasan bagus konar baring nie....

Nizar Akui Sokongan Melayu Kepada Pembangkang Di Perak Merosot

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sumber - Bernama

PRN Perak.?

Posting kali ini pendek...

Bersediakah Nizar, Ngeh, Nga dan Sivakumar mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Perak..?

Harakah Daily awal-awal lagi sudah lancarkan plan A seperti di PRK Bagan Pinang.

Komen...Komen...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 19, 2010

Takda I/C Takda Petrol

PAS Perak kini mengesan satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.
Antaranya adalah dengan mengarahkan semua anggota polis agar membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa. Bodoh..!

Dengan cara ini, anggota polis berkenaan akan boleh mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam. Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, dengan kad pengenalan polis, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa. Bangang..!

Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak. Semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS hampir menarik diri dari pilihan raya kecil itu apabila mereka mengesan banyak nama berganda dalam senarai daftar pemilih. Bahlol..!

Namun selepas didapati ia bukan berlaku di Bagan Pinang sebagaimana yang dihujjahkan balik oleh SPR, PAS meneruskan pilihan raya itu. Ini bermakna, pendaftaran berganda ini mungkin dirancang sedemikian rupa khasnya di Perak." Lagi Bodoh..!

Tokey - PAS selalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalu budak-budak Polis nie tak telus takda la PAS nak merasa perintah Kedah dan lain-lain negeri. Lepaih ini sesiapa yang nak beli minyak takda I/C melopong tepi stesyen minyak. Itu saja...

Ibrahim Ali: No More Islamic, PAS Sudah Membangun Bersama DAP

BATU PAHAT 18 Jan. - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut.

Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam.

Kira-kira 1,000 orang dari beberapa daerah di negeri ini hadir pada majlis pelancaran itu. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Yang Dipertua (YDP) Perkasa Sabah, Musli Oli dan YDP Perkasa Sarawak, Abang Nasser Abang Hadari.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa mengulas kenyataan terbuka Menteri Besar Kelantan bahawa wujud budaya cah keting dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya.

Sementara itu, Ibrahim meminta para pemimpin Islam yang tidak arif dalam soal akidah dan hukum Islam tidak lagi memberikan sebarang kenyataan berhubung isu agama.

Menurutnya, ini perlu bagi mengelak kekeliruan orang ramai yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.

"Biarkan alim-alim ulama muktabar memberikan pandangan mereka," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 18, 2010

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja.

Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..". Gila punya menantu



Rewind: Senjata PAS Makan Diri.

Dalam buku Qazaf itu Abdul Hadi cuba menutup fitnah Pas. Ini kerana yang mendedah keaiban Anwar bukan UMNO, tetapi Pas. Mungkin ada orang-orang tertentu yang menjadi seteru Anwar dalam UMNO turut menggunakan keaiban Anwar untuk menjatuh beliau selepas tersebar khabar angin mengenai salah laku seks beliau, tetapi yang jelas ialah Pas lebih ketara dan lebih berkesan dalam menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan.

Sebagai contoh Pas melalui Harakah dan Tamadun membuat serang besar-besaran dalam mendedahkan keaiban Anwar dengan tujuan untuk menggunakan isu salah laku seks beliau sebagai senjata untuk menjatuh kerajaan.

Harakah dan Tamadun pada tahun 1997 dan tahun 1998 menyiarkan pelbagai cerita dan komen yang sensasi mengenai Anwar dan yang jelas menjejaskan imej bekas Timbalan Perdana Menteri ketika beliau masih berada dalam kerajaan.

Ahmad Lutfi hampir setiap keluaran Harakah dan Tamadun menulis tulisan yang mencemarkan imej Anwar. Ahmad Lutfi baru mengubah pendirian dan berhenti menyerang Anwar pada September 1998.

Beliau dalam Harakah keluaran 7 September selepas Anwar dipecat mula mengubah pendirian dan menunjukkan sikap sedikit simpati kepada Anwar dan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pula.

Selain Harakah dan Tamadun, ceramah-ceramah Pas juga digunakan untuk mendedahkan keaiban Anwar untuk menjatuhkan kerajaan. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Muhamad Sabu umpamanya dalam ceramah beliau di merata tempat menggelarkan Anwar sebagai Anwar al-Juburi.

Selain itu Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md. Taib pernah bersetuju membuat rakaman video dengan seorang mangsa Anwar ketika beliau masih menjadi Imam Masjid Negara. Beliau pada ketika itu masih bekerja dengan kerajaan, tetapi hati telah berpihak kepada Pas.

Dikatakan beliau bersetuju membuat rakaman luahan hati mangsa berkenaan kerana berniat untuk merencanakan perkara itu bagi menentang Anwar dan sekali gus membantu Pas menjatuh kerajaan.

Bagaimanapun, seperti kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.
Pas atau Taib Azamudden tidak sempat menggunakan rakaman video dengan mangsa Anwar sebagai senjata untuk menghentam UMNO atau kerajaan.

Ini kerana tidak berapa lama selepas itu Anwar dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Sedangkan Taib Azamudden pula kembali ke pangkuan Pas. Sebagai hasilnya senjata Pas itu menjadi senjata yang memakan diri sendiri.

Kini rakaman video Taib Azamudden itu tersebar luas di kalangan masyarakat. Jika memperhatikan tindak tanduk Taib Azamudden sejak berada dalam Pas, kita akan mendapati bahawa beliau merupakan seorang ahli politik Pas yang paling kurang bercakap tentang Anwar.

Kenapa? Jawapannya kerana beliau sendiri percaya apa yang dilakukan oleh Anwar berdasarkan kepada perbincangan beliau dengan mangsa Anwar yang dirakam dalam video itu.
Rakaman yang memakan masa lebih satu jam dan salinan yang dibuat ke atas kertas pula melebihi 20 muka surat itu mengandungi pertanyaan, minta nasihat, kaunseling dan pandangan agama oleh mangsa.

Anwar Makin Kempunan, Forum Langsung Tak Laku

Program Anwar untuk mengumpulkan rakyat bagi mempercayai imaginasi tahyul dia kena main dengan kerajaan dalam hal konspirasi telah gagal dan kecundang. Forum Anwar on Trial di Komplek Penyayang, Penang malam sabtu tempoh hari hanya mampu mengumpulkan tidak sampai 100 orang itupun setelah dibayar RM 10 masih ada yang sudi nak datang mendengar tok dalang Yusmadi bermain wayang.

Yusmadi dan Sim Tze hanya mampu syok sendiri dengan forum yang tidak lebih daripada sebuah ceramah syok sendiri ibarat sitcom cara-cara nak main wayang kulit yang disponsor oleh Anwar [rujuk]. Rata-rata yang datang tengok pun tercongok terpaksa dengan drama Yusmadi dan barisan panelis yang gagal menyakinkan termalogi kononnya ada konspirasi. Panelis yang hadir semua terpaksa penuhkan jadual program yang dirangka Anwar.

Lagi melucukan bila Mat Ketot Shamsul buat ceramah di depan Pejabat PKR Cabang Tasek Gelugor yang hadir sungguh tidak disangka-sangka hingga menyeksakan lalulintas. Jangan terkejut yang hadir bukan 10,000, 1,000 tetapi cuma 100 orang budak-budak AMK yang dipenuhkan tank minyak motor untuk mai penuhkan crowd.

Johari Abdul yang sepatutnya beri ceramah paling koman pun sejam terpaksa pendekkan masa untuk pulang awal kerana sambutan 'menggila' rakyat yang makin 'terpedaya' dengan terma imaginasi konspirasi PKR.

Depa semua terlupa rakyat sudah bosan dengan ayat-ayat penipu PKR dan Anwar lebih-lebih lagi bila kata Anwar malas nak bersumpah kata tak main bontot. Rakyat dah tau sudah ramai 'mat-mat jambu' yang kena liwat oleh Anwar. Lagi Anwar lari nafikan keadilan yang dicari Saiful lagi rakyat tau Anwar kaki jubor.

Malam sabtu TG layan lagu XPDC bertajuk Langsung Tak Paham khas untuk Anwar Ibrahim


Friday, January 15, 2010

Membangun Bersama Islam Mesti Cakap Serupa Bikin

Memetik dari blog 'kapak terbang' yang mendedahkan kelemahan kepimpinan Nik Aziz dan barisan exco. Mahfuz Omaq riuh pasal saman RM 800 Juta kononnya BN dulu yang bingai tapi dia terlupa sebenarnya PAS Kelantan lagi bingai 10 sen tak guna. Ini baru betol perabih duit rakyat dengan benda-benda yang tidak berfaedah.

1. Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

2. Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.
3. MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

4. Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Tokey - Orang2 PAS sembang meja bulat hal-hal ekonomi kononnya depalah lebih hebat membangunkan negara. Defisit kuranglah, inflasilah, KLCC membazirlah, kutuk Bajet 2010 yang tak guna satu senlah, Kelantan yang satu negeri pun tak boleh nak handle macam mana nak pi Putrajaya..!

Kalu macam ni lantik Mahfuz Omaq jaga hal ehwal ekonomi mesti banyak untung

Thursday, January 14, 2010

PRU Akan Datang Tolonglah Reject Khalid James Samad

Khalid 'James' Samad adalah Ahli Parlimen yang bertaraf pailang dan sampah. Otak dia besar sikit dari Mahfuz Omar walaupun jawatan Mahfuz dalam PAS lebih besar dari Khalid. Sangat menyedihkan kepada penduduk Shah Alam yang berwakilkan Khalid 'James' Samad. Depa semua pasti menyesal tak sudah memberi Khalid kedudukan sebagai wakil rakyat. kakitangan kerajaan Selangor yang bermaustatin di Shah Alam kuasa undi anda boleh mencampakkan Khalid ke longkang 2 tahun lagi.

Khalid dalam blognya mengecam MAIS dan JAIS kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.Menurutnya, nama MAIS dan JAIS tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid). Khalid berkata, sekiranya pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sungguh kaldai mentaliti Khalid.! Sungguh takbur dan bongkak ahli PAS seumur hidup ini. Khalid terlupa depa inilah yang mengundi memberi peluang kepada Khalid untuk merasai nikmat sebagai YB dan kuasa yang besar. Nikmat yang diberi Allah, Khalid caci dan persenda.

Isu kalimah Allah sebenarnya menuntut permuafakatan. Isu ini juga telah menguji PAS dalam agenda memperjuangkan Islam. Khalid telah lupa kalimah LILLAHITA'ALA. Dia lebih gembira menggunakan isu ini demi kepentingan politik sonsang.

TG ingin bertanya jika JAIS dan MAIS tidaks sealiran dalam hal ini siapa yang boleh lagi diharap untuk mempertahankan.? Unit Amal, Lujnah Politik atau Majlis Ulama PAS..! Tapi tak pastilah jika sebenarnya niat kotor Khalid 'James' Samad sebenarnya berdendam Hassan Ali yang menerajui MAIS.

Kaji balik, Khalid tersepit sebenarnya. Selepas PAS meluluskan Kelab Penyokong PAS (KPP)menjadi Dewan kepentingan golongan inilah yang lebih dimuliakan Khalid dan PAS. Inilah matlamat depa. Sokongan marhaen bukan Islam lebih mulia daripada berjuang ke jalan Allah. Nauzubillah..PAS sudah songsang.

TG memberi tempoh sehingga ke PRU ke-13 pasti akan kedengaran desakan KPP untuk menjadi calon pilihan raya kerana merasakan sokongan yang kuat dalam dewan itu. Pada masa itu, PAS akan berada dipersimpangan yang gelita. Inilah akan terjadi.

Tokey - Apa lagi yang boleh diharap dengan PAS.? Agama sudah digadai, maruah telah dilacurkan. Hanya mengira untuk keuntungan duniawi. Wallahualam

Wednesday, January 13, 2010

Nik Aziz Yang Tak Cerdik, BN Dipersalahkan.?

Barisan Nasional (BN) Kelantan mempunyai bukti lengkap menunjukkan kes ganti rugi RM800 juta yang perlu dibayar kerajaan negeri kepada sebuah syarikat bukan berpunca daripada kesilapan pentadbiran kerajaan BN sewaktu memerintah negeri itu sebelum ini.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun pimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan BN namun fakta yang ada menunjukkan sebaliknya.

“Kita ada maklumat lengkap bahawa Pas memang bersalah dalam isu ini dan kerajaan juga sedang mengumpul pelbagai maklumat lain lagi. Semua fakta yang ada menunjukkan mereka bersalah,” katanya.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengulas pengakuan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, bahawa UMNO tidak bersalah sepenuhnya dalam isu itu.

Semalam, Husam berkata, kerajaan negeri tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan ke atas bahu pemimpin UMNO yang mentadbir Kelantan pada era sebelum Pas.

Sebaliknya, kata Husam, kerajaan negeri semasa akan bertanggungjawab mencari penyelesaian melalui mahkamah untuk menghadapi kes itu.

Kenyataan itu berbeza dengan pendirian Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menyalahkan kerajaan BN kerana Pas terpaksa mewarisi kesilapan tersebut.



Tuesday, January 12, 2010

Sebiji Kek Ekonomi

La ni dengan sebiji kek sudah mampu untuk tingkatkan taraf ekonomi. Begitu hebat pemikiran orang-orang biznes. Tak susah, beli kek kemudian hantar dan tunggu hasil.

Ini ada satu kisah Pak Pandir yang bijak. Mungkin Nik Aziz boleh ambil iktibar.

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...

Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Monday, January 11, 2010

Cantas Dan Sebar



Garam: Dah Jelas Yang Bakar Gereja Adalah PAS.!

Mungkinkah kisah kapak terbang ada kena mengena dengan pendedahan berkaitan kronisme dalam politik Kelantan. TG melihat politik Kelantan jarang menimbulkan perhatian umum. Jauh sekali berbangkit isu yang menjadi topik hangat meja bulat. Apa yang ada lebih kepada permasalahan PAS pusat.

Apa pun motif terbangnya kapak ke kereta seorang bekas exco kanan kerajaan Kelantan boleh dianggap kerana sikap dendam dan tidak tahan dengan pendedahan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Nik Aziz. Kisah kapak terbang juga membuktikan PAS sanggup buat apa saja bagi memenuhi agenda tertentu.

Ini membuktikan bahawa PAS adalah satu partai yang keji dan penuh dengan sikap dendam dan busuk hati. Kisah kapak terbang juga adalah 'KPI' PAS mengamalkan politik barbarian yang sanggup buat apa saja untuk memuaskan hati sendiri. Sedangkan kapak boleh dibaling apatah lagi hendak dibakar gereja, orang PAS sanggup berbuat apa saja demi Islam (kononnya).

Siapa yang sanggup baling kapak jika hati tidak didendami dengan perasaan iri hati. Mengapa tidak membaling kapak itu kearah rumah orang UMNO, musuh yang harus depa perangi.? Kerja ganas sebegini yang paling ekspert adalah orang-orang PAS yang dijamin syurga dan sanggup berjihad demi syahid.

PAS lantang menuding jari menyalahkan UMNO punca kepada pembakaran gereja. Tanpa usul periksa terus menekan UMNO punca kepada masalah itu. Strategi PAS adalah untuk membuatkan UMNO berada dalam keadaan yang bersalah. Sepertimana kenyataan YB Keldai [sini].

Pusing balik, kenapa mesti ada pihak yang dendam hingga sanggup baling kapak jika tidak kerana sikap assabiyah taksub kepada pemimpin. Pasti, individu yang baling kapak tidak sanggup melihat Nik Aziz berterusan di uji kanan dan kiri. Jangan pula YB Keldai [sini] konfiden menuding jari UMNO dalang dalam hal ini.

Allah maha berkuasa, setiap yang dirancang pasti ada hikmahnya. Isu kalimah Allah dan gereja terbakar menampakkan lagi dengan jelas sikap kepura-puraan PAS. Di tangan kanan PAS kononnya lantang memperjuangkan Islam tetapi di tangan kiri penuh dengan najis mempermainkan agama.

Tokey - Bakar gereja sama macam modus operandi KMM yang saki baki masih bertebaran di Malaysia. Jihad KMM sanggup buat apa saja seperti mengebom kilang Carlsberg beberapa tahun dulu. Kenapa yang baling kapak tidak membakar kereta kickdefella.? Itukan lebih thriller...

Tidak mustahil puak PAS yang bakar jika kapak pun mereka sanggup baling demi Nik Aziz inikan pula dendam kerana Allah diperdagangkan maka gereja menjadi sasaranya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 08, 2010

Takbir

Ramai betol umat di embassy mesir. Melayu, cina, india dn seantero dunia. Shamsul iskandar berapi-api ceramah. Melaunga-laung takbir..Allahuakbar..allahuakbar..tiba-tiba reporter yang bukan islam pun turut sama takbir Allahuakbar..

Banyak pahala kita..depa pun gembira bertakbir..lepas nie dalam ceramah DAP pun pasti takbir berkemundang.

Allahuakbar Sudah jadi universal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 07, 2010

Garam Awani: Delay Dari Ipoh

Ipoh: "Saya nampak kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba terbabas sebelum terbalik dan hampir-hampir mengenai sebuah motosikal peniaga cendol. Sebaik terbabas dan hampir mengenai peniaga cendol itu mangsa dilihat terlolong-lolong menjerit kesakitan" kata seorang saksi buta yang enggan dikenali.

Kejadian yang berlaku awal pagi itu telah mengejut orang ramai yang mahu ke tempat kerja di Bangunan UMNO Perak. Menurut seorang saksi, kereta tersebut dilihat memandu dalam keadaan yang merbahaya disyaki mabuk kerana kedengaran suara orang menyanyi lagu Perak No.1 lagu wajib pelajar-pelajar sekolah di seluruh Perak. Ada juga saksi yang mendengar dengan jelas pemandu itu menyanyi lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali. Bagaimanapun, saksi tidak dibenarkan untuk menjelaskan dengan terperinci lagu tersebut kerana khuatir ia akan menjadi kontroversi.

Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cuma mengalami kecederaan ringan dan hasil pemeriksaan kandungan gula dan alkohol mendapati paras gula mangsa rendah selain dari kandungan alkohol yang tidak diumumkan.

Bagaimanapun, seorang attendan ambulan yakin mangsa memang memandu dalam keadaan mabuk kerana ketika pasukan paramedik tiba lagu Perak No. 1 masih lagi dimainkan melalui CD player Toyata Camry itu dan dengusan mangsa yang berkata "saya MB yang sah jelas kedengaran".

Pihak media yang ditemui sangat aneh dengan kejadian ini kerana berlaku betul-betul dihadapan Bangunan UMNO Perak.


Wednesday, January 06, 2010

Selepas Sulaiman Abdullah, Mungkinkah Sankara Nair Menarik Diri.?


Artikel ini dipetik dari blog Diari Anwar:

Semalam mahkamah menolak semakan kehakiman yang dikemukan oleh Anwar terhadap satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pendakwa raya. Alasan mahkamah tinggi menganggap permohonan itu remeh dan menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah. Sini

Kami (Diari Anwar) menganggap tindakan Anwar sebagai dayus dan terdesak memandangkan Anwar sangat hebat dan lantang dalam memperjuangkan keadilan (kononnya). Respon hakim mahkamah tinggi yang menganggap permohonan itu sebagai remeh dan menyusahkan adalah tepat. Orang-orang disekeliling Anwar khususnya para peguambela tahu betapa Anwar terdesak untuk mencuci dosanya. Perancangan 2010 sebagai tahun penentu nasib politiknya telah dirancang bagi memberi gambaran Anwar masih lagi 'bernyawa'. Sini

Kami kepingin sekali membongkar perancangan Anwar yang makin hari makin tersepit dengan percaturannya sendiri. Masih ingat lagi rangkaian peguam bela Anwar yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.? Sebagai pemegang diari merah Anwar segalanya kami tahu walaupun perkara itu tidak didedahkan didalam inner cycle Anwar sendiri.

Dari pemahaman, rangkaian peguam bela Anwar mula memberontak dan berpecah kerana selepas Sulaiman Abdullah menarik diri (walaupun alasannya sukar diterima peguam lain) terdapat peguam yang mahu mendominasi dan bersikap arrogant kerana mahu menjaga kepentingan parti dan individu.

Dalam rangkaian 9 peguam bela Anwar termasuk Karpal Singh, Sivarasa dan Sankara adalah peguam yang tidak sefahaman. Sivarasa mempunyai barisan orang kepercayaannya sendiri. Lathefa Koya, Amer Hamzah, Edmund James Bond antara yang condong kepadanya tetapi Sankara Nair selain dari Raja Addruce dan Dato Param Cumaraswamy, Karpal Singh juga lebih mempercayai beliau. Jika diikutkan pengalaman, Sankara dan Raja Addruce antara peguam yang masih lagi bersama Anwar selepas kes 1998.

Dalam satu pertemuan, Sankara Nair pernah meyuarakan hasratnya untuk menarik diri sepertimana Sulaiman Abdullah dan hanya mahu kekal dalam kumpulan peguambela kes saman sahaja. Keinginan Sankara semakin jelas bila dia menelefon Dato' Param dan menyatakan hasratnya setelah berbincang dengan Karpal Singh yang juga berura-ura untuk menarik diri.

Dato' Param adalah peguam yang jarang diberi perhatian tetapi kini dia telah memahami kenapa mesti Sulaiman Abdullah menarik diri. Permintaan Sankara cuma dia tidak mahu bekerjasama dengan kumpulan Sivarasa yang dianggapnya sebagai 'bunch of idiots' dan tidak berpengalaman dalam kes yang berprofil tinggi. Apa yang mengejutkan Dato' Param juga tidak sefahaman dengan Sivarasa dan enggan bekerjasama tambahan sikap bodoh Edmund James Bond yang langsung tidak digemari oleh Karpal Singh.

Bagaimanapun, dalam kelompok peguam bela Anwar alasan utama Sankara mahu menarik diri adalah kerana sikap Anwar yang tidak berpegang pada janji dan telah mendedahkan aib Sankara kepada semua orang. Ini ditambah dengan kekecewaan Sankara yang telah mengadu kepada Teresa Kok apa yang telah Anwar lakukan kepadanya. Apa yang mampu dilakukan Sankara adalah mahu melihat sejauh mana permainan Anwar.

Perkiraan kami mudah, rangkaian peguambela Anwar sudah berpecah. Ada kelompok proPKR dan satu lagi kumpulan ekspertis 1998. Jika Sankara Nair menarik diri pasti ramai lagi peguam yang akan tarik diri bukan kerana alasan tidak dapat memberi komitmen tetapi kerana kes liwat itu akan menjerat profesionalisme mereka.

Tokey - Patutlah Anwar beriya-iya mahukan mahkamah syarie take over kes sodomi dia.


Tuesday, January 05, 2010

God Is Dead, Apa Makna Tuh?

Budak budak metal selalunya tak sebulu dengan grup punk. Mereka selalu laungkan punk is dead tapi grup punk akan sahut punk not dead. Yang hardcore dengan stail rock akan kutuk pula pop is dead hingga ada grup US nama Pop Is Dead.

Scene black metal awal 80an sangat ekstrim dengan fahaman anti christ hinggakan ada grup metal yang sanggup bakar gereja sebab ekstrim tidak percayakan tuhan. Tagline god is dead adalah kemuncak kebencian mereka pada tuhan.

Scene metal di Malaysia juga ganas, ritual minum darah kambing adalah wajib bagi grup metal yang songsang. Tapi hari ini budaya sonsang itu semakin menular dalam arena politik.

Cuba bayangkan kalu perincian GOD itu adalah ALLAH, dan tagline God Is Dead seperti yang diatas tadi apakah maksudnya.? Siapa nak jawab.? Khalid, Anwar, PAS atau Tulang Besi.?

Komen..komen..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kufur Oh Kufur..!

Isu kalimah Allah sebenarnya untuk mengeratkan umat Islam supaya bersatu tanpa fahaman politik taksub. Blog Zulkifli Nordin menyebut:-

Apabila Nik Amalina Nik Abdul Aziz menegur segelintir pimpinan PAS yang tidak mempertahankan Ayahandanya, lalu beliau mendesak mereka yang berkenaan meletak jawatan; pandangan Nik Amalina tidak dijawab dengan hujah yang bernas atau bertanggungjawab, sebaliknya Nik Amalina dilabel sebagai pembuka pekung dan pengkhianat PAS. Apabila saya menegur YB Khalid Samad yang nampak terlalu terpengaruh dan menari-nari dengan rentak mainan kumpulan bukan Islam, dengan nas, dalil, bukti dan fakta, dan mendesak beliau supaya keluar PAS, beliau tidak menjawab dengan hujah bernas dan bertamadun. Sebaliknya beliau melabel pandangan saya sebagi pro-UMNo! Inilah budaya politik ingusan yang ujud dikalangan ahli politik Malaysia mutakhir ini.

Selepas itu dia tambah lagi,

Saya memberi amaran kepada YB Khalid dan mereka yang sewaktu dengan beliau perlu ingat, majoriti penduduk dan pengundi dalam negera Malaysia ini masih orang Melayu beragama Islam! Jangan ingat kerana orang Melayu beragama Islam bertolak ansur dan bersabar, tidak bising dan tidak riuh rendah maka mereka boleh ditolak-tolak dan diperkotak-katikkan. Kelak nanti mereka akan menghukum Pakatan Rakyat sekiranya spesis saperti YB Khalid ini terus dibenarkan bermaharaja lela. Teguran saya secara ikhlas dan terbuka terhadap beliau berdasarkan hujah bernas dan berdalil itu tidak lain hanyalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bangsa Melayu di Malaysia bahawa dalam Pakatan Rakyat nasib dan maruah umat Islam masih dibela dan dipertahankan, agar mereka terus yakin dan menyokong Pakatan Rakyat

Ini respon Datuk Harun Din yang lagi ekstrim mengufurkan Khalid Samad:-

Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.Timbalan Mursidul Am PAS itu juga meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut sambil menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.

Tokey- PAS sendiri tidak konsisten dalam agenda perjuangan Islam. Bagaimana mahu memimpin umat Islam Malaysia jika perkara sebegini sensitif ahlinya caca merba. Inilah akibatnya bila takut dengan bayang-bayang sendiri. Dunia..dunia..!

Karut: Sejak Bila PAS Tahu Pasal Keharmonian Kaum.

Demonstrasi sebegini jika mempertahankan Islam adalah lebih jihad.

Bagi mengelakkan PAS terpalit dengan permainan bantahan jalanan maka PAS terpaksa mengeluarkan respon ini bagi mengelakkan daripada dokongan duniawi mereka keliru.

Malaysiakini.com, Jan 5 2010

PAS menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat. PAS juga menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan isu tersebut kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam. Seperti contoh gambar diatas

Pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat lajnah biro politik parti itu di ibunegara malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

Tokey - Nampak benar PAS sudah serba salah bila lambat bertindak untuk selarikan dengan falsafah mempertahankan kesucian Islam.

Monday, January 04, 2010

PELIK: Anwar Masih Membisu.

Antara luahan amarah rakyat terhadap Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim masih lagi membisu seribu bahasa bila mahkamah membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama kristian bagi memberi perincian makna kepada GOD. Anwar Ibrahim antara yang kuat menyokong penganut kristian membawa isu itu ke mahkamah walaupun tidak ditonjolkan berhadapan dengan PAS tetapi inilah yang mahu diberi sebagai balasan kepada pihak gereja yang menyokong sepenuhnya perjuangan Anwar.

Anwar tidak melupai sokongan gereja yang telah memberi kemenangan bergaya PKR dalam PRU ke-12. Inilah yang mahu dikekalkan Anwar. Jika ditakdirkan Anwar menjadi PM sudah pasti jarum liberalisme dan plurisme semakin menusuk dalam landskap politik Malaysia.

Mengapa Anwar berdiam diri.? atau Anwar bimbang kepada bayang-bayangnya sendiri. Mengambil contoh langkah Anwar terdahulu yang menghalalkan ADUN/AP melompat parti yang akhirnya telah memakan dirinya sendiri. Anwar masih lagi khuatir dengan plannya yang serba tidak menjadi.

Dalam kalangan ustaz di dalam PKR, hanya Zulkifli Nordin yang pantas bersuara membantah keputusan itu. Tiada Badrul Amin dan tiada 'muslimat' PKR walaupun mereka bertudung labuh menampakkan seolah-olah terlebih Islam daripada bangsa arab. Mana pergi mereka..! Dalam banyak isu mereka pantas memberi respon kononnya mahu menjadi juara rakyat.

Keputusan mahkamah memberi tamparan kepada Anwar yang mengharapkan dapat mengeksploitasi jika tidak memihak kepada The Herald. Anwar akan lantas mencaci sistem kehakiman yang lebih mengutamakan kehendak pemerintah dan membakar sentimen liar kepartian. Anwar mahu menjahanamkan imej mahkamah menjelangnya perbicaraan 25 Jan 2010.

Yakinlah, rakyat sudah muak dan benci dengan bekas pemimpin ABIM ini yang semakin hari semakin terbuka belang hipokrasi mempermainkan keharmonian negara.