Thursday, November 19, 2009

Nizar Rindu Garam: Kain Dap Terselak!

PERSELISIHAN DAP SELANGOR DENGAN DAP PUSAT

1) Isu Pelantikan Senator Bagi Kuota Negeri Selangor

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Dap Pusat yang berlangsung pada 3 Oktober 2009 di Ibu Pejabat Dap Pusat, Petaling Jaya telah mengambil keputusan memilih bekas tahanan ISA, V. Ganabatirau sebagai Senator. Keputusan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Dap Pusat, Lim Guan Eng namun ianya mendapat bantahan 10 AJK yang hadir atas alasan V. Ganabatirau merupakan ahli baru. Bagaimanapun, Lim Guan Eng tetap mempertahankan keputusan beliau kerana pemilihan tersebut dengan alasan Dap memerlukan sokongan kaum India.

Tindakan Setiausaha Dap Pusat itu menimbulkan rasa tidak puas hati Dap Selangor yang pernah mencadangkan Timbalan Pengerusi Dap Selangor, T. Kannan dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, S.T. Chandramohan sehari sebelum mesyuarat tersebut berlangsung, Bagaimanapun, Sultan Selangor enggan menerima keputusan Dap Pusat kerana V. Ganabatirau bukan anak jati negeri itu dan Dap Selangor masih belum memutuskan tindakan seterusnya terhadap keputusan Lim Guan Eng tersebut.

Dalam perkembangan lain, semasa mesyuarat ke-3, penggal ke-2, Dun Selangor ke-12 yang berlangsung pada 12 November 2009, Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor berhubung beberapa isu seperti:-
  • Isu Bajet negeri Selangor yang mana tiada sebarang peruntukan diberi kepada kaum India.

  • Menteri Besar Selangor dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah berjumpanya sejak dibebaskan dari tahanan ISA.

  • Masyarakat kaum India di negeri Selangor masih dipinggirkan.

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewenang-wenangnya merobohkan rumah ibadat kaum India.

  • Kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menafikan penglibatan parti UMNO dalam isu kepala lembu di Shah Alam

PERSELISIHAN DAP JOHOR DENGAN DAP PUSAT

2) Perselisihan Pengerusi Dap Johor/Adun Skudai, Dr. Boo Cheng Hau Dengan AJK Dap Johor/Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Perselisihan Dr Boo Cheng Hau dengan Gwee Tong Hiang bermula sejak Pilihanraya Umum Ke-12 tidak dapat dinafikan lagi berikutan perebutan pengaruh diantara kedua-dua tersebut. Perselisihan ini dikuatkan lagi dengan tindakan mereka yang sering menganjurkan majlis secara berasingan. Gwee Tong Hiang yang mendapat sokongan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng didakwa menyeleweng wang tabung pembelian Wisma Dap Muar dengan menaikkan harga bangunan tersebut daripada RM 275,000 kepada RM 300,000.

Tindakan Gwee Tong Hiang ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati Dr. Boo Cheng Hau yang turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Bakri, Er Tek Hwa yang seterusnya melaporkan hal tersebut kepada Dap Pusat untuk tindakan lanjut. Dalam usaha menjatuhkan kedudukan Adun Bentayan itu, Dr. Boo telah menyerahkan laporan berhubung salahlaku Gwee Tong Hiong ke peringkat Dap Pusat. Antara kandungan laporannya mendakwa Gwee Tong Hiong mengkritik usul AJK Dap Johor di dalam akhbar Oriental Daily bertarikh 14 Julai 2009 berhubung penambahan cawangan.

Turut dilaporkan keengganan Gwee Tong Hiong memakai pakaian seragam semasa perasmian persidangan Dun Johor pada Jun 2008 seterusnya mengingkari arahan Dap negeri tersebut yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Johor.

Perpecahan yang berlaku di kalangan pemimpin Dap Johor mendedahkan ketidaksefahaman mereka di kalangan kepimpinan tertinggi parti itu dengan kepimpinan Dap Pusat khususnya di antara Pengerusi Dap Johor tersebut dengan Lim Guan Eng. Oleh itu penglibatan pihak-pihak berwajib amatlah dialu-alukan supaya siasatan segera dapat dilakukan berhubung kes penyelewengan wang tabung pembelian Wisma Dap Muar.



~GARAMASAM~

Friday, November 13, 2009

Nizar Peluk Garam Terkedu: Reaksi Kepimpinan PAS.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat kata ba'iah talak tiga tidak ada dalam kepalanya. Katanya ia tidak pernah kedengaran di negeri itu (Kelantan) dan ia sengaja ditimbulkan orang yang dengki dengan Pas. Memahami jawaban politik Nik Aziz itu bahawa bai’ah tidak berlaku dalam parti berkenaan. Nik Aziz bermaksud tidak mahu isu itu dibabitkan dengannya.

Berlainan pula dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Hadi pula kata, soal bai'ah sudah selesai. Jawaban itu cuba nak mengelak dan bersifat kabur. Selesai apa. Apa yang orang ingin tahu apakah bai’ah talak tiga ini wujud atau tidak dalam Pas seperti mana didakwa oleh media itu. Itu saja? Jawaban Abdul Hadi itu tidak memberi kepuasan kepada umum dan menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak pula berkata amalan bai'ah yang dilakukan selama ini untuk menguatkan parti. Beliau tidak juga mengiya apakah ada lafaz taklik talak tiga atau tidak. Secara gurauan beliau menolak dengan berkata, talak tiga tidak ada, nak tambah bini ada. Cara Azizan menjawab juga berhelah dan ingin menafikan apa yang didakwa.

Manakala Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula lebih berhati-hati dalam memberi jawabannya. Katanya setahunya majlis syura ulama tidak pernah membuat arahan mengenai bai’ah itu. Maknanya tidak adalah.

Sementara Mustafa Ali pula meminta agar Presiden menyiasat akan kesahihan mengenai tuduhan itu. Jawaban ini juga cuba hendak menutup punggung yang sudah tertonggeng!

Jawaban-jawaban yang berbunga-bunga itu menunjukkan semua pemimpin kanan Pas mengelak dan tidak mahu bertanggungjawab. Masing-masing ingin membersihkan diri bahawa mereka tidak terlibat dengan amalan berkenaan. Masing-masing tidak mahu mengaku. Tetapi percayalah sikap begitu bukan merupakan satu sikap untuk menyelesaikan isu yang sedang semarak itu.

Sumber: MSO

Tokey - Nilaikan sendiri betapa mengelabahnya kepimpinan PAS bila fahaman sempit kepartian mempergunakan agama demi keuntungan politik duniawi. Lobang sudah pecah .

Thursday, November 12, 2009

Isu Bai'ah: Yang Tidak Cerdik Adalah Orang PAS Juga.

Membaca beberapa tulisan berkaitan isu lafaz bai'ah dalam media siber kala ini telah memusatkan satu konklusi terhadap posting kali ini..PAS tidak mempunyai keyakinan diri untuk berdiri dengan kaki sendiri. Walaupun sudah berpuluh tahun berdiri sebagai satu parti politik berjiwa membangkang, PAS gagal mengaplikasi kematangan politik mereka. Minta maaf jika ada pembaca yang tidak bersetuju dengan kalimah ini.

Isu bai'ah telah dieksploitasi dengan baik oleh lawan PAS tetapi PAS gagal mewujudkan kefahaman yang tulen kerana pelbagai reaksi yang disuarakan dalam membidas isu itu tidak kukuh tambahan pula kepimpinan tertinggi PAS termasuk Nik Aziz dan Hadi Awang longlai untuk menepis tohmahan itu. [Rujuk]

Meletusnya isu bai'ah adalah apabila pertemuan Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali dengan sekumpulan blogger pada 26 Okt lepas yang digambarkan sebagai kesinambungan kepada konflik dalaman PAS selepas cetusan Aziz Bari yang mengundang reaksi segera Nik Aziz. Nik Aziz yang sudah lama tidak senang dengan segelintir pemimpin mendesak mahu 'pemimpin-pemimpin' itu disingkirkan melalui EGM.

Dalam pertemuan tersebut, Hassan Ali menjelaskan pelbagai perkara merangkumi isu semasa pentadbiran Selangor dan juga parti. Dengarnya video pertemuan itu masih disimpan kemas.[Rujuk] Dapat dilihat penjelasan Hassan Ali yang kabur berhubung bai'ah talak tiga telah disambut oleh Nasharuddin dengan mengiyakan klause bai'ah itu. Ini telah mengundang rasa terkejut blogger yang sesungguhnya tidak pernah tahu akan lafaz bai'ah itu.

Walaupun sudah ditegur untuk tidak menghebahkan pertemuan malam itu tetapi kerana sikap tidak amanah dan nafsu untuk menulis menafikan isu yang dibangkit oleh sebuah blog, isu bai'ah ini juga telah terlepas ke pengetahuan umum. Makanya, Hassan Ali yang tahu akan dunia sonsang media siber telah memperoleh kemenangan moral yang pertama. Laman blog pro-PAS juga yang membocorkan pertemuan malam itu

Perlu diucapkan terima kasih kerana tanpa sumbangan blogger tak mungkin rakyat Malaysia tahu akan kewujudan fahaman sempit yang diamalkan PAS dalam menjaga tindak tanduk ahlinya. Rakyat perlu sedar, isu bai'ah bukanlah isu yang kecil kerana tindakan ahli politik yang letakkan taraf yang rendah wanita sebagai tebusan atau gadaian amatlah tidak wajar.

UMNO yang gah dengan rekod yang cemerlang sebelum ini walaupun tercalar dengan prestasi yang merudum langsung tidak terfikir untuk mengadaikan isteri sebagai barang gadaian politik. Tun Dr. Mahathir menyifatkan sebagai satu penghinaan [Rujuk]

Tercetusnya isu bai'ah telah memberi kelebihan kepada Hassan Ali. Daripada beliau mahu keluar dari PAS kerana tidak tahan dengan permainan politik PAS lebih elok beliau dipecat terus tanpa perlu beliau susah payah menceraikan isteri dengan melompat parti.

Kini isu bai'ah PAS sudah tidak dapat ditutup lagi. PAS sudah tersepit dengan fahaman sempit dan kesilapan kepimpinan PAS diterjemahkan oleh ahli PAS sendiri [Rujuk]

Friday, November 06, 2009

Letaklah Tajuk Anda Sendiri

Terima kasih diatas usaha untuk membenarkan penggunaan nama Allah di gereja [Rujuk]. Inilah hasilnya.

Nizar vs Anwar: 30 Okt Surat Gugur Hassan Ali

Tukang Screw mendapat khabar daripada teman yang sudah letih dengan permainan politik PAS. Teman khabarkan bahawa kepimpinan PAS Selangor sangat kacau bilau. Khalid Samad sudah lama impikan kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor. Khalid rasa dia yang paling layak untuk berada disitu.Alasannya, dalam banyak-banyak pemimpin PAS, Khalid paling senior dan berkebolehan (Khalid yang perasan).

Tapi bila Hassan Ali muncul semasa zaman reformasi 1999 peluang Khalid seperti dicantas olehnya. Khalid terasa hati dan mula merangka strategi. Teman Tukang Screw cerita tanyalah ahli PAS Shah Alam, mereka tahu bagaimana Khalid Samad mengatur strategi untuk merampas kerusi Pesuruhjaya dari tangan Hassan Ali. Lagi satu, katanya Khalid Samad sudah menghantar memo kepada Khalid Ibrahim pada 30 Okt 09 agar membuang Hassan Ali daripada jawatan exco kerana bersikap bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat. Ini sudah diwar-warkan oleh sahabat blog Tukang Screw.

Menjelang 7 Nov, seminar PAS pasti ada kejutan kerana Khalid Samad sudah memasang strategi untuk mengenakan Hassan Ali yang pasti akan mengejutkan ramai pihak dan penyokong totok PAS. Teman Tukang Screw mengatakan Khalid sudah menyalakan api dan Aziz Bari sudah menambah minyak untuk membakar Hassan Ali. [Rujuk]
Sumber: Screwkuat

Thursday, November 05, 2009

Nizar Anwar Attarturk: Bukti Rakyat Semakin Marah Dan Benci Dengan Anwar Ibrahim

Jalan Tun Razak

Jalan Duta

Bukit Tungku berhampiran The Mall

Tokey meronda dengan sahabat pada awal pagi kelmarin. Asalnya mahu mengambil angin Kuala Lumpur pada waktu malam. Tak disangka-sangka Tokey terjumpa banner-banner tidak bertuan disekitar Kuala Lumpur.

Asalnya Tokey melalui Jalan Tun Razak berhampiran GH tetapi telah terjumpa banner yang pertama diatas. Tokey berpendapat ini adalah kemarahan rakyat terhadap apa yang berlaku pagi 2 Nov dimana Anwar Ibrahim telah memfailkan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap kes liwatnya.

Setelah melalui Jalan Duta, Tokey terjumpa lagi satu banner berkaitan hal yang sama. Wah..ini sudah betul-betul hebat nie. Individu yang gantung pasti benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku. Tokey yakin pasti ada banyak lagi banner yang sama digantung disekitar Kuala Lumpur.

Pendapat Tokey, ini telah membuktikan bahawa rakyat sudah muak dan benci dengan tingkah laku Anwar Ibrahim yang cuba menafikan keadilan untuk Saiful Bukhari. Kepada mereka yang menggantung banner tersebut sekalung syabas untuk saudara kerana suara kemarahan anda sudah didengari oleh seluruh rakyat Malaysia bila Tokey mempublish cerita ini. Minta e-mail Tokey untuk ucapan syabas atas keberanian anda

Kepada saudaraku Saiful anda tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan Allah. Percayalah rakyat Malaysia masih bersama-sama untuk berkongsi dugaan ini. Kepada sang peliwat pujangga Putrajaya berilah Tokey peluang untuk menampar mukamu sebagai tanda kekecewaan kerana merosakkan keharmonian bumi yang bertuah ini.

Tokey - Masih ada lagi gambar yang Tokey enggan siarkan kerana ini sudah cukup menggambarkan kemarahan rakyat Malaysia.

Tolong sebarkan....

PKR Lebih Meloyakan

Jika dibaca reaksi seorang professor tentang kekalutan politik hari ini rasanya amat malu dengan kenyataan seorang yang mengaku dirinya professor. [Rujuk]. Katanya dengan tindakan Badrul Hisham (Ex-PKR) yang nekad keluar daripada PKR mengesahkan bahawa UMNO adalah parti pengumpul sampah. Terasa janggal dan Tokey tidaklah melompat membaca kenyataan tersebut.

Bagi Tokey, Aziz Bari sebenarnya lebih sudu dari kuah. Dia terlupa bahawa kekalutan yang ada hari ini adalah berpunca daripada idolanya, Anwar Ibrahim manusia yang mencipta segala kerosakan hari. Kenapa Aziz Bari sibuk pasal hal orang yang kecewa berjuang dalam politik macam Badrul.? Lebih elok dia berbicara soal perbicaraan Anwar Ibrahim yang masih bertangguh dan berdolak-dalih melarikan diri.

Prof undang-undang macam Aziz perlu bertanya mengapa mesti Anwar Ibrahim cuba menafikan ketelusan mahkamah yang sedang dijana kerajaan. Manusia yang tidak bersyukur macam Aziz Bari adalah kerugian kepada kerajaan yang memberi makan dan kemudahan tetapi dibalas dengan air ludah yang jijik.

Untuk Aziz Bari, PKR dan PAS adalah sebenarnya tong sampah tempat pembuangan ahli politik yang kecewa sepertimana ramai ahli politik yang dibuang dan diterima dengan penuh sukacita dalam PKR dan PAS. Tidakah sampah namanya macam Kapten Zahar Hashim yang masuk PAS, Zaid Ibrahim yang register ahli PKR dan ramai lagi kelibat ahli politik yang kecewa memilih tong sampah PKR dan PAS setelah puas memenuhi nafsu kekayaan duniawi. Sungguh meloyakan.

Jika sudah bosan menjadi kakitangan kerajaan lebih elok berhenti dan menjadi pemeriksa sampah jika adalagi sampah yang berhajat untuk mencari tong sampah PKR dan PAS. Pihak UIA harus berasa malu kerana mempunyai kakitangan yang tidak menggunakan ilmu sebaik mungkin untuk membangunkan ummah macam Aziz Bari.

Monday, November 02, 2009

Nizar Yakjud: Selepas Badrul..Seorang lagi.!

Tokey tahu ini bukan perkara main-main. Pasal duit peruntukan yang tak sampai ke tangan, dicilok oleh ADUN lain, dipulau oleh ADUN dan pelbagai masalah2 lain tak mustahil YB akan keluar ishtihar Bebas. Jangan di tunggu lagi, Ibrahim Ali pun dah plan nak buat Kelab Bebas khas untuk YB-YB yang kecewa dengan tahap diskriminasi longkang pemimpin atasan parti.

Jangan jadi pengecut macam Hassan Ali yang menyesal sain bai'ah depan Nik Aziz bila seronok nak bertanding dulu. Bila dah menyampah dengan team sendiri baru terkial-kial atur strategi supaya dipecat oleh parti.

Tokey - Command center sebelah federal highway makin sibuk semenjak hari minggu. Biarkan pejabat Khalid Ibrahim pantau blog sahabat-sahabat lain. Tunggulah...