Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang: Pengundi India Penentu.?

Ketika ini semua pihak menumpukan tenaga pada Bagan Pinang. Pesta berpilihanraya kali ke-9 berlangsung pasca PRU Ke-12. Pilihanraya yang bakal menjadi penentu riwayat hidup UMNO. Walaupun tidak secara total tetapi kesan proses ini akan tetap dirasai dan dikaji.


Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO. Pemilihan calon juga bertepatan. Selain daripada kawasan bermain, Bagan Pinang juga punyai nostalgia dan track rekod kepada Isa Samad.


Tokey tidak mahu mengulas lebih detail akan demografi Bagan Pinang dan Isa Samad. Tidak mahu dilabel sebagai over confident.


Mungkin ketika ini ada pihak yang merasa selesa dengan prestasi semasa DUN Bagan Pinang. Itu adalah fakta tetapi dalam berpilihanraya segala kemungkinan boleh berlaku.


Faktor undi orang Melayu mungkin tidak dititkberatkan oleh Pakatan Rakyat. Bagi mereka ini bukan padangnya kerana asas perjuangan Pakatan Rakyat yang berbeza-beza. Pengundi bukan Melayu khususnya pengundi India adalah talian hayat kepada Pakatan Rakyat meneruskan momentum kebangkitan rakyat seperti yang selalu digembar-gemburkan kebanyakan media propakatan.


Pengundi India akan menjadi penentu yang perlu dilayan dengan berhemah. Jika tidak kena cara dan pendekatan protes pasti akan terjadi. MIC yang dilabel sebagai tunjang kaum India harus mengambil peluang ini untuk bersaing dengan beberapa lagi parti berteraskan kaum India untuk meraih seberapa banyak sokongan.


Jika sebelum ini MIC merajuk dengan hype yang diberi kepada Parti Makkal Sakthi disebabkan alasan-alasan tertentu, Bagan Pinang yang mempunyai banyak estet penempatan kaum India perlu dijadikan medan untuk MIC memulihkan kepercayaan kaum India tehadap kredibiliti parti itu.


Selain MIC, PPP dan IPF (sahabat BN) dan kini Makkal Sakhthi sudah ada 4 parti yang memperjuangkan kaum India jika hendak dibandingkan dengan UMNO yang bersendirian memperjuangkan orang Melayu. Janganlah dipandang kepada parti serpihan PKR dan PAS, perjuangan orang Melayu lebih afdal di dalam UMNO.


Pasti BN juga akan mengambil peluang ini untuk terus menagih kepercayaan rakyat menyokong dan memberi nafas yang disifatkan sebagai semakin berkurangan. Bagan Pinang juga harus memberi sesuatu untuk BN terus kehadapan walaupun terpaksa melalui tempoh kritikal yang menyakitkan


Tokey – Bagan Pinang adalah assigment kepada 4 parti bertunjangkan kaum India untuk meraih dan memujuk yang mana lebih berjaya menarik sokongan India kepada BN. Jika MIC gagal bermakna permohonan IPF dan Makkal Sakthi untuk menyertai BN perlu di pertimbangkan.



Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pinang: Ambil Semangat Bukit Gantang Dan Manik Urai

Dah selamat pun pilihan rakyat Bagan Pinang bagi mewakili suara mereka. Semua mahu Isa Samad jadi calon. Dah ok dah pilihan tuh.

Tokey cuma nak pesan kepada semua jentera parti termasuk depa yang berjawatan tinggi dalam parti. Renungkan kekalahan Permatang Pasir dan ambil semangat Bukit Gantang dan Manek Urai.

Paling tragis Abg Kerry yang heng..sana..heng..sini..salam semua oghang tapi jentera hampeh tak berjalan. Yang lain jangan cakapla semua menikus macam kura-kura. Dah hilang semangat berpilihanraya 10 tahun dulu.

Jangan contohi kisah tragis di Permatang Pasir. Dari mula kempen sampai la berpusu-pusu nak buang undi, kisah hitam calon Pemuda itu yang terpaksa dicuci. Langsung tak boleh buat kerja. Bulan posa ker atau bulan boleh makan sama jer bagi Nik Aziz Petrol, janji dosa pahala dia yang kontrol.

Tokey - Musim pilihanraya ini, kita hendak tonjolkan dasar-dasar parti dan apa yang boleh parti bagi bukan nak cuci dosa dan bersihkan imej calon yang bertanding.

Selamat berpilihanraya....



Nizar OII..Bagan Pinang Tu Keras

Hari ini calon yang akan berentap akan diketahui. Baik UMNO atau PAS semua mahu menang. DAP dan PKR cuma jadi penonton membantu sekadar ala-carte. Ini masalah PAS, yang akan malu kalah hanya PAS. 2 sahabat lain cuma tolong menepis menahan lucu akan tindak tanduk PAS.

PAS dok berteka teki calon UMNO. Mungkin Isa Samad mungkin tidak. Tapi PAS pening juga pasal calonnya. Hendak diletak Zulkifli dia bukan oghang situ oghang luaq. Dah la oghang luaq tak ngam pula dengan Ulamak, salah satu ciri penting untuk menjadi YB pengampu Nik Aziz Petrol. Lepaih tuh Zul yang dilantik sebagai No.1 PAS NS langsung gagal main peranan sebagai orang kuat PAS. Ini yang jadi masalah. Kita biaq PAS bercatur pasal calon dan strateginya.

Tokey tahu PAS terpaksa memusatkan sasaran kempen kepada pengundi bukan Melayu. Ini yang berlaku bila PAS terus meredah estet-estet untuk 'membeli' undi kaum India sejurus selepas bahang beradu mula terasa. PAS juga tahu calon yang akan diturunkan BN adalah calon yang diterima semua lapisan kaum. Ini yang PAS sakit kepala. Tapi depa ada antidot panadol bila reaksi Tun M akan dijadikan modal kempen murahan PAS menyerang peribadi calon lawan.

Taktik gerila yang sama digunakan di Permatang Pasir. Walaupun Nik Aziz Petrol menegah anak buahnya menyerang peribadi lawan tapi semua oghang tau sikap nyanyuk Nik Aziz Petrol. Lawan tetap lawan tapi tangguh tetap juga tangguh.

Nampak sibuk benar penguasa Telok Kemang mengatur strategi. Memikirkan bagaimana mahu counter jika ada calon bebas yang akan bongkar kerja jahat tabung hayat PKR NS. Betoi tak betoi semua akan terbongkar bila tiba masanya.

Inilah peluang Kamarul Jambu menonjolkan diri didepan Anwar Mat Deley merampas Bagan Pinang daripada sahabat lamanya.

Ntahlah atas arahan sapa PKR tak mau Gobalakrishanan dan Chegubard turun berkempen di Bagan Pinang. Tak mungkin dua ekor lembu tambatan nie diban oleh Anwar di Bagan Pinang.

Satu fakta yang Anwar terlupa adalah kedua-dua lembu tambatan ini dirindui gelagat mereka di Bagan Pinang. Pedulilah kata orang yang depa berdua tak boleh mai sebab nanti orang Melayu marah kat depa tapi orang PAS Bagan Pinang pasti akan merindui syarahan agama Ustaz Gobala memainkan ayat-ayat Allah.

Tokey - Nanti kita cerita pasal modul kempen Penanti menggunakan sms blasting

Monday, September 28, 2009

Nizar Anwar Toilet Bowl..! Mana Pergi Duit Kami.?

Pagi tadi Tokey tulis pasal hamba Allah kat sebelah ini mahu mendesak kerajaan laksanakan polisi gaji siling pekerja estet sebanyak RM 900. Itu mahu diperjuangkan kononnya sebagai reaksi sinis kepada Najib berkaitan saguhati kepada pekerja Felda yang diberikan baru-baru ini.

Tapi kali ini Tokey ingin bertanya kepada sedara kita ini, apa yang mahu diperjuangkan kalau skim berkelompok yang diolok-olok oleh beliau belum didedahkan kepada umum. Skim insuran kononnya mahu membantu penduduk Telok Kemang sejurus selepas dia ditabalkan sebagai penguasa Telok Kemang.

Janganlah seronok berjawatan ahli parliman dan dapat kerusi empuk dewan rakyat langsung gagal melaksanakan janji-janji yang ditabur sebelum bergelar yang berhormat.

Mai kita tanya kat YB kita nie, mana pergi janji tabung hayat yang dibuat oleh PKR NS dibawah penguasa Kamarul Jambu.? Tabung hayat atau skim insurans kelompok ala-ala Takaful yang mahu membantu pengundi Telok Kemang. Kalau inginkan lebih ekstrim dan seronok cuba kita selidik pencarum Telok Kemang yang seramai 130 orang berdaftar dan berbangga tetapi langsung habuk pun takda.! Mungkin skim insurans itu disonglap macam skim pak man telo dolu-dolu.

Tokey - Kepada Mat Nor Mat Sap, Ketua PKR Cabang Telok Kemang dan Baharuddin Setpol Kamarul Jambu hangpa jangan lari bila semua pencarum tu cari dan tuntut duit depa semula. Kalu Nik Aziz Petrol kata, semaye demo tok soh because make duit hare..!

Tokey - Najib kalah di Manek Urai, 1 jambatan baru terbina macam dijanjikan dulu. DAP tawan Penang Kg. Buah Pala lenyap dari peta Malaysia seperti yang dijanjikan depa dulu, mahu mempertahankan cuma diatas kertas saja.



Nizar Oii..! Bab Berjanji Memang Hebat.

Pakatan serius hendak memperjuangkan gaji minima pekerja estet RM 900. Selepas Najib memberi imbuhan kepada pekerja Felda sempena hari raya dulu. Depa cakap dah lama dah dok perjuangkan gaji minima lebih lama lagi sebelum Najib jadi PM tinggalkan Anwar Ibrahim terkapai-kapai. Depa komited mahu gaji minima untuk kaum India sedara Kg Buah Pala.


Kamarul Bahrain, Mat Jambu Anwar masa di MC Gay-Gay mendesak kononnya mahu kerajaan republik Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM 900. Ahli Parlimen yang mempunyai kerusi empuk di Dewan Rakyat sebelum ini langsung tidak pernah menyaurakan polisi tersebut dalam dewan. Bukan kata nak suarakan hendak bertanya soalan dan menulis soalan perihal polisi itu pun tak pernah terfikir.


Hari ini, sepakat bersama regim roboh Kg. Buah Pala dan partai kaldai PAS mahu polisi untuk dilakasanakan sebagai simbolik mahu membela dan mencontohi bagaimana Najib berusaha memberi yang terbaik kepada semua rakyatnya. Depa kononnya sinis mengatakan kaum India perlu juga dibantu. Itu kata depa sebelum depa dapat memerintah.


Habis semua estet depa masuk memberi cerita-cerita sensasi tentang kekalutan kerajaan pimpinan Najib. Antara isu yang depa dok jaja dalam estet-setet termasuklah BN yang merobohkan Kg. Buah Pala, isu kuil Seks 23 (yang ni pakar adalah Khalid Samad), MIC (tanya Semi Value) dan parti baru kaum India, Makkhal Sakti yang depa kata tak boleh pakai.


Tokey – Apa yang pasti, depa memang hebat dalam menabur janji tetapi belum tentu pasti depa tahu bagaimana hendak mengotakan janji itu Kepada pengundi India, halusi dan renungkan nasib sedara yang dihalau setelah ditabur dengan pelbagai janji mahu membela Kg Buah Pala dulu. Sebelum dapat memerintah depa gah mahu mempertahankan tempat tinggal hangpa. Apa jadi sekarang.?Klik



Friday, September 18, 2009

Nizar Anwar Harami..! Diam Dan Nantikan

On Track..! itulah gambaran yang boleh diberi. Pengambilalihan Selangor akan berlaku jua. Retreat team blogger patriot bersama ‘mastermind’ berlangsung malam tadi. ADUN-ADUN PKR dan PAS tak perlu lagi memberi sebarang komen atau kenyataan bagi menghangatkan isu ini. Diam dan nanti langkah seterusnya. Klik retreat


Tokey - Lepas Aidiladha sejarah akan tercipta.


We have the numbers..!

We have the numbers..!


"Sama Rata,Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Thursday, September 17, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Korang Memang Tak Kreatif

Kalau Najib tak mulakan pasti MB dan CM Pakatan tak terfikir nak buat. Bila Najib dah bagi barulah terhegeh-hegeh nak tunjuk kononnya hangpa pun prihatin. 3 negeri yang diperintah kepimpinan pakatan mula memberi imbuhan sempena hari raya mengambil pendekatan yang sama dengan tindakan Najib menghulurkan salam prihatin kepada rakyat. Rujuk

Dalam hal ini rakyat juga yang untung. Terima kasih diucapkan kepada semua. Tindakan depa ni menggambarkan bahawa sememangnya pakatan rakyat tidak peka dan tidak kreatif untuk membela nasib rakyat. Kepakaran depa hanyalah mengkritik, membangkang, berbaring atas jalan dan menyalahkan orang lain.

Sebelum ini Ustaz Lim GE pernah membangkitkan kegusaran terhadap populariti Najib dalam mengurus tadbir negara. Dengan langkah pelbagai tindakan yang mensasarkan kepada keprihatinan rakyat Najib cuba sedaya upaya memberi yang terbaik bersama barisan kabinet yang dilantik.
Mungkin disebabkan inilah kepimpinan 3 negeri cuba meniru dan mengadaptasi langkah dan cara kepimpinan Najib demi mengekalkan sokongan supaya rakyat tidak beralih kepada pendekatan Najib.

Tokey - Rakyat sepatutnya bijak menilai kepimpinan pakatan yang tidak mampu mengurus tadbir negeri sendiri sehingga terpaksa menyalahkan orang lain demi menutup pekung sendiri.

Tokey - Kerajaan ada juga yang tak betul tetapi sekurang-kurangnya depa tidak hipokrit jika dibandingkan dengan kepimpinan Selangor dan Penang menangani masalah sendiri.

"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Nizar Anwar Attarturk..! Rupanya 'Dia' Pun Terasa.

Tokey pun hairan pasal apa yang ramai orang hendak sakit hati dengan Tun M sedangkan Tun M banyak berjasa kepada negara. Walaupun pernah ada kerosakan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya kerosakan itu tidak memudaratkan seperti kerosakan yang dibuat oleh seorang pemimpin popular dalam parti.

Tokey tidak maksudkan Semi Value yang bervalue rendah itu. Reaksi sinis Najib berkaitan pemimpin popular disambut dengan rasa geram yang amat sangat kepada seorang pemimpin muda ini. Hangpa mungkin tau mungkin hangpa dok berteka teki lagi.

Tapi apa nak dikatakan, politik berseni Najib sukar untuk dibaca dan sebab payah nak baca tuh Semi value pun meradang ditambah dengan kenyataan Tun M yang pasti mengundang rasa pelik sebab bila Tun M kata pasti ada yang tak kena.

Semi value pun terasa yang lebih terasa Sukumaran sampai nak kalung selipar pada gambar Tun M. Nak kata 3 suku mungkin tempat tak kena. Tokey tak marahkan Sukumaran kerana adalah perkara yang biasa bila perwakilan dapat berucap atas pentas perhimpunan besar sudah pasti satu sifat teruja yang amat sangat. Bila balik kg hendak ditunjukan vcd rakaman ucapan pada anak-anak.

Reaksi lewat pemimpin muda ini adalah janggal sekali. Naibnya begitu pantas menonjolkan sikap pemimpin yang beretika dan bermaruah. Lain pula dengannya. Dipusing kanan dipusing kiri mencari helah dan alasan.

Mungkin ketika Najib kata tak guna jadi pemimpin popular dalam parti tidak pada rakyat, dalam mindanya terbayang anak buahnya memimpin sayap kanan parti yang begitu popular di kalangan 304 orang sahaja. Najib dah terbayang pada grass root yang menolak pemimpin itu. Yelah, dilantik exco pun dalam kalangannya, jawatan menteri jauh sekali.

Mungkin Najib halakan kepada partinya sendiri tetapi masa yang sama Semi value pun terikut rentak sinis Najib. Yang pasti Najib kata perkara yang betul dan ditempat yang betul. Patutlah bila Najib jadi PM perkara pertama yang terpacul "nak letak mana si Khairy nie.?"

Tokey - Sekali sekala kita kena terima hakikat yang hidup ini ada pasang surutnya.

"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Wednesday, September 16, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Rakyat Ada Lesen Untuk Meludah Kamu

Hari ini mujahiddin blogger menyambut tarikh keramat sebagai ulang tahun pembohongan Anwar Ibrahim Munafikun yang pertama. Manusia yang waras sahaja sedar akan tingkah laku sonsang Anwar mempermainkan perasaan rakyat Malaysia. Hari ini juga sang pujangga Putrajaya gagal mempersendakan sistem kehakiman untuk melucutkan pendakwaraya. Belum pernah terjadi dalam sejarah moden negara pendakwaraya mahu dilucutkan peranan hakiki mereka. Anwar adalah pemulanya.

Tokey akan siarkan semula perkara-perkara yang telah mendatangkan keraguan dan kemusykilan mahapelik berkaitan tingkahlaku songsang sang pujangga Putrajaya. yang mahu mengalih perhatian rakyat dan juga menafikan kebenaran. Bermula dengan siri yang pertama. Untuk siri yang seterusnya, Tokey telah letakkan disudut kanan medan perang ini untuk tatapan semua rakyat Malaysia.
Nilaikan sendiri kerana kebenaran adalah perkara yang sukar untuk ditelan dalam kamus hidup Anwar Ibrahim

Siri 1

Tokey - Ingat 16 Sep ingat maraton ke Putrajaya

"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Nizar Aduyai..! Hadi Pun Marah Dengan Khalid

Dengaq cerita Hadi Awang Belit betul punya marah dengan Khalid Samad pasal isu kuil di Selangor. Hadi Awang Belit cakap pasal apa melebihkan kaum India sedangkan kuil yang hendak buat dulu betul-betul dalam kawasan Melayu. Dia taklah cakap tak patut buat kuil tapi dia kata gunakanlah kepala lutut, bukan main hentam kromo dah lah masuk rumah orang tak bagi salam.


Betul juga mana ada reaksi Hadi Awang Belit bila kata penunjuk perasan tuh ada yang mai dari PAS. Bukan nak kata UMNO yang dalang tapi itu semua kerja satu semangat satu suara. No dalang-dalang, semua ideologi busuk kepartian join bantah kuil cuma Mahfuz Lokap dan Khalid Gereja yang kata PAS tidak terlibat. Itu kata-kata manusia yang baru merasa kuasa langsung tak matang


Hadi Awang Belit kecewa dengan Khalid Gereja bila mana dijemput hadir untuk tazkirah di masjid seks. 18 baru-baru ini, Khalid menggunakan microfon untuk berceramah politik dan memaki hamun kerajaan berkaitan isu kuil dan macam-macam lagi. Dalam rumah Allah dibulan mulia bukan tempat yang sesuai untuk berpolitik apatah lagi politik gampang bawaan Khalid. Majlis yang dianjurkan adalah majlis tazkirah.


Sapa-sapa yang ada kat surau al hidayah mesti tahu Hadi Awang Belit enggan ulas isu yang dibangkitkan oleh Khalid Gereja masa tazkirah tu. Depa semua perasan body language Hadi Awang yang tidak selesa dengan sikap moroon Khalid. Apa punya jenis pemimpin yang berperangai tidak matang.


Benarlah khabar angin yang kata, kepimpinan PAS pusat ramai yang tidak setuju dengan cara Khalid selesaikan isu kuil. Hassan Ali langsung tak masuk campur pasal dia dah tahu cara Khalid yang bodoh sombong. Molek benar dicantas daripada PAS Selangor.


Tokey - Bulan ramadan ini kalau boleh kita hendaklah perbanyakkan amal ibadat, bukan kita perbanyakkan amalan caci walau dalam surau atau tazkirah hal-hal agama perlu dibicarakan dengan berhemah. Islam mazhab PAS, semua disapu tak kira dalam surau, tepi longkang bulan posa dan bolan tak posa sama saja. Janji gian hendak maki hamun boleh terubat.


"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Monday, September 14, 2009

Now Samy Vellu Is Semi Value Or No Value..?



MIC tidak perlukan nasihat atau tunjuk ajar daripada pihak lain. Kita ada seorang ketua (Samy Vellu) yang bijak untuk memimpin parti dengan cara yang baik.

Jangan mencampuri urusan MIC lagi. Kami tahu apa yang kami buat. MIC tidak boleh dipisahkan selagi Presiden kami memimpinnya.

Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang. Malah Samy Vellu juga disifatkan sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.

Katanya lagi, hanya MIC boleh membela nasib masyarakat India di negara ini, parti lain yang ditubuhkan untuk masyarakat India akan 'mati' tidak lama lagi.

Masyarakat India di negara ini akan menjadi 'yatim piatu' jika MIC dihapuskan.


Tokey - Itu antara gesaan dan kata-kata ahli politik. Benar, Samy Velly adalah pokok ara yang punyai akar yang teguh. Itu cerita 5 tahun dulu dan cakap seorang ahli politik kadang kala langsung tak boleh pakai. Liabiliti Samy Vellu bukan terletak kepada MIC dan masyarakat India tetapi lebih dari itu. Jelas, BN yang terpaksa menanggung semua beban. Inilah realiti yang hendak dinafikan oleh Samy Vellu.

Kenyataan Samy Vellu yang mengatakan rakyat tidak menyukai BN bukan dirinya dibuat selepas Najib sinis mengatakan kita perlu popular dikalangan rakyat bukan parti. Samy perlu mendengar keluhan ahli bawahan kerana sudah banyak dalil menunjukkan MIC perlukan perubahan kepimpinan.

Samy Vellu mahu kalungkan selipar kepada Tun M walhal orang tua itulah yang disuapkan marukku ketika Tun M berkuasa dulu. Semua parti dalam BN sudah maklum bertukar presiden yang tinggal cuma MIC. Mungkin Samy Vellu mahu membawa gelaran presiden hingga ke lubang kubor itupun jika dia ditanam tetapi jika dia dibakar akan hanguslah title itu bersamanya.

Keengganan Samy memberi kelebihan kepada pembangkang yang mahukan undi konsisten masyarakat India sama seperti keinginan Al-Juburi yang mahu Tun Lah terus berkuasa hingga ke PRU ke-13. Samy Vellu tak nampak realiti dunia politik hari ini.

Tokey - Agak menghairankan apabila Ketua Pemuda UMNO diam membisu tidak seperti reaksi kilat mengherdik orang Islam berarak membawa kepala lembu di hadapan bangunan SUK dulu. Khairy marah atau dia menyokong kerana semua orang tahu hati nalurinya. Masyarakat India tidak akan menjadi 'yatim piatu' jika Samy Vellu diturunkan sebaliknya dia akan terus "no value" sehingga detik PRU ke-13 itupun jika terdapat talian hayat daripada orang besar UMNO yang sudi membantu. Rujuk Klik

Nizar Anwar Attaturk..! Selepas PRU ke-11, PAS Gadai Prinsip

Tokey sambung kembali kisah ketidak puasan hati PAS selepas tewas teruk dalam PRU ke-11. Rujuk Sini. Dari 23 Mac - 4 Apr 2004 sebanyak 6 memorandum telah dihantar yang dikepalai oleh PAS kepada SPR, SUHAKAM, Majlis Raja-raja termasuk mengheret Sultan Kedah dan Pahang. Sangat menghairankan apabila PAS tidak mengeheret sama Sultan Kelantan dalam konflik ini.

Antara dakwaan kandungan memorandum tersebut:
1) SPR sengaja mengeluarkan 2 senarai nama pemilih berdaftar yang mengelirukan parti politik dan pemilih.
2)Dengan sengaja mengeluarkan nama pengundi berdaftar yang mengundi pada Pilihan Raya Umum 1999.
3)Dengan sengaja melanjutkan tempoh pembuangan undi sehingga jam 7.00 petang bagi Negeri Selangor sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa.

Hadi Awang Belit yang kecewa dengan kejatuhan kerajaan "Isle" Terengganu dalam ceramah road shownya mengatakan pengundi yang menyokong BN ialah pengundi murahan dan kononnya kemenangan BN di Terengganu adalah kerana pertolongan pengundi hantu.

Hadi Awang Belit ternyata tidak dapat menerima ketentuan illahi akan kesilapan dan kelemahan sepanjang pentadbiranya sebagai menteri besaq..! Nada yang sama diucapkan Hadi Awang Belit bila rakannya tewas di Batang Ai cuma bait kerasnya kata pengundi cawat tidak sebijak pengundi bercelana.

Mungkin pak lebai PAS tu terlupa akan kesilapan dan perancangan jentera depa yang lemah dan tidak mengambil berat disebabkan terlalu yakin kemenangan memihak kepada mereka. Selepas PRU ke-11 ini menyaksikan PAS menggunakan sepenuhnya jentera tenaga muslimah menyelinap masuk kedalam rumah-rumah untuk menjalankan aktiviti kempen sambil membawa beras, gula dan wang 'sedekah'.

PAS cepat melatah jika isu tidak memihak kepada mereka. Kemenangan besar pembangkang pada PRU ke-12 langsung menutup sejarah kegagalan depa yang lepas-lepas. Tidak kedengaran suara SPR menyalahgunakan kuasa, isu pengundi hantu lenyap dan macam-macam lagi dakwaan sumbang depa. PAS merasakan depa betul dan orang lain yang salah. Walaupun PAS cuma berjaya dengan 28 kerusi parlimen dan PKR serta DAP lebih mendominasi kerusi tetapi yang paling hebat berbaring dan berdiskusi di jalan raya adalah PAS.

Harus diingat, kekalahan teruk ini juga menyebabkan PAS telah mengambil tindakan drastik dengan mengadaikan cita-citanya untuk menubuhkan negara Islam dan mula bersekongkol dengan parti sekular PKR dan DAP demi keinginan untuk mencapai objektif dan cita-citanya menjadi kuasa dominan politik Malaysia dan proses keahlian kepada bukan Islam mula diperdebatkan. Hari ini PAS adalah pengamal politik suku agama suku.

PRK Bagan Pinang akan menyusul bulan depan. PAS mula bermain strategi dakwaan ketelusan pengundi Pos. PAS cuba berkira-kira alasan yang wajar jika mereka tewas kelak. Tingkahlaku pelik PAS yang sembunyi diri sebelum turun berperang. Depa mula risau kedinginan sokongan yang depa harap-harapkan.

Tokey - Malang bagi PAS, status quo parti pembangkang paling lama berbanding PKR dan DAP tidak digunakan sepenuhnya PAS untuk mencerminkan depalah yang paling matang tetapi hari ini tidak lebih hanya dibuli kanan dan kiri.

Tokey - Bagi PAS, depa saja yang betoi orang lain juga yang salah sokmo..! UMNO boleh berjaya di Bagan Pinang jika Najib turun ke setiap depoh tentera membawa bersama visi "rakyat didahulukan, bonus tahunan akan ditaburkan"

Friday, September 11, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Jangan Lupa Sejarah PRU Ke-11

La nie PAS bukan main sombong lagi. Mentang-mentang depa tengah syok dok menang banyak sangat PRK. Kemenangan depa yang boleh dikategorikan sebagai cikai sebab kesilapan pihak lawan mengatur strategi bertanding. Dalam dok kaji pasal PAS nie baru teringat kisah PRU ke 11 tahun 2004 dulu.


Masa tuh, Tun M meninggalkan legasi kepimpinan dengan begitu indah kepada Tun A. Tun A sambut dengan lapang dada tanpa perlu mencacatkan perancangan yang sudah diatur kemas. Tahun 2004 menyaksikan BN hampir menyapu bersih kerusi Parlimen dan DUN dan merampas Terengganu daripada PAS. Tun A juga mencatatkan sejarah sebagai Presiden UMNO yang memenangi PRU dengan gah.


Bagi PAS, tahun 2004 adalah malapetaka. Kehilangan Terengganu yang diambil ketika konflik peliwat menyelamatkan jubo daripada rotan sang algojo. Terengganu dicilok dari PAS dengan mudah. PAS terlupa ketika itu kerana depa memang tidak matang dalam selok belok politik. Kelantan hampir menyaksikan Nik Aziz petrol meninggalkan wisma darul naim dan wujud kerjasama ghaib membiarkan PAS terus berkuasa.


Keputusan PRU ke-11 juga telah menjadikan PAS manusia yang teras buta hati. Depa begitu bersungguh mahu menafikan keputusan yang telah dibuat rakyat. Kerjasama dengan PKN (bukan PKR) menubuhkan Badan Bertindak Penyelewengan PRU ke-11 (BBPXI) pada 28 Mac 2004 telah diadaptasi.


Antara menifestasi penubuhan adalah tidak mengiktiraf keputusan PRU ke-11, mengutuk sekeras-kerasnya SPR kerana telah diperalatkan sehingga hilang kewibawaan, menuntut pengerusi dan ahli-ahli SPR meletakkan jawatan dengan segera, menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dan mendedahkan konspirasi SPR dan BN, memohon perkenan DYMM Agong memanggil mesyuarat khas tergempar majlis Raja-Raja bagi membincangkan isu tersebut dan mengisytiharkan PRU ke XI adalah tidak sah dan kerajaan yang ditubuhkan juga tidak sah sehingga pilihan raya semula diadakan.


PAS memang hebat bila berceramah dan mengumpul crowd jika depa ketagih hendak berdemonstrasi. Daripada PRU ini telah berlaku jalinan hubungan haram PAS dengan DAP dan mereka secara tidak langsung telah berkelakuan sumbang dengan menjilat air ludahan kerana mempermainkan Amanat Haji Hadi. PAS mula bersekongkol untuk mencari keseronokan berpolitik dan kekuasaan duniawi. Depa langsung menjadi pelacur politik yang tegar.


Ibarat mendapat tenaga selepas malam pertama, PAS melancarkan kempen tandatangan membantah keputusan PRU-11 dan mensasarkan 1 juta signature dan road show ke seluruh negara. Road show PAS yang paling berjaya adalah di Rusila, Kuala Terengganu dengan kehadiran crowd hampir 10,000. Depa orang Rusila memang suka berhimpun dan merusuh.


Bersambung...


"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Thursday, September 10, 2009

Pengumuman: Mencari Kebenaran

Rakan-rakan blogger pohon sebarkan keblog masing-masing.

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

Wednesday, September 09, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Mana Datang Dana Politik RM 3 Billion

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid semalam bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kira-kira 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.

Sambil melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan itu, Perdana Menteri berkata beliau tidak sangka bagaimana bekas timbalannya itu boleh melakukan perkara sedemikian.

"Saya terkejutlah. Saya tak tahu macam mana dia boleh buat kerja macam ini," katanya sambil menafikan andaian sesetengah pihak kononnya pendedahan itu dirancang kerajaan bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Bercakap kepada pemberita di Dewan Rakyat petang ini, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak tahu menahu mengenai perkara itu sehingga didedahkan oleh Abdul Murad semalam.

"Kenyataan yang membabitkan ramai orang itu adalah sesuatu yang kita tidak jangka. Saya berpendapat ia sepatutnya dibuat pada masa lain, bukan ketika kita membentang Belanjawan," katanya.

Dr Mahathir ditanya mengenai dakwaan Abdul Murad dalam satu akuan berkanun semalam bahawa RM3 bilion itu adalah untuk memajukan cita-cita politik Anwar.

Ditanya sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuat siasatan, beliau berkata: "Saya fikir tentu dia (BPR) nak tanya Murad mengenai apa asas-asas dia."

"Tentu kita nak tahu siapa yang dapat, macam mana dia dapat, macam mana duit itu dikumpul (dan) siapa pegang (duit itu)," katanya.

Mengenai kemungkinan Anwar dan beberapa lagi orang yang dinamakan dalam akuan berkanun itu akan mengambil tindakan undang-undang, Dr Mahathir berkata:

"Sama ada dia saman atau tidak, saya berpendapat kerajaan perlu menyiasat kerana ia membabitkan pengurusan dana kerajaan. Takkanlah kita biar begitu saja".

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu sama ada banyak lagi pendedahan dibuat selepas ini.

Mengenai sebuah pertubuhan berpusat di Amerika Syarikat yang didakwa menerima AS$10 juta (RM38 juta) dan menjadi saluran utama Anwar untuk menaikkan imejnya di negara itu dan Eropah, Dr Mahathir berkata niat Anwar adalah untuk menjadi popular.

Dr Mahathir berkata, beliau diperalatkan oleh Anwar supaya dibenar untuk memberi syarahan dan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pertubuhan berkenaan.

Ditanya sama ada dakwaan itu akan menjejaskan kewibawaan Bank Negara kerana Menteri Kewangan boleh membuat arahan terus kepada bank pusat itu, Dr Mahathir berkata ada satu cara bagi menanganinya iaitu kerajaan tidak akan melantik Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab pada masa akan datang.

"Tetapi saya fikir apabila kita mempunyai Menteri Kewangan seperti itu, maka perkara macam ini boleh berlaku tetapi kita (sekarang) mempunyai Menteri Kewangan yang baik yang tidak akan berbuat demikian.

"Lain kali kita akan berhati-hati siapa yang akan kita lantik sebagai Menteri Kewangan," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Abdul Murad yang menyatakan dasar-dasar Anwar ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada Julai 1997 adalah rancangan politik bekas Menteri Kewangan itu untuk menjatuhkan ekonomi negara dan Malaysia terpaksa melutut meminta bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Beliau menjelaskan: "Perkara itu pernah dinyatakan sebelum ini oleh orang lain mengapa dia (Anwar) lebih suka mengikut IMF dan mengambil langkah yang boleh merosakkan ekonomi adalah disebabkan dia menjangka kerajaan ketika itu untuk meminta bantuan IMF.

"Kemudian, sudah tentu kita akan terpaksa menerima syarat IMF... ini akan menjadikan saya tidak popular dan saya akan terpaksa meletak jawatan dan biar dia (Anwar) mengambil alih," katanya.

Berita Harian 30 Oktober 1999

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

Nizar Anwar Attarturk..! No Petrol No Runding.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.

Menteri Besar itu sebaliknya berkata, pihaknya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sumber: Utusan

Tokey : Nik Aziz petrol kata telah berjaya menukar pemikiran rakyat Kelantan daripada metaliti pak turut eropah kepada pak turut nabi. Nabi PAS mengajar Nik Aziz untuk menolak segala perbincangan demi kepentingan ummah tetapi kepentingan undi dan duniawi adalah lebih penting untuk Nik Aziz petrol. Biarkan Nik Aziz dengan sikap riaknya kerana itu adalah dugaan Allah untuk manusia diakhir zaman. Tidak hairan Nik Aziz menjadi senyanyok ini kerana dia adalah bisul yang semakin hari semakin membusuk.

Tokey - Teringat drama Antara Garisan di Astro Ria tempoh hari. Kisah seorang ustaz yang kononnya diutus tuhan untuk membanteras maksiat disebuah kampung, alih-alih ustaz tuh sendiri yang melakukan maksiat kerana terikutkan bisikan syaitan.

Tokey - Dari dulu lagi tak anggap yang berjubah kopiah ini maksum dan bersih dari dosa. Lihatlah di Tabung Haji pasal kes pecah amanah. Bukankah yang kantol manusia yang berkopiah jubah..! Bangga ucap bermukadimah dengan ayat-ayat Allah tetapi jika sudah berkuasa pasti kopiah jubah itu ditanggalkannya.

Tokey - Mengikut perintah Allah tetapi tidak melabelkan diri bagus dalam suruhannya. Urusan syurga neraka adalah urusan Allah bukan Nik Aziz petrol dan Anwar Ibrahim.

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

Tuesday, September 08, 2009

Nizar Camry..! Mengapa Tidak Belajar Dari Sejarah.

Tokey nak ringkaskan disini...SERANGAN WAKTU SUBUH akan berlaku. Sungguh Tokey tak tipu. Pejabat SUK Selangor kelam kabut 2-3 hari ini. Memindahkan segala macam kerja busuk untuk menutup kesilapan. Pertemuan Hassan Ali dengan Sultan Selangor pasti mengundang persepsi pelbagai dari dalaman Selangor dan juga kepimpinan PAS. Tokey pernah hint sebelum ini bahawa siri ulangan tragedi Perak akan berlaku. Klik. Klik. Ianya pasti akan berlaku.

Apa yang dibincangkan Hassan Ali ketika berkunjung ke istana. Yang pasti kekesalan bersekedudukan telah diceritakan bersama satu ketetapan. Inilah yang diinginkan oleh seluruh rakyat Selangor.

Rakyat Selangor jangan terkejut jika di awal pagi akan datang regim Khalid menyerahkan kunci pejabat exco masing-masing dengan satu amarah yang nyata. I lost my home..!


Rakyat Selangor, I would to introduce ur new......?

Saturday, September 05, 2009

Bodoh Betol YB Nie..!

India punya kuil, Melayu juga yang bergaduh. Pasal taik pun mau gaduh. Itu baru perintah Selangor kalau perintah Malaysia huru hara negara ini.

Bodoh punya Khalid Gagap, Khalid Gereja dan Pakatan Rakyat. Fak ur sef asshole..!Klik

Thursday, September 03, 2009

Megat Junid Serah Surat Kepada KPN

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor, menerima surat Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus (gambar) berkata, Rahim pada 8 Ogos 1997 memberitahunya, Megat Junid datang ke pejabatnya (KPN) lalu menyerahkan surat berkenaan, yang mengandungi satu laporan khas dan akuan bersumpah.

Amir, saksi pendakwa ke-11, yang sedang bercuti sebelum bersara berkata, surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri itu dialamatkan kepada Perdana Menteri.

Menurutnya, KPN ada memberitahunya mengenai isi kandungan surat itu, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan sejenis dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

"IGP (KPN) juga memberitahu saya bahawa surat itu ditandatangani seorang perempuan bernama Ummi Hafilda Ali dan laporan itu mengandungi dua lampiran," katanya.

Amir yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II daripada 3 Februari 1997 hingga 6 Februari 1998 sebelum menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, KPN memberi arahan kepadanya supaya melakukan siasatan berhubung sejauh mana surat itu sudah tersebar.

Amir: IGP mengarahkan saya, 'Sila siasat sejauh manakah surat ini tersebar, latar belakang penulis, Ummi Hafilda dan Azizan.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya Abdul Gani Patail: Pada 9 Ogos 1997, lebih kurang 10 pagi, apa yang berlaku.
Amir: Saya telah menelefon ACP Mazlan Mohd Din dan bertanya kepada beliau sama ada pihak SB (Cawangan Khas) mendapat sebarang maklumat mengenai surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri dan skandal seks.

Abdul Gani: Apabila kamu bertanya SP7 (Mazlan), adakah Mazlan jawab apa-apa.

Amir: SP7 menyatakan pada saya bahawa setakat ini beliau belum lagi mendapat sebarang maklumat mengenai surat itu dan juga skandal seks.

Abdul Gani: Seterusnya, adakah Datuk beri apa-apa arahan pada SP7.

Amir: saya arah SP7 untuk mendapat maklumat berkenaan surat itu dan juga skandal seks dan kemudian taklimat balik kepada saya.

Abdul Gani: Bilakah beliau menelefon balik kamu.

Amir: SP7 menelefon saya pada jam 2 petang, hari yang sama (9 Ogos 1997).

Abdul Gani: Apakah yang SP7 memaklumkan kepada kamu.

Amir: SP7 beritahu saya bahawa SB telah pun mendapat maklumat mengenai surat tersebut tetapi mereka belum lagi dapat mengesan surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

Ketika ini, berlaku pertikaman lidah antara Abdul Gani dengan Gurbachan Singh, seorang daripada sembilan peguam Anwar, apabila Gurbachan membuat bantahan berhubung beberapa keterangan Amir.

Gurbachan membuat bantahan berhubung keterangan Amir yang menyatakan kepadanya mengenai operasi Solid Grip.

Menurut Gurbachan, keterangan Amir itu adalah dengar cakap (hearsay) dan tidak perlu dibangkitkan dalam perbicaraan itu kerana ia tiada kaitan dengan pertuduhan yang dibicarakan.
Abdul Gani berkata, keterangan itu perlu bagi membolehkan pendakwaan menunjukkan urutan peristiwa dan Amir layak memberi keterangan itu kerana beliau mempunyai akses terhadap fail dan rekod dalam Cawangan Khas.

Hakim Datuk S Augustine Paul kemudian memutus untuk mendengar keterangan itu sebelum membuat keputusan sama ada akan memadamkannya daripada nota mahkamah atau menggunakannya sebagai sebahagian daripada keterangan.

Beliau kemudian memerintah wartawan supaya tidak menyiarkan sebarang berita berkaitan perkara itu sehingga mahkamah ditangguhkan untuk makan tengah hari.

Berita Harian 24 November 1998

CIA Dalangi Kegiatan Anwar

Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat di dakwa mendalangi aktiviti politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ahli Parlimen Pokok Sena, Wan Hanafiah Wan Mat Saman, berkata Keadilan dan barisan alternatif turut didalangi oleh CIA kerana menyokong perjuangan Anwar.

Serentak itu, beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi perlindungan khusus kepada bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendedahkan 20 akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.

"Pendedahan Murad menunjukkan Anwar memberikan RM38 juta kepada bekas pekerja Majlis Keselamatan Negara AS, Douglas H Paal untuk Pusat Penyelidikan Dasar Asia Pasifik (APPC).

"Nyawa Murad dalam bahaya, jika CIA di belakang Anwar banyak benda boleh berlaku. AS mempunyai 'mission imposible' serta boleh gagalkan penyiasatan kes ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2000 di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Hanafiah juga meminta kerajaan khususnya Kementerian Kewangan memeriksa dengan menyeluruh pendedahan Murad dalam akuan berkanunnya, supaya rakyat memahami perkara sebenar.Katanya, sokongan AS semakin jelas apabila Naib Presidennya, Al-Gore dan Setiausaha Negara, Madeline Albright memberi sokongan terbuka kepada penyokong reformasi ketika persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Sekarang kita tahu mengapa Cable News Network (CNN) memburuk-burukkan imej Perdana Menteri. Paal juga adalah CIA yang menyebabkan Al-Gore dan Albright menyokong reformasi tajaan Anwar," katanya.

Ketika meminta penjelasan Hanafiah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Shafie Apdal turut mendedahkan perilaku Anwar yang pernah memaksa Kabinet Sabah supaya meluluskan lesen judi.

"Tidak wajar bagi seorang yang mengaku Islam sanggup memaksa Kabinet Sabah supaya meluluskan lesen judi. Kita juga ada saksi. Senator Datuk Pandikar Amin Mulia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) boleh menjadi saksi," katanya.

Wan Hanafiah turut meminta Jabatan Perdana Menteri mewujudkan petugas khas menyiasat setiap masjid supaya ia tidak digunakan oleh parti politik.Beliau berkata, Pas menggunakan masjid sebagai pentas politik kerana sudah terpengaruh dengan dakyah Yahudi.

"Rancangan Yahudi memang bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat. Ini dibuat supaya orang Islam bergaduh dan tidak pergi lagi ke masjid."Kita tidak mahu masjid digunakan oleh Umno atau Pas, tetapi ia digunakan sebagai tempat beribadat.

Sumber : Berita Harian 3 November 1998

Wednesday, September 02, 2009

NIZAR PASNIKEN: PAS Amal Politik Separuh Agama Suku

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menerima cadangan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bagi menubuhkan satu komponen parti yang boleh disertai setiap lapisan masyarakat sekiranya ia dapat menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini. Klik

Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan parti itu selama ini. “Kalau tak payah tubuh parti lain, pakai Pas sahaja. Pas sudah memberi kepuasan kepada semua bangsa-bangsa lain kerana Pas wadah bagi Islam.

“Saya nak Pas. Tak payah rombak barang yang sudah ada tapi kalau nak rombak juga boleh syaratnya parti baru ini dasar utamanya Islam.

Kalau tak setuju Islam cakap di mana tak betul Islam. Boleh bubuh (letak) nama lain, tak ada apa yang penting dasarnya Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak sawah sistem penanaman padi intensif (padi organik) di Tunjung dekat sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sekiranya semua parti komponen menerima Pas ia perkembangan baik memandangkan prinsip dan dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini telah terbukti mampu menyatupadukan masyarakat.

“Sekiranya tak nak terima Pas parti baru yang ditubuhkan itu boleh menerima semua parti tidak kira daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. “Tetapi kalau boleh terima Pas lagi baik tak payah kita rombak,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga bersedia menerima penyertaan ahli bukan Islam yang ingin menyokong parti itu. “Kami buat Pas. Melayu nak duduk situ boleh, Cina nak duduk situ boleh, semua sekali boleh.

Waktu Allahyarham Zulkifli Mohamad, sudah lama bersungut, Pas ini kena terima ahli-ahli yang bukan Islam . Sekadar nak sokong tak ada apa,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

TokeyGaram - Hari ini apa yang dikatakan 28 tahun dulu dah kembali semula dalam PAS. Sindrom kafirun yang dikatakan PAS kepada UMNO rupanya sedang menular dalam PAS.

TokeyGaram - Hari ini PAS mengamalkan politik separuh agama suku.

Nik Aziz Nak Bubar PAS.

Ini ciri kepimpinan PKR dan budak jahat pakatan untuk masa akan datang. Baru dapat memerintah satu negeri sudah macam-macam onar yang dibuat oleh pemimpin dan ahli bawahan. Bayangkan jika parti human right ini memerintah bumi Malaysia, rasanya mahu jahanam dan konflik yang lebih teruk bakal berlaku.

Anwar Ibrahim seorang banduan adalah penasihat yang memimpin PKR. Jika penasihat pun bermentaliti rendah taraf banduan haprak apatah lagi pemimpin bawahan yang lebih daif. Rasa nak ludah bila dengar Nik Aziz sanggup nak bubar PAS kerana yakin untuk menubuhkan parti baru seperti yang dicadangkan oleh Tian Chua.

Nik Aziz kata, PAS sanggup bubarkan parti jika parti gabungan yang hendak ditubuhkan berlandaskan kepada Islam. Alahai pendita usang, sekecil isu arak pun PAS tak dapat nak uruskan inikan pula hendak gabungkan semua parti mengikut acuan PAS.

TokeyGaram - Apahal nak buat parti baru berlandaskan Islam. Fasal 3 Perlembangan PAS dah terang kata nak tubuhkan negara Islam. Benarlah kata seorang YDP PAS, Nik Aziz adalah sawang dinding yang teringin benar untuk dibuang tapi apakan daya nampak cantik untuk hias sebuah rumah.

Nizar Lilin.! Kerja Kotor Anwar Dan Kebodohan 28 Adun Perak


Besok 2 Sept akan terserlah sikap kekayuan wakil rakyat yang bodoh dan pentingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kuasa daripada menjadi pemimpin rakyat yang bijak dan matang setelah dipilih oleh rakyat marhaen. Di Perak akan muncullah wakil-wakil rakyat bahlol kononnya mahu mengadakan sidang DUN walaupun telah mengetahui bahawa mereka tidak berkelayakan untuk melakukan sedemikian. Makin terserlah sikap pemimpin yang mencermin watak sebenar jika mereka memerintah satu hari nanti.

Sivakumar yang terang-terang sudah hilang kelayakan untuk menjadi Speaker akan meneruskan sketsa beruk untuk 'chair' sidang DUN esok. Tindakan Siva adalah menghina mahkamah dan wajar ditangkap kerana menghina titah Tuanku Sultan Perak. Aney Siva bangga membawa buku hijau kecil Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tetapi gagal mentafsir dan memahami maksud buku. Betapa bodohnya Siva.

Tentunya manusia yang paling gembira melihat opera bawah pokok adalah Anwar Ibrahim, pelancap tegar politik negara. Dialah yang paling seronok kerana berjaya mengalihkan perhatian rakyat daripada melihat kisah liwat yang akan dipentaskan esok. Anwar tahu kebodohan rakan-rakannya dan digunakan sepenuhnya untuk memperbodohkan mereka. Bijak Anwar tetapi tidak sebijak Najib yang memberi RM 100 Juta saham kepada orang miskin. Pasti di Kelantan dan Kedah menunjukkan jumlah pembeli yang ramai.

Kegilaan Anwar dan ketakutannya terhadap ulangan kes liwat tidak dapat disangkal lagi masakan tidak dia berbelit-belit mencari alasan untuk melepaskan diri membuangkan laungan keadilan untuk semua yang selalu diucapkan. Keadilan untuk Saiful Anwar tidak peduli. Baginya itu bukan mencari keadilan tetapi memberi tiket untuknya ke penjara.

Pemilihan speaker adalah kehendak kerajaan yang memerintah hari ini dan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan ihsan yang mengangkat BN menjadi kuasa mutlak di Perak hari ini. Ini yang tidak difahami kesemua Adun beruk Perak. BN memiliki kuasa mutlak kerana kelibat 3 manusia yang berpaling tadah. PAS yang paling sedikit kerusi berbaring atas jalan mempertahankan kedudukan MB yang dibanggakan tetapi tidak menerima ketentuan Qada dan Qadar akan kehilangan kuasa. Betapa bodohnya PAS menampakkan politik mereka yang tidak matang.

TokeyGaram - Jadilah YB yang bijak dan berpendirian supaya tidak diperbodoh-bodohkan oleh orang lain. Anwar Ibrahim hanya mahu menggunakan hangpa untuk kepentingan menjaga juburnya sahaja. Malulah jika mendapat wakil rakyat seperti ini.

TokeyGaram - Pasti ramai orang-orang PAS dan penyokong tegar pakatan yang berebut-rebut beratur untuk membeli Amanah Saham 1 Malaysia yang telah dilancarkan. Bila ditanya kawan-kawan mati-mati mengutuk tetapi senyap-senyap berangan untuk memberanakkan duit yang dilaburkan.

Tuesday, September 01, 2009

Nizar Camry: Belit Berbelit Bukan Sembelit

Kelmarin di Lunas, Kulim (tempat aku bersekolah dulu, SMKK) kononnya budak-budak jahat pakatan telah mengadakan protes mendesak Radzhi Salleh meletak jawatan. Punya la ramai yang mai hingga jalan besar depan rumah kedai sesak dengan kenderaan. Orang ramai yang lalu lalang heran tengok kehadiran manusia yang ramai membuat protes untuk Radzhi Salleh letak jawatan.

Kira punya kira tak sampai 200 orang yang membuat protes itu. Habis jalan sesak dan menyusahkan penduduk Taman Sri Limau. Kalu tengok kain rentang yang dibawa tertulis "Kami Penduduk Lunas Mendesak Adun Lunas Letak Jawatan". Siapa yang mahu Radzhi Salleh letak jawatan..? 200 orang ini atau 26,000 penduduk Lunas..? Adakah suara protes nie mewakili 26,000 penduduk Lunas.

Budak-budak jahat pakatan ni cakap memang berbelit. Sebelit AP Padang Serai yang buat kecoh di Permatang Pasir. Kalau jumpa Gobala dan ular sawa elok dibunuh Gobala kerana belit Gobala lagi bahaya dan berbelit sama macam Anwar Ibrahim yang berbelit-belit cuba nak gugurkan kes liwatnya. Itu belum kira lagi dengan pembelit Hadi Awang yang cakap pasal kerajaan perpaduan sampai berbelit-belit UMNO juga yang kena. Elok diketuk kesemua sekali.

Pengumuman: Majlis Dialog Seksyen 23


(Dable klik untuk paparan lebih jelas)

Sumber: Cucu tok Selampit.

Kepada semua pihak yang bengang dan marah dengan tindakan kurang siuman dan bahlol peringkat tinggi Yb lembu-lembu seperti Khalid Gagap, Khalid Gereja, Rodziah 350 dan Xavier Estet, ayuh kita hadir dan memberi sokongan kepada warga Seksyen 23 demi menjaga maruah bangsa dan agama. Sebarkan..!