Sunday, May 31, 2009

Update Penanti: Sehingga jam 5 petang

Pengundi Penanti: 15,380

Tempoh pengundian telah pun tamat. Sehingga jam 5 petang sebanyak 7,149 pengundi telah membuang undi. Peratusan keseluruhan yang keluar mengundi adalah sebanyak 46.48%.
PRK Penanti menyaksikan hanya separuh pengundi yang membuang undi dan yang selebihnya mengambil tindakan memboikot. Tindakan ini di dorong oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap kejijikan PKR mempermainkan demokrasi. PKR harus menilai semula sokongan rakyat yang semakin menurun terhadap mereka.
Syabas Mengkuang, kita ludah PKR dengan rasa bangga..!!

Update Penanti: Sehingga jam 4 petang

Pengundi Penanti : 15,380



Sehingga jam 4 petang seramai 6,847 pengundi telah menunaikan tanggungjawab membuang undi. Peratusan yang keluar adalah sebanyak 44.52%.
Apa yang boleh disimpulkan tindakan protes rakyat Penanti terhadap kegilaan pembangkang mempermainkan demokrasi untuk mendapatkan kuasa dan memperbodohkan rakyat.


PKR akan dihalau keluar daripada Mengkuang...!

Melayu Dikhianati?

Artikel ini GM ambil daripada Utusan Malaysia:


Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.


''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.


Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.


Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?


"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya?


Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.


Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

Saturday, May 30, 2009

Kak Min Bukan Mangsa Yang Pertama.?

1. Rupanya permainan PKR bukan sahaja menyogok Kak Min menarik diri daripada bertanding di Penanti. PKR, parti sampah yang sangat menyokong rasuah sebenarnya lebih teruk kegilaannya memberi rasuah.


2. Kak Min mendedahkan beliau menerima panggilan telefon diugut oleh pemimpin PKR negeri untuk dibakar baju-baju kempennya yang ditempah jika berkeras meneruskan dakwaan rasuah PKR dan membuka tembelang kepimpinan PKR.


3. Jika sebelum ini Kak Min ditawarkan RM88,000 dan jawatan TKM untuk menarik diri daripada bertanding tetapi PKR terlebih dahulu pernah menyogok calon Bebas untuk menarik diri. Kiranya Kak Min adalah mangsa yang kedua oleh PKR.


4. Ketika PRK Bukit Selambau baru-baru ini calon Bebas yang menggunakan logo Payung A. Jayagopal turut mendedahkan beliau pernah ditawarkan RM50,000 oleh PKR supaya menarik diri. Lihat contoh terbaik, PKR adalah pemain rasuah yang cukup hebat.


5. Seperti biasa, Anwar Ibrahim melalui perancang strateginya Saifuddin Nasution dikerah untuk memujuk A. Jayagopal menerima habuan itu dan menarik diri daripada bertanding. Walaubagaimana pun atas kesedaran PKR hanya mempermainkan demokrasi beliau tetap bertanding di Bukit Selambau.


6. Maka tidak hairanlah jika kes 3 rakyat yang dirantai oleh Ah long berlaku di dalam kawasan YB PKR. Lagak samseng Ah long mencontohi kepimpinan PKR hari ini. Ibarat ideologi komunis era moden. “Lu Suka Ikut, Lu Tak Suka Lu Sakit”. Itulah PKR, parti sampah cetusan Anwar Ibrahim.


7. Dalam PKR sememangnya dipenuhi manusia-manusia yang bertopengkan syaitan lagak dan akidah yang suka menunding jari dan berpendirian “Kami Yang Terbaik”. Benarlah, PKR dahulu menjerit-jerit perihal banteras rasuah kerana mereka ketika itu tidak berkuasa hanya menjadi pengemis di lorong-lorong demokrasi dan mengutip sisa-sisa yang ditinggalkan.


8. Hari ini mereka berkuasa. Cacian dahulu dijilat balik satu persatu PKR tetapi dalam masa yang sama mengatakan “itu halal bagi kami”. Nilaikan sendiri lagak poyo PKR hari ini.?



Ayuh Mengkuang nilaikan sendiri tahap sampah PKR.

MB Kedah Sokong Najib, Apa Kata Nik Aziz?


Kali ini GM bersetuju dengan kenyataan seorang pemimpin PAS. Walaupun sebelum ini GM agak radikal menghentam kepimpinan PAS berkaitan beberapa isu nasional untuk post kali ini GM bersetuju dengan seorang pemimpin PAS daripada Kedah. Bukan dengan segelintir pemimpin PAS lain yang senantiasa mengiyakan kenyataan Nik Aziz demi survival politik sendiri.

Sebelum ini GM agak kecewa dengan kenyataan Nik Aziz yang menyamakan BN dengan komunis dan kenyataan Nik Aziz itu ibarat beliau tidak memahami sejarah ataupun lebih kepada bersifat politik. Nik Aziz sepatutnya menilai dahulu kesannya berhubung beberapa kenyataan “nyanyok” yang boleh mengundang kegusaran muhibbah orang Melayu.

Menyamakan BN dengan komunis sama seperti Nik Aziz menimbulkan fitnah yang ditelan bulat-bulat oleh penyokong tegar PAS. Belum pernah sehingga ke hari ini kedengaran pemerintahan BN mencedok fahaman komunis. Belum pernah berlaku tindakan radikal pemerintah yang membunuh membabi buta dan sepatutnya Nik Aziz perlu lebih rasional dalam mengeluarkan kenyataan. Satu "diapers" untuk Nik Aziz bimbang beliau hilang pertimbangan untuk mengawal sistem penyahtijaan.

Datok Azizan adalah contoh kepada kepimpinan pelapis PAS yang matang berpolitik. Beliau tidak akan menyokong jika sesuatu isu itu dilihat benar-benar tidak betul dan akan berkata benar jika ianya benar. Ketokohan sebegini amat diperlukan PAS memandangkan PAS adalah parti kedua terbesar orang Melayu bagi mengimbangi peranan UMNO dalam mencorak atmosfera politik semasa.

Azizan menyatakan sokongan kepada pendirian Najib dalam keputusan kerajaan yang tekad tidak membenarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia. GM tidak melihat sokongan ini akan mengundang padah kepada Azizan menjelangnya Muktamar PAS Jun nanti. Azizan adalah contoh kepada generasi pelapis PAS untuk berpolitik secara matang. GM yakin akar umbi amat menyenangi ketokohan Azizan.

Janganlah menjadi seperti PAS Johor yang menyatakan sokongan dihadapan penyokongnya ketika berceramah di Simpang Renggam. Tindakan itu menunjukkan PAS Johor ketandusan pemimpin yang bijak. Ini kerana PAS Johor boleh diibaratkan menyokong komunis sama seperti menyatakan sokongan terhadap komunis menggempur pejuang orang Melayu di Bukit Kepong dan menyokong kegilaan komunis di Muar yang membunuh membabi buta hingga mencetuskan serangan balas daripada orang Melayu 50 tahun yang lalu.
Nizar, tingkahlakunya telah mengundang benci dalam kalangan ahli PAS Perak.
Nik Aziz perlu melihat sokongan orang Melayu terhadap PAS semakin hari semakin suram berikutan insiden di Perak dan beberapa lagi isu nasional yang diceburi PAS dan yang paling terkesan protes orang Melayu di Bukit Gantang. Orang Melayu mengherdik PAS kerana menyifatkan PAS adalah parti yang “Hentam Kromo” walhal PAS sudah hampir 40 tahun bertapak di bumi Malaysia tetapi tindakan dan pemikiran PAS boleh diibaratkan seperti baru setahun jagung dan sering diperlekehkan rakan sepermainan.

Nik Aziz perlu menilai mesej ahli-ahli PAS ketika berlangsungnya Konvesyen PAS Perak kali ke-14 di Teluk Intan pada 24 Mei 09 tempoh hari. Rata-rata ahli-ahli PAS seluruh Perak sudah menerima ketentuan Allah yang mereka telah kehilangan kuasa akibat daripada sikap takbur dan enggan bersyukur kepimpinan PAS Perak di atas pemberian tuhan.

Ketika berlangsungnya konvesyen itu dapat dilihat ramai ahli keluar daripada dewan kerana sudah berasa jemu dengan cara pendekatan PAS yang tidak dapat menerima ketentuan tuhan kerana kehilangan kuasa. Boleh dikatakan konvesyen itu lebih kepada program untuk memberi motivasi kepada ahli-ahlinya.

Nik Aziz tidak berada disitu untuk melihat riak muka ahlinya memprotes bangun meninggalkan majlis jika diberitahu pun mungkin Nik Aziz diberi gambaran yang salah. Nik Aziz selalu diberi gambaran salah hinggakan anaknya sendiri terpaksa menegur tetapi kini dipaksa tutup mulut daripada bersuara. Aneh sungguh PAS kononnya memperjuangkan hak asasi tetapi kini bersikap diktator terhadap ahlinya sendiri.

Sokongan Azizan yang tidak mahu Chin Peng pulang harus diambil contoh kepimpinan PAS negeri lain untuk menjadi pelapis yang bermutu dan supaya PAS tidak diperkotak katikkan rakan untuk kesinambungan akan datang. Apa yang pasti mesej ahli PAS ketika konvesyen di Perak yang mahukan PAS menilai semula hubungan dengan PKR dan DAP dikaji semula demi meneruskan perjuangan PAS yang tertunda akibat keseronokan diberi “syabu” oleh rakan yang lain.

MB Kedah menyokong pendirian Najib, apa pula reaksi pemimpin PAS yang lain.?

Email: Luahan Pendapat Untuk Kesejahteraan

Salam Saudara GM,


Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh UMNO bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap parti tersebut menjelang Pilihanraya Umum yang Ke-13 akan datang. UMNO memerlukan perubahan yang drastik dalam mengembalikan semula perpaduan dalaman parti iaitu kunci utama ke arah kekuatan parti tunjang Kerajaan BN ini. UMNO yang kini mengalami krisis kepimpinan di beberapa negeri haruslah kembali kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhan parti iaitu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Jika diamati, pemimpin UMNO yang rata-rata berumur dalam lingkungan 50-65 tahun tidak perlu terikat kepada ‘nostalgia’ lama perjuangan parti. Perubahan dari segi doktrin kepimpinan yang pragmatik perlu ditekankan. Kepimpinan yang mengambil kira kepentingan rakyat ‘marhaen’ perlu digalas sebaik mungkin. Masih banyak ‘homework’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terkini. Bangkitlah wahai pemimpin UMNO sekalian tidak kira di peringkat Pusat, Bahagian waima Cawangan sekalipun. Rapatkanlah saf, tekadkan niat, berjuanglah untuk kepentingan rakyat Malaysia. Perubahan perjuangan UMNO pelulah selari dengan peredaran zaman. Justeru, bagi mengembalikan sokongan rakyat Melayu terhadap Umno mekanisme-mekanisme berikut mampu merealisasikan hasrat tersebut.



1. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah berhubung cara hidup pemimpin UMNO itu sendiri. Seharusnya kepentingan rakyat dijadikan asas dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Berdampinglah dengan mereka kerana akhirnya mereka inilah yang menentukan wakil rakyat ingin mereka undi kelak. Janganlah malu untuk duduk bersila semasa menghadiri kenduri di kampung-kampung yang dilawati. Janganlah malu untuk mengabdikan diri kepada rakyat kerana itu jalan yang kamu semua pilih iaitu untuk berbakti kepada mereka. Lupakanlah seketika pangkat dan gelaran yang dimiliki serta layanan istimewa sebelum ini.



2. Umno merupakan satu-satunya parti yang memiliki jentera penerangan di seluruh negara melibatkan 191 Bahagian dengan lebih kurang 20, 000 Cawangan terdapat di dalamnya. Tidakkah ini jumlah yang cukup gah? Namun tiadalah ertinya jika kelebihan yang dimiliki tidak diguna pakai sebaik mungkin. Jentera UMNO di setiap Cawangan perlulah digerakkan dengan pantas dan secara efektif kerana Cawangan Umno adalah ‘mata’ dan ‘telinga’ Kerajaan dalam mendekati rakyat. Penjelasan secara berterusan amatlah praktikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti. Sekiranya timbul sesuatu isu yang baru, gerakkanlah jentera penerangan Umno ini secara bersepadu dengan parti komponen yang lain. Sesuatu isu haruslah diperjelaskan secara bersama dengan penuh rasa tanggungjawab. Isu membabitkan kaum-kaum di Malaysia tidak perlu lagi dijuarai parti-parti tertentu sahaja. Jika isu melibatkan kaum Melayu, MIC dan MCA perlu berdamping dengan Umno bagi menunjukkan bahawa mereka juga prihatin. Begitu juga jika ia melibatkan kaum Cina ataupun India, method yang sama perlu digunakan sebaik mungkin.




3. Permasahan dalaman parti melibatkan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian haruslah diselesaikan segera. Kemelut politik kepimpinan Umno Negeri Perlis semakin rumit ekoran timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Bahagian masing-masing. Pertikaian ini merupakan rentetan daripada perasan tidak puas hati berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sejurus selesai Pilihanraya Umum Ke-12 dan Pemilihan Agung Umno baru-baru ini. Jika diteliti, masalah berpanjangan ini akan merugikan parti lantas sekaligus memberi peluang kepada pihak pembangkang yang sentiasa cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menyebarkan berita-berita yang menyebabkan pertikaian semakin hangat. Sebagai contoh, penubuhan sebanyak 6 Cawangan DAP di Perlis menunjukkan kekuatan UMNO di negeri tersebut semakin terhakis. Terbaru, PKR dilaporkan telah berjaya menembusi kubu kuat Umno iaitu di Kuala Perlis (kawasan MB Perlis) apabila berjaya membuka Cawangannya di kawasan tersebut. Moral ahli-ahli parti yang lain berkemungkinan akan menjunam ‘manifestasi’ kedegilan kepimpinan tertinggi Umno di peringkat Bahagian tersebut untuk berkompromi dan perkara tersebut bukanlah satu perkara yang elok buat perpaduan Umno keseluruhannya.


4. Dalam pada itu, semua universiti dan sekolah perlulah ditadbir oleh individu yang ‘berorientasikan’ perjuangan Umno kerana di sinilah lahirnya bakal-bakal pemimpin dan generasi yang akan mencorakkan kepimpinan negara satu hari nanti. Bagi agensi kerajaan yang lain seperti Biro Tatanegara, Kemas, Jasa dan sebagainya perlulah diperkukuhkan demi melahirkan insan yang menghargai sumbangan Umno kepada negara. Namun pendekatan yang digunakan haruslah dipelbagaikan seiring perubahan iklim politik di Malaysia.


5. Amalan politik wang di kalangan pemimpin Umno semakin mencapai ke tahap kritikal lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti. Rakyat semakin ‘meluat’ dan ‘kritis’ apabila membincangkan gejala yang kurang sihat ini. Namun, kepimpinan tertinggi parti perlulah menyelesaikan amalan keji ini mengikut saluran parti. Biarkan parti yang mengadili seterusnya menghukum perbuatan mereka itu. Hukuman yang dikenakan juga haruslah adil dan saksama dan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dijelaskan dalam Agama Islam.



6. ‘Media baru’ merupakan platform terbaik buat Umno dalam menangkis segala dakyah dan fitnah yang dilakukan pembangkang. Umum mengetahui bahawa ‘dunia tanpa sempadan’ adalah medium terhebat di abad ini dalam mendapatkan sebarang berita mahupun maklumat. Justeru, Umno haruslah menggunakan peluang yang ada bagi memberi gambaran jelas terhadap sesuatu isu berbangkit di samping mengambil peluang mendedahkan segala keburukan pembangkang yang sebelum ini menyerang Kerajaan BN menerusi ‘media baru’ ini. Umno perlu mewujudkan ‘network’ di kalangan ‘blogger’ pro-Umno dalam melakukan ‘perang saraf’ terhadap pembangkang yang kini menguasai ‘media baru’ ini.




7. Selain itu, Umno selaku parti dominan dalam Kerajaan BN perlu lebih agresif dalam menangani permainan politik kotor pembangkang ini. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperhebatkan dan secara berterusan ke atas anasir-anasir yang cuba merosakkan sistem pemerintahan Negara terutama juak-juak yang semakin lantang mempertikaian hak-hak istimewa kaum Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Mereka yang ingkar dalam mematuhi undang-undang perlu diajar walaupun Kerajaan terpaksa menggunakan ISA untuk menanganinya. Biar mereka berasa serik dan takut kerana selama ini, kebebasan dan keterbukaan yang diperolehi semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah disalahgunakan oleh mereka.


8. Gagasan 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia menjadi pegangan dalam melaksanakan pembaharuan dalam parti. Gagasan tersebut yang mendapat reaksi positif rakyat Malaysia ini perlu didokong oleh semua pemimpin BN terutama parti Umno. 1Malaysia seharusnya tidak dipandang oleh semua pihak sebagai landasan untuk mendesak Kerajaan dalam menuntut hak kaum masing-masing. 1Malaysia lebih menjurus kepada menjayakan perpaduan antara kaum, hak kemarataan yang terjamin dan memelihara keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengenepikan perlembagaan Negara. Rakyat akan mendapat hak-hak mereka yang sepatutnya, tiada lagi rakyat yang akan dipinggirkan dan semua akan berkongsi kejayaan secara adil sekaligus melahirkan masyarakat Malaysia yang dinamik, progresif dan berdaya saing.



9. Tidak dilupakan ialah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memecah-belah masyarakat Melayu. Segala strategi jahat beliau dalam mempengaruhi minda rakyat khususnya Kaum Melayu tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan haruslah berusaha ‘mengawal’ dan ‘membataskan’ pergerakan beliau bagi menyukarkan langkah dan hasratnya dalam mengucar-kacirkan kehidupan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu. Datuk Seri Anwar berkemampuan memecah belahkan kaum sekiranya diberi peluang.



10. Akhir sekali Umno harus menerima kenyataan bahawa rakyat semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara terutama yang melibatkan isu politik semasa. Kebijakan rakyat ini juga sebenarnya diperolehi daripada dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang membela nasib rakyat Malaysia. Maka Umno sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak kaum Melayu perlulah mendidik rakyat agar mereka dapat menghargai segala apa yang diperolehi selama ini. Jangan biarkan pembangkang menafikan penat lelah Kerajaan selama 52 tahun ini. Jangan memperjudikan nasib anak bangsa kita kearah hala tuju yang masih belum pasti..


Wallahualam..

Friday, May 29, 2009

Kabinet Arah Kekejaman Komunis Diceritakan

Kabinet mengarahkan pihak-pihak berwajib menulis semula sejarah kedurjanaan komunis dengan memperincikan pembunuhan dan jenayah yang dilakukan agar generasi sekarang memahami mengapa Parti Komunis Malaya (PKM) serta pemimpinnya tidak harus diagungkan.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu, Kabinet mahu perkara ini dilaksanakan bagi membolehkan generasi sekarang jelas serta memahami bahawa komunis merupakan musuh negara.


''Punca menyebabkan komunis dan pemimpin-pemimpinnya diagungkan oleh generasi muda sekarang kerana kekejaman mereka tidak diceritakan dengan jelas serta terperinci.


''Buku sejarah yang tertulis sejarah komunis pula hanya mencatatkan PKM diharamkan pada 1948, membunuh Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, Sir Henry Gurney.


''Tetapi tidak dijelaskan bahawa kumpulan itu melakukan pembunuhan bukan sahaja sebab politik tetapi juga terhadap rakyat yang tidak berdosa,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM) yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum di Angkasapuri di sini hari ini.


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pemimpin PKM, Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini dengan menyatakan kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara tahun 1948 hingga 1960.


Rais memberitahu, penulisan semula secara terperinci sejarah kekejaman komunis ini akan membolehkan generasi muda terutama di sekolah dan universiti dapat diberi pemahaman bahawa komunis adalah musuh negara.


Katanya, walaupun generasi muda mempunyai idealisme tinggi dalam hal-hal tertentu tetapi dalam soal kenegaraan terutama mengenai komunis ini tidak ada kompromi.


Sehubungan itu, katanya, kementerian akan memulakan tayangan filem dokumentari mengenai kekejaman komunis.


''Muzium Negara juga akan membuat pameran mengenai sejarah kekejaman komunis bagi membolehkan generasi muda menyedari mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh generasi lepas mempertahankan negara dan rakyat dari kumpulan pelampau tersebut.


''Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya akan menggerakkan tenaga untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam perkara ini agar tidak timbul lagi gerakan atau sebarang usaha untuk mengagung- agungkan komunis dan pemimpin- pemimpin mereka,'' katanya.


Rais memberitahu, kementerian melalui Akta Komunikasi dan Multimedia juga telah memberi amaran kepada penulis blog yang membangkitkan nostalgia mengenai komunis.


Katanya, tindakan lebih keras termasuk mendakwa di mahkamah akan dilakukan sekiranya terus membangkitkan nostalgia tersebut dengan memperdayakan masyarakat memberi gambaran palsu mengenai komunis.



GM: Agak-agaknya pemimpin PAS hendak mengambil tahu atau tidak?

Thursday, May 28, 2009

Betapa Bangsatnya Wakil Rakyat GOMBAK..!

Memang bangsat..! Mana pergi wakil rakyat Gombak..! Mana pergi pejuang-pejuang hak asasi manusia. Mana pergi manusia yang bertopengkan syaitan memperjuangkan hak manusia. Sibuk mengutuk tempat orang tempat sendiri tak terjaga.


Betapa bangsatnya wakil rakyat Gombak ketika rakyat sendiri dirantai macam binatang meminta pertolongan. Bangsat sungguh tahu pula menghilangkan diri. Hal kain orang lain sibuk hendak ambil tahu.


Memang bangsat..! GM belum lagi kedengaran suara-suara longkang syaitan pejuang hak asasi Pakatan Sialan membela manusia yang dirantai bak haiwan kelaparan. Najib yang sibuk mengurus hal negara masih mampu bersuara melahirkan kesedihan. Betapa bangsatnya pemimpin Pakatan Sialan langsung menutup mata perihal kepayahan manusia yang dirantai.


Mana pergi skrip kononnya membela rakyat dan merakyatkan ekonomi kononnya. Haram jadah langsung bangsat-bangsat ini mendiamkan diri. Apa punya bangsat la Pakatan Sialan..!




Siapa wakil rakyat GOMBAK.?

Mengkuang: Hari Ahad Layan TV atau Pergi Rumah Kenduri Kahwin Jika Ada

Azmin Mat Dayus membuat cerita karut kononnya rakyat Mengkuang disuruh supaya tidak keluar untuk membuang undi. Azmin Mat Dayus menempelak UMNO kerana menghasut rakyat dengan mebuat omongan tahyul PKR sudah menang kerana BN tidak bertanding.

Sebenarnya Azmin Mat Dayus mengelabah kerana keberanian Kak Min untuk mendedahkan kehodohan PKR negeri yang mempermainkan demokrasi rakyat. Azmin Mat Dayus dan Anwar Ibrahim sudah bimbang rakyat Mengkuang akan swing undi kepada Bebas kerana pendedahan Kak Min akan menjejaskan peluang PKR menang di Penanti.

Ketika ini, arus perubahan Mengkuang kuat bertiup untuk menghalau PKR keluar daripada Penanti. Anwar sendiri mengakui PKR sengaja mengadakan pilihanraya disitu. Kononnya YB Fairus Al-Pemalas langsung tidak berkaliber. Rakyat Mengkuang seharusnya menilai tingkahlaku PKR yang pentingkan diri sendiri dan tidak memperjuangkan nasib rakyat Mengkuang.

Jika UMNO menghasut supaya rakyat Mengkuang tidak keluar mengundi Azmin Mat Dayus peduli apa kerana UMNO menyuruh supaya ahlinya memulaukan pilihanraya itu. Jika mereka keluar pun pasti undi tidak diberi kepada PKR. Pergi jahanamlah sama PKR. Itulah laungan rakyat Mengkuang yang sudah letih dengan kejijikan PKR berpolitik. Rakyat Mengkuang lebih seronok jika pada hari ahad ini menonton TV cerita hiburan sensasi di TV3 atau drama hindustan. Itu lebih seronok dan menyeronokan.

Panas: Kami Sokong Chin Peng

Kami mahu Chin Peng pulang..! PAS Johor mahu Chin Peng pulang ke Malaysia. Mereka mahu bangsat komunis itu tinggal di bumi Malaysia. PAS mahu undi bukan Melayu mereka gilakan komunis.

PAS buang terus konsep membangun bersama Islam tetapi membangun bersama Komunis. Demi menjaga periuk nasi PAS dengan DAP mereka menghalalkan fahaman bangsat komunis hanya dengan satu tujuan kerana PAS mahu undi mereka.

Apa punya bangsat PAS Johor yang gilakan komunis setelah PAS Perak gila dengan menidakkan takdir tuhan mereka hilang kuasa PAS Johor mahu komunis pula. Apa punya tur PAS Johor mereka seronok menyokong Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

GM tidak mahu sebut siapa yang mahukan bangsat Chin Peng dibawa pulang tetapi sesiapa yang mendengar ceramah di Simpang Renggam tahu apa yang mereka dengar. Penyokong yang dibawa bertakbir menyokong kepulangan Chin Peng. PAS mengamalkan politik bangsat demi undi bukan Melayu yang dikafirkan oleh PAS terhadap UMNO

Kini satu harapan PAS apa sahaja isu yang terkena rakan Pakatan Sialan mereka maka sakitnya turut dirasai PAS. GM hanya mahu katakana PAS buanglah tagline “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” tetapi “MEMBANGUN BERSAMA KOMUNIS”

PAS Menyokong Komunis

Betapa despretnya PAS dan betapa kemaruknya mereka untuk mendapatkan undi orang bukan Melayu. PAS adalah aprti yang akan menyokong membabi buta apa sahaja jika itu akan memberi kelebihan dan keuntungan walaupun jangka pendek.

Semalam, di Simpang Renggam PAS kawasan telah menganjurkan ceramah di Markas PAS, Kampung Shaari yang hadiri oleh penyokong-penyokong tegar mereka untuk mendengar retorik PAS. PAS menyokong komunis dan PAS menyokong Chin Peng untuk dibawa masuk kedalam Malaysia semula.Astagfirullah...Kecewa roh pejuang Bukit Kepong dan menangis waris tunggal Bukit Kepong kerana parti orang Melayu PAS menyokong komunis.

Begitu terdesaknya PAS hinggakan sanggup menyokong komunis yang telah membunuh beribu orang rakyat yang tidak berdosa kerana fahaman sempit untuk menubuhkan kerajaan. Bohonglah jika PAS mahu menubuhkan Negara Islam kerana fahaman komunis langsung enggan menerima konsep beragama sepertimana keiniginan PAS.

Apakah PAS Johor cuba meraih sokongan palsu bukan Islam keatas mereka. PAS Johor menyokong komunis sama seperti mereka menghilangkan kalimah “membangun bersama Islam” tetapi dengan slogan baru “membangun bersama komunis”. PAS benar-benar despret. Sudahlah mereka sanggup menunggu sehingga 30 tahun untuk melaksanakan hudud kini PAS menggila pula dengan fahaman komunis kerana ingin menjaga hati DAP yang semakin hari semakin memperbodohkan PAS.
PAS terlupa sejarah Bukit Kepong atau mereka tidak mahu mengiktiraf pengorbanan Polis Bukit Kepong?

Apakah dalam kalangan pemimpin atau ahli PAS yang tiada pejuang melawan komunis dahulu.? PAS mungking buta sejarah atau mereka langsung tidak mempercayai buku sejarah yang telah dijilidkan kerajaan sehingga mempercayai bahawa komunis itu adalah pejuang kemerdekaan?
PAS makin hari makin lesu dengan perjuangan songsang mereka. Sudahlah PAS Johor mahu Chin Peng dibenarkan pulang kini PAS Perak pula makin gila dengan mempersendakan takdir tuhan. Begitulah jika dilanda sindrom gila kuasa semua hokum tuhan dilangagr dan dipersenda.

Ingat niat puasa yang dilafazkan “Sahaja aku puasa sunat mogok lapar kerana mahu bubarkan DUN”. Tiada kesungguhan dan tiada keikhlasan jika benar mahukan Nizar menjalankan sunat puasa kerana niatnya hanya mahu mengikuti rakan-rakan komunis bermogok lapar. Bongok sungguh Nizar.

Chin Peng ketika ini berada di luar negara pasti tersenyum kerana parti yang mendakwa memperjuangkan Islam kini lantang menyokong beliau walaupun satu ketika dulu Chin Peng mengsasarkan umat Islam untuk disembelih sepertimana lagak kejam Zionis membedil bumi Palestin.

Wednesday, May 27, 2009

Husam: He's Not A Fighter, He's A Coward.!

Ihsan gambar daripada GAP


Husam Musa calon yang menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden PAS melarikan diri daripada berdebat dengan entity rasuah hebat, Ezam Mohd Noor. Husam Musa yang sinonim dengan grand title barua Anwar Ibrahim dirasuk ketakutan apabila pencabarnya sebelum itu tidak dapat menghadirkan diri di Bangunan TV3 dan digantikan dengan Ezam


Bagaimana seorang calon Timbalan Presiden kepada sebuah parti kedua terbesar Melayu yang berpaksikan kepada “perjuangan Islam” dilanda trauma untuk berdebat? Husam tahu yang DS Zahid tidak dapat menghadirkan diri dan atas kapasiti untuk mengelakkan daripada malu Husam terpaksa control macho untuk hadir dengan harapan beliau boleh menunjukkan di muka depan Harakah, “UMNO Pengecut”. Alih-alih rakan lama seperjuangan Husam yang muncul dan beliau dilanda sindrom “chicken run” yang tidak dapat dikawal. Barua Anwar ini berambus daripada Bangunan TV3.


Husam mungkin teringat bagaimana beliau dimalukan oleh KJ tahun lepas ketika KJ bertandang ke Kelantan untuk berdebat dengan bergaya. KJ berjaya memalukan Husam berkenaan pelaksanaan hokum hudud PAS yang tertangguh.


Bagaimana pun, semalam apabila Husam diberitahu pengganti untuk berdebat berkaitan rasuah politik, Husam diserang sindrom “chicken run”. Inikah pemimpin pelapis PAS yang ada untuk memimpin parti itu. Ahli-ahli dan penyokong tegar PAS perlu memikirkan pemimpin pelapis untuk membawa PAS kearah perjuangan yang sebenar. Husam mengaku kalah sebelum berjuang.


Sebagai calon Timbalan Presiden PAS Husam harus memikirkan kesannya sebelum beliau mengambil langkah melulu dalam menentukan keputusan. PAS benar-benar ketandusan pemimpin yang benar-benar berani dan bersikap fighter bukan coward yang terkinjal-kinjal memanaskan enjin dan meninggalkan.


Semua orang kenal Ezam Mohd Noor. Beliau pernah dipenjarakan kerana mempertahankan filosopi rasuah yang digenggamnya. Beliau manusia yang cekal menegakkan persoalan rasuah. Mungkin atas sebab itu, Husam mengelabah mencari penawar daripada berhadapan dengan Ezam.


Husam juga sedar rasuah politik bukan sahaja berlaku di dalam UMNO tetapi turut menular di dalam PAS. Benar kata Ezam, rasuah adalah kuasa di mana ada kuasa pasti rasuah akan menjadi pokoknya dan bunga kejujuran pasti akan keguguran dek kerana rasuah. PAS sedang dilanda rasuah politik kerana PAS makin berkuasa dan semua orang di dalam PAS sedang mengejar kekuasaan itu dan rasuah adalah jambatan kepada kekuasaan.


Di Kelantan, PAS memerintah hampir 20 tahun dan selama tempoh itu semua orang tahu siapa yang memberi rasuah. Untuk menutup bangkai yang kian membusuk, PAS cuba memaling kepada UMNO dan mengatakan UMNO adalah parti rasuah. PAS terlupa sebenarnya barah itu berada di dalam mereka dan mereka sebenarnya menyedari.


Husam khuatir jika beliau muncul pasti akan disimbah bertalu-talu oleh moderator dan juga Ezam. Beliau malu membuka pekung PAS yang kian terbuka kerana pengaruh Anwarisme. Jangan kita hendak menidakkan sejarah politik wang yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1993 kerana mengejar kuasa. Kini PAS sedang disebarkan virus rasuah acuan Anwar Ibrahim.


Menjelangnya Muktamar PAS bulan Jun, calon Timbalan Presiden ini perlu memikirkan sewajarnya peranan yang akan dimainkan beliau untuk membawa PAS kearah yang lebih baik. Perwakilan harus melihat kepada insiden memalukan ini untuk menilai sejauh mana kredibiliti Husam untuk diangkat sebagai seorang pejuang tulen.


Masih terngiang-ngiang lagak takbur segelintir pemimpin PAS yang mengajak berdebat berkaitan beberapa isu antaranya ISA dan PPSMI. Masih bermayakah mereka untuk berdebat? Jika calon Timbalan Presiden lagaknya sembunyi diri bagaimana dengan pengikut pasti lebih ligat teknik melarikan diri mereka.

Email : Kejijikan Dan Kesombongan PR


GM,


Terima Kasih kepada saudara GM kerana sudi memberikan saya ruang untuk berkongsi dan memberikan pendapat berhubung perkembangan senario politik negara yang kini dianggap semakin cacamarba’ dek kerana kerakusan pembangkang yang menggelarkan diri mereka dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk merealisasikan impian mereka mendirikan Kerajaan. Senario ini berhubung kait dengan kemerosotan parti BN/Umno semasa Pilihanraya Ke-12 yang lalu. Tarikh 8 Mac 2008 merupakan tarikh keramat dalam konteks politik negara yang menyaksikan landskap politik tanahair berubah sama sekali


Datuk Seri Anwar Ibrahim bijak mencaturkan permainan kejinya bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Antaranya beliau berjaya ‘memperkudakan’ PAS dan DAP untuk bersama-sama dalam merealisasikan hasrat menumbangkan Kerajaan BN, lantas gabungan parti-parti pembangkang membuahkan hasil. Gabungan ini berjaya memenangi beberapa kerusi Parlimen setelah penyokong ketiga-tiga parti ini memberi undi kepada calon dari PR (bukannya calon BN tewas). Datuk Seri Anwar telah melakukan “road tour” menjelang Pilihanraya Umum lalu ke seluruh Parlimen yang dianggap kubu kuat mereka. Jika dilihat, beliau jarang berceramah di Johor, Melaka, Pahang dan negeri Sembilan kerana beliau tahu negeri-negeri ini merupakan kubu kuat BN. Kerakusan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ketara, lebih-lebih lagi perancangan beliau untuk mendirikan Kerajaan Pusat yang baru telah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia. Tarikh 16 September 2008 ditetapkan sebagai tarikh Kerajaan BN akan tumbang dan berdirinya Kerajaan Malaysia yang baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan sedia ada. Setiap hari rakyat dan media tempatan dimomokkan dengan kenyataan konsisten Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mampu menubuhkan kerajaan baru pada tarikh berkenaan. Pihak media asing antaranya BBC dan Al-Jazeera juga diperdayakan oleh beliau.




Kehebatan Datuk Seri Anwar mengucar-kacirkan pentadbiran negara semakin menampakkan hasil, walaupun Kerajaan mengetahui usaha Datuk Seri Anwar ini hanyalah ‘mimpi di siang hari’. Setelah tarikh tersebut tiba, Datuk Seri Anwar masih lagi yakin bahawa impian palsunya itu tetap akan terlaksana. Namun, ALLAH SWT lebih mengetahui, 16 September 2008 berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang perkara menarik berlaku. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri juga tidak diterjemahkan di Parlimen. Beliau menjelaskan bahawa PR prihatin terhadap situasi ekonomi Negara lantas memberikan alas an untuk menumpukan kepada usaha meningkat ekonomi negara yang sedang dilanda kegawatan ekoran kejatuhan ekonomi global (memutar belit isu). Bukankan ini satu PENIPUAN! Jelas menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang bijak (bijak memperdayakan rakyat) dalam mengatur strateginya dalam menggangu kelicinan pentadbiran Kerajaan BN. Akhirnya jerat beliau memakan diri, Kerajaan BN mengambil langkah berani dan secara senyap telah ‘menyerang hendap’ Kerajaan PR negeri Perak di kala musuh mereka sedang leka dibuai kemewahan dunia. Tiga (3) calon PR telah meletak jawatan kerana hilang kepercayaan kepada PR di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari parti PAS. Pendirian mereka untuk menyebelahi Kerajaan BN sekaligus memberi peluang kepada Kerajaan BN untuk mentadbir semula negeri Perak atas perkenan Tuanku Sultan Perak. Tuanku Sultan dalam pertimbangan dan penelitiannya yang begitu bijak telah bersetuju memberi perkenan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai BN untuk memerintah kerajaan negeri Perak. Baginda tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana jika diamati, pembubaran DUN bukanlah satu kewajipan memilih kerajaan negeri yang baru sebaliknya ia merupakan satu “option”. Lantas baginda memilih untuk tidak membubarkan DUN. Tidak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar kerana di saat ini, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan. Tiga hakim Mahkamah tersebut bersetuju dengan tindakan Sultan Perak itu dengan mengambil kira bahawa Datuk Seri Mohd Nizar telah hilang majoriti dalam DUN. Nah, Datuk Seri Anwar terkesima (diperdaya) dengan karisma Datuk Seri Najib yang merencanakan perancangan teliti mengambil alih Negeri Perak dengan begitu bijak (Datuk Seri Anwar tidak seteliti Datuk Seri Najib).



Segala penjelasan di atas berpunca dari permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan konco-konco ‘hingusan’ beliau. Apatah lagi kerjasama PR yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia ketika ini tidak mampu menggentarkan Kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib. Sekiranya diamati, Datuk Seri Anwar terkenal sebagai ‘Arkitek’ dalam memporak-perandakan sesebuah Kerajaan seperti yang dilakukan terhadap Kerajaan Sabah yang dahulunya ditadbir oleh parti PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan. PBS dulu merupakan pembangkang namun kini merupakan salah satu komponen terpenting BN di SABAH. Datuk Seri Anwar melalui perancangan licik beliau dengan menggunakan segala tipu helah telah berjaya merampas negeri Sabah daripada PBS. Maka taktik serupa yang digunakan olehnya kali ini telah dapat 'dihidu' oleh kepimpinan tertinggi BN lantas impian Datuk Seri Anwar untuk menjadi PM dalam waktu terdekat melalui ‘pintu belakang’ musnah begitu sahaja. (Pintu belakang memang digemari Datuk Seri Anwar). Namun dilaporkan Datuk Seri Anwar masih lagi berusaha untuk merealisasikan hasrat tersebut. Beberapa pemimpin BN khususya dari parti UMNO terus di”approach” oleh beliau. Langkah terakhir bagi menyelamatkan dirinya dari menjalani perbicaraan (sekiranya berjaya menubuhkan Kerajaan baru) bersabit tuduhan liwat oleh bekas pembantu peribadinya bernama Saiful Buhari Azlan. (Perbicaraan bermula pada 1 Julai 09.. InsyaAllah)



Datuk Seri Anwar telah juga berjaya menyebarkan ideologi ‘liberalnya’ ke dalam PAS dan menyaksikan parti tersebut yang dahulunya ghairah memperjuangkan Islam dilihat semakin tidak bermaya. Dasar keterbukaan sepertimana yang dipelajari dari parti AK (Racip Tayyep Erdogan) kini menjadi agenda utama parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu sekalgus menyebabkan PAS berpecah dua iaitu golongan Ulama (Pro-Muqabalah) dan golongan Profesional (Erdogan@Anwarism). Pemilihan PAS menjelang Muktamar Agung PAS pada bulan Jun ini memperlihatkan perpecahan PAS semakin ketara apatah lagi kesediaan Husam Musa (Erdogan@Anwarism) dan Mat Sabu (berlaga angin dengan Datuk Seri Anwar) mencabar Nasaruddin Mat Isa (Pro-Muqabalah) bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS semakin hangat diperkatakan. Umum melihat pertembungan ketiga-tiga calon ini merupakan petunjuk kepada hala tuju perjuangan Datuk Seri Anwar itu sendiri bagi mengembang dan memperluaskan pengaruhnya dalam PAS. Sekiranya Nasaruddin Mat Isa selaku inkumben menang, maka Datuk Seri Anwar akan menjadi tidak relevan kepada ahli PAS dan parti berkenaan seharusnya memikirkan semula kedudukan mereka dalam PR. Jika Husam Musa menang, Datuk Seri Anwar akan mencipta satu lagi sejarah politik Negara kerana buat pertama kalinya beliau berjaya ‘meliberal dan menyekularkan’ PAS.



Bagi PKR pula, perjuangan mereka yang kononnya berlandaskan ‘keadilan’ disifatkan semakin melampau batas. Pendirian mereka dalam banyak aspek terutama dalam menentang Kerajaan BN amat jelas. Semua tindakan mereka dilakukan atas faktor ‘keadilan’, ‘kebebasan’ dan ‘demokrasi’. Wahai pembangkang, apakah kejayaan PR menawan 5 buah negeri pada PRU lalu dianggap tidak demokrasi?Apakah tindakan Kerajaan BN untuk tidak mengharamkan PR (yang belum berdaftar sebagai gabungan yang sah) dianggap tidak adil?Apakah langkah Kerajaan BN membiarkan IFC, Bar Council dan Hindraf (pertubuhan haram) dianggap tidak ada kebebasan? Umum mengetahui bahawa ramai pemimpin PKR seperti merupakan pendokong utama dalam Hindraf, Bar Council dan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang kini semakin agresif dalam perjuangan mereka. IFC, sebuah suruhanjaya yang semakin berani mempertikaian hak-hak dalam perlembagaan terutamanya yang berhubung Agama Islam namun dilihat tiada sesiapun terutamanya PAS menentang mereka ini. Hanya UMNO sahaja yang dilhat terkedepan dalam melakukan penentangan terhadap mereka ini. Berhubung Hindraf, pertubuhan haram ini masih lagi mendongak kepala mereka ke langit, bersikap angkuh sehingga berani mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Kerajaan. Apakah ini disifatkan sebagai demokrasi?? Hindraf (Hindu Right Action Force) telah diharamkan oleh Kerajaan kerana objektif dan perjuangan pertubuhan ini dianggap mampu membangkitkan sensitiviti perkauman malah tidak keterlaluan bolehlah dianggap mampu membangkitkan kemarahan kaum-kaum lain khususnya Melayu. Kerajaan BN tidak pernah mendiskriminasikan kaum India dan mereka mendapat layanan yan adil dari piha Kerajaan. Malah pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan dalam menangani isu kemiskinan dan jenayah di kalangan kaum tersebut. Beberapa individu kaum India berjaya menjadi usahawan yang terkemuka seperti Datuk Ananda Krishan (Pengerusi Maxis dan Astro), Datuk Tony Fernandez (CEO AirAsia), Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia dan Pengarah Asli) dan sebagainya. Apakah kejayaan mereka lahir dari ketidakadilan Kerajaan?? Untuk pengetahuan, demokrasi bukanlah satu kebebasan yang ‘menggila’ dan hak mutlak rakyat, demokrasi dan kebebasan perlulah diaplikasikan dalam norma-norma yang dihadkan perlu dalam lingkungan yang realistik. Tiada sebarang kebebasan mutlak dalam hidup, malah dalam setiap agama pun menganjurkan segala perbuatan hendaklah dilakukan tidak berlebih-lebihan takut ianya menimbulkan rasa sangsi pada orang lain. Namun oleh kerana adanya ‘insane’ yang bernama Datuk Seri Anwar, segala-galanya nampak tidak mustahil dilakukan walaupun terpaksa mengenepikan hak-hak majoriti rakyat biasa yang hanya mahu menjalani hidup dengan aman dan damai.



Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi ‘si licik Permatang Pauh” ini. Datuk Seri Anwar menghadapi tugas getir dalam menghadapi lawan yang dianggap ‘bertemu buku dengan ruas’ ini. Kehebatan Datuk Seri Najib turut diakui oleh Datuk Seri Anwar satu ketika dahulu ketika masih dalam parti UMNO. Beliau melihat Datuk Seri Najib sebagai seorang pemimpin yang prolifik dan “flambouyant” berbanding mana-mana pemimpin UMNO yang lain. Justeru, kegelisahan Datuk Seri Anwar semakin ketara apatah lagi ‘jerat’ yang digunakan di Dun Penanti tidak mengena setelah kerajaan BN mengesahkan untuk tidak bertanding. Tindakan ini ekoran pendirian BN untuk tidak ‘menari’ bersama Datuk Seri Anwar yang sudah ‘mabuk’ Pilihanraya kerana Dun Penanti telah dikosongkan secara bertentangan dengan prinsip demokrasi itu sendiri dan juga berlawanan dengan perlembagaan. Apakah relevannya FAIRUS untuk meletak jawatan dan menyatakan bahawa beliau ingin menyambungkan pelajarannya (mengkhinati kepercayaan pengundi di Penanti). Inikah demokrasi yang diperjuangkan oleh PR selama ini?? Maka Datuk Seri Anwar di kala ini sedang sibuk mencari helah di Penanti dengan memberi alasan bahawa BN ‘bacul’ untuk bertanding. Alasan yang hanya boleh diberi kepada beliau kerana melarikan diri ke Kedutaan Turki tatkala Saiful Azlan Buhari melaporkan kejijikan tabiat Datuk Seri Anwar yang telah meliwatnya beberapa kali sebelum ini. Datuk Seri Anwar memberi alasan bahawa beliau menerima ugutan bunuh (kenapa sekarang tidak takut, malah melakukan “road tour” dan melancong ke luar negara). Namun apa yang malang, rakyat Malaysia masih tidak sedar akan pembohongan Datuk Seri Anwar ini sepertimana yang berlaku kepada penduduk di Bukit Selambau yang ditipu oleh Datuk Seri Anwar kononnya beliau akan mengumumkan satu ‘rahsia besar’ kepada mereka. Akhirnya tiada sebarang pengumuman dibuat melainkan caci, maki dan fitnah telah dilemparkan kepada Kerajaan sekaligus menambahkan dosa penduduk Bukit Selambau kerana mendengar pembohongan Datuk Seri Anwar itu.



Ini hanya cebisan daripada kejijikan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar terhadap Kerajaan dan rakyat Malaysia khususnya. Masih banyak yang belum dirungkai, diperjelas dan didedahkan kepada umum. Hanya masa akan menentukan terutamanya apabila tibanya tarikh 1 JUL 2009 iaitu tarikh perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes liwatnya terhadap Saiful Azlan Buhari. Segala-galanya akan tersingkap dan di saat itu Datuk Seri Anwar akan menggunakan senjata terakhirnya iaitu “demosntrasi jalanan”. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya berada dalam keadaan yang aman dan tenteram. Sebelum mengakhiri tulisan saya ini. Saya akan tujukan beberapa soalan kepada penyokong-penyokong pembangkang (Soalan-soalan saya ini tidak disiarkan oleh blog kerajaanrakyat.com atas alasan ianya penuh ayat ‘lucah’..pembohongan lagi) untuk dibincangkan bersama secara ilmiah..Wallahualam


1) Sekiranya PR memerintah Malaysia, apakah prinsip yang akan diperjuang dan didokong?Adakah penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud ciptaan PAS?Kesamarataan sehingga menghapuskan hak Bumiputera?Atau Kebebasan acuan DAP?


2) Kenapakah PAS sekarang tidak begitu ghairah memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud?Dulu di setiap ceramah, para ulama PAS akan berapi-api melontarkan isu ini namun selepas menjadi PR, semuanya lenyap begitu sahaja.


3) Apakah 18 tuntutan Hindraf?kenapakah Hindraf begitu dominan dalan PKR?


4) Kenapakah PAS tidak menentang secara terang-terangan IFC dan Bar Council (hanya Ahli Parlimen PKR Kulim/Bandar Bahru yang menentang)?


5) Baru-baru ini Kerajaan PR negeri Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan Arak dan Ronni Liu, Ahli Parlimen DAP telah menyatakan bahawa penjualan Arak di Selangor tidak boleh dihentikan kerana penduduk di Selangor berbilang kaum..Apakah reaksi Datuk Nik Aziz iaitu Mursyidul Am PAS dalam isu ini?


6) Kerajaan PR tidak professional kerana menyatakan Mahkamah Rayuan berat sebelah setelah mengumumkan Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah. Beberapa hari sebelum itu, mereka melalui Datuk Seri Anwar menyatakan kredibiliti Badan Kehakiman telah pulih setelah keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi mereka. Beliau turut mendakwa Kerajaan BN telah mengatur keputusan tersebut. Siapakah yang mula memfailkan saman?(Menunjukkan mereka yang mahu Mahkamah yang memutuskan kes MB Perak ini)


7) Senaraikan rakan-rakan Datuk Seri Anwar yang masih bersama-sama beliau dari era Reformasi hingga sekarang?


8) Sekiranya Datuk Seri Najib melayan karenah media-media asing yang menuduh beliau sebagai pembunuh, maka banyak masa akan terbuang. Apabila Datuk Seri Najib menyaman kesemuanya, berapa banyakkah mahkamah yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Najib untuk perbicaraan kes tersebut?(Umum mengetahui bahawa kes di mahkamah memakan masa yang lama dan masa yang akan digunakan oleh Datuk Seri Najib sepatutnya digunakan dalam mentadbir urusan negara).


9) Berhubung isu PPSMI. PR memperdayakan rakyat kerana sekiranya mereka memperjuangkan Bahasa Melayu, mereka seharusnya mempunyai laman web dalam Bahasa Melayu juga. Begitu juga dengan pemimpin DAP dan PKR yang rata-rata menjadi “blogger”, mereka ini berblogging 100% dalam Bahasa Inggeris (sungguh putar belit). PR sepatutnya melakukan demonstrasi membantah tindakan Syarikat-syarikat Cina yang meletakkan kemampuan bertutur dalam bahasa Ibunda mereka sebagai syarat wajib bagi mendapatkan pekerjaan. (Ini seharusnya dibantah)


10) Kebiasannya, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam akan ditentang oleh pihak kafir barat dengan keras. Sebagai contoh, Allahyarham Yasser Arafat (PLO), Allahyarham Syeikh Yassin (Hamas), Presiden Ahmadinejad (Iran), Allahyarham Saddam Hussien (Iraq), Osama Laden (AlQaeda) dan Presiden Muammar Ghadafi (Libya) (sekadar memetik beberapa nama). Namun ini tidak berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau disanjung tinggi terutama oleh rakan karibnya yang berketurunan Yahudi iaitu Paul Wolfowitz. Paul Wolfowitz merupakan ‘arkitek” kejatuhan Kerajaan Saddam Hussien semasa menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika ‘Bangsat’ Syarikat’. Beliau juga semasa menjadi Presiden Kumpulan Bank Dunia telah melakukan kesalahan dalam menaikkan pangkat kenalan beliau secara tidak adil (skandal bersama seorang wanita kelahiran Libya bernama Shaha Ali Riza iaitu Pegawai Kanan Komunikasi Bank Dunia Di Timur Tengah). Inikah peribadi rakan Datuk Seri Anwar?Apakah rasionalnya memilih seorang Yahudi kejam yang mempunyai skandal?




Wallahualam...