Friday, February 06, 2009

Wahai Sahabat BPN, Mari Kita Pertahankan Sultan Perak Dan Kutuk Penderhaka Nizar - BPN


1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.

2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..

3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.

4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.

5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda.

6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

7. Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.

BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut.


Sumber-YDP BPN

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

terima kasih atas sokongan garamanis..

Kita kena pertahankan Raja tidak kira warna kulit dan bangsa atau agama..

Daulat Tuanku !!!